Anda di halaman 1dari 17

Bidang bioteknologi banyak memberi

sumbangan kepada kehidupan


manusia . Huraikan

-Tajuk : Bidang Bioteknologi


-Kehendak soalan : Sumbangan/Kepentingan
bidang bioteknologi kepada kehidupan manusia
-Formasi jawapan 5+0
BIOTEKNOLOGI
Pengenalan
Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan
kualiti hidup manusia dari segi, misalnya dalam bidang pertanian ,perubatan dan
kualiti alam kehidupan ,misalnya pengguna cap jari DNA bagi mengesan
penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organism diubahsuai
bahan genetik. Bioteknologi juga adalah suatu bidang yang menggunakan
teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan :

1. Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi


2. Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman
3. Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang
khusus
Ramai para saintis dan pemerhati meramalkan bahawa abad ke 21 merupakan era
bioteknologi . Bioteknologi moden merupakan teknologi canggih yang telah
membolehkan para saintis menerokai banyak peluang baru dalam pelbagai bidang
seperti pertanian, makanan, perubatan dan rawatan sisa. Kerajaan Malaysia telah
mengenal pasti bioteknologi sebagai salah satu daripada lima teknologi utama bagi
mentransformasikan negara ini menjadi sebuah negara industri menjelang tahun
2020. Aktiviti penyelidikan yang berkait dengan bioteknologi telah dikategorikan
kepada tujuh sektor: bioteknologi tumbuhan, makanan, biologi molekul, perubatan,
bio-farmasi dan bioteknologi industri/persekitaran . Terdapat dua cabang
bioteknologi iaitu :

❖ Bioteknologi Tradisional yang merangkumi pembuatan baja organik, baja kimia,


agen biokawalan dan sel serta kultur tisu.

❖ Bioteknologi Moden pula merangkumi kombinasi kejuruteraan genetik seperti


genomik, bioinformatik, transformasi molekul, pembiakan,diagnostik dan
teknologi vaksin.
❖ Di dalam industri pertanian, penggunaan bioteknologi akan dapat mengatasi masalah
kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak serta pengaruh alam
sekitar akan dapat dikurangkan.

❖ Dengan penggunaan teknologi genetik, tumbuhan yang dihasilkan akan lebih bermutu
dan produktif. Sebagai contoh, buah yang lebih besar, buah tanpa biji, tumbuhan yang
lebih tahandengan serangan penyakit dan haiwan perosak serta tumbuhan yang lebih
kuat dan lasak dengan perubahan persekitarannya.

❖ Di samping itu juga, kemajuan bidang bioteknologi dalam industri penternakan juga
boleh menghasilkan haiwan yang mengeluarkan susu yang lebih banyak, ayam yang
menghasilkan telur yang lebih besar dan bervitamin serta ikan yang lebih besar dan
tahan lasak dengan persekitaran ekologinya.
Dasar Bioteknologi Negara
2005-2020
❖ Bidang bioteknologi merupakan suatu disiplin ke arah
aplikasi teknologi yang menggunakan system biologi atau
organisma hidup untuk dijadikan produk bagi kegunaan
tertentu.

❖ Proses ini melibatkan pengetahuan dan kemahiran tinggi


untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran yang berguna
dan dapat dimanfaatkan oleh manusia.
Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan
bidang bioteknologi sebagai enjin untuk
menggariskan Sembilan teras utama dalam
membangunkan bidang bioteknologi sebagai
enjin pertumbuhan ekonomi yang
baru.Kerajaan telah memperuntukkan RM 4
billion untuk pembangunan bioteknologi
manakala sektor awam dan swasta pula
dijangka melabur sebanyak RM 30 billion.Ini
akan membuka ruang kepada bioteknologi
menjadi antara penyumbang terbesar
pendapatan negara.
❖ Konvensyen Bioteknologi Antarabangsa

-Minat yang ditunjukkan peserta Konvensyen Bio Antarabangsa 2007 di


Boston,Amerika Syarikat terhadap Malaysia adalah petanda baik betapa
negara Malaysia yang kaya dengan sumber alam dilihat oleh dunia luar
sebagai berpotensi menjadi pusat bioteknologi dunia di rantau ini.

❖ Peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

-Penekanaan yang diberikan kepada bidang ini mendorong kerajaan


memperuntukkan sejumlah RM 2021 billion dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) bagi membangunkan industri bioteknologi.

-Diharapkan usaha itu diiringi dengan kelahiran lebih ramai saintis tempatan
berkaliber setaraf dengan saintis dunia pada dekad akan datang.
Pengenalan
● Bioteknologi secara am merujukkan kepada
penggunaan teknologi ini bagi meningkatkan kualiti
hidup manusia dari pelbagai segi. Pada abad ke 21,
bioteknologi memainkan peranan penting dalam
pelbagai aktiviti kehidupan. Bidang bioteknologi
memberi pelbagai sumbangan yang besar dalam
kehidupan manusia.
Bidang Pertanian
❖ Bidang bioteknologi dapat meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian.
❖ Dengan kegunaan bioteknologi baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan.
❖ Kaedah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman.
❖ Contohnya kaedah kultur tisu dan pengklonan tumbuhan berjaya menghasilkan
buah–buahan seperti durian,kelapa sawit ,pisang dan sebagainya secara
besar-besaran.
❖ Bioteknologi dapat meningkatkan kandungan nutrisi tanaman sehingga menjadi lebih
tahan menghadapi gangguan pelbagai penyakit dan tidak bergantung kepada
keadaan cuaca dan musim sepenuhnya.
❖ Hal ini meningkatkan kualiti dan kuantiti pelbagai jenis tanaman dan pendapatan para
petani .
❖ Penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang.
❖ Lembu-lembu yang memakan hormon ini setiap hari telah terbukti dapat
meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus.
❖ Di Malaysia ,kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk menghasilkan
baka pokok durian , kelapa sawit , pisang , bunga orkid dan tanaman lain.
Bidang Perubatan
❖ Dalam bidang perubatan ,bioteknologi membantu memperbaiki taraf
kesihatan manusia.
❖ Misalnya penemuan bioteknologi berperanan mencipta ubat-ubatan
seperti insulin untuk penyakit diabetes serta antibiotik dan vaksin yang
disebabkan bakteris,virus mahupun genetik.
❖ Genetik seseorang dapat diubah suai sebagai contoh, genetik manusia
kerdil boleh melahirkan manusia normal.
❖ Bioteknologi dapat digunakan dalam penghasilan antibiotik untuk
jangkitan penyakit yang berbeza-beza dan penghasilan vaksin untuk
menguatkan sistem imunasi.
❖ Vaksin yang dihasilkan melalui bioteknologi bertindak sebagai
antibodi.Contohnya vaksin menghalang bakteria seperti Hepatitis B
daripada bertindak dalam sel-sel badan .Hal juga dapat mengurangkan
bilangan pesakit Hepatitis B.
❖ Dengan kegunaan bioteknologi risiko penyakit mental dan dapat
Menjadi Sumber Tenaga Alternatif
❖ Bidang bioteknologi juga membekalkan sumber tenaga baharu yang dapat
membangunkan negara dalam pelbagai aspek.
❖ Masalah kehabisan fosil seperti minyak ,arang batu dan gas asli dapat dikurangkan
atau diatasi kerana kaedah bioteknologi mampu menghasilkan biogas daripada
selulosa serta bahan buangan manusia dan haiwan.
❖ Hal ini demikian , dapat membekalkan tenaga kepada manusia.
❖ Sumber tenaga semula jadi yang berasaskan biojisim dikaitkan dengan
bioteknologi yang berasal daripadanya yang boleh digunakan untuk menjana
tenaga.
❖ Bioteknologi dapat menghasilkan bahan organik seperti kayu dan jerami padi boleh
ditukarkan kepada tenaga melalui pembakaran bagi mendapatkan kepanasan yang
digunakan bagi menjana tenaga elektrik.
❖ Bioteknologi jugan dapat mengurangkan bergantungan kepada bekalan tenaga
fosil yang semakin lama semakin kehabisan.
❖ Selain itu, ia dapat mengurangkan pencemaran alam.
❖ Dengan adanya bioteknologi,manusia dapat mengurangkan pencemaran terhadap
tanah,udara dan sungai serta pemanasan global yang diakibatkan oleh bahan toksik
dan penggunaan bahan api fosil.
Dapat Memajukan dalam Industri Pengeluaran
Makanan
❖ Bidang bioteknologi dalam memajukan industry pengeluaran makanan cukup
penting.
❖ Bioteknologi dapat memajukan industri pengeluaran makanan.
❖ Hasil bioteknologi baru membaiki proses pengeluaran dan kaedah
pengawetan makanan.
❖ Produk baru misalnya perasa, pemanis dan pewarna dapat dihasilkan dengan
mikrob yang diubah suai secara genetik.
❖ Hal ini demikian bukan sahaja telah meningkatkan hasil pengeluaran
makanan manusia ,ia juga menjadikan makanan lebih sedap dan bertahan
lama.
❖ Kaedah ini adalah penting ke arah pengunnaan bahan semula jadi sebagai
ramuan asas atau bahan campuran dapat meningkatkan hasil pengeluaran
makanan manusia.
Dapat Mengatasi Masalah Pencemaran Alam
Sekitar
-Alam sekitar yang kotor mengancam kesihatan manusia.
-Pembuangan sampah mendatangkan masalah bau dan merebakan kuman.

-Penciptaan bakteria sepeti mikrob melalui kaedah bioteknologi . Mikrob mampu


mempercepatkan proses pereputan bahan buangan manusia.

-Mikrob juga mampu menghuraikan najis haiwan atau bahan kumbahan sepenuhnya .

-Mikrob juga mampu boleh digunakan untuk mengiraikan najlis haiwan ternakan , sisa
keluaran kelapa sawit , koko malah hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja
organik .

-Justeru alam sekitar dapat dikurangkan malah sumber air yang bersih dapat dibekalkan.
Kesimpulanya
Bidang bioteknologi ini amat berguna dalam pelbagai
aspek pembangunan negara. Usaha penyelidikan dan
pembangunan patut dipergiatkan untuk meningkatkan
lagi potensi bidang bioteknologi demi kebaikan umat
manusia
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai