Anda di halaman 1dari 11

(900) Pengajian Am - Penulisan

Soalan: Jenayah pemerdagangan manusia yang semakin menjadi-jadi telah mendatangkan pelbagai masalah kepada kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, permasalahan ini sukar untuk diatasi disebabkan oleh penglibatan pelbagai pihak dan perbezaan-perbezaan tertentu. Bincangkan cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh negara dalam usaha untuk membanteras jenayah ini. Jawapan Cadangan Belakangan ini, jenayah pemerdagangan manusia di Malaysia telah menambahkan lagi kebimbangan kerajaan terhadap masalah-masalah yang tidak putus-putus. Selain semakin serius, jenayah ini juga sukar untuk ditangani, mendatangkan pelbagai cabaran terhadap negara. Cabaran utama yang terpaksa dihadapi ialah wujudnya banyak kekurangan dalam penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan jenayah pemerdagangan manusia ini. Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, (Pindaan 2010) dilihat kurang berkesan. Ini kerana, penguatkuasaan akta-akta tersebut oleh agensi-agensi yang berkaitan seringkali memeperlihatkan wujudnya kebocoran dari segi penguatkuasaan. Sebagai contoh, tangkapan-tangkapan yang dibuat kebanyakannya berakhir dengan buang kes atau penangguhan keputusan perbicaraan. Ini berdasarkan kepada fakta bahawa akta-akta yang sedia ada tidak menyediakan ruang yang secukupnya bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan penguatkuasaan atas sebab kelemahan-kelemahan dan kesamaran yang ada pada kedua-dua akta tersebut. Selain itu, isu integriti perkhidmatan awam juga merupakan cabaran yang besar. Kegagalan dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia sering dikaitkan dengan intervensi pihak ketiga, iaitu badan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan sebagainya, yang sering berakhir dengan kegagalan. Kegagalan selalunya disebabkan oleh penguatkuasaan yang bertentangan dengan aspek integriti, seperti wujudnya gejala rasuah dalam kalangan penguatkuasa-penguatkuasa jabatan tersebut. Sebagai contoh, wujud beberapa kes di mana pegawai-pegawai yang berurusan dengan kemasukan pendatang asing ke negara ini membenarkan kemasukan negara dengan mengeluarkan permit dan pasport palsu selepas disuap oleh pihak tertentu. Dalam mengejar kemajuan di era globalisasi, pembangunan negara tidak terlepas daripada menjadi salah satu cabaran bagi membanteras jenayah pemerdagangan manusia. Pembangunan negara yang pesat memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai, dan ini menjadi masalah yang besar. Bagi menampung kekurangan tenaga kerja, negara banyak bergantung kepada kedatangan pekerja asing seperti dari Indonesia, Bangladesh, Burma, Vietnam dan sebagainya yang berkerja di pelbagai sektor, terutama sektor pembinaan dan perladangan. Mereka datang melalui pelbagai saluran yang memungkinkan kewujudan jenayah pemerdagangan manusia. Cabaran utama di sini ialah wujudnya dilema terhadap negara kerana usaha-usaha membanteras pemerdagangan manusia secara total boleh mempengaruhi perkembangan usaha-usaha pembangunan negara melalui sekatan terhadap kemasukan pekerja. Cabaran seterusnya ialah kesukaran mendapatkan maklumat daripada mangsa. Mangsa selalunya akan menyembunyikan fakta yang berkaitan seperti nama sebenar mereka, tempat asal, cara mereka diperdagangkan, pihak yang terlibat dan sebagainya. Mereka seperti ingin mengelak apabila ditemuduga oleh pihak-pihak bertangggungjawab. Sebagai contoh, mangsa-mangsa wanita yang terjebak dengan pelacuran takut untuk mendedahkan maklumat tentang kegiatan mereka kerana dijaga, dikawal dan diugut oleh majikan. Ugutan dan ancaman yang dikenakan terlalu kuat sehinggakan mereka tidak berani memberi respon terhadap setiap soalan dalam temuduga yang Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran 1

(900) Pengajian Am - Penulisan

dijalankan, dan ini menyukarkan usaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia dan pelacuran juga. Cabaran terakhir ialah kurangnya kerjasama masyarakat terhadap jenayah ini. Walaupun kegiatan jenayah pemerdagangan manusia berlaku di hadapan mata, masyarakat tidak berminat untuk memberikan kerjasama terutamanya dari segi maklumat kepada pihak-pihak penguatkuasa yang berkaitan. Ini disebabkan oleh perasaan bimbang akan tindakan yang mungkin diambil oleh pelaku jenayah yang akan membalas dendam sekiranya ada pihak yang membongkar tentang kegiatan mereka. Tindakan-tindakan kejam pernah berlaku terhadap pihak yang telah memberikan maklumat, seperti kes yang berlaku terhadap sebuah keluarga di Sabah pada tahun 2009. Kesimpulannya, jenayah pemerdagangan manusia merupakan punca kepada pelbagai masalah lain seperti lambakan pendatang asing tanpa izin, jenayah dan kekejaman sosial, dan sebagainya. Walau bagaimana sukar sekalipun jenayah ini perlu diatasi dan dibanteras secara berterusan.

Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

(900) Pengajian Am - Penulisan

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA AKTIVITI perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Sementara itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun.

Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam banyak negara. AS telah menggubal undang-undang perdagangan manusia iaitu Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000. Akta itu telah memperluaskan konsep perdagangan manusia dan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat. Malaysia juga telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP) bagi menangani isu tersebut. Kewujudan akta ini telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM500,000. Sejajar dengan pengenalan akta tersebut, kerajaan turut menubuhkan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAO) yang berfungsi untuk menyelaraskan dasar dan melaksanakan ATIP.

Walaupun Laporan Antipemerdagangan Orang 2007 (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan Malaysia sebagai antara 16 negara berprestasi buruk dalam menangani isu ini, kewujudan ATIP dan MAO akan membuktikan komitmen negara dalam usaha membanteras fenomena ini. Persidangan Serantau Mengenai Penyeludupan, Perdagangan Manusia dan Jenayah Antara Negara di Bali pada Februari 2002 telah menunjukkan komitmen bersepadu antara negara-negara Asia Pasifik. Persidangan itu sepakat untuk membentuk kerjasama terutama dalam aspek perkongsian maklumat, kepakaran dan undang-undang yang seragam bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dibendung di peringkat akar umbi. Mereka juga menganggap penyeludupan dan perdagangan manusia bukan sahaja melanggar hak sesebuah negara malah ia menimbulkan pelbagai masalah selain menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.

Namun begitu, dalam memperkatakan mengenai isu ini, ramai yang masih keliru di antara konsep penyeludupan dan perdagangan orang. Menurut UN Convention Transnational Organised Crime (2000), penyeludupan ialah apabila seseorang memasuki sesebuah negara secara haram dengan melakukan pembayaran dalam bentuk wang atau faedah lain kepada pihak-pihak tertentu. Sementara itu, Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 pula mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi.

Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi 3
Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

(900) Pengajian Am - Penulisan

sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. Daripada definisi di atas, terdapat beberapa perbezaan ketara antara perdagangan dan penyeludupan manusia. Hubungan antara penyeludup dan orang yang diseludup akan berakhir apabila seseorang itu dihantar ke destinasi yang dikehendaki oleh mangsa dan unsur pengeksploitasian tidak perlu dibuktikan sebagai sabitan kepada kesalahan tersebut. Apa yang pasti penyeludupan orang akan melibatkan rentas sempadan sesebuah negara secara haram. Kesanggupan mangsa untuk membayar sejumlah wang menunjukkan bahawa migrasi mereka adalah benar-benar terdesak dan mereka menjangka mendapat keuntungan berlipat kali ganda di negara destinasi.

Pada 1993, seramai 300 imigran dari China telah diseludup ke New York dengan menggunakan kapal Golden Venture. Setiap mereka membayar sebanyak AS$30,000 hingga AS$40,000 kepada ejen penyeludupan. Kebanyakan mereka telah berjaya mengaut keuntungan sehingga mampu membina rumah besar dan mewah di negara asal. Perdagangan orang pula tidak semestinya mereka yang terlibat perlu merentas sempadan sesebuah negara tetapi ia juga boleh berlaku secara domestik. Contohnya dalam isu kerja paksa. Ia tidak semestinya melibatkan pekerja asing sahaja tetapi boleh diambil kira nasib pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan. Status kemasukan mangsa perdagangan orang boleh berlaku sama ada secara sah atau tidak. Tetapi bagi aktiviti penyeludupan statusnya sudah tentu tidak sah. Apa yang penting dalam isu perdagangan orang ialah wujudnya unsur-unsur eksploitasi dan paksaan terhadap mangsa.

Oleh itu, jika dilihat dalam kes Siti Hajar Sadli, pembantu rumah Indonesia yang dikatakan telah didera oleh majikan bukan sahaja boleh menggunakan peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah (KAJ) tetapi juga peruntukan dalam Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP). Kesalahan perdagangan orang tidak melibatkan unsur-unsur sukarela antara mangsa dengan orang yang memperdagangkan. Ia juga tidak melibatkan sebarang bentuk ganjaran atau caj perkhidmatan seperti aktiviti penyeludupan. Untuk tujuan pendakwaan dan sabitan, mangsa perlu dibuktikan telah dipaksa dan dieksploitasi. Unsur-unsur paksaan dan pengeksploitasian boleh wujud sama ada sebelum, semasa atau selepas proses perdagangan orang itu berlaku. Dengan itu, adalah sukar pihak berkuasa untuk bertindak pada peringkat awal kerana ia perlu menentukan mangsa telah dieksploitasi atau sebaliknya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan aktiviti penyeludupan boleh menjadi proses awalan kepada aktiviti perdagangan manusia. Ini kerana selalunya kesalahan penyeludupan orang mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian aktiviti perdagangan manusia. Justeru itu, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu ini ialah komitmen jitu dan pelaksanaan strategik supaya ia tidak menjadi "tin kosong" dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan. Pelaksanaan perlu dilengkapi dan disokong dengan aspek perundangan yang tersusun, kakitangan yang komited dan kewangan yang mantap. Ini kerana tanpa elemen-elemen tersebut adalah sukar untuk kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam pelan induk mengenai antiperdagangan orang. Apa yang pasti mangsamangsa perlu diberikan perlindungan sebaik mungkin tanpa mengira agama, gender, bangsa dan negara asal.

Di samping itu, setiap negara juga perlu menandatangani memorandum perjanjian di bawah PBB 4
Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

(900) Pengajian Am - Penulisan

supaya kos pemulihan dan penguatkuasaan boleh ditanggung bersama jika salah seorang - mangsa atau penjenayah - melibatkan rakyat mereka. Perjanjian itu akan membuatkan semua negara lebih serius untuk menangani isu ini. Oleh itu, aktiviti ini boleh disekat sejak dari negara sumber lagi dan mengurangkan beban kepada negara destinasi serta menggalakkan migrasi secara sah.

JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH)


PENDAHULUAN:

merupakan antara jenayah tertua dianggap sebagai suatu industri universal tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakan negara termasuk Malaysia Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan sebagainya.

PUNCA: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kemiskinan/ kesempitan hidup Terpengaruh tawaran kerja Kurang didikan moral/agama Materialistik Penguatkuasaan undang-undang yang lemah Taraf pendidikan mangsa

KESAN: 1. 2. 3. 4. Imej negara terjejas Masalah sosial meningkat Penyakit berjangkit Penindasan

LANGKAH: 1. memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia - kementerian berkenaan mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa 5
Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

(900) Pengajian Am - Penulisan

seperti melatih anggota keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi tujuan tertentu melatih penguat kuasa, pendakwa raya, hakim dan majistret mengenai pelbagai perkara termasuk Akta Antipemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan isu terbabit menyelaraskan sistem data maklumat kemasukan mengemaskinikan rekod keluar masuk di pintu sempadan terutama di lapangan terbang, pelabuhan, dan pintu sempadan antara sangat diperlukan bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini. 2. menjalinkan kerjasama dengan negara jiran- Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan- negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamanya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan - kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek bentuk serta kaedah penyeludupan dan negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia - Kerjasama di peringkat sempadan perairan negara - menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan negara-negara jiran berkongsi maklumat tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal berusaha mengenal pasti lubang-lubang tikus 3. Kempen kesedaran untuk membasmi jenayah perdagangan manusia di kalangan masyarakat juga dipergiatkan 4. Membanteras gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguat kuasa setiap negara jabatan-jabatan yang masih menjadi kambing hitam seperti imigresen, kastam, polis marin, RELA dan organisasi yang sama di negara-negara jiran amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah negara. PENUTUP: Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang dihadapi yang berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti dan bijaksana. Biarlah segala tindakan bersama menatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebihlebih lagi dalam isu pemerdagangan manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga iaitu negara pembekal dan negara penerima. Oleh itu, kerjasama serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana.

Contoh Karangan SPM: Faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan langkah-langkah yang harus diambil untuk menanganinya
Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu masalah yang kian membimbangkan masyarakat dunia iaitu jenayah pemerdagangan manusia. Isu yang semakin berleluasa ini sering melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Namun begitu, pendedahan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menunjukkan bahawa golongan remaja turut dijadikan mangsa jenayah pemerdagangan manusia. Hal ini sungguh membimbangkan kerana situasi tersebut mampu menyebabkan gejala negatif yang lain turut menjadi serius. Misalnya, mangsa jenayah pemerdagangan manusia sering dijadikan sebagai pelacur, buruh paksa, hamba seks dan pengemis upahan. Malah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, sebanyak dua puluh tujuh sindiket pemerdagangan manusia yang bergiat aktif di Malaysia berjaya ditumpaskan sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Penumpasan sindiket-sindiket tersebut telah menyelamatkan ratusan individu yang menjadi mangsa mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa jenayah pemerdagangan manusia sememangnya semakin serius dan perlu diatasi dengan segera. Hakikatnya, jenayah pemerdagangan manusia hanya boleh diatasi jika kita memahami faktor-faktor berlakunya jenayah tersebut.

Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

(900) Pengajian Am - Penulisan Pertama sekali, kewujudan korupsi dan unsur rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan menyebabkan jenayah ini sukar ditangani. Sindiket pemerdagangan manusia sering memanfaatkan kewujudan pegawai kerajaan yang mudah dirasuah untuk memudahkan pelaksanaan modus operandi mereka. Misalnya, pegawai imigresen yang menjaga sempadan negara boleh dilepasi dengan mudah oleh ejen-ejen sindiket pemerdagangan manusia bersama mangsa mereka hanya dengan menghulurkan beberapa helai wang kertas lima puluh ringgit kepada mereka. Keadaan kini bertambah keruh apabila pegawai-pegawai kerajaan sendiri bertindak membantu sindiket pemerdagangan manusia. Contohnya, mereka mencari individu yang berpotensi untuk diperdagangkan dan menyerahkan insan-insan yang tidak berdosa itu kepada ejen pemerdagangan manusia. Hal ini amat menyedihkan kerana pihak yang patut memainkan peranan untuk mengatasi jenayah pemerdagangan manusia bertindak sebaliknya ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Maka, jenayah tersebut pasti sukar ditangani jika wujud pegawai-pegawai kerajaan yang berkorupsi. Selain itu, jurang ekonomi antara negara-negara jiran turut menjadi faktor jenayah pemerdagangan manusia. Rakyat negara yang miskin sudah tentu ingin menambah baik taraf hidup mereka dengan apa jua cara yang mudah. Oleh itu, mereka memilih untuk bekerja di negara jiran yang lebih kaya tetapi kekurangan tenaga kerja. Namun begitu, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap mereka dengan menaburkan janji-janji manis seperti pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih baik. Malangnya, selepas individu-individu tersebut dibawa ke luar negara, mereka dijual kepada pihak lain dan dijadikan hamba seks dan buruh paksa. Situasi ini terbukti berlaku apabila statistik Jabatan Siasatan Jenayah PDRM menunjukkan hampir kesemua individu yang berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia berasal dari negara-negara jiran yang berpendapatan rendah seperti Myanmar, Vietnam dan Laos. Keadaan ini membuktikan bahawa jurang ekonomi antara negara-negara serantau turut menjadi faktor wujudnya jenayah pemerdagangan manusia. Di samping itu, tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga menyebabkan jenayah tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang bersikap seperti katak di bawah tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai jenayah merentasi sempadan. Masyarakat kini sering bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di sekeliling mereka. Umpamaanya, terdapatkah individu pada hari ini yang melihat pengemis kanak-kanak cacat sanggup bersikap proaktif dan membawanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Keengganan masyarakat untuk mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan situasi seperti ini berlaku. Lebih membimbangkan lagi apabila masyarakat mendiamkan diri meskipun tahu tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di kawasan tempat tinggal mereka. Misalnya, pihak PDRM berjaya menangkap seorang lelaki di sebuah rumah bersama tiga puluh orang wanita warganegara Vietnam yang dikurung di dalam sebuah bilik. Siasatan lanjut mendapati lelaki itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia sejak lima tahun yang lalu dan menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalankan urusan sindiketnya itu. Sekiranya masyarakat di kawasan perumahan itu bersikap proaktif, pasti sindiket tersebut terbongkar lebih awal. Malangnya, sikap mereka yang kurang peka terhadap situasi di sekeliling memudahkan lelaki itu untuk menjalankan sindiketnya selama separuh dekad. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang mendiamkan diri akan menyebabkan jenayah pemerdagangan manusia terus melarat. Faktor-faktor jenayah pemerdagangan manusia sememangnya sukar diatasi. Walau bagaimanapun, jika pihak kerajaan mewujudkan undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap dalang sindiket pemerdagangan manusia, pasti jenayah tersebut dapat ditangani. Kejayaan Akta dadah Berbahaya dalam mengekalkan jumlah kes penyeludupan dadah pada tahap yang rendah harus dijadikan contoh untuk mewujudkan mekanisme yang sama demi mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Hukuman penjara sahaja tidak memadai buat pesalah yang sanggup menjalankan urusan jual beli manusia. Hukuman mati mandatori patut dikenakan terhadap mereka supaya dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mewujudkan mekanisme yang tepat untuk menyifarkan kes rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. Jika kes rasuah dapat disifarkan, sudah tentu pelaksanaan undang-undang menjadi lebih berkesan sekali gus mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Seterusnya, pemimpin-pemimpin negara serantau perlu bekerjasama untuk mengurangkan jurang ekonomi. Komuniti ASEAN yang bakal diwujudkan pada tahun 2015 patut dizahirkan kerana langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan jenayah merentasi sempadan apabila negara-negara di Asia Tenggara menjalin kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya negara-negara serantau membangun secara serentak, keperluan rakyat sesebuah negara untuk bekerja di negara jiran akan berkurang. Secara tidak langsung, keadaan ini seterusnya akan mengurangkan pemerdagangan manusia. Selain itu, masyarakat pula perlu bersikap proaktif dan melaporkan gerak-geri yang mencurigakan di sekeliling mereka. Mereka harus bekerjasama dan memastikan kawasan tempat tinggal mereka tidak dijadikan sebagai markas pemerdagangan manusia. Contohnya, Persatuan Rukun Tetangga perlu sentiasa menjalankan pelbagai langkah untuk membanteras perlakuan jenayah di kawasan perumahan mereka. Masyarakat tidak perlu takut untuk melaporkan

Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

(900) Pengajian Am - Penulisan jenayah pemerdagangan manusia kepad pihak berkuasa kerana identiti mereka akan dirahsiakan. Maka, sekiranya rakyat Malaysia bersikap proaktif, pasti jenayah pemerdagangan manusia mampu diatasi dengan mudah. Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi jenayah tersebut. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan membuahkan hasilnya jika pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana sesungguhnya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Semoga dengan penyifaran jenayah pemerdagangan manusia, kita dapat menzahirkan Wawasan 2020 dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. PENGENALAN Terdapat banyak definisi bagi konsep pemerdagangan orang atau manusia. Antara konsepnya, istilah ini

didefinisikan sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi. Di mana modus operandi termasuklah, penggunaan ancaman atau penggunaan bentuk

tekanan lain, penculikan, penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan berisiko atau rawan, dan memberi atau menerima pembayaran. Selain itu, istilah pemerdagangan orang juga didefinisikan sebagai perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang). Pemerdagangan manusia merupakan jenayah baru. Kalau dalam bahasa Inggerisnya, pemerdagangan dipanggil "Human trafficking". Tetapi terjemahan yang paling dekat yang kita dapati ialah, "pemerdagangan manusia". Usaha ini membawa erti di mana manusia diperdagangkan atau dalam erti kata lain, manusia yang menjadi produk utama aktiviti jual beli ini. Tidak kira, samada urusan pemerdagangan itu lakukan berlandaskan undang-undang ataupun secara haram, pokoknya ia melibatlan urusan jual beli manusia. Dan urusan jual beli ini adalah secara haram dan tidak berlandaskan undang-undang ataupun tiada langsung undang-undang yang diperuntukkan untuk hal ini. Selain itu, penyeludupan juga merupakan industri berbilion dolar dan berlaku di setiap negara tunggal dalam kewujudan. Walaupun perdagangan seks adalah yang paling tahu tentang, penyeludupan manusia juga melibatkan jualan orang sebagai buruh tidak bergaji (hamba), mangsa penderaan, dan banyak lagi. Kedua-dua lelaki dan wanita yang diperdagangkan, dan berjuta-juta orang diperdagangkan setiap tahun. Kebanyakan manusia yang dijual ini akan menjadi hamba atau buruh paksa kepada tuannya. Dan yang kita selalu dengar ialah, banyak mereka ini dijual kepada bapa-bapa ayam yang melibatkan mereka di dalam industri seks. Mereka menjadi pekerja-pekerja seks bagi kaum lelaki yang kebuluran seks itu. Mereka menjadi mangsa kerana

terpaksa dan langsung tidak dibayar sesen pun upah hasil daripada khidmat seks itu. Setelah anak-anak gadis ini dijual kepada bapa-bapa ayam ini, mereka telah menjadi hak milik kekal bapa ayam tadi dan terpaksa berkhidmat secara percuma tanpa upah. Yang menyedihkan, ada dalam kalangan mereka ini masih lagi kanak-kanak bawah umur. Ada juga yang dibeli untuk dilakukan kilang membekalkan bayi. Atau dalam erti kata lain, mereka yang telah dibeli ini akan dipaksa melakukan seks serta mengandungkan anak, selepas itu anak yang dilahirkan akan dijual kepada pasangan-pasangan yang "kepinging" sangat untuk menimbang cahaya mata, walaupun sanggup membayar dengan harga yang mahal dan melalui saluran yang tidak berperikemanusiaan ini. Ada juga manusia yang dijual ini dijadikan hamba-hamba seumur hidup kepada pengusaha-pengusha industri perikanan, pembuatan, malah perkilangan. Apabila

Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

(900) Pengajian Am - Penulisan mereka telah dibeli, bereti mereka akan secara automatik menjadi hamba abai pada zaman moden ini. Bekerja tanpa dibayar gaji walau sesen pun. Malah ada dalam kalangan buruh paksa ini dari kalangan budak-budak bawah umur. Kebanyakan mereka yang diperdagangkan ini sumbernya didapati daripada pelarian-pelarian politik sesebuah negara. Apabila mereka lari dari pergolakan negara asal mereka dan ingin mencuba nasib di negara baru yang dirasakan aman serta memberi kehidupan yang baru kepada mereka, tetapi, oleh sebab adanya kepincangan sistem pemantauan pelarian di negara baru tersebut, kebanyakan pelarian ini menjadi mangsa penguatkuasa tempatan yang mengambil kesempatan menangkap dan menjual mereka demi mendapatkan wang lebih. Sebagai contoh, telah banyak kes dilaporkan tentang pelarian politik Myanmar diperlakukan tidak adil oleh penguat kuasa undang-undang tempatan kita. Ada juga bekalan manusia ini didapati hasil daripada penculikan dan selalunya mereka yang diculik ini ialah kanak-kanak di bawah umur.

