Anda di halaman 1dari 2

ISMATUR RASUL

(i)

Ismatur rasul ialah: Para rasul terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat, dosa dan perkara-perkara yang mencemarkan kemuliaan dan kemampuan mereka dalam menyampaikan wahyu Allah SWT. Hikmat para rasul dan nabi bersifat maksum: Menjamin kewibawaan para nabi dan rasul Menjadi contoh teladan kepada manusia dalam semua aspek kehidupan Meyakinkan manusia tentang kebenaran risalah yang dibawa Memelihara kemuliaan dan keaslian wahyu daripada perubahan dan penyelewengan Menolak hujah orang yang mengingkari ajaran rasul Sebab Allah SWT melantik para rasul dalam kalangan manusia: Memudahkan manusia menerima ajaran rasul Menjadi contoh dalam melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya Bersesuaian dengan manusia yang mempunyai sifat cekal, sabar dan gigih Sebagai ujian Allah SWT kepada manusia sama ada membenarkan para rasul atau mendustakan mereka

(ii)

(iii )

(iv) Mukjizat ialah: Perkara luar biasa yang dikurniakan kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran dan kenabian dan kerasulan mereka. (v) Jenis-jenis mukjizat dan contoh: a) Mukjizat Maknawi: Mukjizat yang diketahui keluarbiasaannya dengan menggunakan kekuatan akal fikiran Contoh : Al-Quran yang hanya boleh dirasai kehebatannya setelah dipelajari dan dikaji secara dan mendalam. b) Mukjizat Hissi: Mukjizat yang dapat dilihat dirasa dengan pancaindera. Contoh: Mukjizat Nabi Muhammad SAW iaitu bulan terbelah dua. (vi) Tujuan Allah SWT mengurniakan mukjizat: Menunjukkan kekuasaan Allah SWT Membenarkan kenabian dan kerasulan nabi-nabi dan rasul-rasul Membuktikan kebenaran risalah yang dibawa Memuliakan para rasul dan menolong mereka Melemahkan musuh-musuh Allah SWT

(vii )

Meyakinkan orang kafir akan kebenaran Islam dan mendorong mereka agar memeluk Islam Menjawab soalan dan menyahut cabaran Meyakinkan umat Islam sendiri akan kebenaran agama mereka

Bukti al-Quran adalah mukjizat: Tidak jemu dibaca dan didengar Kandungannya lengkap Sesuai digunakan di semua tempat dan masa Kandungannya kekal hingga hari kiamat. Perbezaan antara mukjizat dan sihir: SIHIR 1.Berlaku kepada sesiapa sahaja yang mempelajarinya. 2.Boleh ditandingi. 3.Masih wujud selagi wujud manusia

(viii )

MUKJIZAT 1. Hanya berlaku kepada para nabi dan rasul . 2. Tidak boleh ditandingi 3. Tidak wujud lagi setelah kewafatan nabi

Menuntut ilmu, wajib ke atas setiap muslim

Anda mungkin juga menyukai