Anda di halaman 1dari 12

PENDIDIKAN MENJADI

ASET PENTING DALAM


PEMBANGUNAN TAMADUN
YANG UTUH

Disediakan untuk:
Ustaz ‘Ali ‘Irfan B. Jamaluddin

Disediakan oleh:
Syahida bt Abd Aziz 2008220426
Haulah bt Abd Aziz 2008220428
DEFINISI:
 Pendidikan:
Kamus Dewan – perkataan didik yang membawa maksud
pelihara, ajar, dan jaga. Ia bermaksud suatu proses yang
berterusan untuk menjaga dan memelihara pembesaran
tubuh badan pada pertumbuhan bakat manusia dengan
rapi supaya dapat melahirkan orang yang berilmu, baik
tingkah laku serta dapat mengekalkan nilai-nilai budaya
di kalangan masyarakat.

Barat - pendidikan merupakan suatu proses melatih akal,


jasmani, dan moral supaya dibentuk menjadi manusia
dan warganegara yang baik.
 Islam - satu proses yang berterusan untuk merubah,
melatih, dan mendidik akal, jasmani dan rohani
berasaskan kepada nilai Islam yang bersumberkan wahyu
bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabdikan
diri kepada Allah untuk mendapat kejayaan hidup di
dunia dan di akhirat.
 Tamadun:
Kamus Dewan – keadaan masyarakat manusia yang
dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi.

Ibn Khaldun – menggunakan perkataan umran iaitu dari


kata dasar amara. Kawasan tanah atau rumah yang
didiami, diduduki orang, tinggal menetap serta
keadaannya berkembang subur.
PERANAN ILMU DALAM SESEBUAH
TAMADUN

 Pendidikan memajukan sesebuah tamadun

 Menjamin kualiti peribadi seorang Muslim

 Penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa umat manusia


KESAN PENDIDIKAN TERHADAP
PEMBANGUNAN TAMADUN
 Sosial:
ii. Masyarakat hidup dalam suasana yang aman sejahtera.
Cth: kejadian jenayah akan berkurangan kerana peratus
kemiskinan semakin berkurangan ekoran daripada
peningkatan taraf pendidikan mereka.

v. Maksiat semakin berkurangan kerana pendidikan agama


Islam menyuruh umatnya agar menutup aurat.

vii.Keruntuhan akhlak seperti budaya lepak semakin


berkurangan kerana para pelajar telah menyedari peri
pentingnya pendidikan terhadap masa depan mereka.
 Ekonomi:
ii. Ekonomi dapat dijalankan dengan cara yang menepati
syariat Islam. Cth: perniagaan tanpa unsur riba’.

iv. Ekonomi dapat berkembang dengan maju. Cth:


pendidikan mengajar manusia cara-cara untuk
menjalankan dan meluaskan perniagaan.
 Politik:
ii. Sesebuah tamadun dapat diperintah dengan adil dan
membangunkan tamadun tersebut menjadi tamadun yang
maju.

iv. Sistem pentadbiran menjadi lebih sistematik dan teratur.

vi. Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar.


Cth: mengadakan hubungan baik dengan negara-negara
yang maju seperti Jepun.
CABARAN PENDIDIKAN DALAM
PEMBANGUNAN TAMADUN
 Cabaran dalaman:
 Tidak berminat untuk menuntut ilmu kerana
menganggap bahawa menuntut ilmu merupakan
sesuatu yang membosankan.

 Kurang penekanan daripada ibu bapa dan guru.


Mereka lebih mengejar kemewahan dunia dan
pentingkan diri sendiri.

 Kurangkesedaran tentang penting pendidikan dalam


membangunkan sebuah tampuk pemerintahan.
 Cabaran luaran:
 Pengaruh media massa yang melalaikan mereka dan
tidak mengambil berat tentang pelajaran mereka.

 Pengaruh rakan sebaya yang mengajak mereka


kepada perkara-perkara yang lagha.

 Masalah kewangan yang mereka hadapi ketika ingin


melanjutkan pelajaran.
CARA MENGATASINYA
 Penekanan tentang pentingnya ilmu perlu diterapkan
dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil.

 Kerajaan perlulah mengetatkan undang-undang dengan


mengenakan denda atau hukuman kepada sesiapa yang
enggan mempelajari ilmu.

 Memberikan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar


yang kurang berkemampuan.
KESIMPULAN
 Pendidikan merupakan aset yang penting dalam
membangunkan sebuah tamadun yang utuh.

 Sesebuah negara sama ada negara Islam atau barat akan


maju dengan adanya pelajaran

 Firman Allah s.w.t;


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang
ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa
Yang ada pada diri mereka sendiri.”
(al-Ra’d:11)

Anda mungkin juga menyukai