Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, kami bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya kami dari kumpulan D5 Asasi Sains (PI080) UiTM Puncak Alam berjaya menyiapkan kerja kursus Prinsip Asas Islam (CTU 097) berdasarkan tempoh yang telah diberi.

Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian ini. Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Ustaz kami, Ustaz Nashruddin selaku pensyarah Prinsip Asas Islam(CTU 101) Universiti Teknologi MARA Puncak Alam, yang telah banyak memberi panduan serta dorongan dan bimbingan sepanjang kami menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan D5 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses kerja kursus ini dijalankan serta memberikan kerjasama yang baik dan amat dihargai.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami sehingga terhasilnya kerja kursus ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda semua.

PENGENALAN Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organism hidup bagi tujuan menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk untuk meningkatkan mutu hasil keluaran . Bioteknologi adalah suatu teknik saintifik yang menggunakan sel-sel hidup serta komponen biokimianya untuk menghasilkan sesuatu produk yang dikehendaki bagi tujuan-tujuan tertentu . Bioteknologi kebanyakannya mengunakan organisma hidup atau bahagian bahagiannya untuk mengubah kehidupan seharian kita. Bioteknologi juga kebanyakannya mengaplikasikan organisma dalam sesuatu industri. Bioteknologi juga boleh diertikan sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan

sistem biologi, organism hidup , atau teori terhasil darinya bagu menghasilakn atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus. Bioteknologi biasanya banyak digunakan dalam industri pertanian , makanan dan sains .Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi seba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri.

PENGENALAN BIOTRKNOLOGI DI MALAYSIA Bioteknologi merupakan satu bidang yang bukanlah terlalu baru dipekenalkan di Malaysia. Namun sejak akhir-akhir ini , barulah ia mula dipekenalkan oleh masyarakat umum , khusunya setelah dipopularkan penggunaanya , aplikasi serta kelebihannya . Pada akhir tahun 1970-an , bioteknologi di Malaysia mula dikenal sebagai salah satu revolusi teknologi yang menjanjikan pulangan lumayan di abad ke 20 ini . Seterusnya pada awal tahun 2004 , bioteknologi telah mula disenaraikan dalam belanjawan tahunan Malaysia dan pada setiap tahun berikutnya bajet yang diperuntukkan bagi bidang ini semakin bertambah . Pada tahun 2008, bajet untuk sektor ini telah meningkat kepada RM 208 juta . Ini merupakan satu jumlah yang agak besar dan sekaligus membuktikan bahawa sektor bioteknologi semakin diambil perhatian , setaraf dengan sektor-sektor lain seperti pertanian , kejuruteraan serta perubatan. Secara umumnya, kepentingan bioteknologi mencakupi pelbagai bidang lain di Malaysia, di mana ia berpotensi untuk member sumbangan dalam bidang pertanian , pendidikan , kesihatan ,sumber alam dan semulajadi . Di peringkat nasional , bioteknologi telah dibahagikan kepada 7 kategori dan kategori-kategori tersebut akan menjadi tumpuan Negara untuk dimajukan . Tujuh kategori berikut adalah : Bioteknologi molekul Bioteknologi tumbuhan Bioteknologi haiwan Bioteknologi perubatan Bioteknologi farmasi KEPENTINGAN BIOTEKNOLOGI

Bioteknologi bukan sahaja akan menyumbang kepada peningkatan hasil pemakanan, pertanian dan perubatan malah turut membantu mengembangkan ekonomi sesebuah negara khususnya dalam sektor perindustrian.

Pada masa yang sama teknik atau proses yang melibatkan penggunaan sains yang berkaitan dengan benda-benda hidup seperti mikro organisma, haiwan atau tumbuhan akan dapat dikembangkan sama ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau penghasilan produkproduk berasaskan sumber tersebut.

Di sini akan dibincangkan mengenai bioteknologi di samping penghasilan pelbagai produk yang dahulunya dibuat secara tradisional dan kini menggunakan teknologi moden. Juga dibincangkan ialah manfaat yang boleh didapati oleh negara khususnya dan masyarakat sejagat umumnya.

Sama ada disedari ataupun tidak, orang-orang kita termasuk masyarakat zaman dahulu telah pun menggunakan bioteknologi meskipun kaedahnya hanya di tahap yang rendah dan biasa sahaja. Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi telah dapat mengembang luas dan menggantikan cara lama kepada kaedah yang lebih canggih.

Secara mudah, apabila manusia memelihara binatang ternakan, berladang dan bercucuk tanam maka dengan kaedah-kaedah penjagaan dan pemeliharaan yang diguna pakai itu manusia telah mengamalkan bioteknologi. Begitu juga bilamana manusia menghasilkan produk-produk perubatan barangan makanan melalui teknologi tradisional kampung maka bioteknologi telah dilaksanakan.

Bidang bioteknologi telah berkembang pesat dan memberi banyak sumbangan dalam kehidupan manusia terutamanya di negara-negara maju.

Bidang bioteknologi sedang berkembang pesat di Malaysia. Bidang bioteknologi memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai sektor di negara-negara maju.

Antara sumbangan bioteknologi dalam pembangunan negara ialah :

1. Sumbangan dalam Bidang Perubatan

Genetik seseorang dapat diubahsuai Mengurangkan risiko penyakit mental Mengelakkan penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit kencing manis(diabetes) Genetik manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal Membantu ibu-ibu yang sukar mengandung

2. Sumbangan dalam Bidang Pertanian

Baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan Kaedah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman Dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat matang Pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit Penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang

3. Menjadi Tenaga Alternatif

Pengeluaran biogas daripada selulosa dan bahan buangan pertanian dapat membekalkan tenaga kepada manusia Dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan tenaga fosil

Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar

4. Dapat Mengatasi Masalah Pencemaran Alam Sekitar

Alam sekitar yang kotor mengancam kesihatan manusia Mikrob mampu mempercepatkan pereputan bahan buangan manusia Mikrob juga mampu menghuraikan najis sepenuhnya Pencemaran dapat dikurangkan dan manusia serta alam sekitar dalam keadaan baik

5. Dapat Memajukan dalam Industri Pengeluaran Makanan

Ramuan bahan kimia dapat meningkatkan hasil pengeluaran makanan manusia Menjadikan makanan lebih sedap dan tahan lama Mikrob dan bakteria digunakan dalam menghasilkan pewarna, pemanis, dan perasa dalam makanan.

6. Bidang forensik Prosedur Restriction Fragment Length Polymorphism (RFLP)

Untuk mendapatkan imej protein yang berlainan dalam DNA seseorang Dapat mengenalpasti penjenayah melalui tisu dan bendalir badan seperti darah, air mani, dan akar rerambut.

Penyelidikan dan pembangunan bioteknologi sedang giat dijalankan Usaha ini perlu diteruskan kerana memberi sumbangan yang besar kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.

SUMBANGAN BIOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN 1. Penghasilan baka baru Penggunaan teknologi permanian beradas menguntungkan penternak di Bachok apabila mampu menghasilkan 4,000 hingga 5,000 ekor lembu baka baru setiap tahun sejak 24 tahun lalu. Malah, penggunaan teknologi itu menjadikan Bachok sebagai pengeluar baka ternakan eksotik tertinggi di Semenanjung Malaysia sejak 1988 sehingga hari ini. Penolong Pegawai Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan, Normala Turkiban, 54, berkata, penghasilan baka itu termasuk lembu jenis Belgium Blue, Carolais, Limosion dan Brahman. Menurutnya, melalui kaedah permanian beradas, lembu betina tempatan mampu bunting lebih awal iaitu sebulan saja berbanding tempoh biasa iaitu tiga hingga empat bulan selepas kelahiran. Kebanyakan lembu kacukan itu diambil daripada baka tempatan iaitu Kedah-Kelantan (KK). Kaedah permanian beradas itu dijalankan secara rektal cervical, iaitu menggunakan sejenis radas dikenali sebagai pistolet untuk memasukkan semen (air mani) baka jantan yang diimport dari luar negara ke dalam serviks lembu betina tempatan. Semen baka jantan diperoleh dari Amerika Syarikat, Perancis dan Australia. Hasil percampuran itu, lahirlah baka lembu baru dengan kualiti daging lebih tebal dan sudah dieksport ke pasaran di luar Kelantan. Selain mampu menghasilkan baka baru dalam populasi ternakan tempatan, teknologi permanian beradas boleh dilakukan dengan kos serendah RM50 dengan bantuan individu terlatih daripada JPV atau syarikat swasta yang menjalani kursus mengenai cara pengendaliannya. 90 peratus ternakan yang menggunakan teknologi berkenaan bunting dan seawal usia setahun mampu mencapai harga RM4,000. Ini kerana, lembu baka baru mempunyai daging lebih 60 peratus dan penjagaannya mudah seperti ternakan tempatan lain. Contoh jenis lembu permanian beradas ialah jenis Blonde Daquitaine. Kini purata 30 ekor lembu menggunakan teknologi permanian beradas setiap bulan di sekitar Bachok dan Kota Bharu. Selain itu, Lembu Brakmas merupakan baka baru lembu pedaging dan baka ini telah dibangunkan oleh MARDI selepas melalui R&D yang intensif. Brakmas berpotensi untuk pengeluaran komersial. Ianya berbadan besar (berat lembu jantan berumur dua tahun di

