Anda di halaman 1dari 2

Tukang kisar, anaknya dan keldai

Pada suatu hari seorang tukang kisar dan anaknya telah membawa keldai menuju ke suatu pesta keramaian di bandar. Tujuan mereka mahu menjual keldai tersebut. Di dalam perjalanan ke bandar, mereka telah bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak perempuan yang sedang bercakap-cakap sambil ketawa. Salah seorang daripada mereka berkata, Lihat di sana! Pernahkah kamu melihat seorang yang bodoh berjalan kaki sepanjang jalan sedangkan mereka boleh menunggang keldai mereka ! Tukang kisar mendengar kata kanak-kanak itu lalu menyuruh anaknya naik ke atas keldai itu. Sedangkan, dia sendiri berjalan di sisi keldai itu. Apabila tiba di satu selekoh, tukang kisar dan anaknya bertembung pula dengan sekumpulan lelaki yang sedang bercakap sesama sendiri. Salah seorang daripada mereka berkata, Hai, lihat di sana! Inilah bukti orang muda tidak menghormati orang tua. Cuba lihat anak muda menunggang keldai sedangkan bapanya yang sudah tua berjalan! Lalu salah seorang daripada mereka berkata lagi,Hai! Orang muda turunlah. biarlah lelaki tua itu yang menunggang keldai. Mendengar kata-kata budak lelaki itu, anaknya pun turun dan ayahnya pula menunggang keldai. Tidak lama kemudian, mereka bertembung pula dengan sekumpulan wanita. Salah seorang daripada wanita itu berkata, hai orang tua, kenapalah kamu malas sangat, kamu menunggang keldai sedangkan anak kamu berjalan. Apabila tukang kisar mendengar kata-kata wanita itu, dia pun mengajak anaknya menunggang keldai itu bersama-sama. Setibanya mereka di bandar, salah seorang lelaki bertanya kepada tukang kisar, adakah ini keldai kamu ? si tukang kisar mengangguk. Kemudian lelaki itu berkata lagi, kamu telah beratkannya dengan bebanan yang banyak, bukankah kamu berdua sudah cukup kuat untuk mengangkat keldai ini ?

Si tukang kisar berkata, apa yang tuan fikir baik, akan saya lakukan.Lalu, si tukang kisar dan anaknya mengikat kaki keldai itu dan memikulnya di atas bahu. Mereka melintasi jambatan menuju ke bandar. Orang ramai yang melihat kejadian ini menjadi hairan. Mereka mentertawakan tukang kisar dan anaknya. Si keldai pula tidak suka dengan bunyi bising lalu si keldai melompat turun dan terlepas dari ikatannya. Si keldai jatuh ke dalam sungai. Si tukang kisar telah kehilangan keldainya. Tukang kisar dan anaknya pun berjalan pulang dengan perasaan sedih dan malu. Si tukang kisar menyangkakan dia dapat menggembirakan orang lain dengan setiap percubaannya, tetapi sebenarnya tidak. Malah, dia telah kehilangan keldainya. Ingat kawan-kawan Sebagai seorang manusia, kita perlulah mempunyai pendirian yang teguh. Kita jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang sekeliling sebelum membuat keputusan. Sepertimana tukang kisar yang mudah terpengaruh dengan kata-kata dan pendapat mereka. Akhirnya diri sendiri yang rugi. Sepatutnya tukang kisar berfikir dahulu mana yang baik dan mana yang buruk.. Dan juga carilah jalan yang terbaik

Anda mungkin juga menyukai