Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 9 Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan

ayat anda sendiri. Maka sahut Khoja Maimun, Berapa harganya? Maka kata orang itu, Seribu dinar Bayan hamba ini harganya. Maka tersenyum Khoja Maimun, katanya Adakah orang yang mahu membeli burung yang segenggam ini seribu dinar? Layaknya unggas ini makanan kucing juga. Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memujimuji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini ; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insya Allah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba. (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. ii.

Berikan maksud rangkai kata kampungkanlah sanbal dalam negeri ini. Apakah kelebihan-kelebihan yang dinyatakan oleh Bayan tentang dirinya? Kemukakan tiga kelebihan tersebut. 3m

2m

iii.

Sekiranya anda ialah Khoja Maimun, adakah anda akan membeli Bayan dengan harga seribu dinar? Berikan tiga alasan anda. 3m

SKEMA

i. ii. iii.

membeli kesemua narwastu/wangi-wangian yang terdapat dalam negeri tersebut. sekalian alam di bawah tilikan Bayansentiasa memuji-muji Allah Azzawajallamengetahui sesuatu yang akan berlaku sepuluh hari akan datang. akan membelinya: Bayan banyak mempunyai kelebihanBayan dapat meramal kejadian masa hadapanBayan petah berkata-kata tidak akan membelinya: tidak sepadan dengan nilai Bayanbelum tahu kata-kata Bayan itu betul Bayan bersifat tinggi diri.

Anda mungkin juga menyukai