Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Termodinamik berasal dari dua perkataan iaitu thermal (berkaitan dengan panas) dan dinamik (berkaitan dengan pergerakan). Termodinamik merupakan kajian mengenai hubungan, panas, kerja, dan tenaga dan secara khusus perubahan panas menjadi kerja. Hukum termodinamik pertama dan kedua dirumuskan pada abad ke-19 oleh para ilmuan mengenai penciptaan enjin stim. Terdapat 3 sistem termodinamik iaitu : a) Sistem terbuka - Berlaku pertukaran tenaga (panas dan kerja) dan jirim dengan lingkungannya. Dalam sistem terbuka, tenaga dan masa dapat keluar sistem atau masuk kedalam sistem melangkai batas sistem. Contohnya sistem enjin kenderaan bermotor adalah ruang di dalam silinder mesin, di mana campuran bahan api dan udara masuk ke dalam silinder, dan asap keluar melalui ekzos. Turbin gas, turbin wap, pesawat jet dan lain- lain adalah merupakan sistem termodinamik terbuka kerana adanya pergerakan serentak panas dan kerja yang keluar masuk sistem tersebut.

b) Sistem tertutup - Berlaku pertukaran tenaga (panas dan kerja) tetapi tidak terjadi pertukaran jirim dengan lingkungan. Dalam sistem tertutup, masa dari sistem yang dianalisis tetap dan tidak ada masa keluar dari sistem atau masuk ke dalam sistem, tetapi nilainya boleh berubah. Hanya tenaga dalam bentuk panas atau kerja sahaja yang boleh keluar dan masuk. Rumah hijau adalah contoh dari sistem tertutup di mana terjadi pertukaran panas tetapi tidak terjadi pertukaran kerja dengan lingkungan. c) Sistem terpencil - Tidak berlaku pertukaran tenaga atau jirim kepada persekitarannya. Contohnya menyimpan kuah laksa yang panas di dalam termos. Ruang vakum di dalam termos tidak membenarkan suhu panas dikeluarkan. Justeru kuahnya akan sentiasa panas sehingga habis dimakan bersama laksa.

Assalamualaikum, Saya tertarik dengan contoh -contoh yang cikgu berikan, saya sisipkan sedikit info Sistem tertutup yang diaplikasikan dalam kewujudan rumah hijau yang cikgu telah nyatakan, Sebuah Rumah Hijau juga dipanggil rumah kaca atau rumah panas di mana tumbuhan dipelihara. Kesan rumah hijau yang terhasil dalam sebuah rumah hijau membolehkan suhu panas wujud di dalam rumah hijau walaupun keadaan suhu di luar adalah sejuk. Hal ini tehasil disebabkan pembalikan bahangan suria yang berlaku di dalam rumah hijau selain daripada bantuan daripada alat

pemanas yang mengawal suhu dalam rumah hijau mengikut kesesuaian yang telah diprogramkan. Dalam Rumah Hijau, bumbung dan dinding kaca adalah lutsinar kepada cahaya (gelombang pendek) yang menembusi kaca lalu diserap oleh tanah, tumbuhan, dan bahan lain dalam Rumah Hijau. Tenaga yang diserap kemudian dipancar keluar sebagai gelombang inframerah termal tetapi kaca membalikkannya dan memerangkapnya dalam rumah. Ada tiga jenis sistem termodinamik berdasarkan jenis pertukaran yang terjadi antara sistem dan lingkungan:

sistem terisolasi: tidak terjadi pertukaran panas, benda atau kerja dengan lingkungan. Contoh dari sistem terisolasi adalah wadah terisolasi, seperti tabung gas terisolasi. sistem tertutup: terjadi pertukaran energi (panas dan kerja) tetapi tidak terjadi pertukaran benda dengan lingkungan. Rumah Hijau adalah contoh dari sistem tertutup di mana terjadi pertukaran panas tetapi tidak terjadi pertukaran kerja dengan lingkungan. Apakah suatu sistem terjadi pertukaran panas, kerja atau keduanya biasanya dipertimbangkanh sebagai sifat pembatasnya sistem terbuka: terjadi pertukaran energi (panas dan kerja) dan benda dengan lingkungannya. Sebuah pembatas memperbolehkan pertukaran benda disebut permeabel. Lautan merupakan contoh dari sistem terbuka.

