Anda di halaman 1dari 2

TUGAS-TUGAS PENYELARAS PERTANDINGAN MISS 2013 SEBELUM PERTANDINGAN 1.

Melawat tempat pertandingan bagi memastikan setiap perkara yang berkaitan pertandingan(seperti tempat pertandingan, bilik hakim, bilik menunggu, bilik kuarantin peserta dan lain-lain disediakan) sesuatu acara memenuhi kehendak sebenar peraturan seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan dan Syarat-syarat Pertandingan MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2. Memastikan hakim dan petugas kehakiman yang telah ditetapkan dalam bidang-bidang tertentu mencukupi dan memenuhi syarat pertandingan seperti yang telah ditetapkan. 3. Bekerjasama dengan Ketua hakim bagi acara masing-masing memastikan semua borang penghakiman dan pemarkahan disediakan secukupnya. 4. Memastikan petugas lain pertandingan seperti pengelola peserta, pengacara majlis dan penjaga masa telah ditugaskan(nama dan no telefon disertakan) 5. Memastikan semua peralatan / teknikal pertandingan disediakan mencukupi seperti loceng jam randik dan sebagainya. 6. Memastikan alat penyimpanan markah untuk menyimpan data secara soft copy dan hard copy disediakan(computer dan fail) 7. Memastikan peralatan pembesar suara mencukupi mengikut kehendak pertandingan serta diuji bagi memastikan berfungsi dengan sempurna. SEMASA PERTANDINGAN 1. Hadir bersama Ketua Hakim dan hakim-hakim lebih awal 30 minit sebelum pertandingan dimulakan bagi memastikan semua yang berkaitan pertandingan mencukupi dan memenuhi kehendak pertandingan (seperti di atas) 2. Bertindak sebagai Koordinator untuk memulakan pertandingan setelah mendapati semua hakim/petugas kehakiman/petugas pertandingan/peralatan sudah bersedia dan mematuhi masa yang ditentukan untuk memulakan pertandingan. 3. Memastikan suasana sekeliling semasa pertandingan berjalan tidak berlaku gangguan yang boleh menjejaskan peserta yang sedang bertanding. 4. Menghubungi urus setia dengan segera sekiranya berlaku ketidaksempurnaan alat pembesar suara atau peralatan-peralatan lain. 5. Memastikan petugas kehakiman dan petugas pertandingan tidak lalai atau tidak bersiap siaga(alert) 6. Bertindak sebagai pemerhati mewakili JPN Kedah terhadap perjalan pertandingan sepanjang acara berlangsung untuk mengelak sebarang penyelewengan yang mungkin berlaku dalam apa cara sekalipun. 7. Akan dirujuk sebagai orang yang diberi kuasa berada di tempat pertandingan serta mengetahui selok-belok pertandingan apabila berlaku sebarang bantahan daripada peserta atau pegawai PPD daerah yang bertanding.

SELEPAS PERTANDINGAN 1. Mengadakan perbincangan bersama Ketua Hakim dan hakim untuk memuktamadkan keputusan hasil daripada pemarkahan semua hakim-hakim. 2. Penyelaras hendaklah memerhati dan mengawasi perjalanan perbincangan Ketua Hakim bersama hakim-hakim dan bertindak sebagai memberi pendapat yang lebih harmoni bagi mendapatkan keputusan yang tepat dan tidak menimbulkan sebarang keraguan. 3. Selepas Ketua hakim dan hakim-hakim bersetuju dengan keputusan tempat pertama hingga ke lapan maka hendaklah ditandatangani oleh Ketua Hakim dan disahkan oleh Penyelaras. 4. Menghantar keputusan kepada Ketua Jemaah Hakim/urus setia Kehakiman dengan segera melalui talian atau serahan tangan. 5. Sentiasa mengingatkan Ketua Hakim dan hakim-hakim menjaga KERAHSIAAN serta tidak mengulas apa-apa yang berkaitan pertandingan yang dihakimi dan keputusan pertandingan. Disediakan: Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Anda mungkin juga menyukai