Pendidikan Seni
Pendidikan Seni
JENIS-JENIS GARISAN Penggunaan bahan dan media yang berbeza dapat menghasilkan pelbagai rupa dan sifat garisan yang tertentu. Contohnya, penggunaan berus dan dakwat akan menghasilkan garisan yang kasar dan penggunaan pensel akan pula menghasilkan garisan yang halus. Contoh garisan dan jenis-jenis media yang berbeza.
Aktiviti 1.1 : Pilih beberapa jenis garisan seperti yang ditunjukkan di sebelah dan lakarkan ke dalam ruangan di bawah. Anda digalakkan menghasilkan jenis-jenis garisan mengikut gaya anda sendiri. Anda juga digalakkan menggunakan pelbagai jenis media yang sesuai untuk menghasilkan jenis-jenis garisan tersebut.
1. Pestel
2. Pensel
4.Arang
5.Krayon
7.Pen marker
8.Pensel warna
9.Berus leper
10.Berus Cina
11.Pen teknikal
12.Pen dakwat
Garisan adalah elemen asas kepada semua reka bentuk dan mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Bolehkah anda lukis garisan di bawah bagi menghasilkan rupa dan sifat objek tertentu. Lihat contoh di bawah. Garisan menghasilkan rupa seperti rumpunan rumput Garisan menghasilkan rupa seperti bulu binatang
Contoh beberapa jenis garisan yang kasar, licin, keras, tajam, berbulu, halus, lembut dan sebagainya yang begitu menarik serta boleh diaplikasikan ke dalam lukisan anda.
Aktiviti 2.1 : Berdasarkan jenis-jenis garisan seperti yang ditunjukkan di sebelah dan lakarkan semula ke dalam ruangan di bawah. Anda juga digalakkan menggunakan gaya lakaran seperti yang digambarkan semasa memegang pensel. Cuba anda gunakan media pensel 2B ataupun pensel berwarna untuk melakar.
garisan terputus garisan bertitik garisan berduri garisan bergerigi
garisan terputus
garisan bertitik
garisan berduri
garisan bergerigi
garisan berpenjuru
garisan berulang
garisan menegak
garisan beralun
Garisan menyilang
garisan berpancar
garisan bersudut
garisan berlingkar
garisan zig-zag
Garisan zig-zag
Garisan menyilang
Garisan menyilang
Aktiviti 3.1 : Pilih mana-mana satu teknik yang diterangkan di sebelah dan hasilkan garisan yang dapat menimbulkan kesan-kesan tertentu. Kemudian tampalkan hasil anda ke dalam ruangan di bawah.
Teknik 1
Teknik gosokan di atas permukaan batang pokok menghasilkan garisan yang memberi kesan keteguhan.
Teknik 2
Teknik gosokan di atas permukaan kaca tingkap menghasilkan garisan yang memberi kesan kepelbagaian.
Teknik 3
Teknik koyakan kepingan kertas dan tampalan menghasilkan garisan yang memberi kesan penegasan.
Teknik 4
Teknik tiupan straw akan menghasilkan garisan yang memberi kesan pergerakan.
Aktiviti 4.1: Cuba anda hasilkan satu lakaran garisan yang dapat memberi kesan pergerakan seperti yang ditunjukkan dalam lakaran titisan air dan pergerakan asap di sebelah. Anda digalakkan menggunakan kreativiti sendiri untuk membuat lakaran. Cuba gunakan media pensil berwarna supaya kesan yang timbul dari garisan anda akan menjadi lebih menarik.
AKTIVITI 5.1 : Berdasarkan contoh di bawah, lukis semula objek tersebut dengan menggunakan jenis-jenis garisan supaya menimbulkan rupa. Gunakan media pensel 2B untuk membuat lakaran anda ke dalam ruangan yang disediakan.
Garisan beralun, menyilang dan menyerong sering digunakan untuk menghasilkan rupa bentuk objek seperti sebatang pokok, seekor kucing dan ketulan batu. Lihat contoh di bawah bagaimana jenis-jenis garisan digunakan untuk menghasilkan nilai ton yang berbeza.
Aktiviti 6.1: Cuba anda hasilkan satu lakaran garisan yang dapat memberi kesan permukaan dinding dan tembok batu (sebuah menara jam) ataupun sebatang pokok renek seperti yang ditunjukkan pada lakaran disebelah. Gunakan media pensil 2B untuk membuat lakaran anda.
Bolehkah anda lukis semula rupa dan objek semulajadi iaitu sebatang pokok di bawah dengan menggunakan pelbagai jenis garisan?