Anda di halaman 1dari 13

3.

0 LALUAN YANG PERLU AMIR ( GURU YANG BERADA DI PERINGKAT CEKAP ) LALUI SEHINGGA MAMPU MENJADI GURU PERINGKAT PAKAR

3.1 Peringkat Cekap

Peringkat cekap ialah peringkat yang ketiga di mana seseorang guru mencapai peringkat keterampilan dalam bidang yang diceburi. Amir yang tiba di peringkat ini akan memiliki sijil atau ijazah dalam bidang yang diceburi. Dalam erti kata yang lain, Amir telah melalui peringkat novis dan juga peringkat novis lanjutan dengan berjaya. Selain itu, Amir juga mempunyai kecekapan dari segi profesionalisme, melaksana visi dan misi, keterampilan peribadi, mengaplikasikan ICT, kecerdasan mental dan intelektual, kestabilan emosi dan juga kebijaksanaan serta kepimpinan. Amir akan lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid pada peringkat ini. Amir juga telah memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus. Justeru, pada penghujung peringkat ini, Amir akan memiliki kemampuan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran dan pengajaran yang dihadapi.

Menurut Johnson (1972), profesionalisme keguruan adalah kualiti pekerjaan atau sifat yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Amir mempunyai komitmen terhadap pekerjaan atau dedikasi dalam menyampaikan pengetahuan dan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran agar menjadi guru pada peringkat cekap.

Kecekapan seseorang guru akan sentiasa diperhati dan dinilai oleh masyarakat dan organisasi. Untuk menjadi guru yang cekap, bukanlah bererti cekap dari segi fizikal dan tenaga sahaja. Amir merupakan seorang guru cekap yang mempunyai kecekapan dari pelbagai aspek. Sebagai seorang guru yang cekap, terdapat beberapa prinsip yang telah dipertimbangkan oleh Amir dalam melaksanakan tugasan di sekolah, antaranya adalah seperti yang rajah yang berikut : i. Do It Right First Time Pada peringkat ini, Amir harus melaksanakan tugas dengan bebas daripada salah dan silap. Setiap kerja yang dilakukan mesti dilakukan dengan cekap dan mengurangkan kesilapan. Amir harus menjadikan prinsip ini sebagai prinsip utama untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

12

ii.

Guru Mengajar Murid Belajar Pada peringkat ini, Amir harus memahami bahawa tanggungjawab utama guru adalah untuk mengajar. Untuk menghasilkan mutu pengajaran yang berkesan, Amir harus membuat persediaan mengajar dengan penuh semangat dan berwibawa. Amir yang merupakan guru cekap akan dapat menguruskan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran supaya murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif. iii. Berkongsi Visi Yang Sama Pada peringkat ini, Amir akan memahami dan menghayati hala tuju sekolah supaya dapat menjadikan sekolah sebagai suatu organisasi yang berkesan.

iv.

Bakti Disemai Bukti Dituai Prinsip ini membawa maksud bahawa apa yang guru ajar, itulah akan menjadi hasilnya. Oleh itu, Amir harus melaksanakan tugasnya dengan penuh kecekapan supaya hasilnya akan memuaskan hati bagi semua pihak.

v.

Penambahbaikan Berterusan Prinsip ini menunjukkan bahawa guru harus tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini tetapi sentiasa memikir dan mencari langkah penyelesaian bagi meningkatkan kualiti kerja atau tugasan. Sekiranya guru tidak melaksanakan tugas dengan cekap, mustahil penambahbaikan akan dapat dilakukan. Oleh yang demikian, kecekapan guru amat diperlukan untuk penambahbaikan berterusan.

vi.

Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah Mencegah Masalah adalah diutamakan. Amir mesti cekap bertindak serta bersikap proaktif agar semua orang tidak akan menghadapi masalah.

vii.

Guru Sebenar Guru Amir yang memegang gelaran guru cekap adalah merupakan seorang guru yang cekap, dedikasi, komited dan bertanggungjawab. Beliau tidak akan merosakkan organisasi seperti ponteng, mengelakkan diri daripada menerima tugasan dan banyak memberi alasan dan helah.

Sebenarnya, Amir memerlukan antara dua hingga lima tahun pengalaman mengajar dan bersikap terbuka terhadap pembelajaran baharu. Sekiranya Amir meninggalkan

13

profesion keguruan sebelum tempoh lima tahun dalam perkhidmatan, kemungkinan besar beliau tidak akan mencapai peringkat untuk menjadi guru cekap. 3.2 Peringkat Mahir

Seterusnya ialah peringkat mahir. Sekiranya Amir telah sampai ke peringkat ini, boleh dikatakan bahawa dia berada dalam golongan yang terbaik dalam bidang profesionnya. Guru yang mahir merupakan golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar. Guru yang mahir akan mempunyai kemampuan kognitif yang tinggi untuk mencerakin dan menganalisis persekitaran pembelajaran secara kreatif dan tersendiri. Guru yang mahir juga akan kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan dengan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.

Pada peringkat ini, Amir harus berkemampuan untuk mempamerkan gaya pengajaran yang tersendiri. Amir yang merupakan guru mahir juga harus mempunyai kebolehan untuk membimbing dan menjadi mentor kepada novis. Mereka boleh berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran melalui forum, kursus latihan dalam perkhidamatan dan seminar penyelidikan.

Amir yang merupakan guru mahir pada peringkat ini harus menunjukkan teladan sebagai seorang profesional dengan mahir membentuk program-program yang bertujuan untuk membangunkan murid. Segala peraturan dan arahan yang diberikan harus jelas untuk mengurangkan tingkah laku negatif murid. Pada masa yang sama, Amir dapat menunjukkan bahawa guru mahir dalam menguruskan aktiviti dan tingkah laku murid.

Guru yang mahir juga berkebolehan untuk mengesan pencapaian atau kelemahan seseorang murid. Perkara ini dapat dilakukan oleh Amir dengan melakukan penilaian melalui pemerhatian dan soalan ujian. Setelah selesai penilaian, Amir harus mahir mengenal pasti kelemahan murid untuk tindakan susulan yang seterusnya. Sebagai contoh, Amir perlu mahir dalam merangsang motivasi murid dengan mengadakan aktiviti yang menarik dan mendorong penglibatan penuh murid yang berkenaan.

Amir yang berada pada peringkat guru mahir harus mempunyai kemahiran untuk mengendalikan sesi pembelajaran dan pengajaran. Semasa sesi pengajaran, Amir harus menggunakan segala kemahiran untuk memulakan pengajaran dengan cara yang sesuai.

14

Amir juga boleh menggunakan kemahiran guru yang sedia ada untuk mewujudkan pelbagai rangsangan supaya murid tertarik dengan aktiviti yang dilaksanakan.

Konklusinya, untuk menjadi guru yang mahir, Amir harus mempunyai kemahiran untuk berhadapan dengan murid.

3.3 Peringkat Pakar

Pada peringkat pakar, Amir merupakan seorang guru yang gemilang dan terbilang. Pada peringkat ini, Amir boleh memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai serta masih dapat mempamerkan gaya pengajaran yang lancar. Guru pakar adalah orang yang berautoriti dalam profesionnya. Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisipolisi berkaitan dengan pengendalian di bilik darjah.

Sekiranya Amir tiba di peringkat pakar ini, beliau seharusnya mempunyai kemahiran ikthtisas dan menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap subjek yang diajar. Dalam masa yang sama, Amir harus menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif dari pelbagai hala. Amir yang akan merupakan guru pakar harus menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajaran. Sebagai guru pakar, Amir harus mempunyai ciri-ciri yang berkualiti seperti Rajah 2.3 yang berikut : i. Peribadi Sahsiah terpuji Berketerampilan Peka dan prihatin terhadap keperluan murid Menjadi role model kepada warga pendidik Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidamatan awam ii. Pengetahuan dan Kemahiran Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhusasan dan kepakaran Menjadi pakar rujuk pembelajaran dan pengajaran Bijak menguruskan masa, bahan sumber, alat pembelajaran dan pengajaran Mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran murid dan menyediakan program tindakan susulan Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ICT

15

iii.

Hasil Kerja Berupaya meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

iv.

Komunikasi Memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.

v.

Potensi Berwawasan, proaktif, berinisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, Amir yang merupakan guru pakar harus berupaya untuk memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan pendidikan negara. Dengan kepakaran yang ada, Amir harus menjana idea baharu dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea bagi meningkatkan mutu di sekolah.

Sekiranya Amir berada pada peringkat pakar, maka beliau akan terlibat sepenuhnya dalam Pengurusan Kurikulum. Amir harus memberikan sumbangan kepakaran sama ada di dalam atau luar institusi. Selain itu, Amir juga perlu sentiasa melibatkan diri dalam panitia. Lantaran itu, Amir seharusnya berkeupayaan untuk mengurus rekod dan maklumat pencapaian murid dengan baik dan sistematik untuk di akses bagi tujuan tindakan susulan. Di samping itu, dalam aktiviti bukan akademik, Amir perlu menggunakan pengetahuan dan kemahirannya serta melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, hal ehwal murid dan tugastugas bukan mengajar yang lain.

Amir juga boleh menunjukkan keterampilan guru pakar melalui cara berpakaian, menepati masa, sopan, berkeyakinan diri, amanah dan sebagainya. Amir harus menggunakan segala kemahiran untuk menguruskan murid agar mereka dapat menjalankan tugasan dengan penuh komitmen.

16

4.0 CABARAN DAN TRANSFORMASI YANG PERLU DIHADAPI OLEH AMIR MENGIKUT PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran, Untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu

meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Manakala guru merupakan tunjang untuk melaksana dan menjayakan wawasan serta reformasi pendidikan yang telah digubal. Menurut Hoffer (1992) pada zaman perubahan ini hanya individu yang mahu belajar untuk menyesuaikan diri sahaja yang akan mewarisi dunia, manakala individu yang tidak mahu belajar untuk menerima perubahan akan terkapai-kapai di persekitaran yang tidak lagi dikenalinya.

4.1 Peringkat Cekap

Walaubagaimanapun, Amir juga akan menghadapi beberapa cabaran pada peringkat ini. Menurut Johnson (1972), profesionalisme keguruan adalah kualiti pekerjaan atau sifat yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Seorang guru yang cekap perlulah mempunyai komitmen terhadap pekerjaan atau sesebuah pertubuhan serta dedikasi dalam menyampaikan pengetahuan dan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Dalam pandangan orang ramai, profesion sebagai seorang guru dianggap suatu kerja yang mudah dan remeh. Mereka tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru pada masa kini. Oleh yang demikian, Amir harus cekap menguruskan tanggungjawab yang dipikul supaya tidak dipandang sinis oleh masyarakat.

Kecekapan Amir sebagai seorang guru juga akan sentiasa diperhati dan dinilai oleh masyarakat dan organisasi. Amir akan menghadapi tekanan yang besar dan cabaran ini harus dihadapi olehnya. Amir harus memahami bahawa menjadi guru yang cekap bukanlah bererti cekap dari segi fizikal dan tenaga sahaja tetapi yang lebih penting ialah kecekapan dari pelbagai aspek, antaranya adalah seperti kecekapan profesionalisme, kecekapan melaksanakan visi dan prinsip, keutuhan keperibadian, kecekapan menggunakan teknologi maklumat, kecekapan dan kecerdasan mental dan keintelektualan, kestabilan emosi dan spiritual dan juga kebijaksanaan serta kepemimpinan. 4.2 Peringkat Mahir Sebagai guru yang mahir, Amir harus pandai membuat jangkaan terhadap murid, seperti mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin melalui pendekatan bilik 17

darjah yang berkesan. Isu-isu yang berkaitan dengan sikap negatif murid semakin membimbangkan pada zaman yang maju ini. Oleh itu, perkara ini akan menjadi salah satu cabaran kepada Amir kerana pembangunan negara yang pesat dalam sektor sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat turut menyumbang kepada peningkatan gejala sosial yang negatif dalam kalangan murid. Bukan mudah untuk Amir memainkan peranannya sebagai fasilitator, pembimbing, penyelia, pengawal dan penggerak. Amir harus menguruskan sebarang tingkah laku murid supaya tidak menjejaskan proses pengajaran yang berlaku. Amir juga harus mempunyai kemahiran untuk mengendalikan setiap aktiviti dalam sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Ketika melaksanakan pengajaran, Amir perlu menggunakan segala kemahiran untuk memulakan pengajaran dengan cara yang menarik dan disesuaikan dengan situasi murid pada ketika itu. Perkara ini bukan satu kerja yang mudah dicapai kerana Amir perlu melaksanakan cara pengajaran yang kreatif dan sesuai untuk semua murid. Ini juga merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh Amir pada peringkat ini.

Selain itu, Amir haruslah mempunyai kemahiran bertutur yang tinggi dalam erti kata lain Amir haruslah mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi. Menurut Sufean (1995), kemahiran bertutur adalah penting bagi seorang guru yang mahir. Amir harus menangani cabaran ini kerana cara bertutur mampu untuk menunjukkan sikap serta atitud seseorang itu samada bagus mahupun tidak. Dengan memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi, Amir akan mampu dan berkemampuan untuk menyampaikan idea dan mesej yang ingin disampaikannnya dengan berkesan dalam apa jua situasi. Ia juga akan dapat menarik minat pendengar untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Amir.

Amir juga perlu bijak melihat situasi sekeliling sebelum menyampaikan sesuatu perkara. Ini kerana, pengaruh sekeliling akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap penyampaian yang diberi. Contohnya, jika Amir perlu memberi slot motivasi untuk pelajar UPSR di sekolahnya, maka beliau perlu meneliti serta mengenali pendengarnya dengan mengetahui masalah mereka agar penyampaian akan lebih terkesan dalam hati mereka.

4.3 Peringkat Pakar Pada peringkat pakar ini, Amir akan menghadapi cabaran yang amat besar. Sebagai seorang guru pakar, beliau harus berupaya untuk memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan pendidikan Negara. Amir harus mempunyai sifat berani, ingin mencuba 18

idea baru dan inovatif. Dengan kepakaran yang ada, Amir harus berupaya untuk menjana idea baharu dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu di sekolah. Perkara ini bukan mudah untuk dicapai, oleh itu, Amir harus menangani cabaran ini dengan penuh sabar.

Sebagai guru pakar, Amir harus berupaya meningkatkan kualiti pencapaian murid berdasarkan kepada kepakaran dan prinsip pedagogi. Menurut Jemaah Nazir (2001), profesionalime guru akan membantu guru untuk meningkatkan kualiti pencapaian murid. Guru pakar juga harus peka kepada dasar serta isu pendidikan semasa. Melalui cara ini, sesi pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti hanya dapat dilaksanakan untuk keseronokan pembelajaran murid.

Salah satu cabaran yang akan dihadapi oleh Amir sebagai seorang guru yang pakar ialah Amir seharusnya mempunyai pengetahuan yang amat luas dan kemahiran yang sangat tinggi kerana guru pada peringkat pakar ini akan menjadi role model kepada guruguru yang lain. Amir seharusnya bijak dan perlu menguasai serta menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya agar dapat dijadikan rujukan oleh guru-guru yang lain. Ini kerana, sudah semestinya guru pada peringkat pakar ini akan menjadi tumpuan jika terdapatnya masalah yang berkaitan dengan pelajaran.

Selain

itu,

Amir

juga

harus

bijak

menguruskan

sumber

teknologi

untuk

mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajarannya. Contoh sumber teknologi yang dimaksudkan ialah seperti komputer, projektor dan jalur lebar. Amir harus bijak menyesuaikan penggunaan teknologi ini supaya murid-murid tidak bosan dengan pengajaran dan pembelajaran guru yang tradisional sahaja. Bukan itu sahaja, bahkan Amir perlu mempunyai kepekaan dan sensitif terhadap murid-muridnya dengan mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran murid dengan menyediakan tindakan susulan untuk mengatasi masalah berikut. Jika Amir tidak peka terhadap muridnya, maka penambahbaikan serta peningkatan mutu dan kualiti murid terhadap pembelajaran mereka tidak akan berlaku. Ini akan menyebabkan murid-murid mundur dan tercicir lalu menyebabkan penurunan dalam prestasi sekolah terutamanya dari aspek akademik. 4.4 Cabaran Dan Transformasi Yang Perlu Dihadapi Oleh Amir Dunia sekarang yang semakin berkembang dan maju telah membawa banyak perubahan dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Sebagai guru tanpa mengira pada peringkat manapun, Amir tidak harus ketinggalan dalam mengejar kemajuan dunia. Kemajuan yang dimaksudkan merangkumi semua bidang ekonomi, politik, sosial 19

kerohanian, kejiwaan, psikologikal dan kebudayaan. Bidang pendidikan turut mengalami arus revolusi perindustrian yang berasaskan sains, teknologi maklumat dan telekomunikasi bagi tujuan mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, Amir harus sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang terkini dalam pelbagai bidang. Perkara ini tidak mudah untuk dicapai dan Amir harus menangani situasi ini dengan hati yang tabah.

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an. Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut relevan dan berupaya untuk menyediakan murid-murid dengan

kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini. Ini seiring dengan pendapat Hallinger (1998) dalam kajian Habib Mat Som Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa langkah yang proaktif diperlukan supaya sekolah berupaya melahirkan murid yang mempunyai ciri tertentu bagi persediaan menghadapi persaingan global.

Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di Malaysia telah melalui satu era transformasi dari perubahan sukatan kurikulum dari KBSR kepada KSSR. Kementerian telah melaksanakan KSSR yang mana sedang dikaji kelebihannya untuk sistem pendidikan di Malaysia ini. Kurikulum akan memberikan penekanan dan penumpuan kepada tugasan yang berbentuk penyelesaian masalah dan tugasan berasaskan projek. Beberapa rangka program telah diperkenalkan oleh kementerian pendidikan demi menjamin produk yang berkualiti. Oleh itu, Amir harus menerima transformasi ini dengan hati yang tabah. Setakat ini, KSSR hanya diperkenalkan untuk Tahap 1 manakala Tahap 2 masih menggunakan sistem kurikulum KBSR. Dengan ini, Amir seharusnya menyesuaikan diri dengan perubahan sukatan pelajaran yang baru, iaitu pertukaran dari kurikulum KBSR ke KSSR. Perkara ini bukan mudah untuk dicapai kerana Amir harus sentiasa memastikan bahawa beliau akan menghasilkan mutu pengajaran yang berkualiti demi kebaikan muridmurid walaupun sukatan kurikulum telah berubah.

Secara umum, guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Guru harus memiliki kualiti yang bersifat kontemporari dan relevan dengan zamannya. Menurut Robiah Sidin (1994) dalam kajian Habib Mat Som Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia, guru harus mempunyai kesediaan dan mampu menghadapi perubahan zaman. Guru harus 20

berupaya memimpin perubahan di sekolah dan sentiasa mengikut peredaran masa. Oleh itu, Amir harus pandai menyesuaikan diri terutamanya terhadap sebarang perubahan isu pendidikan yang terkini. Contohnya, pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Walau bagaimanapun, dengan pelaksanaan program-program ini, ianya memberi kesan yang besar kepada para guru. PBS yang baru diperkenalkan telah melibatkan banyak kerja pengkeranian seperti pengisian data murid di laman web, penyediaan fail dan sebagainya. Tugas-tugas pengkeranian seperti ini harus dilengkapkan oleh guru untuk menjayakan program - program yang dilancarkan. Guru-guru dikehendaki untuk menulis laporan, menjalankan kajian, mengumpul data kajian dan merangka perubahan terhadap peningkatan prestasi murid. Tugas-tugas ini telah membebankan guru. Amir harus menerima cabaran dan transformasi ini dan menyesuaikan diri dengan sistem tersebut secepat mungkin demi kebaikan murid-murid. Misalnya, dengan menghadirkan diri ke seminar-seminar dan kursus-kursus yang dapat membantu meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru mengenai sesebuah transformasi yang telah dilakukan. Jika guru gagal untuk mengikuti seminar-seminar atau kursus-kursus yang disediakan, maka sudah semestinya guru tersebut tidak akan dapat melaksanakan tuntutan yang sewajarnya mereka lakukan.

Penggunaan teknologi maklumat dalam era globalisasi juga merupakan cabaran yang perlu diambil tahu oleh Amir. Penggunaan perisian komputer pada zaman ini berkembang secara progresif dan maju seiring dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan kemudahan penggunaan ICT akan menjadikan pengajaran yang lebih bermakna kerana orientasi pengajaran adalah berpusatkan pelajar. Amir akan memainkan peranan sebagai pemudahcara dan penyelesai masalah. Johnson (1986) menjelaskan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran seperti sains, matematik, bahasa dan kesusasteraan. Perisian komputer berupaya memandu pelajar untuk berfikiran kritis dalam menghasilkan pembelajaran bermakna yang bukan hanya sekadar mempersembahkan maklumat daripada buku teks atau sumber lain. Oleh itu, Amir harus berupaya untuk melakukan perubahan dalam pembelajaran dan pengajaran dengan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang ICT sebagai seorang guru yang mahir. Ini merupakan salah satu cabaran yang harus dilalui oleh Amir. Amir harus mengejar perkembangan teknologi yang sentiasa berubah. Ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ICT akan sentiasa dikemas kini pada zaman yang maju ini, oleh itu, Amir akan ketinggalan sekiranya tidak melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang ICT yang terkini. Seperti mana

21

yang kita tahu, kemajuan teknologi meningkat dengan sangat pesat seperti mana yang berlaku di negara-negara luar. Sepertimana yang kita tahu dan sedar, sistem pendidikan di negara kita ini sering berubah tanpa mengira waktu. Berkenaan isu Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang telah ditransformasikan daripada KIA2M dan 3M yang dilihat mereka dapat memberikan kesan yang baik sekiranya penggunaan Bahasa Malaysia digunapakai dalam subjek yang terlibat. Perubahan yang dilakukan ini memberi kesan yang drastik kepada guru dan terutamanya murid-murid dimana mereka terpaksa untuk memahami semula istilah-istilah yang telah mereka pelajari selama ini. Oleh itu, Amir yang merupakan seorang guru, haruslah bersedia dan peka terhadap perubahan yang dilaksanakan supaya Amir tidak terkejut dan tertekan apabila perubahan dilaksanakan.

Dalam transformasi yang bakal dijalankan, guru perlu meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ia merupakan satu cabaran yang besar bagi Amir di mana cabaran ini memerlukan guru tersebut mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan bersesuaian dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. Sebagai guru, Amir akan bertanggungjawab untuk membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. Bagi memastikan pengajaran dijalankan secara inovatif, Amir seharusnya menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Bahan inovasi seperti teknologi maklumat perlu dikuasai sebagai bahan yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Pelaksanaan pelan ini sememangnya memerlukan guru untuk menyumbang lebih masa dalam memikirkan idea yang terbaik buat pengajaran dan pembelajaran. Pelan ini dapat dijalankan sekiranya semua guru bekerjasama dan mempunyai masa yang mencukupi ataupun kaya dengan pengetahuan tambahan. Dengan ini, Amir harus menangani masalah kekangan masa yang dihadapi dan harus sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang pelbagai.

Akhirnya, Amir perlu menghadapi satu cabaran yang besar sebagai seorang guru iaitu tekanan daripada pihak atasan dan juga masyarakat. Pelan yang dirancang oleh kerajaan memerlukan guru untuk menyempurnakannya. Semasa tempoh pelaksanaan, pihak atasan akan memberi tekanan tentang keberkesanan sesuatu program. Contohnya dalam program melaksanakan 1 BestariNet ke semua sekolah untuk integrasi ICT dalam pembelajaran harian. Program ini akan mempunyai tempoh pelaksanaan di samping memerlukan laporan daripada guru dari semasa ke semasa untuk tujuan penyemakan. Bebanan kerja ini akan menyebabkan tekanan pada guru itu sendiri. Manakala bagi masyarakat pula, Amir perlu bijak menangani masalah terutamanya setelah sesuatu 22

program dilaksanakan. Amir perlu bersabar dengan respons dan pandangan masyarakat. Perkara ini dapat disaksikan semasa pelaksanaan program pengajaran Sains dan Matematik mengguna Bahasa Inggeris. Banyak respons yang diluahkan oleh masyarakat dan guru seharusnya mengatasinya dengan hati yang tenang. Maka, bagi Amir yang ingin mara ke peringkat pakar, beliau perlu belajar cara mengawal tekanan supaya produktiviti kerja tidak akan dipengaruhi.

5.0 KESIMPULAN Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Guru seharusnya

mengamalkan budaya membaca untuk menimba ilmu dan pengetahuan terkini, menghadiri pelbagai latihan dalam perkhidmatan dan membuat refleksi tentang diri, cabaran dan

halatuju. Dengan peningkatan kualiti dari segi ilmu, kemahiran dan mempunyai sikap yang positif serta dapat mengawal emosi (EQ), guru dapat mengembalikan imej guru yang pada masa kini kian merosot. Namum begitu, dalam apa jua usaha untuk meningkatkan martabat profesion keguruan, sikap seseorang guru itulah yang menentukan sama ada guru tersebut ingin berubah dan sedia menerima pengetahuan dan kemahiran terkini serta

menggunakannya dalam arena pendidikan.

Proses ke arah

meningkatkan martabat profesion keguruan

supaya diakui dan

dihormati oleh masyarakat bukanlah suatu yang mudah dan perlu semua guru mempunyai sikap positif untuk memperkembangkan diri secara professional dan menghayati kod etika keguruan sebagai panduan menjalankan tugas harian.

23

RUJUKAN

Boon,P.Y.(2002). Pelaksanaan Kerja Kursus Berportfolio di kalangan guru praperkhidmatan. Disertasi Doktor Falsafah , Universiti Kebangsaan Malaysia.

Broadhead, P.Changing Practice, Feeling Good: Primary Professional Development Explored . Journal of Education, Vol. 25, No 3

Day, C.(1999). Developing teachers: the challenges of lifelong learning. London: Falmer Press.

Mohamad Sani Ibrahim.(2002). Perkembangan Profesionalisme Guru: Satu Tuntutan dan Satu Kemestian UPSITEC2002: The Inaugural UPSI international Teacher Education Conference. Renaissance Palm Garden, Putrajaya,6-8 Mei

Richert,A.E. (1990). Teaching teachers to reflect: A consideration of programme structure. Journal of Curriculum Studies.22:509 527

Robiah Sidin (2002). Konsep Guru Profesional. Dlm Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan. Fakulti Pendidikan, UKM

Schon,D.A. (1983). The Reflective Practitioner: how professionals think in action. New York :Basic Books

Seldin,P.(1997). Successful Use of the teaching portfolios. Bolton,MA:Anker Publishing Company

Shulman ,L.S.(1987). Knowledge and Teaching. Foundations for a new reform. Harvard Educational Review.57(1):1-22

Universiti Kebangsaan Malaysia.(2002). Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan 2002, 3-4 Jun 2002, Residence Hotel,Uniten.

24

Anda mungkin juga menyukai