Anda di halaman 1dari 5

Bab 11: Hubungan Kependudukan dengan Sumber

Konsep Penduduk Berlebihan, Kurang Penduduk dan Penduduk Optimum


Penduduk dunia telah meningkat dengan pesat kerana kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah. 2. Sumber semula jadi yang sedia ada di sesebuah Negara hanya dapat menampung suatu jumlah penduduk yang maksimum. 3. Keupayaan menampung ini dikenal sebagai daya tampung.
1.

Berdasarkan jumlah penduduk sesebuah Negara dan daya menampung Negara tersebut, terdapat 3 ciri penduduk iaitu;
4.

Penduduk berlebihan Kurang penduduk Penduduk optimum 5. Sesebuah Negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan jika sumber Negara tidak dapat menampung keperluan penduduknya dengan tahap teknologinya. Contoh Negara yang mengalami penduduk berlebihan ialah Bangladesh,India dan Ethiopia.
6. 7.

Negara yang kurang penduduk wujud jika jumlah penduduk Negara tersebut tidak dapat membangunkan sepenuhnya sumber walaupun tingkat teknologi tinggi digunakan. 8. Contoh Negara yang mengalami kurang penduduk ialah Kanada, Australiadan Brazil. 9. Negara yang berpenduduk optimum mempunyai jumlah penduduk yang cukup untuk mengusahakan sumber yang ada dengan sepenuhnya. 10. Contohnya Negara Jepun, Jerman dan Switzerland.

Ciri Penduduk Berlebihan


Di Negara penduduk berlebihan, penduduknya adalah terlalu banyak. 2. Sumber semula jadi yang ada tidak dapat menampung keperluan penduduknya. 3. Sedikit sumber dapat dieksport dan hal ini menyebabkan hasil pendapatan tidak cukup untuk membiayai perbelanjaan Negara. 4. Kadar pengangguran juga adalah tinggi kerana peluang pekerjaan adalah terhad.
1.

Kebanyakan penduduk tinggal di luar Bandar dan terlibat dalam sector pertanian. 6. Kadar kelahiran dan kadar kematian adalah tinggi. 7. Kemudahan perubatan dan kesihatan, perumahan dan pendidikan adalah kurang. 8. Kadar celik(kenal) huruf adalah rendah dan mereka mengalami kemiskinan.
5. 9.

Amalan pemakanan adalah kurang.

10. 11.

Jangka hayat sederhana.

Tahap teknologi adalah rendah dan kaedah teknologi moden kurang digunakan. 12. Kekurangan ini menyebabkan daya pengeluaran pertanian rendah dan sumber mineral tidak dapat diteroka sepenuhnya.

Kesan Penduduk Berlebihan


Keadaan penduduk berlebihan di sesebuah Negara akan memberikan kesan terhadap keperluan kependudukan Negara tersebut. 2. Negara-negara ini mempunyai kadar pertambahan semula jadi yang tinggi.
1.

Negara-negara ini mengalami masalah kurang makanan seperti diEthiopia kerana mengalami kemarau yang berpanjangan.
3. 4.

Penduduk Negara ini juga mengalami masalah kekurangan tempat tinggal. 5. Kemiskinan hidup menyebabkan penduduk luar Bandar berhijrah ke Bandarbandar besar. 6. Antara golongan yang berpindah ini kebanyakannya berpendidikan rendah dan buta huruf. 7. Oleh itu, golongan ini sukar mendapatkan pekerjaan yang baik. 8. Mereka tidak mampu membayar sewa rumah yang tinggi dan terpaksa tinggal di kawasan setinggan. 9. Contohnya, keadaan setinggan di Mumbai, India dan Dhaka di Bangladesh. 10. Di Negara penduduk berlebihan, peluang pekerjaan sangat kurang dan hal ini menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi. 11. Di Bangladesh, India dan Ethiopia, pertanian adalah pekerjaan utama di kawasan luar Bandar. 12. Kurang peluang pekerjaan dalam bidang pertanian menyebabkan banyak berpindah ke Bandar dan ke luar Negara untuk meningkatkan taraf hidup. 13. Bidang perindustrian kurang maju di Bandar dan hanya sedikit peluang pekerjaan yang disediakan. 14. Di Bangladesh, perindustrian kurang maju kerana; Mempunyai sedikit sumber gas asli dan masih kurang diterokai. Kurang pekerja mahir dan separuh mahir. Modal pelaburan sedikit Tahap teknologi rendah Daya beli penduduk rendah. 15. Negara-negara ini mempunyai banyak kanak-kanak(di bawah umur 15 tahun) menyebabkan banyak perbelanjaan untuk pendidikan perlu disediakan. 16. Kekurangan kemudahan pendidikan dan bilangan sekolah yang sedikit menyebabkan kadar kenal huruf yang rendah di kalangan kanak-kanak. 17. Kemiskinan juga menyebabkan kanak-kanaknya terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk membantu keluarga. 18. Negara-negara ini mengalami masalah kekurangan kemudahan kesihatan seperti klinik, pusat rawatan, kakitangan penduduk dan hospital.

Kekurangan kemudahan perubatan dan kesihatan menyebabkan taraf kesihatan yang rendah. 20. Kemisknan menyebabkan pemakanan yang kurang berkhasiat, penyakit dan kebuluran kerap berlaku. 21. Purata jangka hayat penduduk di Negara-negara ini adalah pendek. Contohnya, di Bangladesh jangka hayat penduduk hanya 58 tahun bagi lelaki dan perempuan. 22. Kebanyakan kerajaan Negara-negara ini tidak mampu menyediakan kemudahan asas yang lain seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan dan perhubungan. 23. Di India, hanya 42.4% saja daripada penduduknya yang dapat menikmati bekalan elektrik dan 32.3% memperoleh bekalan air paip. 24. Bilangan penduduk muda yang banyak menyebabkan kerajaan perlu menyediakan kemudahan kesihatan, pendidikan dan peluang pekerjaan yang lebih banyak.
19.

Ciri Kurang Penduduk


Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai sumber yang melebihi keperluan penduduknya. 2. Jumlah penduduk yang ada tidak cukup untuk membangunkan sumber semula jadi Negara dengan sepenuhnya. 3. Contoh Negara-negara yang kurang penduduk ialah Kanada, Australia danBrazil. 4. Kanada mempunyai saiz penduduk yang kecil iaitu 31 juta orang pada tahun 2001 dan keluasan tanahnya 9 975 000 kilometer persegi. Oleh itu kepadatan penduduknya rendah, iaitu 3 orang sekm persegi. 5. Sumber semula jadi Negara tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh sebab jumlah penduduknya yang sedikit. 6. Sumber semula jadi yang ada masih dapat menampung keperluan penduduk jika jumlah penduduk bertambah. 7. Hasil sumber Negara-negara ini adalah banyak dan sebahagiannya dieksport. 8. Ciri-ciri Negara kurang penduduk termasuklah; Kadar kelahiran rendah Kadar kematian rendah Kadar pertambahan semula jadi rendah Mengamalkan perancangan keluarga Kemudahan perubatan dan kesihatan yang baik Jangka hayat panjang Kadar celik huruf tinggi Amalan pemakanan seimbang Kemudahan asas lengkap Sebilangan besar penduduk tinggal di Bandar Perumahan yang selesa Taraf teknologi tinggi
1.

Kesan Kurang Penduduk


1. 2. 3.

Penduduk menikmati taraf hidup yang baik.

Nilai eksport Negara-negara ini adalah tinggi dan mencukupi bagi membiayai perbelanjaan Negara. Kadar pertambahan semula jadi yang rendah meninggalkan kesan kepada Negara kurang penduduk, iaitu; Sumber semula jadi yang ada tidak dapat dibangunkan sepenuhnya. Sumber semula jadi yang diterokai tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya dan hasil pengeluaran berlebihan dapat dieksport. Tidak mengalami kekurangan bekalan makanan kerana bekalan makanan melebihi keperluan penduduk. Permintaan terhadap makanan tidak banyak bertambah. Mengalami masalah kekurangan tenaga kerja mengalami kurang penduduk( Kanada dan Australia). 4. Kanada, Australia dan Brazil mempunyai sumber alam seperti sumber hutan dan mineral yang banyak. Negara-negara ini mempunyai sector pertanian, perikanan dan perindustrian yang maju. 6. Pengeluaran hasil pertanian adalah tinggi kerana menggunakan teknik penanaman yang moden. 7. Pengalaman makanan dan penduduk lebih berkhasiat, seimbang dan kemudahan perumahan adalah baik. 8. Amalan pemakanan yang berkhasiat menyebabkan jangka hayat adalah panjang. 9. Kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan di Negara-negara ini adalah baik dan lengkap seperti bekalan air, elektrik, hospital, pengangkutan dan perhubungan. 10. Di Kanada, 100% penduduknya dapat menikmati bekalan elektrik, manakala di Australia 99.5% dan di Brazil 92% penduduknya dapat menikmati bekalan elektrik. 11. Penduduk Negara-negara ini dapat hidup dengan selesa. 12. Penduduk Negara-negara ini mempunyai kemudahan pendidikan yang baik sehingga ke peringkat universiti. 13. Di Australia, hampir 100% penduduknya celik huruf, di Kanada kira-kira 99% dan di Brazil kira-kira 83%.
5.

Penduduk ini mempunyai taraf hidup yang tinggi dan dapat menikmati perubatan yang baik.
14. 15.

Walaupun begitu, jumlah penduduk muda(umur kurang daripada 15 tahun) Negara-negara ini tidak begitu banyak. 16. Hal ini menyebabkan pertambahan penduduk pada masa depan adalah perlahan. 17. Negara-negara ini juga tidak mengalami masalah pengangguran kerana banyak peluang pekerjaan bagi penduduknya. 18. Walau bagaimanapun, Negara-negara ini akan mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja.

Dengan itu kerajaan Kanada dan Australia menggalakkan kemasukan pekerja asing dari Negara lain seperti Hong Kong, Filipina, India dan Negara China untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja. 20. Kemasukan pekerja asing perlulah digalakkan secara berterusan bagi memajukan ekonomi. 21. Pekerja asing ini membolehkan lebih banyak sumber semula jadi diterokai untuk meningkatkan pendapatan Negara. 22. Keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk adalah tidak kekal dan berubah mengikut masa. 23. Sebuah Negara yang mengalami kurang penduduk akan menjadi penduduk berlebihan jika jumlah penduduknya bertambah dan sumber semula jadinya tidak dapat memenuhi keperluan penduduknya. 24. Bagi Negara-negara penduduk berlebihan pula, dengan kaedah meningkatkan penggunaan teknologi dan pengeluaran sumber semula jadi, Negaranegara ini tidak akan mengalami penduduk berlebihan.
19.

Anda mungkin juga menyukai