Anda di halaman 1dari 70

4551/2

BIOLOGI 2

BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Biologi 2 4551/2 mengandungi 9 soalan. Bahagian A mengandungi 5 soalan dan membawa 60 markah, manakaa Bahagian B mempunyai 4 soalan yang membawa 40 markah. Markah keseluruhan kertas ini adalah 100 markah. Soalan di Bahagian A adalah berbentuk soalan struktur dan calon dikehendaki menjawab SEMUA soalan di dalam ruang yang disediakan. Soalan di Bahagian B pula merupakan soalan pilihan berbentuk esei, di mana calon boleh memilih manamana dua soalan dari bahagian ini. Masa yang diperuntukkan bagi menjawab kertas ini adalah 2 jam 30 minit sahaja. Semua calon didapati dapat memanfaatkan masa yang diperuntukkan kerana dapat mencuba semua soalan di Bahagian A dan dua soalan di Bahagian B. PRESTASI KESELURUHAN Pada keseluruhannya prestasi calon adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya kerana calon dapat mengemukakan jawapan dan respon yang lebih relevan dan mantap, khususnya bagi soalan esei di Bahagian B. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Kebanyakan calon dalam kumpulan ini dapat menguasai Bahagian A dengan mantap. Jawapan calon adalah ringkas tetapi padat. Calon dapat mengenalpasti istilah bagi struktur dan konsep dengan tepat. Calon dapat mentafsir dan memanfaatkan maklumat dalam rajah rangsangan dengan sepenuhnya. Jawapan calon dalam kumpulan mempunyai kesinambungan antara setiap satu ceraian soalan. Calon juga mempamerkan penguasaan yang tinggi bagi konstruk yang kompleks seperti analisis dan sintesis, khususnya dalam Bahagian B. Dari jawapan yang dikemukakan oleh calon, kumpulan ini menunjukkan penguasaan semua kemahiran high order thinking yang tinggi.

Biologi 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kumpulan Sederhana Calon kumpulan ini dapat menguasai kebanyakan konstruk kemahiran high order thinking dan dapat mempersembahkan jawapan yang baik. Penguasaan calon dalam Bahagian A banyak memberi kelebihan kepada calon. Pada Bahagian B, calon dalam kumpulan ini masih mempunyai ruang untuk mempertingkatkan penguasaan fakta biologi agar calon dapat memantapkan jawapan bagi soalan berbentuk respon terbuka. Calon kumpulan ini mampu melonjakkan prestasi mereka ke kelompok cemerlang jika mereka dapat memastikan penguasaan dalam tajuktajuk berat dan abstrak. Kumpulan Rendah Calon menguasai kebanyakan konstruk yang biasa dan menjawab pada aras sederhana dan rendah. Jawapan calon di Bahagian A kurang tepat dan kurang padat. Pada Bahagian B, calon juga kurang kurang mampu menggabung jalin pelbagai kemahiran menjawab. Jawapan calon biasanya cetek dengan fakta. Konsep asas biologi juga tidak dikuasai dengan baik oleh calon dalan kumpulan ini.

Biologi 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

PRESTASI TERPERINCI BAHAGIAN A Soalan 1(a)(i)

Calon cemerlang dapat melabel organel P sebagai cell membrane atau plasma membrane dan melabel S sebagai rough endoplasmic reticulum dengan tepat.

Biologi 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon kumpulan ini tidak dapat mengenalpasti sama ada sel adalah sel haiwan atau sel tumbuhan, dengan itu calon tidak dapat menamakan P sebagai membran sel atau membran plasma. Calon hanya meneka P sebagai dinding sel (cell wall).

Biologi 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(a)(ii)

Calon dapat mengemukakan fungsi kromosom yang membawa kod genetik yang menentukan ciri dan fungsi sel dengan tepat dan jelas.

Jawapan calon di atas hanya menyatakan fakta bagi fungsi kromosom, iaitu kandungan kromosom. Walau bagaimanapun, calon tidak dapat mengemukakan penerangan bagi fakta dengan jelas. Ini menunjukkan bahawa penguasaan calon tentang fungsi kromosom masih lemah.

Biologi 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya menghafal perkara atau fakta yang berkaitan dengan kromosom. Calon tidak dapat mengaitkan konsep kromosom itu sendiri dengan fungsinya. Soalan 1(b)

Calon dapat menerangkan kesan serta merta ketidakhadiran Golgi Apparatus dan organel S, iaitu Rough endoplasmic reticulum, terhadap fungsi mereka dalam penghasilan enzim luar sel. Calon juga dapat mengaitkan turutan proses penghasilan enzim luar sel yang akan terganggu akibat ketiadaan Golgi Apparatus dan organel S dengan tepat dan sistematik.
Biologi 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya dapat menerangkan kesan akhir ketidakhadiran Golgi Apparatus dan organel S terhadap penghasilan enzim luar sel. Calon tidak mengaitkan bagaimana turutan proses penghasilan enzim terganggu apabila sel tidak mempunyai organel yang tersebut di atas.

Kesilapan yang sering berlaku ialah jawapan calon tidak menepati kehendak soalan. Calon hanya menghafal proses penghasilan enzim dan tidak mengaitkannya dengan situasi yang diberi dalam pokok soalan.

Biologi 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(c)

Calon dapat menerangkan mengapa sperma mengandungi lebih mitokondria fungsi mitokondria kepada sperma dalam ayat yang pendek dan padat.

Walaupun bagaimanapun, terdapat juga calon yang lebih cenderung memberi penerangan tambahan yang tidak berkaitan.

Calon tidak dapat mengaitkan situasi yang diberi dengan fungsi mitokondria, seperti yang dirangsang oleh soalan. Calon hanya dapat memberikan fungsi mitokondria tanpa penerangan bagi keperluan tenaga yang banyak kepada sperma.

Biologi 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(d)

Calon dapat menyatakan bahawa enzim yang dihasilkan oleh lisosom adalah sejenis enzim hidrolitik, dan bagaimana enzim berkenaan berperanan dalam penyingkiran organel yang rosak dalam sel.

Calon mempunyai idea tentang peranan lisosom dalam menghasilkan enzim tetapi calon tidak dapat menerangkan secara saintifik bagaimana enzim yang dihasilkan terlibat dalam penyingkiran organel yang rosak daripada sel.

Jawapan calon tidak menepati kehendak soalan.


Biologi 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2 (a)

Calon menguasai konstruk pengetahuan dengan menamakan proses pengangkutan aktif untuk pergerakan bahan X dan resapan ringkas untuk bahan Y.

Biologi 2

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Jawapan yang diberikan oleh calon tidak mengaitkan maklumat yang diberi dalam soalan tentang pergerakan bahan X yang memerlukan tenaga dengan pengangkutan aktif dan tidak memahami maksud resapan berbantu yang betul.

Kebanyakan calon tidak menguasai konstruk pengetahuan kerana tidak dapat menamakan proses yang terlibat. Calon lemah masih tidak dapat membezakan di antara resapan berbantu, resapan ringkas, pengangkutan aktif dan osmosis. Soalan 2(b)(i)

Calon menguasai konstruk pengetahuan kerana dapat menamakan contoh X dan Y dengan betul.

Biologi 2

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak dapat memberi jawapan dengan tepat kerana memberi contoh bahan X yang diangkut secara pengakutan aktif secara kurang tepat.

Calon tidak dapat memberikan contoh yang sesuai kerana tidak menguasai konstruk pengetahuan tentang contoh bahan X dan Y yang diangkut melalui proses pengangkutan aktif dan resapan. Soalan 2(b)(ii)

Calon dapat memberikan huraian dengan tepat tentang pergerakan Y (oksigen) secara resapan dari kawasan berkepekatan tinggi dalam alveolus ke kawasan berkepekatan rendah dalam kapilari darah.

Biologi 2

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak dapat menerangkan keseluruhan proses pergerakan Y. Kebanyakan calon dapat menjawab salah satu sama ada pergerakan Y dari dari alveolus ke kapilari darah atau pergerakan Y dari kawasan kepekatan tinggi ( tekanan separa oksigen yang tinggi ) ke kawanan kepekatan rendah ( tekanan separa oksigen rendah )

Calon tidak dapat menggunakan istilah yang tepat bagi partial pressure Y dalam alveolus berbanding partial pressure Y dalam kapilari darah.

Biologi 2

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2(c)

Kebanyakan calon dapat menguasai konstruk aplikasi dengan baik. Calon dapat menerangkan urutan fakta keadaan sel yang flaccid/terplasmolisis apabila direndam dalam larutan gula yang hipertonik.

Biologi 2

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat juga calon yang kurang menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan tidak dapat menerangkan urutan fakta dengan tepat apa yang terjadi kepada sel yang berada dalam larutan gula yang hipertonik.