Saya bersetuju dengan cikgu. Tambahan daripada saya cikgu, berkaitan dengan sistem terpencil atau pun cikgu sebut terisolasi. Contohnya kebuk wasap iaitu tempat menyimpan bahan-bahan kimia. Di mana wap-wap atau gas-gas bahan kimia tersebut tidak mengalir keluar ke persekitaran. Ini kerana fungsi kebuk wasap menghalang gas-gas keluar ke persekitaran. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Termodinamik (bahasa Greek: thermos bermaksud "haba" dan dinamis bermaksud "kuasa") ialah satu cabang fizik yang mengkaji kesan-kesan perubahan suhu, tekanan, dan isi padu terhadap sistem-sistem fizikal pada skala makroskopik. Kajian ini dibuat melalui analisis statistik terhadap gerakan kolektif zarah-zarahnya. Secara amnya, "haba" bermaksud "tenaga dalam peralihan" dan "dinamik" adalah berkaitan dengan "pergerakan"; oleh itu, termodinamik sebenarnya mengkaji pergerakan tenaga dan bagaimana tenaga menyebabkan pergerakan. Dari segi sejarah, termodinamik berkembang daripada keperluan untuk meningkatkan kecekapan enjin-enjin stim yang awal. Dalam termodinamik terdapat dua jenis sistem, iaitu sistem tertutup dan sistem terbuka. 1. Sistem Tertutup Sistem tertutup iaitu terjadi pertukaran tenaga tetapi tidak terjadi pertukaran benda dengan persekitaran. Dalam sistem tertutup masa dari sistem yang dianalisis tetap dan tidak ada masa keluar dari sistem atau masuk ke dalam sistem, tetapi jumlahnya boleh berubah. Yang boleh keluar masuk sistem tertutup adalah tenaga dalam bentuk panas atau kerja. Contoh sistem tertutup adalah suatu belon udara yang dipanaskan, di mana masa udara di dalam belon tetap, tetapi jumlahnya berubah, dan tenaga panas masuk ke dalam masa udara di dalam belon. Selain itu Rumah hijau adalah contoh dari sistem tertutup di mana berlaku pertukaran

panas tetapi tidak terjadi pertukaran kerja dengan persekitaran. 2. Sistem Terbuka Sistem terbuka iaitu terjadi pertukaran tenaga (panas dan kerja) dan benda dengan lingkungannya. Dalam sistem terbuka, tenaga dan masa dapat keluar sistem atau masuk ke dalam sistem melewati batas sistem. Sebahagian besar mesinmesin penukaran tenaga adalah sistem terbuka. Sistem mesin motor bakar adalah ruang di dalam silinder enjin, dimana campuran bahan bahan bakar dan udara masuk ke dalam silinder, dan gas buang keluar sistem melalui knalpot. Turbin gas, turbin wap, pesawat jet dan lain-lain adalah merupakan sistem termodinamik terbuka, kerana secara serentak ada tenaga dan masa keluar-masuk sistem tersebut. Terima kasih di atas pengkongsian ilmu tersebut. Contoh-contoh lain adalah seperti berikut:Sistem terbuka - Sistem mesin motor bakar adalah ruang di dalam silinder enjin, di mana campuran bahan-bahan bakar dan udara masuk ke dalam silinder, dan gas dibuang keluar melalui ekzos. Sistem tertutup - peti sejuk. Di mana bahan di dalam peti sejuk (jirim) tidak berubah tetapi habanya dapat dirasai dan mengalir keluar melalui dinding peti sejuk tersebut. Sistem terpencil - Tempat simpanan botol susu bagi tujuan untuk mengekalkan kepanasan susu tersebut. Di mana susu dan haba tidak mengalir keluar ke persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai