Anda di halaman 1dari 16

PENGURUSAN RISIKO

PENGURUSAN KESELAMATAN REKREASI LUAR

PENGENALAN
pertubuhan yang menyediakan aktiviti rekreasi luar

btanggujawab menawarkan aktiviti yang selamat untuk dinikmati seberapa banyak yang boleh. Mereka yang mempunyai lebih pengetahuan dan pengalaman mengenai rekreasi luar adalah menjadi etika kewajipan untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain untuk menikmati alam semulajadi dengan selamat. Aktiviti Rekreasi Luar adalah aktiviti yang berisiko yang memungkinkan berlakunya kemalangan semasa aktiviti itu di jalankan

Takrif Kemalangan

Perkara yang terjadi apabila tidak diberi perhatian, perkara yang tidak di sangkasangka, yang tidak diramal dan tidak di rancang kepada seseorang, tidak dijangka akan berlaku, kejadian yang tidak diingini, dan juga merangkumi kematian

Teori Kemalangan Bila dan dimana kemalangan akan berlaku tidak akan diketahui Walaubagaimanapun sebab-sebab / punca berlakunya kemalangan boleh diandaikan. Dua faktor utama yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan dalam aktiviti rekreasi luar.
Formula Kemalangan Dinamik Bahaya Alam Sekitar + Bahaya Disebabkan Manusia = Kemungkinan Kemalangan - Rupa bumi - Keadaan kesihatan - Cuaca - Pengalaman - Peralatan Kebolehan - Takut

Dua faktor ini bila digandakan akan menjadi lebih besar

kemungkinan untuk kemalangan ataupun sebaliknya. Besar gandaannya lebih tinggi kemungkinan kemalangan. Besar bilangan bahaya, bertambah cepat kemungkinan kemalangan akan berlaku,contohnya:

Bertambah Kemungkinan Kemalangan


- 2 bahaya alam sekitar + 2 bahaya disebabkan manusia = 4 kali ganda kemungkinan kemalangan - 3 bahaya alam sekitar + 3 bahaya disebabkan manusia = 6 kali ganda kemungkinan kemalangan

MENILAI BAHAYA

Kemalangan yang berlaku di dalam program rekreasi luar biasanya bermula daripada bahaya yang di lalui.

Bahaya Alam Sekitar Bila menilai kemungkinan bahaya alam sekitar anda perlu melihat kepada 3 faktor:
i) Aktiviti - Setempat ( static ) kegiatan dimana alam sekitar tidak bertukar - Bergerak ( dinamik ) kegiatn dimana alam sekitar bertukar dengan cepat tanpa diduga.Contohnya : berkayak di air deras, trekking, rock climbing, berakit.

* Tempat
Tempat yang jauh di pedalaman : tidak mengetahui keadaan persekitaran Kemudahan tidak mencukupi Masalah alat perhubungan

Perlu menambah persediaan kemungkinan.


Menilai keperluan aktiviti dan juga kemungkinan

berdasarkan persekitaran

iii)* Musim / Cuaca - Cuaca dan kemungkinan pertukaran cuaca juga menambahkan risiko Kemungkinan Kemalangan.

Dua perkara utama yang bersangkutan dan perlu diberi

Perhatian iaitu: Alam Sekitar dan Peralatan

i) Alam Sekitar Rupa Bumi Suhu Hujan Kabus / Gelap Terdedah kepada matahari yang berlebihan Keracunan tumbuhan Serangan serangga
ii) Peralatan Pakaian yang tidak sesuai Peralatan yang tidak berfungsi

Bahaya Disebabkan Manusia

- perkara yang boleh di kaitkan berpunca atau di sebabkan oleh manusia - Antara faktor tersebut adalah seperti yang berikut :

Peserta
Tidak ingat akan kemalangan Tidak mempunyai kebolehan untuk mengelakkan kemalangan Kurang mengambil perhatian kepada arahan Kurang bertanggungjawab/lalai kepada diri sendiri, orang lain dan peralatan Ingin menunjuk-nunjuk Lemah Takut

Ketua
Kurang pengetahuan mengenai bahaya alam sekitar Tidak berkebolehan untuk menjauhkan bahaya kepada diri sendiri dan kumpulan Kurang penerangan mengenai kebolehan yang di perlukan Penerangan tidak jelas Kurang kepimpinan menjadi ketua dan tidak boleh membetulkan masalah Tidak tahan dengan tekanan Kurang pengalaman untuk mengajar

Kumpulan
Kumpulan belum lagi di bentuk, kurang bentuk perpaduan Masalah persendirian yang belum diselesaikan Tidak berdaya melawan cabaran Mengambil jalan mudah, tidak mengambil perhatian kepada orang lain Tekanan yang berlebihan untuk menunjukkan kebolehan Tiada latihan untuk bekerja secara harmoni dalam keadaan tertekan Tiada kepimpinan dalam kumpulan Kumpulan berpecah kepada kumpulan kecil

MENGURANGKAN KEMUNGKINAN RISIKO KEMALANGAN


Mengajar Formula kemalangan Dinamik

Teknik untuk menilai kemungkinan risiko di masa perjalanan aktiviti Cara untuk menganalisa bagaimana kemungkinan kemalangan boleh dikurangkan Cara membuat keputusan Menerima mengapa pertubuhan mempunyai perkara tertentu untuk di ajar ( garis panduan dan polisi tertentu ) Menerima mengapa anda perlu membuat keputusan tertentu

Taklimat Alam Sekitar


ketua mesti memeriksa alam sekitar dan aktiviti yang

akan dijalankan mencari apakah kemungkinan bahaya alam sekitar di tempat aktiviti.Semua keterangan ini hendaklah disampaikan kepada kumpulan dalam bentuk Taklimat Alam Sekitar pada permulaan aktiviti Taklimat susulan bila keadaan alam sekitar atau aktiviti bertukar.Contohnya trekking bertukar kepada berakit bukan sahaja aktiviti bertukar tetapi alam sekitar turut bertukar di mana bahaya alam sekitar juga Taklimat Alam Sekitar ialah tatacara keselamatan yang membantu menambahkan pengetahuan kepada peserta tentang tanggungjawab kepada sikap mereka.

Tindakan /Langkah persediaan semasa Kemalangan Berlaku


Adalah mustahak menganalisa kemungkinan

kemalangan daripada sudut pandangan jika ianya berlaku. Berbincang perkara yang perlu dilakukan : Utama - Terakhir

Anda mungkin juga menyukai