Calon juga mempunyai masalah menggunakan istilah yang betul untuk menerangkan suatu proses atau keadaan larutan. Sepatutnya sel menjadi flasid bukan become hypertonic.

Biologi 2

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2(d)

Kebanyakan calon dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang osmosis dalam pengawetan makanan. Calon dapat menyatakan kedua-dua keburukan kaedah pengawetan makanan dengan tepat.

Biologi 2

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang osmosis dalam pengawetan makanan tetapi hanya dapat menyatakan satu sahaja keburukan menggunakan kaedah tersebut pada makanan.

Terdapat juga calon yang tidak dapat memberi respon tentang kebaikan dan keburukan kaedah yang digunakan. Calon sering mengaitkan keburukan kaedah ini dengan kesegaran buah dan pertumbuhan bakteria.

Biologi 2

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(a)(i)

Kebanyakan calon dapat menamakan jenis pembahagian sel sebagai meiosis. Kebanyakan calon kumpulan ini telah menguasai konstruk pengetahuan dan dapat menyatakan jenis pembahagian sel dengan betul.

Biologi 2

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Walau bagaimanapun, terdapat calon yang tidak dapat menguasai konstruk pengetahuan yang menyebabkanya tidak dapat menyatakan jenis pembahagian sel dengan betul. Contohnya, kesilapan menamakan jenis pembahagian sel itu sebagai mitosis. Soalan 3(a)(ii)

Kebayakan calon dapat menyusun peringkat-peringkat pembahagian sel dengan betul iaitu R P S Q.

Berdasarkan jawapan di atas, terdapat calon yang tidak dapat menguasai konstruk pengetahuan dan tidak dapat menyusun peringkat-peringkat pembahagian sel mengikut urutan yang betul.

Biologi 2

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(b)(i)

Calon dapat menerangkan perlakuan kromosom dalam peringkat R dengan tepat .

Calon juga dapat menguasai konstruk kefahaman dan dapat menerangkan perlakuan kromosom dalam peringkat R dalam ayat yang panjang dan berulangulang. Walau bagaimanapun, ada kalanya calon kurang menguasai konstruk kefahaman dan kurang tepat untuk menerangkan perlakuan kromosom dalam peringkat R dengan betul.

Biologi 2

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat juga calon yang tidak dapat menguasai konstruk kefahaman dan tidak dapat menerangkan perlakuan kromosom dalam peringkat R dengan betul . Soalan 3(b)(ii)

Calon dilihat telah menguasai konstruk kefahaman dan dapat menyatakan satu kepentingan perlakuan kromosom dalam 3(b)(i).

Terdapat juga calon yang tidak menguasai konstruk kefahaman dan tidak dapat menyatakan satu kepentingan perlakuan kromosom dalam 3(b)(i) dengan tepat.

Biologi 2

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(c)

Calon dapat menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan dapat menerangkan dengan tepat bagaimana zigot terbentuk.

Biologi 2

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Walau bagaimanapun, terdapat juga calon yang kurang menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan tidak dapat menerangkan dengan tepat bagaimana zigot terbentuk.

Kebanyakan calon kumpulan rendah tidak dapat menguasai konstruk pengetahuan dan tidak dapat menerangkan bagaimana zigot terbentuk dengan tepat.

Biologi 2

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(d)(i)

Calon kumpulan ini telah menguasai konstruk aplikasi dan dapat menyatakan bilangan kromosom anak itu dengan tepat.Ada juga calon cemerlang yang menulis 44+X atau 44+XO yang juga jawapan alternatif yang betul.

Calon juga dapat menguasai konstruk aplikasi dan dapat menyatakan bilangan kromosom dalam kariotip dengan tepat. Bagaimanapun, ada juga calon yang tidak dapat menulis bilangan kromosom dengan betul.

Biologi 2

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat juga calon yang tidak dapat menguasai konstruk aplikasi dan tidak dapat dapat menyatakan bilangan kromosom anak itu dengan tepat. Calon tidak memahami rajah dan tidak tahu yang mana satu kromosom menyebabkan tidak dapat menyatakan jawapan dengan betul. Soalan 3(d)(ii)

Kebanyakan calon dapat menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan dapat menamakan penyakit genetik yang dialami oleh anak itu dengan tepat.

Terdapat calon yang kurang menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan tidak dapat menamakan penyakit genetik yang dialami oleh anak itu dengan tepat tetapi mempunyai idea atau kurang pasti tentang nama penyakit itu .Contoh jawapan : Turner disease, Klinefelter Syndrome dan Down Syndrome.

Biologi 2

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(d)(iii)

Kebanyakan calon dapat menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan dapat menerangkan dengan tepat sebab bagi jawapan dalam 3(d)(ii). Calon ada idea tetapi jawapan diberi kurang tepat.

Terdapat juga calon yang kurang menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan tidak dapat menerangkan dengan tepat sebab bagi jawapan dalam 3(d)(ii). Calon ada idea tetapi jawapan yang diberi kurang tepat.

Biologi 2

26

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(d)(iv)

Kebanyakan calon kumpulan ini dapat menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan dapat menerangkan dengan tepat bagaimana sinar radioaktif boleh penyebabkan penyakit genetik ini.

Biologi 2

27

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon dilihat kurang menguasai konstruk aplikasi dan tidak dapat menerangkan dengan tepat bagaimana sinar radioaktif boleh menyebabkan penyakit genetik ini.

Biologi 2

28

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(a)

Calon mempamerkan kebolehan untuk mengenalpasti nama peringkat protin dan menamakannya dengan tepat. Soalan ini dapat dikuasai oleh kebanyakan calon.

Biologi 2

29

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat juga calon yang tidak dapat memanfaatkan maklumat yang dibekalkan oleh rajah. Calon membuat tafsiran terhadap peringkat organisasi protin secara tekaan. Calon tidak dapat mengaitkan pengetahuan tentang organisasi protin dengan rajah.

Biologi 2

30

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(b)

Calon dapat menamakan struktur protin X dengan tepat dan menyatakan bagaimana protin X terbentuk, bagi menghuraikan struktur protin X.

Terdapat calon yang hanya dapat menyatakan kandungan struktur protin X tetapi tidak dapat menghuraikan bagaimana struktur itu disusun atur.

Sebahagian kecil calon tidak mempunyai pengetahuan asas yang jelas tentang struktur protin X. Calon juga tidak dapat menghuraikan bentuk susunan unit asas protin X.

Biologi 2

31

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(c)

Sebahagian calon dapat menyatakan nama proses, nama substrat dan nama produk hasil penguraian protin X dengan tepat.

Calon kumpulan sederhana hanya dapat menyatakan proses yang menyebabkan protin X diuraikan atau kepada molekul yang lebih kecil. Hampir semua calon gagal memberi jawapan yang baik untuk soalan ini. Calon tidak menggunakan maklumat bergambar untuk menerangkan pembentukan dipeptida selepas berlakunya penguraian sesuatu protin. Walaupun struktur protein X berbentuk linear, hidrolisis terhadap protin akan menghasilkan polipeptida atau pun dipeptide. Walau bagaimanapun, calon tahu bahawa penguraian protin melibatkan penguraian ikatan antara molekul dalam protin.

Biologi 2

32

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebahagian kecil calon dirasakan terkeliru dan tidak langsung menggunakan rajah untuk membantu mereka menjawab soalan ini. Fakta asas penguraian protin tidak diaplikasikan. Walaupun dinyatakan bahawa X adalah protin, calon tidak menggunakan maklumat yang diberi bagi membantunya menjawab. Soalan 4(d)

Calon kumpulan ini dapat menyatakan ciri utama yang digunakan untuk mengkelaskan protin haiwan sebagai protin kelas pertama.

Atau sebagai protin yang tidak boleh disintesis oleh badan organisma itu sendiri.

Terdapat juga calon yang dapat mengaitkan protin kelas pertama dengan asid amino tidak perlu atau dengan kewujudan asid amino tertentu atau menyatakan bahawa protin itu sendiri yang tidak tidak dapat disintesis oleh badan, dan bukannya asid amino. Calon keliru dengan konsep protin kelas pertama.

Biologi 2

33

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(e)(i)

Calon kumpulan tinggi dapat menyatakan perubahan yang berlaku kepada molekul protin apabila terdedah kepada suhu yang tinggi. Calon dapat mengaitkan bagimana suhu menyebabkan denaturasi pada molekul protin.

Calon dapat memberi penerangan bagaimana suhu tinggi mengubah bentuk molekul sutera tetapi kurang lengkap. Calon tidak dapat menerangkan dengan lebih terperinci kesan suhu terhadap ikatan antara molekul yang menyebabkan perubahan bentuk struktur protin dalam sutera.

