Anda di halaman 1dari 49

1.

PENGENALAN Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah

diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov. 1.1 Objektif Am Bola Baling tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untukmembina kemahiran motor dan kecergasan fizikal. Mengaplikasikan gimnastik artistik, kemahiran gimnastik asas irama, dalam permainan, olahraga, dan gimnastik pendidikan,

Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya

pergerakan kreatif dengan betul dan selamat. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan. Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik. Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktivitidalam suasana yang riang dan menggembirakan.
1

1.2

Perkembangan Sukan Bola Baling 1.2.1 Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guruguru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah. Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.

1.2.2 Peringkat Sekolah dan Maktab Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih guru-guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan. Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada tahun 1985 bagi melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil permainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru-guru yang ingin menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor di Kuala Lumpur. Di peringkat maktab perguruan pula, permainan bola baling telah mula aktif dan dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985. Pada tahun 1986, seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di kalangan penuntut maktab.

2.0

PERALATAN PERMAINAN 2.1 Pengenalan Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. 2.2 Padang / Gelanggang (Kawasan Permainan) Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan
3

dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

2.3

Bola

Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut : a.) Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm. b.) Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun)

Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm c.) Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun)
5

Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm. Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan. 2.4 Tiang Gol Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.

2.5

Pemain Dan Pakaian

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemainpemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

3.0

BILANGAN / PERANAN SETIAP PEMAIN


8

a.)

Satu pasukan biasanya mengandungi 12 orang pemain ( sepuluh

orang pemaingelanggang dan dua orang penjaga gol ). Bilangan maksimum, iaitu tujuh orangpemain hendaklah berada di daalm gelanggang ( enam orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol). Lima orang pemain lain ialah pemainpengganti. Penjaga gol tidak dibenarkan bermain sebagai pemain gelanggang. Tetapi pemai-pemain gelanggang boleh mengambil tempat sebagai penjaga gol. b.) Sekurang-kurangnya lima orang pemain dari sesebuah pasukan

hendaklah berada di kawasan permainan pada permulaan perlawanan. Bilangan pemain boleh ditambah hingga ke tujuh orang, semasa perlawanan. c.) Dalam taktik serangan, terdapat pemain dalam tiga posisi utama i.) Pertahanan atau bek Dalam permainan bola baling pemain bek atau pertahanan merupakan nadi bagi sesebuah pasukan semasa melakukan serangan. Peranan dan tindakan mereka adalah menyerupai pemain tengah dalam permainan bola sepak. Antara ciri-ciri istimewa yang harus ada pada pemain-pemain ini ialah tinggi, tegap, berkemahiran, bersikap tegas, disamping bersedia dari segi fizikal, mental dan teknik. Mereka juga harus mempunyai pengetahuan tinggi dan menyeluruh tentang permainan dan prinsip permainan, dan berkebolehan tinggi dalam kemahiran menghantar, pengawalan bola dan menjaring. Penguasaan mereka dibuktikan melalui kemahiran, kecergasan, kreativiti, kekuatan dan keupayaan berkomunikasi dengan pemain-pemain lain dalam pasukan.

yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti individu tertentu.

Ringkasnya, pemain-pemain bek harus mempunyai segala ciri utama yang diperlukan untuk bola baling. ii.) Pemain sayap Fungsi utama pemain-pemain sayap ialah melakukan serangan dari tepi, menewaskan pertahanan dan membuka peluang kepada pemain lain yang lebih tinggi dan berkeupayaan untuk membuat jaringan. Tanpa pemain sayap yang pantas, cergas, dan bijak membuat tipu-helah ini mungkin sukar bagi membentuk sesebuah pasukan bola baling yang berkesan. Pemain sayap harus mempunyai keupayaan untuk menewaskan lawan menerusi kelajuan larian, meningkatkan kelajuan, keseimbangan dan pengawalan serta berkeyakinan. iii.) Pemain serangan Sebahagian besar daripada strategi serangan pasukan berkisar pada pemain-pemain serangan yang dikenali sebagai pemain garisan atau pemain paksi. Fungsi utama pemain-pemain ini ilah membantu dalam melancarkan peluang menjaringkan gol, kepada pemain bek di samping berkeupayaan melakukan sendiri jaringan gol. Keupayaan mereka ialah dalam tindakan sebagai perantara dalam gerakan serangan. Pemain-pemain ini memerlukan persefahaman khusus kerana permainan mereka melibatkan kualiti kordinasi, mencari peluang, ketepatan masa dan berkeyakinan.

