Anda di halaman 1dari 10

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

LINGUISTIK GUNAAN
DISEDIAKAN OLEH : JUNAIDA BINTI SHUKOR NOOR FARAHANA BINTI MOHD. BAKRI SITI AISYAH BINTI ROSLAN ZUZIATIE ANISHA BINTI ZAIN

SUBTOPIK
KONSEP LINGUISTIK GUNAAN

SITESIS UJARAN LINGUISTIK TIRUAN

KONSEP LINGUISTIK GUNAAN


Turut dikenali sebagai linguistik terapan. Timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. Bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Linguistik ini juga bertindak sebagai suatu disiplin ilmu bahasa yang merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.

SITESIS UJARAN

Sintesis ujaran meliputi pembuatan selari serupa menggabungkan unsur-unsur untuk menjadi ujaran, sebagai ujaran yang berdasarkan semantik, misalnya kata kerja, kata adjektif dan sebagainya. Ujaran merupakan sintesis dari proses perubahan konsep menjadi kod, sedangkan pemahaman pesanan tersebut hasil analisis kod. Huruf-huruf adalah simbol daripada suara ujaran.

Sintesis yang dilakukan menghasilkan pelbagai jenis ujaran yang tidak terbatas jumlahnya. Penghasilan ujaran itu dapat dimanfaatkan bagi tujuan khusus dan tidak khusus. Dengan ujaran inilah manusia mengungkapkan hal yang nyata atau tidak. Untuk mengetahui bunyi-bunyi yang terlibat semasa pertuturan sintesis ujaran akan dilakukan, namun hasilnya tidak tepat seratus peratus.

LINGUISTIK TIRUAN

Linguistik tiruan merupakan subtajuk linguistik gunaan. Bidang linguistik tiruan juga memperkenalkan kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan untuk mengajar bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta ialah kaedah terus. Linguistik tiruan membawa maksud pengajaran menggunakan kaedah terus dengan menggunakan laras bahasa yang betul serta ia juga merujuk kepada perkamusan untuk kosa kata yang baru.

Kaedah ini mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Selain itu, aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan ialah terjemahan dan perkamusan. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Bukan itu sahaja, linguistik tiruan juga menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.

SEKIAN, TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai