Anda di halaman 1dari 1

Ciri – Ciri Guru Yang Efektif

Guru yang efektif ini adalah guru yang mempunyai kualiti yang membolehkan dirinya membimbing
anak muridnya mencapai objektif dan matlamat pembelajaran. Dalam erti kata lain yang lebih
mudah, kebolehan guru ini amat berkesan dalam pengajaran.Ciri – ciri seorang guru yang efektif
boleh dibahagikan kepada:

A) KUALITI PERIBADI

 Kemahiran komunikasi yang baik, berilmu, mudah didekati dan disenangi, boleh
berkecindan (humor) , semangat, mudah menyesuaikan diri.
 bersikap positif dan bermotivasi, sistematik, adil, flesibel dengan tugas, menghormati
setiap individu.
 berani, sabar, terbuka, komited, bertanggungjawab, berintegriti, merendah diri.
 sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan membaiki diri.

B) KOMPETENSI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Bagaimana seseorang guru secara efektif menggunakan gaya pengajaran, personalitinya, dan
strategi pengajarannya untuk memaksimakan keupayaan pelajarnya membentuk ilmu baru.
Seseorang guru perlulah bertindak sebagai:

1. Fasilitator – menjadi seorang pembimbing kepada muridnya.


2. Membentuk keupayaan pelajar.
3. Merancang P&P
4. Mempelbagaikan aktiviti P&P
5. Penggunaan pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam P&P

C) PENGHAYATAN DAN AMALAN NILAI

1. Menjadi model ikutan atau Qudwah hasanah kepada muridnya.


2. Seoranga yang Penyayang, dan mampu memahami muridnya.
3. Mengajar dan mengamalkan nilai-nilai yang baik serta sesuai dengan agama bangsa dan
negara.
4. Tidak bersikap prejudis dan pilih kasih dalam mendidik anak murid mereka.
5. Mempraktikkan polisi-polisi dan amalan-amalan pendidikan negara.
6. Peka terhadap isu-isu dan impaknya terhadap pendidikan
7. Komited terhadap pelajarnya.
8. Bertanggungjawab terhadap perkembangan profesional dan diri.
9. Membentuk nilai dan sikap pelajar.

Demikianlah ciri – ciri seorang guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah. Berusaha untuk
menjadi para guru yang efektif agar anak didik kita nanti mampu menjadi insan yang berguna
kepada negara kita yang tercinta.

Anda mungkin juga menyukai