3.1

Posisi Permainan

10

Pemain boleh dibahagikan kepada dua iaitu posisi semasa serangan dan posisi semasa pertahanan. a.) Posisi Semasa Serangan Keadaan pasukan yang bertahan banyak menentukan formula dan sistem menyerang dalam permainan bola baling. Posisi Pemain Pemain Sayap Sayap kiri (LW) Sayap kanan (RW) Pertahanan belakang kiri (LB) Pertahanan belakang Pertahanan belakang tengah (CB) Pertahanan belakang kanan (RB) Penyerang kiri (LF) Penyerang Penyerang tengah (CF) Penyerang kanan (RF) b.) Posisi Semasa Pertahanan Posisi Pemain Sayap kiri (LW) Sayap kanan (RW) Bek tengah kiri (LCB) Bek tengah kanan (RCB) Pertahanan belakang kiri (LB) Pertahanan belakang tengah (CB) Pertahanan belakang kanan (RB) Penyerang kiri (LF) Penyerang Penyerang tengah (CF) Penyerang kanan (RF)

Pemain Sayap Bek tengah

Pertahanan belakang

11

12

4.0

ASAS KEJURULATIHAN Pengenalan a) Jurulatih memainkan berbagai peranan berdasarkan pelbagai situasi. b) Jurulatih aplikasikan gaya kejurulatihan berlainan kerana : atlet berbeza situasi berbeza

c) Untuk melaksanakan tugas dengan baik, jurulatih perlu mempunyai falsafah Objektif a) Membezakan peranan berbeza yang dimainkan oleh jurulatih. b) Mengenal pasti dan membezakan gaya-gaya jurulatih. c) Memahami etika dan falsafah dan pertalian di antara mereka. Peranan Jurulatih sebagai panduan

13

Gaya Kejurulatihan a) Autokratik 4.1 Guna kuasa & autoriti Keputusan asas cetek Kawalan atlet ketat / tidak anjal ikut kata saya

b) Laissez Faire Profil rendah / sifat kepimpinan minimum Guna sedikit kuasa formal Tindakan atlet bebas buatlah apa yang suka

c) Demokratik Guna kuasa formal & tidak formal Keputusan bersama Berkongsi idea Sedia mendengar buat apa yang patut

d) Eklektik Guna gaya campuran Ikut situasi buatlah yang perlu

Etika Kejurulatihan
14

Kod Etika Kejurulatihan (Nilai yang diformalkan)

Kepentingan Etika Bantu jurulatih nilai isu Pastikan atlet dihormati Pastikan tanggungjawab jurulatih
15

Memperolehi integriti dalam perhubungan Pasti jurulatih untuk menerima & mempromosi nilai sukan

Hubungan Falsafah & Etika Falsafah = gabungan Pengetahuan, sikap, Kepercayaan & nilai, Bentuk asas tindakan & beri arah. Etika = merupakan satu cabang falsafah yang terlibat dengan nilai murni.

4.2 a.)

Kemahiran Asas, Ansur Maju dan Prinsip Latihan Aktiviti Memanaskan Badan Meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk
16

4.2.1 Persediaan Permainan Bola Baling Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah: meningkatkan prestasi).

Merangsangkan aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisi saraf kontraksi oto menjadi lebih efisyen). Mengurangkan masa reaksi. Meningkatkan koordinasi. Mengurangkan risiko kecederaan. Meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi.

b.)

Aktiviti Gerak Kendur i.) Selepas aktiviti intergiti tinggi (latihan/pertandingan) terdapat jumlah darah yang banyak menuju ke jantung. ii.) Jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana ini akan menyebabkan pengumpulan darah di vena pada
17

kaki dan tangan. Ianya juga boleh mengganggu perederan darah ke jantung, otak dan otot. iii.) Pergerakkan perlahan selama 5-10 minit (jalan, aktiviti aerobik intensiti rendah) boleh membantu menggalakkan perederan darah otak pening. Ini diikuti dengan senaman regangan (regangan statik). iv.) Masa ini paling baik untuk senaman regangan kerana: Kebolehan otot memanjang secara maksimum. Dapat membantu mengurangkan pengumpulan asid laktik.

4.2.2 Kemahiran Menghantar Bola Terdapat lebih sepuluh jenis hantaran dalam permainan bola baling, setiap satu mempunyai karektor dan kelebihan yang unik. Namun begitu, terdapat tujuh jenis hantaran yang biasa digunakan oleh para pemain. a.) Hantaran Atas Bahu
18

Kemahiran hantaran ini adalah kemahiran yang sering digunakan dalam permainan.

Teknik kemahiran : Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi. Bahagian atas badan tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran. Pemain mengambil langkah ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan membaling iaitu memindahkan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan. Semasa pemindahan berat badan, siku bagi tangan yang membaling dibawa ke hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat. Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Jari telunjuk menghala ke sasaran di akhir perlakuan. Tangan bebas dihalakan ke sasaran. Lutut hendaklah dibongkokkan sedikit. Semakin jauh jarak baling, semakin luas langkah pertama. Cara ini akan membantu keseimbangan dan kawalan pemain. Biasanya langkahan dihalakan ke sasaran.

19

b.)

Hantaran Tolak

Hantaran ini menggunakan dua belah tangan dan ianya adalah hantaran untuk jarak dekat yang tidak memerlukan pergerakan bahu yang banyak.

Teknik kemahiran : Kedudukan pemain dengan kedudukan posisi triple-threat. Pergerakan lengan dan siku dengan pantas ke hadapan. Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Ikut lajak ke arah sasaran. c.) Hantaran Sisi

Kemahiran hantaran ini kemungkinan merupakan kemahiran yang kedua kerap digunakan oleh pemain. Hantaran ini menggunakan sebelah tangan adalah untuk jarak dekat yang tidak memerlukan pergerakan bahu yang banyak.

Teknik kemahiran : Hantaran ini dilakukan secara menyisi ke sasaran.


20

Pemain daripada keadaan kedudukan posisi triple-threat mengangkat siku tangan membaling menghala ke sasaran. Pada masa yang sama, pemain meluruskan lengan dan menghayunkannya ke sasaran. Semasa lengan lurus, pergelangan tangan disentap diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Lengan ikut lajak kea rah sasaran. d.) Hantaran Lompat

Kemahiran hantaran ini hampir sama dengan hantaran atas bahu, tetapi perbezaannya, pemain melakukan lompatan sebelum membuat hantaran. Pemain yang melakukan percubaan jaringan cara lompat, mungkin akan melakukan hantaran ini bagi melepasi halangan pertahanan.

Teknik kemahiran : Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala. Kedudukan siku yang memegang bola dibongkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi. Bahagian atas badan tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran. Pemain melonjak ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan membaling. Pemindahan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan. Semasa pemindahan berat badan, siku bagi tangan membaling dibawa ke hadapan segera dan membuat
21

hayunan lengan dengan kuat. Pergelangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Jari menghala ke sasaran di akhir perlakuan. Tangan bebas dihalakan ke sasaran. Lengan ikut lajak ke arah sasaran. e.) Hantaran Bawah Lengan

Hantaran ini menggunakan sebelah tangan adalah untuk jarak dekat yang tidak memerlukan pergerakan bahu yang banyak.

Teknik kemahiran : Pemain berkedudukan posisi triple-threat. Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang badan. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dan lebih tinggi dari kedudukan bola yang dipegang. Bahagian atas badan dicondongkan sedikit ke hadapan, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran. Bola ditolak ke sasarn dengan menjatuhkan siku tangan membaling. Pindahkan berat berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan. Semasa pemindahan berat badan, tangan membaling dibawa ke hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat. Pergelangan tangan disentapkan ke atas diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola.

22

Lutut hendaklah dibongkokkan sedikit. Semakin jauh jarak balingan, semakin luas langkahan pertama. Cara ini akan membantu keseimbangan dan kawalan pemain. Biasanya langkahan dihalakan ke sasaran. f.) Hantaran Lantun

Kemahiran hantaran ini bukanlah hantaran yang biasa digunakan tetapi adalah sebahagian daripada kemahiran dalam bola baling.

Teknik kemahiran : Bola dipegang pada posisi triple-threat. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi. Bahagian atas badan condong dan mata memandang ke sasaran. Pemain melantunkan kaki bola dengan melangkah dengan kaki menggunakan kaki hadapan. Lengan ikut lajak ke arah sasaran. 4.2.3 Kemahiran Menangkap dan Menerima Bola a.) Asas posisi badan Kaki seluas bahu. Kedudukan bahu menghadap arah pergerakan bola. Tumpuan kepala dan mata kepada bola. yang berlawanan tangan

membaling. Pemindahan berat badan dan kaki belakang ke

23

Bahagian atas pinggang condong sedikit kea rah pergerakan bola. Tangan dan tapak tangan dihalakan ke arah bola. Siku dibongkokkan sedikit mengikut kesesuaian. b.) Asas posisi tangan Bagi menerima bola tinggi (paras dada dank e atas), posisi tapak tangan membentuk segi tiga dengan ibu jari dan jari telunjuk hampir bersentuhan antara kanan dan kiri.

Bagi menerima bola rendah (paras pinggang ke bawah) jarijari menghala ke tanah dengan kedua-dua jari kelingking hampir bersentuhan.

c.)

Teknik menyerap momentum bola: Tumpuan mata kepada pergerakan bola yang dating (a). Tangan bergerak kea rah bola dengan jari yang relaks (b). Bengkokkan siku dan bawa tangan ke dada apabila bola ditangkap (c).

24

4.2.4 Kemahiran Melantun dan Mengelecek Mengelecek merupakan suatu pergerakkan melantun bola ke tanah secara berterusan dengan menggunakan sebelah tangan atau bertukar tangan tanpa memegang bola. Kemahiran ini berkesan dalam 3 situasi iaitu, pertama bergerak pantas apabila ada peluang bergerak berseorangan, kedua satu lawan satu dan ketiga pemain tidak dapat membuat hantaran selepas menerima bola.

Teknik kemahiran : Lutut dibengkokkan lebih kurang 120 0 dengan imbangan badan yang terkawal. Menyentuh tangan pada bahagian atas bola manakala jari sentiasa terbuka. Melakukan lantunan bola dengan jari dan bukan dengan tapak tangan. Menolak bola ke tanah dengan pergerakkan pada pergelangan tangan. Badan hendaklah dibongkokkan sedikit ke hadapan. Hendaklah fokuskan penglihatan pada hantaran yang akan dibuat dan bukan pada bola. Tinggi lantunan hendaklah pada paras sederhana iaitu antara pinggang dan lutut.
25

Untuk membuat hadangan, badan pemain hendaklah sentiasa berdepan dengan pihak lawan. 4.2.5 Kemahiran Menjaringkan Gol Menjaring merupakan tindakan terakhir beberapa siri teknik dan taktik menjaring. Berikut adalah prinsip am menjaring : Mempunyai keyakinan diri. Berkemampuan mengawal imbangan dan pergerakkan badan. Memberi tumpuan dan perhatian penuh. Bijak mencari ruang. Ikut lajak. Jenis-jenis jaringan: Jaringan atas kepala

Jaringan lantun

Jaringan gerak keliru dari belakang

26

Jaringan celah kangkang

Jaringan meleret

Jaringan sisi/paras pinggang

Jaringan menjunam

Jaringan sambil berpusing

27

Jaringan lompat

Jaringan sudut

4.2.6 Kemahiran Menyerang / Mengacah Mengacah merupakan lakuan gerakan mengelirukan pihak lawan.

Teknik kemahiran : Lari dapatkan bola di udara dan mendarat dengan imbangan yang baik. Posisi membolehkan pemain untuk mengubah arah bagi mengelirukan pihak lawan. Gerakkan sebelah kaki ke depan mengawal bola dengan kedua-dua belah tangan pada paras pinggang. Gerakkan badan ke kiri dan ke kanan untuk mengelirukan pihak lawan.

28

Dengan pergerakkan ini, pemain maju ke hadapan dan melakukan gerak keliru ke arah pihak lawan.

4.2.7 Kemahiran Pertahanan / Mengadang Mengadang ialah kemahiran seseorang pemain dalam mengawal pergerakan pemain lawan daripada menyerang atau menjaringkan gol. Matlamat mengadang adalah untuk menghalang pihak lawan daripada melakukan serangan yang mungkin dilakukan hingga mampu menghasilkan gol.

Teknik kemahiran : Kaki buka seluas bahu untuk mendapatkan sokongan yang kukuh. Lutut bengkok sedikit untuk mendapatkan kestabilan badan. Tangan diangkat mengadang pihak penyerang. Luruskan badan dan kepala. 4.2.8 Kemahiran Penjaga Gol Tugas-tugas penjaga gol : Menghalang pasukan lawan membuat jaringan. Merancang benteng pertahanan. Merancang serangan balas. Sentiasa mengikut pergerakan gol.

29

Sifat-sifat baik penjaga gol : Tindak balas yang pantas. Koordinasi mata tangan yang pantas. Kebolehan membongkok dan meluruskan badan dengan cepat. Tindak balas yang pantas mengikut bola. Sentiasa bersedia. Berkeupayaan serta berkebolehan membaca pergerakan dan tindakan pihak lawan. Berdisiplin. Mematuhi peraturan permainan. Keinginan mencapai kemenangan.

5.0

UNDANG-UNDANG DAN CARA BERMAIN BOLA BALING UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA BALING

Pertandingan berikut:

dijalankan

mengikut

undang-undang

BOLA

BALING

ANTARABANGSA, MSSM, MSSPP 1. PENDAFTARAN

kecuali yang tersebut dalam peraturan

30

1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang pendaftaran yang disediakan. 1.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan masing-masing. 1.2.1 Pengurus Pasukan 1.2.2 Jurulatih 2. KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN 2.1 L18 / P18 3. PAKAIAN 3.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor masing-masing di depan dan belakang. 3.2 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang pertandingan. 3.3 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali. 3.4 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard ) 4. SAIZ BOLA 4.1 Saiz 2 : P18 4.2 Saiz 3 : L18 5. MASA PERMAINAN 5.1 Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit. (15.3.15) * diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri. 5.2 Masa Rehat Pasukan (1 minit ) (a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.
31

(b)

Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).

(c)

Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit : Semasa pasukannya mengawal bola. Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.

6. SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Pertandingan ini dijalankan secara LIGA SEPARUH & KALAH MATI. 6.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG. 6.3 Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA SEPARUH : 6.3.1 Menang : 2 mata 6.3.2 Seri 6.3.3 Kalah : 1 mata : 0 mata

6.4 WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti memberi alasan bertulis mengapa pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola. 6.5 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL 6.5.1 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
32

6.5.2 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan. 6.5.3 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang kejohanan tersebut. 7. SISTEM KALAH MATI 7.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya: 7.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah rehat selama lima minit. 7.1.2 Jika masih seri balingan 7 meter akan di jalankan. 8. SISTEM BALINGAN 7 METER 8.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5 orang pemain. 8.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi. 8.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan. 8.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu. 8.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter. 8.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma. 8.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.
33

8.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan. 9. KELEWATAN Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 2 mata dan dengan bilangan gol 2 0. 10. BANTAHAN 10.1 Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang disediakan,dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima. 10.1 Keputusan Juri adalah muktamad. 11. JURI RAYUAN 11.1Terdiri daripada : 11.1.1 Pengerusi Teknik Bola Baling 11.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan 11.1.3 Pengerusi Pengadil 11.1.4 2 Orang Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola. 12. PERATURAN BARU 12.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran. (peraturan 2:5)
34

12.2.

Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam

keadaan-keadaan tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran. (peraturan 2:8) 12.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat kesukanan. (peraturan 4:11) 12.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan. (peraturan 4:1) 12.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil. (peraturan 4:1) 12.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel. (peraturan 10.3) 12.7. Isyarat pasif play batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat pemain pertahanan yang mendapat hukuman. (klarifikasi no 4) 12.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil. (peraturan 15.6) 12.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang terhampir kepada pasukan lawan.
35

(peraturan 11.3) 12.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang. (klarifikasi no 3) 13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 13.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.

36

6.0

PENGELOLAAN PERTANDINGAN 6.1 Kertas Kerja Kejohanan Bola Baling 2012

1.0

Rasional

Kejohanan Bola Baling antara guru pelatih PPISMP dan PISMP telah diadakan dengan jayanya dengan sumbangan para guru. Kejohanan ini telah membuka peluang kepada semua guru pelatih PPISMP dan PISMP untuk menunjukkan serta mengasahkan bakat mereka dalam permainan bola baling serta ia juga menjadi asas kepada para guru pelatih untuk bergiat dalam permainan ini dan berharap mereka akan meningkatkan mutu sukan negara pada masa akan datang.

2.0

MATLAMAT

Matlamat kejohanan ini adalah untuk memberi peluang para guru pelatih di IPG Kampus Tuanku Bainun ini untuk memperkembangkan serta menunjukkan bakat serta menyediakan peluang dan menggalakkan pertandingan sihat antara guru pelatih.

3.0

OBJEKTIF

Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat : (a) (b) (c) Melahirkan generasi pelajar yang mempunyai semangat kesukanan yang kuat. Mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga IPG Kampus Tuanku Bainun. Melahirkan guru yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama, semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab. 4.0 5.0 ANJURAN : Gerko Bola Baling IPGKTB

TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN


37

Tarikh Masa Tempat

: 04 05 / 04 / 2012 : 7:30 pagi 5:00 pagi : Gelanggang Bola Baling, IPG Kampus Tuanku Bainun

6.0

SASARAN/ PENYERTAAN Terbuka pada semua warga IPG KTB, ( 20 pasukan yang pertama )

5.0

AHLI JAWATANKUASA 5.1 Ahli Jawatankuasa Induk Penaung Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : : : : Alamelu Rathnam A/P Kuppusamy Ku Nor Atirah binti Ku Ashaari Paremeswari A/P Kaliappan Lacksumy A/P Murthy

5.2

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Ajk Teknikal : Agila A/P Sarkunan Vani A/P Sarmata Pillay Ajk Peralatan : Fazrina binti Mohd Tamiri Punitha A/P Regunathan Ajk Makanan : Mazatul Sima binti Mat Raji Zetty Juyanthy binti Yusof

Ajk Program

Rajeswari A/P Periasamy


38

Kalaivani A/P Rajasparan Ajk Cenderamata dan Sijil : Bathma Devi A/P Nageswaran Pavithra A/P Patchimuthu Ajk Perasmian : Nadira binti Shariffuddin Malar A/P Ramasamy Ajk Keselamatan : Valarmathi A/P Belia Sivagasmi A/P Armughom

6.0

ANGGARAN PERBELANJAAN 6.1 Sumber Kewangan Sumber Yuran ahli kumpulan Yuran pendaftaran ahli pasukan Harga seunit RM5.00 seorang RM20.00 satu pasukan RM 485.00 RM20.00 x 20 pasukan = RM 400.00 Harga keseluruhan RM5.00 x 17 orang = RM 85.00

Bil 1.

SUMBER KEWANGAN KESELURUHAN

6.2 Bil.

Perbelanjaan Perkara Jumlah


39

Jamuan & Majlis perasmian & penutup bersama Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun

RM 180.00

Promosi & Publisiti - Banner & Pamphlet

RM 50.00

a.) Johan - Hamper & Medal b.) Naib Johan - Hamper & Medal c.) Tempat Ketiga - Hamper d.) VIP (Pengarah & Pegawai Jemputan)

RM 60.00

RM 40.00

RM 20.00

RM 30.00

Sijil Penghargaan Pengadil - Universiti Sains Malaysia ( 2 orang ) - Pelajar Major PJ Sem 6 ( 12 orang ) JUMLAH PERBELANJAAN RM 410.00 RM 30.00

