Anda di halaman 1dari 15

SIFAT WAJIB BAGI ALLAH -

(TAHUN 4)

Oleh: Ustaz Rabbani al-Besuty

MAKSUD
Qudrat bereti kuasa iaitu Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu menurut kemahuanNya.

Hal ini menunjukkan bahawa hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Berkuasa sedangkan selain daripada Allah tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Hal ini berdasarkan firman Allah:

Firman Allah:

Allah S.W.T tidak memerlukan bantuan, peralatan dan sokongan untuk berkuasa. Sifat ini menunjukkan bahawa Allah S.W.T mempunyai kuasa sejak daripada azali lagi. Kekuasaan Allah S.W.T adalah mutlak untuk mengadakan atau mentiadakan sesuatu perkara. Hal ini berdasarkan fiman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi. (Surah Yaasin 36:82)

Lawan bagi sifat Qudrat ialah Ujdzun yang bermaksud lemah. Ujdzun merupakan salah satu sifat mustahil bagi Allah. Hal ini demikian kerana tidak dapat diterima oleh akal bahawa Allah bersifat dengan sifat lemah kerana jika Allah bersifat degan sifat lemah mustahil adanya alam ini kerana yang lemah itu tidak dapat memperbuatkan sesuatu perbuatan pun.

DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN KEKUASAAN ALLAH

Maksudnya: dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Ahzab 33:27)

Maksudnya: Kamilah Yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (Tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

Maksudnya: Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. (Surah Qaaf 56:60)

Maksudnya: Dan Dia lah Yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah Yang menentukan pertukaran malam dan siang. maka tidakkah kamu mahu berfikir?
(Surah al-Muminuun 23:80)

Kesimpulannya:
Abu al-Hassan al-Ashaari dalam kitabnya Maqalat al-Islamiyah menyatakan: Tiada Tuhan selain Dia, tiada sekutu dalam kerajaan-Nya,
tiada pembantu dalam menciptakan segala apa yang diciptakan oleh-Nya. Dia menciptakan segala makhluk yang diciptakan-Nya tanpa ada contoh terlebih dahulu. Dia menciptakan sesuatu dengan tidak lebih mudah dan tidak lebih sulit daripada menciptakan sesuatu yang lain. Tidak layak bagi-Nya mengambil sesuatu yang bermanfaat dan tidak ada terkena sesuatu yang membahayakan-Nya.

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


Perbincangan:

Projek: membuat buku skrap@folio. Sumbang saran Soal jawab Lawatan keluar bilik darjah Latih tubi

Sekian, sama-sama kasih. Ingat subject akidah, ingat ustaz rabbani.

Anda mungkin juga menyukai