Anda di halaman 1dari 3

INSTRUMEN PEMASTIAN STANDARD

DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN ELEMEN : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN No. No. Aspek Item Aspek Item 9.1 Rancangan (a) Guru menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan: Pengajaran i. berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian Tahunan sukatan pelajaran terkini ii. merangkumi sepanjang tahun persekolahan semasa Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.1 9.2 Rancangan (a) Guru menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Pengajaran dengan: Harian i. mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid (b) Guru menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi sekurang-kurangnya: i. obektif atau hasil pembelajaran (dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur serta merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai) ii. aktiviti (cara bagaimana hendak mencapai objektif, bersesuaian dengan keupayaan murid dan peruntukan masa) iii. penilaian kendiri secara bertulis (terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid serta merancang dan melakukan penambahbaikan) Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.2 9.3 Set Induksi (a) Guru melaksanakan set induksi yang: i. menarik perhatian dan meransang minat murid ii. menjurus ke arah kesediaan minda murid (seperti yang dikaitkan dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran) Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.3 9.4 Penyampaian/ (a) Guru menyampaikan pengajaran dengan: Perkembangan i. mengamalkan pendekatan berasaskan prinsip Pelajaran pengajaran asas (daripada mudah kepada kompleks, daripada konkrit kepada abstrak) ii. menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan harian murid iii. menggunakan bahasa (laras dan istilah) yang tepat iv. menjalankan aktiviti yang memperlihatkan pemeringkatan dan perkembangan pengajaran v. menggunakan masa dengan optimum vi. menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan sesuai vii. menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan viii. menggunakan pendekatan dan kaedah yang berpusatkan murid ix. melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid x. melaksanakan aktiviti yang mengambil kira pelbagai kecerdasan (verbal-linguistik, muzik, logik-matematik, interpersonal, intrapersonal, visual-ruang, kinestatik, naturalis) xi. melaksanakan aktiviti yang melibatkan pelbagai deria xii. menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru xiii. menerapkan kemahiran berfikir Skor Sekolah 2 3 4

Purata

9.5 Teknik Penyoalan Guru

9.6 Penglibatan Murid

9.7 Peneguhan

9.8 Latihan dan Tugasan

9.9 Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid

9.10 Penutupan

xiv. melaksanakan pendekatan integrasi merentas kurikulum (bahasa, alam sekitar, sains dan teknologi, nilai murni, patriotisme, perpaduan, jati diri, kesihatan, kekeluargaan) xv. fleksibel mengikut situasi xvi. penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran (lisan/penulisan/pemerhatian) Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.4 (a) Guru menyoal murid dengan: i. mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif (contohnya berdasarkan Taksonomi Bloom) ii. menyusun aras soalan dari mudah ke sukar iii. mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah iv. mengemukakan soalan yang jelas maksudnya dan boleh difahami v. menyebarkan soalan ke seluruh kelas vi. memberi masa untuk murid berfikir vii. mencungkil jawapan daripada murid viii. mengalih arah soalan kepada murid-murid lain ix. memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.5 (a) Murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan: i. membawa peralatan dan bahan yang diperlukan (jika berkenaan) ii. membuat persediaan awal iii. membuat catatan daripada pengajaran guru (jika berkenaan) iv. mengemukakan soalan atau pendapat secara spontan v. membuat rujukan spontan (jika berkenaan) vi. menjalankan aktiviti yang dirancang oleh guru vii. berinteraksi secara aktif dengan guru, murid lain dan bahan viii. memberi respon yang sesuai terhadap soalan dan latihan ix. menunjukkan kemahiran melaksanakan gerak kerja kumpulan (jika berkenaan) Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.6 (a) Guru memberi peneguhan terhadap pembelajaran murid dengan: i. memberi pujian secara lkisan atau isyarat bukan lisan kepada perlakuan yang baik ii. mempelbagaikan perkataan, ungkapan atau isyarat peneguhan bersesuaian dengan murid iii. memberi teguran yang bersesuaian terhadap perlakuan negatif murid Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.7 (a) Guru memberikan latihan atau tugasan (termasuk projek, kerja rumah) kepada murid dengan: i. mengikut kebolehan dan keupayaan murid ii. mempelbagaikan jenisnya iii. tugasan berkait dengan tajuk yang dipelajari iv. menekankan prosedur dan arahan dalam membuat tugasan Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.8 (a) Guru memerikasa latihan dan tugasan dengan: i. menunjukkan kesilapan murid ii. memeriksa dalam tempoh dan kekerapan yang munasabah iii. memberi ulasan yang membina iv. memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik v. memastikan murid membuat pembetulan Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.9 (a) Guru mengakhiri pengajaran dengan:

9.11 Hasil Kerja Murid

9.12 Pengurusan Kelas

9.13 Perwatakan Guru

i. membuat penutupan kognitif (rumusan dijalankan sama ada oleh guru/murid atau membuat penilaian secara lisan/tulisan) ii. membuat penutupan sosial (kenyataan yang mententeramkan emosi murid dan persediaan untuk pelajaran akan datang) Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.10 (a) Murid melaksanakan latihan atau tugasan dengan: i. lengkap ii. kemas dan bersih iii. menepati masa iv. menepati format dan prosedur latihan dan tugasan v. membuat latihan dengan betul vi. membuat pembetulan bagi latihan yang salah Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.11 (a) Guru menguruskan kelas dengan: i. memastikan wujud suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran (contohnya bilik darjah selamat, bersih, ceria, kemas dan susunan perabot sesuai dengan aktiviti) ii. memastikan kehadiran murid untuk belajar iii. memastikan kesediaan murid untuk belajar iv. mewujudkan dan memanfaatkan sudut mata pelajaran v. memastikan peraturan kelas dipatuhi Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.12 (a) Guru menyumbang kepada suasana pembelajaran yang kondusif dengan : i. berpakaian sesuai, kemas dan bersih mematuhi arahan dan surat pekeliling ii. bersifat mesra, mudah didekati dan sedia membantu iii. mengenali semua murid dan perihatin terhadap keperluan mereka iv. berinteraksi secara sopan v. menggunakan nada suara yang sesuai vi. mewujudkan suasana riang yang merangsangkan pembelajaran vii. menepati masa Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.13

0 Jumlah Frekuensi dan Purata Elemen 9

Purata

Peratus

Panduan Skor: 0 Sangat Lemah 1 Lemah 2 Sederhana 3 Baik 4 Sangat Baik

Anda mungkin juga menyukai