Anda di halaman 1dari 1

Jom kita tengok resepi cendol.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:


- 125gm tepung beras (1 cawan).
- 20gm tepung Hoen Kwe.
- 50gm tepung ubi/kanji.
- 200ml air pandan (2 cawan).
- 3/4 sdm. Air Kapur.
- 1 sudu kecil garam.
- secubit pewarna hijau.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan Air Pandan,Potong 4-5 daun pandan kira 2 inci. dan masukkan 2 dan 1/2
cawan air dalam mesin pengisar(Blender). Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya
dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan,
adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periok dan panaskan dengan api yang sederhana..sentiasa kacau adunan. Bila
adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih
berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas
untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita
perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas
adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas
yang mengandungi air panas..sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan
tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1
inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang
diperbuat dari logam ..akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air
kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.

Anda mungkin juga menyukai