Anda di halaman 1dari 6

UNIT 1 : JENIS GARISAN DAN MEDIA

JENIS-JENIS GARISAN Penggunaan bahan dan media yang berbeza dapat menghasilkan pelbagai rupa dan sifat garisan yang tertentu. Contohnya, penggunaan berus dan dakwat akan menghasilkan garisan yang kasar dan penggunaan pensel akan pula menghasilkan garisan yang halus. Contoh garisan dan jenis-jenis media yang berbeza.

Aktiviti 1.1 : Pilih beberapa jenis garisan seperti yang ditunjukkan di sebelah dan lakarkan ke dalam ruangan di bawah. Anda digalakkan menghasilkan jenis-jenis garisan mengikut gaya anda sendiri. Anda juga digalakkan menggunakan pelbagai jenis media yang sesuai untuk menghasilkan jenis-jenis garisan tersebut.

1. Pestel

2. Pensel

3. Pen marker leper

4.Arang

5.Krayon

6.Pen mata bola

7.Pen marker

8.Pensel warna

9.Berus leper

10.Berus Cina

11.Pen teknikal

12.Pen dakwat

Garisan adalah elemen asas kepada semua reka bentuk dan mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Bolehkah anda lukis garisan di bawah bagi menghasilkan rupa dan sifat objek tertentu. Lihat contoh di bawah. Garisan menghasilkan rupa seperti rumpunan rumput Garisan menghasilkan rupa seperti bulu binatang

Contoh beberapa jenis garisan yang kasar, licin, keras, tajam, berbulu, halus, lembut dan sebagainya yang begitu menarik serta boleh diaplikasikan ke dalam lukisan anda.

HAKCIPTA MKTECH PUBLISHING TEL/FAKS:04-3230403

UNIT 2 : LAKARAN JENIS-JENIS GARISAN


Selain dari garisan seperti yang ditunjukkan, terdapat juga jenis-jenis garisan lain seperti garisan berduri, bergerigi, berserabut, beralun, berlingkar, bersudut, berpancar, zig-zag, berulang, serong, memercik, berpusat, berbulu, bertitik dan terputusputus. Lihat beberapa contoh jenis-jenis garisan di bawah.

Aktiviti 2.1 : Berdasarkan jenis-jenis garisan seperti yang ditunjukkan di sebelah dan lakarkan semula ke dalam ruangan di bawah. Anda juga digalakkan menggunakan gaya lakaran seperti yang digambarkan semasa memegang pensel. Cuba anda gunakan media pensel 2B ataupun pensel berwarna untuk melakar.
garisan terputus garisan bertitik garisan berduri garisan bergerigi

garisan terputus

garisan bertitik

garisan berduri

garisan bergerigi

garisan berpenjuru garisan berulang

garisan menegak garisan beralun

garisan berpancar garisan bersudut

garisan berlingkar garisan zig-zag

garisan berpenjuru

garisan berulang

garisan menegak

garisan beralun

TEKNIK MEMEGANG PENSEL UNTUK MELUKIS GARISAN

Garisan selari dan nipis ke atas

Garisan zigzag nipis

Garisan menyilang

Garisan selari nipis

Garisan menyilang dari 3 arah

Garisan menyilang dari 2 arah

Garisan menyilang menegak

garisan berpancar

garisan bersudut

garisan berlingkar

garisan zig-zag

Gaya 1. sesuai untuk melukis garisan yang lurus dan panjang.

Garisan coreng nipis

Garisan zig-zag tebal

Gaya 2. sesuai untuk melukis garisan yang menyerong dan bersambungan.

Gaya 3. sesuai untuk melukis garisan kasar dan menyilang.

Gaya 4. sesuai untuk melukis garisan yang halus dan terperinci.

Garisan selari dan nipis ke atas

Garisan zig-zag

Garisan menyilang

Garisan selari nipis

HAKCIPTA MKTECH PUBLISHING TEL/FAKS:04-3230403

Garisan menyilang dari 3 arah

Garisan menyilang dari 2 arah

Garisan menyilang

UNIT 3 : TEKNIK LAIN UNTUK MENGHASILKAN GARISAN DAN JALINAN


Pelbagai teknik boleh digunakan untuk menghasilkan garisan dan jalinan yang dapat menimbulkan kesan-kesan tertentu. Contohnya, penggunaan teknik gosokan akan dapat menghasilkan kesan keteguhan dan kepelbagaian. Manakala teknik koyakan dan tampalan pula dapat memberi kesan penegasan dan pergerakan.

Aktiviti 3.1 : Pilih mana-mana satu teknik yang diterangkan di sebelah dan hasilkan garisan yang dapat menimbulkan kesan-kesan tertentu. Kemudian tampalkan hasil anda ke dalam ruangan di bawah.

Teknik 1
Teknik gosokan di atas permukaan batang pokok menghasilkan garisan yang memberi kesan keteguhan.

Teknik 2
Teknik gosokan di atas permukaan kaca tingkap menghasilkan garisan yang memberi kesan kepelbagaian.

Teknik 3
Teknik koyakan kepingan kertas dan tampalan menghasilkan garisan yang memberi kesan penegasan.

Teknik 4
Teknik tiupan straw akan menghasilkan garisan yang memberi kesan pergerakan.

HAKCIPTA MKTECH PUBLISHING TEL/FAKS:04-3230403

Chew Wan Yii Ting. 1 J SMK. BERAPIT, 2008

UNIT 4 : APLIKASI JENIS-JENIS GARISAN DAN KESANNYA


Penggunaan pelbagai jenis garisan mengikut kedudukan dan susunan tertentu juga akan dapat menghasilkan kesan yang berlainan. Contohnya, penggunaan garisan melintang dapat memberi kesan tenang, garisan yang berpancar pula dapat memberi gambaran bertenaga dan sebagainya. Lihat beberapa contoh garisan dan kesan yang ditimbulkan di bawah. Garisan menegak memberi kesan teguh dan kestabilan.

Aktiviti 4.1: Cuba anda hasilkan satu lakaran garisan yang dapat memberi kesan pergerakan seperti yang ditunjukkan dalam lakaran titisan air dan pergerakan asap di sebelah. Anda digalakkan menggunakan kreativiti sendiri untuk membuat lakaran. Cuba gunakan media pensil berwarna supaya kesan yang timbul dari garisan anda akan menjadi lebih menarik.

Garisan berpancar memberi kesan pergerakan.

Garisan berpenjuru memberi kesan tenaga.

Aplikasi jenis garisan dan kesan pergerakan


Kesan pergerakan boleh dihasilkan dengan cara mengabungkan beberapa jenis garisan. Contoh di bawah menunjukkan gabungan beberapa jenis garisan untuk membentuk kesan pergerakan yang menarik seperti titisan air, riak di permukaan air dan asap ditiup oleh angin

Titisan air dan riak di permukaan air.

kepulan asap yang keluar dari corong.


HAKCIPTA MKTECH PUBLISHING TEL/FAKS:04-3230403

UNIT 5 : GARISAN UNTUK MENGHASILKAN RUPA DAN BENTUK


Fungsi atau peranan garisan adalah pelbagai. Antaranya ialah garisan digunakan untuk menimbulkan rupa awal, mengubah bentuk, merangka struktur tertentu, mewujudkan ruang, menghasilkan jalinan, mengolah motif (rupa) dan menimbulkan ton. Lihat contoh beberapa jenis garisan di bawah yang digunakan untuk menghasilkan rupa dan bentuk yang berbeza pada objek yang dilukis. KONSEP RUPA Rupa ialah hasil pertemuan penghujung sesuatu garisan yang dilukis. Lihat contoh di bawah. Sambungan pada garisan Penghujung penghujung akan menghasilkan garisan rupa bintang. RUPA DAN TON

AKTIVITI 5.1 : Berdasarkan contoh di bawah, lukis semula objek tersebut dengan menggunakan jenis-jenis garisan supaya menimbulkan rupa. Gunakan media pensel 2B untuk membuat lakaran anda ke dalam ruangan yang disediakan.

rupa asal tanpa nilai ton

rupa baru dengan nilai ton

Garisan beralun, menyilang dan menyerong sering digunakan untuk menghasilkan rupa bentuk objek seperti sebatang pokok, seekor kucing dan ketulan batu. Lihat contoh di bawah bagaimana jenis-jenis garisan digunakan untuk menghasilkan nilai ton yang berbeza.

HAKCIPTA MKTECH PUBLISHING TEL/FAKS:04-3230403

UNIT 6 : APLIKASI JENIS-JENIS GARISAN DAN KESANNYA


Contoh di bawah menunjukkan bagaimana jenis-jenis garisan dapat digunakan untuk menghasilkan rupa dan bentuk objek buatan manusia yang menarik. Perhatikan teknik mengaplikasikan jenis-jenis garisan untuk melukis menara jam lama yang menarik.

Aktiviti 6.1: Cuba anda hasilkan satu lakaran garisan yang dapat memberi kesan permukaan dinding dan tembok batu (sebuah menara jam) ataupun sebatang pokok renek seperti yang ditunjukkan pada lakaran disebelah. Gunakan media pensil 2B untuk membuat lakaran anda.

Bolehkah anda lukis semula rupa dan objek semulajadi iaitu sebatang pokok di bawah dengan menggunakan pelbagai jenis garisan?

HAKCIPTA MKTECH PUBLISHING TEL/FAKS:04-3230403

Anda mungkin juga menyukai