Anda di halaman 1dari 8

YBB 6114 SK TANAH PUTIH SARIKEI, SARAWAK

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SARIKEI TINGKAT 1, WISMA PERSEKUTUAN, JALAN BANGUNAN KERAJAAN, 96100 SARIKEI, SARAWAK.

PROGRAM KHAS PENINGKATAN AKADEMIK CALON UPSR 2013


PERANCANGAN DAN STRATEGI KHAS
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

NAMA GURU KAD PENGENALAN KETUA PANITIA NAMA SEKOLAH

: : : :

PETER ANAK SAPIT 771209 13 5981 BAHASA MELAYU SK TANAH PUTIH, SARIKEI

YBB6114
PERANCANGAN DAN STRATEGI KHAS CALON UPSR BAHASA MELAYU

PERANCANGAN DAN STRATEGI KHAS BAGI CALON UPSR BAHASA MELAYU


SK TANAH PUTIH, SARIKEI, SARAWAK, MALAYSIA. 1. TAJUK Program Peningkatan Bahasa Melayu Tahun 6

2. LATAR BELAKANG Berdasarkan keputusan daripada UJIAN 1 (MAC 2013) ada beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti seperti kekeliruan dalam aspek tatabahasa, kelemahan dalam aspek penulisan kerana kekurangan kosa kata ibunda serta kekurangan idea bernas untuk mengarang. Berlandaskan permasalahan ini, guru-guru Bahasa Melayu SK Tanah Putih telah bersepakat merancang serta melaksanakan program yang diharap dapat membantu murid-murid mengatasi setiap kelemahan mereka seterusnya meningkatkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Bahasa Melayu khususnya dan Gred Purata Sekolah (GPS) amnya.

3. OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 Murid dapat menguasai semua aspek tatabahasa Bahasa Melayu dengan baik. Murid dapat menguasai bentuk soalan pemahaman. Murid dapat membina struktur ayat yang betul daripada aspek tatabahasa serta penggunaan tanda bacaan yang betul. Murid dapat menguasai semua format penulisan dan mengarang ayat yang gramatis.

PANITIA BAHASA MELAYU SK TANAH PUTIH

YBB6114
PERANCANGAN DAN STRATEGI KHAS CALON UPSR BAHASA MELAYU 4. KELEMAHAN DAN PERMASALAHAN MURID 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Masih terdapat 2 orang murid Tahun 6 yang tidak lancar membaca dan menulis. Kebanyakan murid kurang membaca sumber-sumber bacaan sampingan. Murid tidak memberi respon yang baik sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak berminat membuat semua tugasan yang diberikan, ada juga yang membuat secara sambil lewa sahaja. Tidak mengikut saranan yang disyorkan oleh guru.

5. KEKUATAN DAN KELEBIHAN MURID 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 Bilangan murid yang sedikit dan agak senang untuk dipantau dari seorang ke seorang. Setiap kelemahan murid dapat dikenalpasti dan diberikan penekanan. Kemudahan prasarana tersedia di sekolah seperti Pusat Sumber Sekolah dan komputer yang boleh akses internet. Kedudukan sekolah yang tidak jauh dari Bandar Sarikei (guru senang mencari bahan ransangan). Pihak pentadbir sekolah sentiasa memberikan sokongan dan galakan. Guru-guru di SK Tanah Putih semuanya Guru Penyayang dan rela berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit mereka.

6. SASARAN 6.1 Sasaran program ini adalah khusus kepada 8 orang murid Tahun Enam 2013.

PANITIA BAHASA MELAYU SK TANAH PUTIH

YBB6114
PERANCANGAN DAN STRATEGI KHAS CALON UPSR BAHASA MELAYU

7. ANGGARAN PERBELANJAAN / SUMBER KEWANGAN 7.1 PENDAPATAN i. ii. iii. Peruntukan Panitia BM Kutipan Yuran Murid (RM10 x 8 orang) Sumbangan Ketua Panitia Jumlah 7.2 PERBELANJAAN i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Binding Tape (5 gulung x RM 2.50) RM RM RM RM RM RM 12.50 21.00 56.00 79.20 56.00 15.00 RM 160.00 RM 80.00 RM 100.00 RM 340.00

BBM - Kad Manila (21 helai x RM 1.00) Buku Rampaian Kulit Keras (8 x RM 7.00) Buku Aktiviti GPA+ Sasbadi (8 x RM 9.90) BBM Laminating Film (2 x RM 28.00) Whiteboard Marker (10 x RM 1.50) Buku Contoh Karangan BM (8 x RM 12.50) Jumlah

RM 100.00 RM 339.70

8. STRATEGI PERLAKSANAAN 8.1 Latihan Tatabahasa Membuat latihan sekurang-kurangnya 60 soalan seminggu mencakupi aspek tatabahasa. Murid menjawab soalan yang diberikan. Perbincangan dan menganalisa kelemahan murid. Murid membuat pembetulan. Ulang tajuk yang belum dikuasai.

PANITIA BAHASA MELAYU SK TANAH PUTIH

YBB6114
PERANCANGAN DAN STRATEGI KHAS CALON UPSR BAHASA MELAYU

8.2

Latihan Pemahaman (Soalan 31 40 dalam Kertas 1 UPSR). Membuat 4 latihan (20 soalan) setiap minggu. Muridd diberi pelbagai genre petikan sebagai latihan untuk memantapkan penguasaan murid. Murid membaca petikan. Murid membaca soalan. Murid cuba mencari jawapan dengan mengariskan jawapan berdasarkan soalan tadi. Murid sekali lagi membaca soalan dan mengecam jawapan yang terdapat dalam petikan. Murid dibekalkan dengan kerja rumah dan jawapan akan dibincang bersama di dalam kelas. Setiap kesalahan jawapan mesti dibuat pembetulan.

8.3

Menyalin Semula Karangan SJKC. Murid menyalin semula karangan dari buku Contoh Karangan Bahasa Malaysia UPSR SJKC. Penekanan diberikan kepada tulisan agar tulisan kemas dan cantik. Buku karangan SJKC digunakan kerana arasnya sesuai dengan keadaan dan aras murid di SKTP. Membaiki kelemahan murid yang tidak membaca kerana sambil menyalin mereka akan membaca. Dapat meningkatkan kosa kata dan penyusunan ayat supaya gramatis. Mac Mei = 1 hari : 1 karangan Jun Ogo = 1 hari : 2 karangan

PANITIA BAHASA MELAYU SK TANAH PUTIH

YBB6114
PERANCANGAN DAN STRATEGI KHAS CALON UPSR BAHASA MELAYU

8.4

Program Karangan Itu Senang. Murid lemah dibantu dengan pelbagai jenis barang ransangan. i. ii. Karangan berpandukan gambar (Karangan Tahap I). Karangan berpandukan isi (Isi-isi diberikan).

Biasakan murid dengan pengenalan dan penutup asas. i. ii. Pengenalan (apa, siapa, bila dan di mana). Penutup (perasaan, berterima kasih dan harapan).

8.5

Program Sehari Dua Ayat. Objektifnya ialah untuk meningkatkan perbendaharaan kata. Latihan pembinaan ayat mudah diberikan sebagai latihan setiap hari sebanyak 2 ayat (1 ayat tunggal dan 1 ayat majmuk).

8.6

Program PROTIM. Program ini dikhaskan untuk 2 orang murid yang telah dikenalpasti tidak menguasai 2M. Modul PROTIM akan diguna pakai.

8.7

Program Khas Nilai Murni. Program ini dijalankan selama 2-3 minit sebelum sesi pengajaran dilakukan. Murid-murid akan diberikan nilai-nilai murni secara rawak dan mereka ditanya tentang huraian yang sesuai untuk nilai tersebut. Diharapkan dapat membantu murid-murid lemah menulis huraian nilai secara umum.

PANITIA BAHASA MELAYU SK TANAH PUTIH

YBB6114
PERANCANGAN DAN STRATEGI KHAS CALON UPSR BAHASA MELAYU

9. KESIMPULAN Selepas pelaksanaan Program Khas Calon UPSR ini, diharapkan para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan dan mencapai objektif dan matlamat guru serta sekolah. Besarlah pengharapan saya agar murid-murid yang dikasihi dapat meningkatkan GPMP dan juga GPS. Bagi murid-murid yang berstatus GAGAL, cikgu berharap pada tahun ini tiada murid yang dapat D dan E lagi. Manakala bagi murid-murid yang sentiasa mendapat B dan C, cikgu harapkan ubahlah kepada A. Seterusnya bagi calon yang sentiasa A, pesanan cikgu janganlah anda sudah berpuas hati, teruskan usaha dan pastikan A itu sentiasa di gengaman. Murid-murid yang tersayang, doa cikgu senantiasa menemani anda semua dari sekarang hingga selamanya. Ingatlah, tiada seorang guru pun yang menginginkan anak-anak didiknya GAGAL. Berusahalah kerana cikgu hanya boleh berdoa dan membimbing sahaja, selebihnya terpulang dengan anak-anak yang dikasihi sendiri. Tepuk dada tanyalah selera. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Ini amat bermakna khususnya untuk murid-murid Tahun Enam yang akan memasuki alam sekolah menengah pada tahun hadapan. Tak ada orang yang dapat mengubah hidup kita melainkan kita sendiri yang akan menentukannya.

PANITIA BAHASA MELAYU SK TANAH PUTIH

YBB6114
PERANCANGAN DAN STRATEGI KHAS CALON UPSR BAHASA MELAYU

10.

PENUTUP

Program Khas ini nanti diharapkan dapat membuka hati dan minda murid-murid kita ke arah pembangunan diri yang positif. Kita juga berharap ianya dapat meningkatkan lagi GPMP dan GPS sekolah kita. Bersama-samalah kita berusaha agar projek ini dapat kita jayakan pada tahun ini. Kita berharap pelbagai pihak dapat membantu kita menjayakan program ini. Biarlah kejayaan itu kita usahakan dan jangan biarkan kegagalan itu datang disebabkan kealpaan kita.

MURID KITA TANGGUNGJAWAB KITA

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

Disahkan oleh :

.......................... (Peter anak Sapit) Ketua Panitia BM, SK Tanah Putih.

........................................... (Maureen anak Wilson Aning) Penolong Kanan I, SK Tanah Putih.

................................... (Manggie anak Lupang) Guru Besar, SK Tanah Putih.

PANITIA BAHASA MELAYU SK TANAH PUTIH

Anda mungkin juga menyukai