Anda di halaman 1dari 7

Rentak Jantung Tidak Seragam

Pengenalan Rentak jantung yang tidak seragam berlaku apabila jantung mengepam darah pada kadar yang luarbiasa. Istilah yang sering digunakan untuk menerangkan keadaan rentak yang tidak seragam ini meliputi aritmia jantung, ketidakaturan rentak dan disritmia atau ketidak selarasan rentak jantung . Deskripsi Bagi golongan dewasa rentak jantung biasanya berdenyut atau berdegup antara 60 hingga 100 kali seminit. Degupan jantung bermula dari atrium kanan, di mana sekumpulan sel khas yang dipanggil nodus sinus (SA) atau perentak semulajadi akan menghantar isyarat elektrik. Isyarat ini kemudiannya tersibar di seluruh atria ke nodus atrioventrikel (A-V). Nodus ini kemudiannya akan menghantar isyarat elektrik ke sekumpulan gentian yang bergerak ke seluruh ventrikel. Proses ini akan mencetuskan pengecutan yang menghasilkan degupan jantung Ritma jantung yang tidak seragam ini merupakan satu keadaan di mana:

Perentak semulajadi (SAN) jantung menghasilkan kadar degupan jantung yang luar biasa. Laluan pengaliran terganggu. Degupan ektopik yang menyebabkan aritmia.

Asas Saintifik Terdapat beberapa jenis rentak jantung yang tidak seragam, seperti :

Nodus sinus tidak berfungsi. Supraventrikular takiaritmia. Fibrilasi atria. Jantung tersekat. Fibrilasi ventrikel. Degupan jantung yang cepat (di ruang bawah)

Di bawah ini dinyatakan secara ringkas beberapa jenis rentak jantung yang tidak seragam yang biasanya berlaku:

Disfungsi Nodus Sinus (tidak berfungsi) Kadar degupan jantung yang perlahan (kurang dari 60 degupan/minit). Keadaan ini dipanggil bradikardia. Supraventrikular takiaritmia Keadaan ini berlaku apabila jantung berdegup dengan pantas disebabkan oleh kehadiran struktur supraventrikular. Fibrilasi atria Degupan jantung yang cepat dan luarbiasa yang berlaku di ruang atria. Keadaan ini berlaku apabila isyarat datang dari beberapa bahagian dalam atria. (yang sepatutnya datang dari perentak nodus sinus) Ia lazimnya berlaku di kalangan wargatua dan mereka yang mengidap tirotoksikosis (sindrom di mana hormon tiroid yang berlebihan dirembeskan ke dalam darah). Jantung Tersekat (A-V block) Keadaan ini berlaku apabila isyarat elektrik tersekat dalam nodus atrioventrikel. Isyarat ini mungkin terlambat atau terganggu sepenuhnya menyebabkan degupan menjadi lemah atau perlahan. Terdapat tiga jenis sekatan :

Sekatan AV Preringkat Pertama - keadaan di mana isyarat mengambil masa yang lama untuk mengalir dari SAN (perentak semulajadi) ke ruang ventrikel. Sekatan AV Peringakat Kedua - keadaan berlaku di mana sebahagian dari isyarat degupan jantung telah hilang. Sekatan AV Peringkat Ketiga - keadaan di mana pemisahan berlaku antara ruang atria dan ruang ventrikel.

Fibrilasi ventricular Aritmia jantung yang terlalu cepat dan tidak dapat dikawal sehingga membawa kepada terhentinya jantung (terhentinya usaha jantung untuk mengepam dengan berkesan). Keadaan ini dapat dilihat di peringkat awal serangan jantung. Rajah di bawah menunjukkan sebahagian dari rentak jantung yang tidak seragam yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak.

Aritmia vagus

Ini merupakan satu keadaan di mana perbezaan biasa dalam tona vagus dikaitkan dengan perubahan pada kadar sinus. Pengecutan atria pramatang (PAC) Selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak di mana ruang atria akan menghasilkan degupan jantung lebih awal selepas degupan jantung yang biasa. Pengecutan ventrikel pramatang (PVC) Isyarat dari ruang ventrikel menyebabkan jantung berhenti seketika sehingga denyutan ventrikel seterusnya. Penyebab Sebahagian dari penyebab penyakit ini ialah:

Sakit jantung. Gangguan pada system endokrin (kelenjar yang merembeskan hormon ke dalam limfa atau aliran darah) Ketidakimbangan cecair dan elektrolit. Dadah. Pembedahan terdahulu.

Penyakit jantung Sesetengah penyakit jantung boleh menyebabkan rentak jantung tidak seragam. Contohnya, penyakit jantung reumatik, penyakit jantung kongenital, serangan jantung yang lalu, kardiomiopati (serangan pada otot jantung tanpa mengetahui agen penyebab), radang pada otot jantung, penyakit koronari arteri dan serangan jantung. Gangguan pada sistem endokrin Ini termasuk tirotoksikosis dan penyakit kelenjar adrenal. Ketidakimbangan cecair dan elektrolit Keadaan ini disebabkan oleh sama ada terlalu banyak atau terlalu sedikit kandungan potasium. Dadah

Pengambilan dadah yang berlebihan seperti dadah antidepresan (seperti amitriptilin, tetrenadin, astemizol), marijuana dan kokain boleh menyebabkan aritmia. Parutan jantung Ia terbentuk akibat serangan jantung pada masa lalu atau pembedahan. Parut ini juga boleh menjadi punca rentak jantung tidak seragam. Faktor - Faktor Risiko Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah ketidakseragaman rentak jantung ini memiliki prognosis yang normal. Mereka tidak memerlukan rawatan khas. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menghadapi gejala yang serius atau mereka yang dikaitkan dengan masalah penyakit-penyakit lain (seperti penyakit jantung) akan menghadapi risiko yang lebih tinggi dan memerlukan rawatan atau perhatian perubatan yang khusus. Sebahagian dari faktor risiko termasuk:

Tekanan perasaan atau stres Darah tinggi. Merokok. Kelesuan, kurang tidur, kerja berlebihan. Kesan sesetengah dadah seperti kafein, alkohol, amphetamine dan ubat batuk dan selsema.

Rawatan Farmakologi Dadah yang digunakan dipilih dengan teliti untuk memastikan ia betul-betul berkesan dan tiada sebarang kesan sampingan. Ubat boleh menjadi toksik jika dos yang diambil tidak mengikut preskripsi yang disyorkan oleh doktor. Ubat-ubatan yang lazimnya diberi adalah :

Digoxin Penghalang kalsium dan penghalang beta. Quinidine/flecainide. Amiodarone.

Digoxin Dadah ini digunakan pada lazimnya untuk menurunkan kadar fibrilasi atria ketika rehat, tetapi ia tidak dapat mengawal kadar degupan jantung dengan baik ketika

bersenam. Antikoagulan Antikoagulan diberi bagi mengurangkan risiko darah beku dan angin ahmar. Kadangkala aspirin juga boleh digunakan. Rawatan bukan Farmakologi Terdapat pelbagai rawatan bagi mengatasi kes rentak jantung tidak seragam yang serius ini. Antaranya :

Kardioversi (pembilang-renjatan) Dadah anti-aritmia. Pembuangan tisu selepas tempoh pemulihan. (refractory ablation). Penggunaan alat defibrilator automatik. Pembedahan. Perentak tiruan

Kardioversi Kaedah kejutan elektrik untuk memulihkan rentak jantung yang abnormal bagi pesakit-pesakit yang mempunyai kadar denyutan jantung yang tinggi akibat aritmia. Selalunya rawatan ini digunakan semasa kecemasan. Dadah anti-aritmia Dadah khas digunakan untuk mengatasi masalah rentak yang tidak seragam. Defibrilator automatik Untuk memulihkan fibrilasi atria dan ventrikel yang serius. Ia akan ditanam (melalui pembedahan) ke dalam dada pesakit supaya ritma jantung dapat dipantau. Dengan ini rentak jantung yang tidak normal akan dapat dikenalpasti. Ia secara automatik akan memberi kejutan pada jantung untuk kembali berdegup seperti normal. Perentak Tiruan Perentak ini digunakan untuk menghantar isyarat elektrik ke jantung bagi membolehkannya berdenyut sekiranya perentak semula jadi tidak berfungsi dengan baik. Alat ini dipasang di bawah permukaan kulit melalui pembedahan kecil. Perentak yang kekal selalunya digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami nodus sinus yang tidak berfungsi. 5

Pembedahan Doktor akan melakukan pembedahan sekiranya keadaan ini tidak dapat dikawal dengan mana-mana rawatan yang ada. Sebahagian tisu yang rosak akan dibuang atau dibaikpulih. Pemantauan Jika bayi anda mengalami penyakit ini, segera dapatkan gelang amaran (medic alert bracelet). Anda dinasihatkan supaya membawa nombor telefon doktor ke mana-mana anda berada dan mempelajari teknik (CPR) iaitu pemulihan pernafasan kardiopulmonari. Secara amnya ubat-ubatan digunakan untuk mencegah kejadian ini dari berulang. Anda dinasihatkan supaya mengetahui dan memahami fungsi dan kesan preskripsi yang diambil. Jika anda merasa ragu dapatkan nasihat doktor. Sesetengah ubat memerlukan potasium yang tinggi. Oleh itu ambillah makanan yang mengandungi potasium seperti buah sitrus, pisang, apricot, kismin dan bijirin. Elakkan dari mengambil minuman teh, kopi, coklat, koko dan kola. Anda perlu memaklumkan kepada doktor sekiranya terdapat kesan sampingan. Prognosis Kesan rawatan bergantung kepada jenis dan penyebabnya . Dengan adanya rawatan seperti kardioversi dan alat difibrilasi serta ubat-ubatan yang berkesan akan meningkatkan prognosis terhadap penyakit ini. Pencegahan Gaya hidup memainkan peranan yang sangat penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung/rentak jantung yang tidak seragam. Di antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah penyakit ini ialah:

Tabiat pemakanan Makanlah makanan yang rendah kolestrol dan rendah lemak. Ini boleh menurunkan paras lemak dan kolestrol dalam darah.

Berhenti merokok Merokok meningkatkan kadar denyutan jantung. Berhenti merokok menurunkan risiko terhadap rentak jantung yang tidak normal.

Senaman Senaman secara tekal adalah baik untuk kesihatan dan jantung.

Elakkan pengambilan alkohol dan kafein. Ubat-ubatan. Sesetengah ubat akan memberi kesan sampingan yang boleh meningkatkan risiko penyakit ini. Ia boleh dielakkan dengan mengurangkan dos atau menghentikan buat sementara pengambilan ubat berkenaan. Anda juga perlu elakkan diri dari mengambil amitriptilin (antedepresan), terfenadin dan astemizol kerana ia boleh menyebabkan rentak jantung yang tidak seragam.

Anda mungkin juga menyukai