antara 300 hingga 350 kg, dibandingkan dengan lembu tempatan KK (230 kg). Baka Brakmas berdaya tahan dan boleh menyesuaikan diri dengan tekanan haba di Malaysia. Lembu ini juga mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap parasit dan mudah diurus dan kurang diserang penyakit. Hal ini membolehkan Brakmas sesuai diternak dalam ladang kelapa sawit. Secara puratanya, kita dapat lihat bahawa penemuan baka baru amat membantu dalam bidang pertanian. Hal ini kerana, lembu baka baru ini mampu memberikan hasil yang lebih baik dan banyak sekaligus memberikan keuntungan yang besar kepada penternak serta menyelesaikan masalah kepincangan makanan.

Rajah diatas ialah contoh gambar lembu baka Bramas(kanan) dan Blonde Daquitaine(kiri).

2. Meningkatkan Produktiviti Beras merupakan makanan ruji rakyat Malaysia dan penduduk dunia. Pembangunan Industri Padi sering diberi keutamaan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi pada setiap masa. Namun, bagi menampung keperluan makanan yang meningkat berikutan peningkatan populasi penduduk, input-input pertanian seperti baja dan racun kimia perlu digunakan dengan banyak dalam usaha peningkatan hasil padi. Ini menyebabkan kos pengeluaran padi bertambah di samping memberi impak negatif terhadap alam sekitar. BIM ialah inokulan yang mengandungi tiga jenis mikroorganisma utama.

Mikroorganisma tersebut menjalin hubungan simbiosis sesama diri dan dengan mikroorganisma-mikroorganisma berfaedah yang lain. Hasil kerjasama tersebut mewujudkan keadaan yang baik untuk pembiakan mikroorganisma berfaedah dan seterusnya mencapai keseimbangan alam sekitar. Tiga jenis mikroorganisma utama dan

fungsinya adalah seperti berikut:

Bakteria Fototropik Menguraikan bahan organik, gas beracun seperti ammonia dan hidrogen sulfida bagi menghasilkan asid amino, asid nukleid, bahan bioaktif dan gula. Bahan-bahan ini dapat menggalakkan pertumbuhan pokok.

BakteriaAsid Laktik mengeluarkan asid laktik daripada gula dan karbohidrat yang dihasilkan oleh bakteria fototropik dan yis. Asid laktik merupakan bahan steril yang kuat dan berfungsi sebagai penghalang kepada mikroorganisma berbahaya lain.

Asid laktik dapat menguraikan lignin dan selulosa bagi mempercepatkan proses pereputan bahan organik semasa membuat kompos.

Yis Menghasilkan hormon dan enzim daripada asid amino dan gula yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan pengaktifan sel dan pembahagian sel akar.

Kepentingan BIM dalam sektor tanaman termasuklah membantu proses percambahan, pertumbuhan, pembungaan dan berbuah, meningkatkan kapasiti fotosintesis, meningkatkan kandungan bahan organik sebagai baja tanaman, meningkatkan daya ketahanan tanaman terhadap serangan penyakit dan perosak, memperbaiki fizikal, kimia dan biologi tanah, dan menindas "soil borne pathogen" dan perosak. Kebaikan penggunaan BIM pada tanaman padi termasuklah kuantiti dan kualiti hasil padi meningkat dan mapan, peratus percambahan biji benih tinggi, pokok padi tumbuh dengan sekata, semaian lebih kuat dan sihat, akar lebih kuat dan tumbuh dengan lebih cepat, penyakit dan perosak kurang dan kesuburan tanah meningkat.

BIM boleh diubahsuai mengikut formulasi yang dikehendaki untuk menghasilkan pelbagai jenis produk seperti baja dan racun biologi serta kompos. Produk-produk daripada BIM seperti BIMOS (Beneficial Indigenous Micro-organisms Solution) iaitu larutan aktif BIM dan Bokashi (Fermented Organic Matter) iaitu bahan organik tertapai berpotensi digunakan sebagai input untuk meningkatkan hasil padi. Kajian awal kesan penggunaan BIM dalam peningkatan hasil padi telah dilaksanakan secara pemerhatian di Kampung Perak, Mukim Parit Buntar, Daerah Kerian pada M2/2009. Satu petak sawah seluas 1.2 hektar yang diusahakan oleh Encik Muhammad Rizal Bin Mohd. Ali dirawat dengan Bokashi, molases dan BIMOS. Bokashi ditabur selepas pembajakan pertama dan disusuli dengan kawalan rumpai secara kimia. Molases dituang pada saluran air masuk selepas tiga minggu menabur benih padi untuk tujuan kawalan rumpai. BIMOS disembur dua kali sebulan bermula 40 hari selepas tanam. Ini bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan pokok terhadap serangan perosak dan penyakit. Input-input pertanian lain turut digunakan mengikut program kerja aktiviti penanaman padi. Selepas semburan BIMOS, didapati serangan ulat daun kurang berbanding dengan petak bersebelahan yang tidak dirawat. Selain itu, pengisian biji padi juga didapati lebih baik. Penuaian dilaksanakan pada minggu kedua Disember 2009, hasil padi meningkat daripada 5,200 kg (M1/2009) kepada 5,760 kg (M2/2009) iaitu peningkatan sebanyak 560 kg pada keluasan 1.2 hektar atau 467 kg/ ha.

3. Tenaga Alternatif Bioenergi merupakan energi alternatif yang berasal dari sumber-sumber biologikal. Kelebihan bioenergi ini adalah meningkatkan kualiti persekitaran, meningkatkan pertumbuhan ekonomi, serta mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar fosil.Kini, perkembangan bioenergi telah sampai pada generasi keempat iaitu mengubah vegoil dan biodiesel menjadi gasoline. Generasi pertama perkembangan bioenergi ini dinilai kurang beretika kerana bersaing dengan bahan makanan dan pakan menjadi vegetable oil, biodiesel, bio-alcohol, biogas, solid biofuel, dan syngas. Penggunaan bahan diluar makanan dan pakan dimulai pada generasi kedua

diantaranya menggunakan sisa, cellulose dan tanaman yang dikhaskan untuk perkembangan tenaga (dedicated energy crops), yang mengubah biomass menjadi teknologi cecair. Generasi ketiga, perkembangan biofuel adalah oligae yang berasal dari algae. Selain itu, penggunaan bioenergi masa kini telah sampai pada perkembangan bahan bakar kapal terbang. The Embraer EMB 202 Ipanema merupakan kapal terbang pertama yang menggunakan ethanol sebagai bahan bakar dan banyak digunakan di tanah pertanian (agricultural aircraft). Pada tahun 2005 negara di Amerika Selatan telah menghasilkan 16.3 milion liter ethanol, menyumbang 33.3% produksi dunia dan 42% penghasilan ethanol yang digunakan sebagai bahan bakar. Negara yang telah menggunakan BE 10 (campuran 10% ethanol dan 90% BBM), diantaranya AS, Kanada, India, Thailand, China, Filipina dan Jepun. Hanya Brazil yang telah menggunakan BE 20. Adanya teknologi hybrid masa kini, Brazil tidak ada lagi kendaraan yang hanya menggunakan gasoline tetapi telah memakai 20-25 % ethanol (E25). Langkah-langkah berjaga-jaga juga telah dilakukan negara-negara maju untuk menghadapi masalah kehabisan tenaga dimasa yang akan datang dengan cara mengarahkan dasar tenaga strategik untuk beralih dari tenaga fosil ke tenaga yang boleh diperbaharui terutama bioenergi. Pemerintah Australia menetapkan pengguna biofuel untuk pengangkutan,industri serta penjana tenaga elektrik. Di USA, akhir 2005 penghasilan biodiesel AS mencapai 4 juta gelen dan akan meningkat menjadi 8 juta gelen pada 2012. Selain itu, pada tahun 2005 Belanda juga mengambil inisiatif untuk mengimport 400 ribu tan kelapa sawit dari Indonesia untuk ditukar menjadi biodiesel.

Anda mungkin juga menyukai