7.0 Bil. 1 2 3

PERUBATAN DAN KECEMASAN Senarai Semak Krimantihistamin (untuk melegakan rasa gatal) Sebatianantiseptik (untuk melegakan luka-luka) Trabletparacetamol (untuk melegakan luka-luka)
40

4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Aspirin (sakit kepala, demam, dan kesakitan ringan) Pembalut luka (bandage) Plaster (sepaket) Pita bergam untuk membalut Crepe bandage (untuk terseliuh) Pembalut elastic Pembalut tiga segi Losyen calamine untuk ruam yang gatal Kapassteril (satu gulung) Pembalut luka atau dressing Gauze paraffin untuk luka terbakar Gauze steril kain jaring halus Basuhan mata Lampu suluh Alkohol untuk disapu Pin (untuk menetapkan bandage) Penyepit yang tajam di hujung (untuk membuang selumbar)

21 Putik kapas (untuk meletakkan ubat) 8.0 SENARAI ALATAN Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Payung Bangku Meja / Kerusi Papan Putih Stop Watch Kad time out PA sistem / healer Bola Saiz 3 Bola Saiz 2 Borang Skor Borang Pendaftaran Peralatan Kuantiti 6 2 6 3 6 6 3 6 6 4 14
41

12 13 14 15 16 17 18 19 20 9.0

Kad Pengadil Ice Box First Aid Ground Sheet Meja Besar (urussetia) Khemah Bakul Tong Air Fail Klip SISTEM PERTANDINGAN DAN JADUAL 9.1 Sistem pertandingan Hari Pertama ( 04 / 04 / 2012 ) Sistem liga separuh A1 A2 A3 Kumpulan A A4 A5 Mata

3 2 2 2 1 1 3 2 3

Kedudukan

A1 A2 A3 A4 A5 Kumpulan B B4 B5

B1 B1 B2 B3 B4 B5

B2

B3

Mata

Kedudukan

C1 C1 C2 C3

C2

C3

Kumpulan C C4 C5

Mata

Kedudukan

42

C4 C5 Kumpulan D D4 D5

D1 D1 D2 D3 D4 D5 -

D2

D3

Mata

Kedudukan

Pertandingan terdiri daripada 20 pasukan & Dibahagikan kepada empat kumpulan setiap kumpulan terdiri daripada 5 pasukan Setiap kumpulan mempunyai 10 perlawanan Masa bagi setiap perlawanan adalah 10 minit tanpa rehat bagi setiap separuh masa. Masa pertukaran adalah 10 minit sebelum pelawanan seterusnya dijalankan Pemberian mata adalah seperti berikut : Menang Kalah Seri : 2 mata : 0 mata : 1 mata

Johan dan naik johan setiap kumpulan akan masuk ke pusingan kalah mati.

Hari kedua ( 5 april 2012 ) 1 JOHAN


2 NAIB JOHAN

JOHAN 3 JOHAN

4 NAIB JOHAN

43

5 JOHAN

6 NAIB JOHAN

7 JOHAN Pertandingan ini dijalankan secara sistem kalah mati.


8 NAIB JOHAN Pasukan-pasukan

yang menang dalam Pusingan Suku Akhir akan mara ke pusingan Separuh Akhir untuk menentukan kedudukan Johan, Naib Johan ke-3 dan ke-4. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan bertanding dalam perlawanan akhir bagi menetukan johan dan naib johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk tempat ke-3 dan ke-4. Setiap perlawanan akan berjalan selama 20 minit setiap separuj akhir dan rehat 5 minit Sekiranya mata perlawanan adalah seri, maka masa tambahan akan diberikan iaitu selama 10 minit. Jika keputusan masih seri, maka sistem balingan 7 meter mengikut peraturan IHF akan dilakukan.

44

10.0

PENUTUP

Diharapkan agar kejohanan Bola Baling Tertutup IPG Kampus Tuanku Bainun 2012 ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan segala perancangan yang telah dibuat dapat berjalan dengan lancer seperti yang telah dirancangkan dengan jayanya. Semoga program yang dianjurkan ini dapat mencapai matlamat dan objektifnya. Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(Paremeswari A/P Kaliappan) Setiausaha, Kejohanan Bola Baling 2012

.... (Alamelu Rathnam A/P Kuppusamy) Pengerusi, Kejohanan Bola Baling 2012

Disemak oleh,

45

() Pensyarah Penasihat Kejohanan Bola Baling 2012

7.0

KESIMPULAN

Seperti mana yang kami katakan pada ruang penghargaan, kami berdua sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Di samping itu, kami juga dapat belajar sedikit-sebanyak tentang bola baling yang merupakan suatu permainan yang kami belum mahir lagi. Pada akhir tugasan ini, kami dapat memperolehi banyak ilmu tentang bola baling, sejarah perkembangan bola baling, peraturan dan undang-undang bola baling secara lebih mendalam lagi. Tugasan ini juga telah menjadi jambatan penghubung di antara kami berdua. Hal ini kerana, sepanjang tugasan ini semangat kerjasama dan tolong-menolong dapat dikongsi oleh kami berdua. Selain itu, kami juga percaya bahawa tugasan yang kami siapkan ini akan membantu sedikit sebanyak kepada sesiapa yang ingin belajar tentang bola baling pada masa hadapan. Kami juga berharap bahawa tugasan kami ini akan dijadikan sebagai bahan rujukan kepada sesiapa yang perlukan. Akhir kata, harap semua pihak akan mendapat ataupun memperolehi manfaat daripada tugasan ini sepertimana kami berdua perolehi. Sekian......

46

8.0

REFLEKSI Syukur kerana saya telah berjaya menyiapkan Kerja Kursus Berdasarkan

Ilmu ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah saya, Pn. Kamaliah bt Ismail untuk menyiapkan kerja kursus gerko bola baling ini. Melalui kerja kursus ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan pengetahuan terutamanya dalam kemahiran dan teknik asas permainan bola baling. Dengan kata lain, tugasan ini telah memantapkan pemahaman dan pengetahuann saya dalam permainan bola baling. Saya dapat belajar tentang asal usul dan perkembangan permainan bola baling, teknik-tenik hantaran bola, syarat dan peraturan permainan, serta banyak lagi. Pada awalnya, saya mengalami sedikit masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Walaubagaimanapun, setelah mendapat penerangan yang mendalam daripada pensyarah, saya dapat mengatasi masalah tersebut dengan baik dan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Masalah tidak mematahkan semangat saya tetapi membuatkan saya semakin bersemangat dan bersungguh-sungguh untukmenyiapkan kerja kursus bola baling ini. Selain itu, saya telah dapat mengaplikasikan teknik-teknik bermain semasa bermain di padang. Ini secara tidak langsung dapat membantu saya apabila saya bertugas sebagai guru kelak. Saya akan dapat mengajar murid-murid saya menggunakan teknik dan kemahiran yang betul.
47

Disediakan Oleh, ... ( PUNITHA A/P REGUNATHAN ) 831005 05 5404 Syukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus gerko bola baling ini dengan lancar dan baik. Saya juga berasa puas hati dengan kerja kursus ini kerana dapat menyiapkannya dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pensyarah saya iaitu Encik Zulkpily bin Mohd Nor. Di samping itu, pensyarah bimbingan saya memberi banyak tunjuk ajar dan penerangan kepada saya serta mengajar semua aktiviti secara ansur maju. Dalam permainan bola baling, saya juga dapat mempelajari kesemua kemahiran asas. Dengan ini, saya mengambil masa yang panjang untuk belajar teknik bagi menguasai permainan padang ini. Akhirnya, saya dapat mengkaji dengan sendiri berdasarkan penjelasan daripada kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah untuk menaikkan prestasi saya dalam permainan tersebut. Kini saya berpuas hati dan gembira kerana dapat menguasai kesemua yang terkandung dalam permainan ini. Secara keseluruhannya, kerja kursus ini memberi banyak faedah kepada saya sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Walaupun saya menghadapi beberapa masalah semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat menyiapkan dengan sempurna atas bantuan rakan-rakan dan sokongan para pensyarah. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih.

48

Disediakan oleh, .. (RAJESHWARI A/P PERIASAMY) 860424 23 6392

49

Anda mungkin juga menyukai