2.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PIHAK BERKUASA 2.1 Kerjasama mangsa sebagai saksi Mangsa-mangsa pemerdagangan orang ini selalunya mempunyai rasa tidak percaya terhadap pihak polis di negara-negara asal mereka. Selain itu, mangsa-mangsa perdagangan manusia juga berasa takut akan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan berkenaan bahawa mereka akan dianggap sebagai penjenayah, dipenjarakan atau dihantar pulang. Mangsa-mangsa penyeludupan manusia juga sering tidak memperkenalkan diri mereka sebagai mangsa. Oleh itu, agen penguatkuasaan undang-undang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti

mangsa-mangsa dalam kalangan tahanan dan memisahkan mereka daripada melakukannya. 1.2 Isu gender ketara menjejaskan keupayaan penemuduga untuk mendapatkan malumat Wanita dan kanak-kanak yang kerap mengalami penderaan seksual dan keganasan akan berasa keberatan untuk mendapatkan bantuan kerana malu dan stigma yang mungkin mengalir daripada mendedahkan pengalaman mereka. Lelaki, terutamanya orang-orang dari budaya dengan pandangan tradisional kejantanan, mungkin tidak mahu mengaku mereka ialah mangsa kejadian kerana mereka takut bahawa pendedahan mereka kehilangan kawalan ke atas kehidupan mereka boleh membawa kepada persepsi kejantanan berkurangan. Atas sebab-sebab ini, lelaki dan wanita mungkin boleh lebih bersedia untuk bercakap dengan anggota penguatkuasa undang-undang dan penyedia perkhidmatan yang sama jantinanya dengan mereka. 1.3 Gejala rasuah dalam kalangan pihak berkuasa Gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguatkuasa setiap negara. Gejala rasuah yang timbul dalam kalangan pegawai kerajaan yang terlibat dalam jenayah ini mestilah dibawa segera ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Hal ini berlaku demikian kerana amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah negara. 3.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKANG MASALAH INI DARIPADA BERLELUASA 3.1 Pengenalan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670)

Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

(900) Pengajian Am - Penulisan Jika seseorang memperdagangkan orang yang bukan seorang kanakkanak bagi maksud eksploitasi dia akan dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda. Selain itu, jika seseorang mendapatkan keuntungan daripada pengeksploitasian orang yang diperdagangkan, dia juga akan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada RM50, 000 tetapi tidak melebihi RM500, 000. Tambahan pula, jika seseorang itu merupakan pegawai penguatkuasa, dan dia telah menghalang, merintangi, mengganggu atau gagal untuk mematuhi permintaan yang sah sebagai seorang pegawai penguatkuasa dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, dia akan didenda bawah Seksyen 63 dengan denda tidak melebihi RM150, 000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau keduaduanya. 3.2 Pemberian Pendidikan Awam Pendidikan awam diberi kepada manusia sejagat melalui poster anti manusia (tersedia dalam 17 bahasa) dan risalah (tersedia dalam 14 bahasa) yang telah diedarkan di dalam dan luar negara kepada kumpulan-kumpulan berasaskan iman, tempat perlindungan, ahli akademik, pusat imigresen dan organisasi sokongan. 3.3 Kerjasama dengan negara jiran Kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini telah dilaksanakan terutama dari aspek bentuk serta kaedah penyeludupan dan negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia. Tambahan pula, kerjasama di peringkat sempadan perairan negara juga telah dilakukan dengan menjalani operasi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan negara-negara jiran. Tambahan pula, negara Malaysia juga telah berkongsi maklumat dengan negara jiran tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal sumber. Hal ini dilakukan supaya lubang-lubang tikus ini dapat dikenal pasti secepat mungkin. 3.4 Pelancaran kempen-kempen kesedaran Kempen-kempen umum yang komprehensif dan mendedahkan pengetahuan tentang Akta Pemerdagangan Orang dan kejelekan aktiviti jenayah berkaitan telah dilaksanakan dan diperluas kepada rakyat Malaysia. 4.0 PENUTUP Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang dihadapi yang berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti dan bijaksana. Biarlah segala tindakan bersama menatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi dalam isu pemerdagangan manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga iaitu negara pembekal dan negara penerima. Oleh itu, kerjasama serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana. Dengan ini, manusia sejagat dapat hidup dalam suasana yang lebih aman dan harmoni tanpa dibelenggu masalah isu pemerdagangan orang ini.

10

Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

(900) Pengajian Am - Penulisan

11

Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

Anda mungkin juga menyukai