Biologi 2

34

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya dapat menyatakan kesan denaturasi protin apabila terdedah kepada suhu tinggi. Calon mengulangi sifat sutera yang menjadi berkedut, yang diberi dalam pokok soalan, sebagai sifat protin. Soalan 4(e)(ii)

Calon dapat mencadangkan tindakan yang tepat untuk mengekalkan kualiti fabrik, dengan cara yang ringkas dan jelas.

Biologi 2

35

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Jawapan calon kurang tepat kerana tidak dapat mengaitkan sutera sebagi sejenis protin. Oleh itu suhu yang dicadangkan menunjukkan bahawa calon tidak mempraktikkan pengetahuan tentang sifat protin yang terdapat pada sutera dalam kehidupan seharian. Calon tidak mempamerkan pengetahuan tentang sifat protin dan kesan suhu dan asid atau alkali terhadap protin. Calon juga tidak dapat mengaitkan bahawa sutera adalah sejenis protin. Calon juga mungkin tiada pengetahuan bahawa sutera adalah sejenis protin.

Biologi 2

36

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5(a)

Calon cemerlang dapat menentukan ketiga-tiga lokasi dengan tepat di mana tendon yang memegang otot bisep dilekatkan kepada tulang humerus, scapula dan radius untuk menunjukkan keberfungsian otot berkenaan dalam pergerakan tangan. Calon juga melukiskan dengan jelas tendon yang terlibat.

Calon kumpulan ini hanya dapat melukiskan satu atau dua daripada tempat lekatan tendon pada tulang dengan tepat. Calon boleh melukis tetapi bahagian teknikal dalam melukis rajah biologi tidak mantap.

Biologi 2

37

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon lemah dalam melukis rajah biologi yang yang tepat. Calon lemah dalam pengetahuan asas tentang fungsi dan struktur tisu tendon atau otot yang dapat diterjemahkan ke dalam bentuk rajah. Rajah lukisan calon menunjukkan cara pembelajaran calon lebih kepada menghafal dan bukan memahami. Soalan 5(b)

Calon cemerlang dapat memberikan ciri penyesuaian tisu P dengan tepat. Calon peka dengan perkataan ciri penyesuaian dalam pokok soalan. Calon dapat memberikan lebih daripada satu ciri penyesuaian bagi tisu P. Calon sederhana pula biasanya dapat memberikan satu ciri utama atau ciri asas tendon, namun jawapan calon masih diterima.

Biologi 2

38

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon kumpulan rendah mudah terkeliru dengan konsep kenyal dan tidak kenyal. Oleh itu jawapan yang diminta mungkin mudah tetapi calon masih gagal memberikan jawapan yang tepat. Soalan 5(c)

Calon dapat menerangkan tindakan anta gonistik aantara otot bisep dan trisep dengan jelas semasa pergerakan meluruskan tangan.

Calon kumpulan ini juga dapat menerangkan membengkokkan tangan dengan baik.

mekanisme

melurus

dan

Biologi 2

39

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon lemah kurang jelas dengan konsep tindakan antagonistic antara dua otot rangka pada tangan. Calon keliru dengan otot yang terlibat untuk mengecut dan membengkokkan tangan. Arah pergerakan tangan juga tidak dinyatakan secara jelas.

Biologi 2

40

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5(d)

Calon cemerlang dapat mengaitkan dengan baik kesan terhadap kesihatan seseorang akibat kerosakan pada tisu X, iaitu rawan. Calon juga dapat memberikan tanda-tanda penyakit yang sesuai. Pengetahuan calon terhadap penyakit yang melibatkan tulang dan tisu yang berkaitan dengannya baik, dan dapat diaplikasikan kepada situasi yang diberi.

Biologi 2

41

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon mempunyai pengetahuan yang mencukupi, namun menghadapi sedikit masalah dalam mengaitkannya dengan situasi yang diberi. Calon lebih cenderung untuk menjawab dari sudut pengetahuan am.

Calon tidak dapat memberikan jawapan secara saintifik untuk menerangkan keadaan yang dihadapi oleh pesakit. Pendekatan jawapan calon hanya sesuai untuk penerangan kepada mereka yang tidak mempelajari Biologi.

Biologi 2

42

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5 (e)

Calon cemerlang dapat memberi penerangan yang jelas tentang keperluan melakukan senaman memanaskan badan sebelum acara. Calon juga banyak memasukkan pengalaman semasa bersukan dan pengetahuan tambahan yang didapati semasa kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Calon dapat memberikan maklumat yang sesuai dalam jawapan dan dapat menerangkan kesan kepada otot dan atlet sekiranya langkah memanaskan badan tidak dilakukan sebelum acara.

Calon sangat cetek dalam jawapan dan tidak mengaitkan jawapan dengan pengetahuan saintifik yang dipelajari dalam kelas Biologi. Calon hanya menjawab berdasarkan pengalaman dan tidak bermaklumat yang dapat menunjukkan bahawa amalan ini adalah kebiasaan kepada seorang pelajar atau atlet.
Biologi 2

43

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 6 (a)(i)

Calon memahami kehendak soalan ini dan dapat memberi jawapannya dengan tepat mengikut kehendak soalan. Calon dapat menerangkan mengapa kelenjar pituitari adalah kelenjar tanpa duktus yang juga bertindak sebagai kelenjar utama.

Biologi 2

44

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat juga calon yang memahami kenapa kelenjar pituitari adalah kelenjar tanpa duktus dan sebagai kelenjar utama tetapi tidak dapat memberi penjelasan yang tepat sebagaimana kehendak soalan. Ada di antara calon yang menggunakan istilah biologi yang tidak tepat berkait dengan interaksi ini.

Terdapat juga calon yang gagal menjelaskan mengapa kelenjar pituitari adalah kelenjar tanpa duktus yang bertindak sebagai kelenjar utama. Penerangan calon secara umum dan tidak menggunakan istilah sains dan konsep yang betul. Ada calon yang tidak tahu apa itu kelenjar pituitari.

Biologi 2

45

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 6 (a) (ii)

Calon dapat menerangkan peranan kelenjar pituitari dalam proses pengawalaturan tekanan osmosis dalam badan apabila pengambilan air adalah terlalu sedikit. Penerangannya merangkumi bagaimana perubahan tekanan osmosis dalam darah dikesan, kesan ke atas perembesan ADH, dan air kencing yang dihasilkan kesan perembesan ADH dengan tepat.

Biologi 2

46

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Jawapan yang diberi oleh calon tidak memberi penerangan yang tepat tentang peranan kelenjar pituitari dalam pengawalaturan tekanan osmosis dalam badan apabila pengambilan air terlalu sedikit. Jawapan sebahagian daripada calon menggambarkan mereka faham kehendak soalan tetapi mereka tidak dapat memberi penerangan yang tepat dan jelas.

Biologi 2

47

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak dapat menerangkan peranan kelenjar pituitari dalam pengawalaturan tekanan osmosis dalam badan apabila pengambilan air terlalu sedikit. Jawapan calon menggambarkan seolah-olah mereka tidak pernah mempelajari tentang proses osmoregulation. Ada antara calon yang tidak memahami maksud tekanan osmosis tinggi dan tekanan osmosis rendah.

Biologi 2

48

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 6 (b)

Biologi 2

49

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Berdasar Rajah 6.2, calon dapat menamakan Q dan bahan kimia yang digunakan untuk pemindahan impulse melalui Q. Seterusnya menerangkan pemindahan impuls saraf dari neurone P ke neurone R. Penerangan calon menggunakan istilah dan konsep biologi yang tepat dan memenuhi kehendak soalan. Calon dapat menamakan Q dengan tepat dan menerangkan proses pemindahan impulse. Penerangan diberi tidak lengkap dan kurang menggunakan istilah-istilah sains dengan tepat.

Calon hanya memberi penerangan mengikut Rajah 6.2 yang diberi sahaja. Calon tidak tahu langsung proses pemindahan impulse sepanjang neurone.

Biologi 2

50

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

BAHAGIAN B Soalan 7(a)

Biologi 2

51

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon kumpulan tinggi dapat menerangkan proses biologi yang berlaku kepada tumbuhan berpandukan kepada situasi yang diberikan melalui rajah. Calon dapat menggunakan pengetahuan berkenaan penggelangan pokok berkayu dan fakta biologi yang terlibat dengannya. Jawapan calon kemas dan teratur, mencerminkan kemantapan kefahaman dan kemahiran mengolah pengetahuan secara sistematik.

Calon kumpulan ini mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menjawab solan, tetapi persembahan calon tidak padu. Calon tidak menggunakan maklumat daripada rajah sebaiknya kerana calon perlu menterjemahkan situasi yang diberikan kepada situasi biasa sebelum memberikan jawapan.

Biologi 2

52

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak dapat menerangkan kejadian yang ditunjukkan dalam rajah. Calon gagal mengaitkan kesan penggelangan pada batang pokok dengan gangguan kepada translokasi bahan organik yang dihasilkan semasa photosintesis. Calon tidak menyatakan mengapa bahagian atas gelang membengkak. Malahan calon menyatakan secara am yang bahagian atas pokok yang membengkak, bukan bahagian atas gelang pada batang pokok.

Biologi 2

53

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 7(b)

Biologi 2

54

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan ini agak mencabar bagi calon. Calon kumpulan tinggi juga terperangkap dengan perkataan transpirasi yang terdapat dalam soalan. Kebanyakan calon menjawab berkaitan dengan proses transpirasi dan bukannya bagaimana transpirasi membantu dalam penyejukan tumbuhan. Kebanyakan jawapan calon tersasar daripada kehendak soalan.

Calon sederhana hanya dapat memberikan sebahagian daripada proses pengangkutan air ke daun yang membantu dalam penyejukan tumbuhan. Calon tidak menekankan peranan air yang berfungsi untuk menyerap haba daripada tumbuhan semasa ia diangkut keluar daripada daun. Calon lemah tidak menjawab mengikut kehendak soalan. Jawapan yang diberi oleh kebanyakan calon dalam kumpulan ini menerangkan transpirasi dan tidak langsung mengaitkan jawapan dengan penyejukan dalam tumbuhan.
Biologi 2 55 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 7(c)

Biologi 2

56

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat calon yang tidak menghadapi masalah untuk memberi respon yang mantap bagi soalan ini. Calon mempamerkan kemahiran yang tinggi dalam menjawab soalan analisis dengan menggariskan persamaan dan perbezaan antara kedua-dua jenis sistem peredaran darah bagi X dan Y. Calon telah dapat mengenalpasti jenis peredaran darah dan dapat membandingkan kedua-duanya dengan tepat. Segelintir calon dapat menguasai fakta tetapi dalam bentuk terasing. Penguasaan calon bagi konstruk analisis masih lemah. Calon tidak menghadapi masalah untuk memberikan persamaan pada kedua-dua sistem peredaran darah, tetapi agak jelas yang calon tidak mantap untuk memberikan jawapan bagi membezakan keduanya. Terdapat juga calon yang mencampuradukkan beberapa aspek perbezaan dan menyukarkan pemeriksa untuk mengesan idea yang ingin disampaikan oleh calon.

Biologi 2

57

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 8

Biologi 2

58

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon dapat mengenalpasti Rajah 8.1 sebagai paya bakau. Calon dapat menerangkan peranan paya bakau yang bertindak untuk melindungi faktor biotik dan abiotik serta kepentingan paya bakau kepada aktiviti dan keperluan manusia. Calon juga dapat menerangkan peranan paya bakau sebagai habitat pelbagai fauna dan flora dalam mengekalkan biodiversiti yang secara langsung dapat mengelakkan kesan terhadap alam sekitar dan kepupusan spesies fauna jika ekosistem ini tidak dipelihara dan dipulihara.

Biologi 2

59

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon dalam kumpulan ini dapat menerangkan beberapa peranan ekosistem paya bakau. Calon tidak dapat menerangkan secara tepat dan jelas tentang perlunya sebuah ekosistem paya bakau dipelihara dan dipulihara, sebaliknya cenderung menerangkan tentang pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon. Calon kurang menguasai dan memahami kehendak konstruk menilai kerana tidak dapat mengembangkan fakta dalam format cause and effect.

Biologi 2

60

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kebanyakan calon kumpulan ini tidak dapat menerangkan mengapa sebuah ekosistem paya bakau perlu dipelihara dan dipulihara dengan tepat ; iaitu peranan ekosistem paya bakau. Ramai juga calon yang keliru dengan stimulus (Rajah 8.1), maka cenderung menerangkan tentang konsep pengkolonian dan sesaran ekosistem paya bakau dan tidak memenuhi kehendak soalan. Soalan 8(b)

Biologi 2

61

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Ramai calon dapat mentafsir rajah dan menerangkan dengan tepat tentang kesan pertambahan kepekatan gas karbon dioksida ke atmosphera dalam suatu ekosistem; iaitu berkisar tentang kejadian dan kesan rumah hijau seperti kehendak soalan. Calon mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang betul tentang kesan rumah hijau. Kebanyakan calon kumpulan rendah tidak dapat menerangkan kesan rumah hijau ke atas perubahan iklim dan kemandirian spesies .Calon lebih cenderong mengaitkan penyakit tertentu atau kesihatan dengan kesan rumah hijau.

