Anda di halaman 1dari 4

Kod Aktiviti:

Bahan yang Mengkonduksikan Haba.

4 / 3 / 1.1 /3 KPS: 4(C4),7(C4) KMP: 1(C2,C3,C4), 2(C2, C4), 4(C1,C2,C3) 5 (C1, C2)

Tujuan Penyiasatan: Radas / Bahan:

Untuk menyiasat bahawa sesetengah bahan boleh mengalirkan haba.

Bikar, air panas, pembaris keluli, pembaris plastik, pembaris kayu, jam randik 1. 2. 3. 4. 5. Bikar diisikan dengan air panas dan diletakkan di atas meja. Pembaris kayu, pembaris keluli dan pembaris plastik dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air panas tadi. Pembaris tersebut dibiarkan di dalam air selama 1 minit. Selepas satu minit, kesemua pembaris dikeluarkan dan hujung setiap pembaris disentuh. Pemerhatian direkodkan di dalam jadual.

Langkah / Prosedur:

Keputusan / Pemerhatian :

Jenis Pembaris Pembaris Keluli Pembaris Plastik Pembaris Kayu

Rasa

Perbincangan / Soalan

1. (a) Pembaris manakah yang berasa panas selepas seminit dicelupkan ke dalam air panas? _______________________________________________________ (b) Mengapakah pembaris tersebut berasa panas selepas seminit Dicelupkan ke dalam air panas? Pembaris itu ___________________________ haba. 2. (a) Pembaris manakah yang tidak berasa panas selepas dicelupkan ke dalam air panas selama seminit? ____________________________________________________________ (b) Mengapakah pembaris itu tidak berada panas selepas seminit Dicelupkan ke dalam air panas?

Pembaris tersebut ____________________________ mengalirkan haba. 3. Nyatakan: (a) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan :___________________________ (b) Pembolehubah dimalarkan: ______________________________________ (c) Pembolehubah yang bergerak balas: _____________________________ (d) Kesimpulan : (I) Bahan yang diperbuat daripada _______________________ dapat ___________________ haba. (II) _________________ dan _____________________merupakan _________________________ yang lemah.

Nota: KEBOLEHAN TERAPUNG DI ATAS AIR 1. 2. 3. Bahan yang ringan dapat terapung di atas air. Objek yang diperbuat daripada kayu, plastik dan getah mempunyai keupayaan untuk terapung di atas air. Bahan yang mempunyai keupayaan untuk terapung digunakan untuk membuat objek seperti sampan dan pelampung.

Sampan

Jaket Keselamatan

Pelampung

KEBOLEHAN MENYERAP AIR 1. Kayu mempunyai kebolehan untuk menyerap air. Ini kerana kayu mempunyai lubang-lubang yang membenarkan air memasukinya.

2. 3. 4. 5. 6.

Objek yang diperbuat daipada kayu seperti kertas tisu dan kertas dapat menyerap air dan dipanggil sebagai bahan penyerap air. Selain itu, objek daripada kapas seperti tuala dan kain juga menyerap air. Bahan-bahan ini akan menjadi basah apabila bersentuhan dengan air menyebabkan objek-objek tersebut sangat sesuai untuk mengeringkan permukaan yang basah. Bahan yang tidak dapat menyerap air dikenali sebagai bahan bukan penyerap. Bahan bukan penyerap digunakan untuk membuat objek yang menghalang kita daripada basah seperti baju hujan, khemah dan payung.

KENYAL ATAU TIDAK KENYAL (BOLEH DIREGANGKAN) 1. 2. 3. Merujuk kepada kebolehan sesuatu bahan untuk kembali kepada bentukdan saiz asal apabila diregang, dibengkokkan, dipulas dan ditekan. Gelang getah dan spring adalah bahan yang mempunyai sifat kekenyalan. Objek yang diperbuat daipada getah merupakan bahan yang mempunyai sifat kekenyalan yang baik.

KEBOLEHAN UNTUK MEMBENARKAN CAHAYA MELALUINYA 1. Setengah bahan mempunyai keupayaan untuk membenarkan cahaya menembusinya manakala sesetengahnya tidak. 2. Bahan daripada kaca dan plastik membenarkan cahaya melaluinya. Kita dapat melihat objek yang terletak di belakang bahan ini dengan jelas. 3. Bahan seperti kayu, logam dan getah tidak membenarkan cahaya menembusinya. kaca bola

kayu

Bola boleh dilihat melalui sekeping kaca tetapi tidak dapat dilihat melalui sekeping blok kayu

Latihan Tandakan () pada sifat bagi setiap bahan yang disenaraikan di bawah. Pembaris Kayu Objek Sifat Mengalirkan Elektrik Mengalirkan Haba Pinggan Kaca Tali Kulit Gelang Getah

Sudu Logam

Gabus

Syiling

Kapas

Kertas

Guli

Terapung di Atas Air Kenyal Menyerap Air Membenarkan Cahaya Menembusinya

Anda mungkin juga menyukai