Biologi 2

62

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon salah mentafsir maklumat dari rajah 8.2 dan tidak memahami kehendak soalan. Calon mengaitkan rajah dengan kesan penipisan lapisan ozon, hujan asid, pelepasan asap oleh kilang dan kenderaan dan jerebu kesan dari pembakaran hutan. Calon tidak menguasai konstruk sintesis.

Biologi 2

63

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 9(a)

Biologi 2

64

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kebanyakan calon kumpulan tinggi dapat menguasai konstruk mensintesis. Calon dapat menerangkan dengan tepat proses pencernaan protein dan lipid dalam saluran alimentari yang berkenaan.

Biologi 2

65

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kebanyakan calon kumpulan ini dapat menguasai konstruk pengetahuan dan kefahaman tetapi kurang menguasai konstruk sintesis. Segelintir calon gagal memberikan persamaan bagi pencernaan protien dan lipid (ikan kukus) dalam saluran alimentari yang berkenaan.

Biologi 2

66

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kebanyakan calon kumpulan ini kurang menguasai konstruk pengetahuan dan lemah dalam menguasai konstruk sintesis. Calon tidak dapat menerangkan dengan tepat nama enzim, bahan, dan hasil dari proses pencernaan protein dan lipid dalam saluran alimentari yang berkenaan. Soalan 9(b)

Biologi 2

67

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kebanyakan calon telah menguasai konstruk pengetahuan, kefahaman dan penilaian. Calon dapat menyatakan dengan tepat kandungan dalam contoh makanan yang diberi dan telah dapat mengaitkannya dengan masalah kesihatan jika pengambilannya secara berlebihan.

Biologi 2

68

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon telah menguasai konstruk pengetahuan tetapi kurang menguasai konstruk kefahaman dan penilaian. Calon kurang tepat dalam mengkaitkan masalah kesihatan dengan pengambilan protein dan lipid secara berlebihan. Calon tidak dapat menerangkan sebab salur darah tersumbat. Terdapat juga calon yang kurang menguasai konstruk pengetahuan dan juga lemah dalam menguasai konstruk kefahaman dan penilaian. Calon salah tafsir kehendak soalan. Calon membincangkan jawapan tentang kekurangan serat dan vitamin C. Calon tidak dapat menyatakan dengan tepat kelas makanan yang ada dalam contoh makanan yang diberi dan tidak dapat mengkaitkan masalah kesihatan jika pengambilan kelas makanan protein dan lipid secara berlebihan.

Biologi 2

69

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. 2. Calon perlu mempunyai penguasaan yang kukuh khususnya berkaitan dengan pengetahuan asas biologi. Calon perlu didedah dan digalakkan untuk membuat lakaran saintifik yang dapat membantu dalam meningkatkan kefahaman calon dalam pembelajarannya. Calon perlu mengaitkan ilmu Biologi dengan kehidupan seharian dan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman Biologi dalam mengurus diri dan alam sekitar. Calon harus mantap dengan tajuk-tajuk asas Biologi yang diajar di Tingkatan 4 kerana asas yang kukuh akan memudahkan calon memahami tajuk-tajuk lain dengan konsep-konsep yang lebih abstrak dan berat. Calon perlu menguasai konstruk-konstruk yang lebih tinggi seperti aplikasi, analisis dan sintesis untuk mendapatkan kemahiran Biologi yang menyeluruh.

3.

4.

5.

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu menggunakan banyak contoh di mana aplikasi pengetahuan dan kefahaman Biologi diterapkan kepada calon semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru perlu mempunyai pengalaman sebagai pemeriksa untuk meningkatkan kemahiran guru semasa P&P. Guru harus mengajar secara berpusatkan calon supaya calon dapat merasai dan meneroka sendiri aplikasi Biologi dalam kehidupan mereka. Guru boleh mengadakan pendedahan teknik menjawab bagi soalan-soalan konstruk yang kompleks kepada calon untuk membantu calon menguasai kemahiran berkomunikasi melalui jawapan yang tepat.

2. 3. 4.

Biologi 2

70

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Anda mungkin juga menyukai