Anda di halaman 1dari 4

Mengimplementasi HOTS dalam pengajaran sains. Pendahuluan.

Berfikir boleh difahami sebagai suatu proses menggunakan akal atau minda untuk memproses maklumat, melahirkan idea baru, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. HOTS pula merupakan singkatan kepada higher order thinking skills atau kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi

adalah lebih rumit dan kompleks berbanding kemahiran berfikir aras rendah. Berfikir secara kritis /kritikal dan kreatif adalah termasuk dalam kemahiran berfikir aras tinggi. Jika merujuk kepada cara berfikir taksonomi bloom (terbaru 2001), komponen kemahiran berfikir aras rendah termasuk mengetahui, memahami dan mengaplikiasi manakala komponen berfikir bagi aras tinggi pula termasuk menganalisis, menilai dan mencipta. Sesetengah tulisan buku atau modul pula

menyatakan kemahiran kognitif dalam HOTS termasuklah, kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Ini bermakna peringkat terendah dalam HOTS adalah kemahiran kognitif mengaplikasi dimana seseorang menggunakan

pengetahuan sedia ada untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Bagi memahamai dengan lebih jelas tentang HOTS, segala bentuk pemikiran / perbuatan yang berada dalam kategori, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta adalah HOTS. Contohnya seperti, kemahiran menjelaskan, mengkategori, menghubungkait, membuat analisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menilai, merancang, dan menyelesaikan masalah.

Bagaimana mengimplementasi HOTS dalam pengajaran sains. Mengimplementasikan HOTS dalam pengajaran Sains adalah sangat perlu memandangkan Sains itu sendiri merupakan suatu bidang ilmu yang sangat menuntut daya berfikir yang amat tinggi, rumit dan kompleks sekali. Bagi seorang guru, terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira bagi menerapkan HOTS dalam pengajaran pelajaran Sains. Disini hanya akan membincangkan beberapa perkara sahaja yang dapat disimpulkan, iaitu:

a. Memilih

dan

menggunakan

kaedah

dan

teknik

pengajaran

dan

pembelajaran yang berkaitrapat dengan HOTS. Antara kaedah yang tercadang dalam kurikulum Standard sekolah rendah yang mengaplikasikan HOTS ialah, kaedah konstruktivisme, kajian lapangan, inkuiri penemuan, mengeksperimen dan rekacipta. Antara teknik yang boleh digunakan seperti, perbincangan, kolaborasi dan mengumpul maklumat. Teknik ini boleh menggunakan aktiviti seperti mengeksperimen, membina peta minda, mengklasifikasikan tumbuhan dan haiwan mengikut kumpulan dan mengumpul maklumat melalui layaran internet. Guru juga perlu mempelbagai teknik pengajaran walaupun

menggunakan kaedah yang sama seperti menggunakan teknik simulasi dan puzzle dalam pengajaran yang menggunakan kaedah inkuiri penemuan.

b. Menggunakan bahan yang boleh merangsang kemahiran berfikir aras tinggi. Penggunaan gambarajah berwarna, graf dan carta boleh membantu pelajar menggunakan HOTS dalam pembelajaran. Menggunakan bahan maujud mampu menjadi stimulus yang berkesan bagi pelajar untuk menggunakan mindanya untuk memahami sesuatu perkara secara lebih mendalam dan kompleks serta membuat kesimpulan awal dengan sendiri. Bahan yang digunakan juga perlu sentiasa berubah mengikut konteks pembelajaran. Ini bertujuan agar dapat mengelakkan pelajar daripada hanya menghafal apa yang dipelajarinya sahaja.

c. Mempelbagaikan aras pemikiran dalam sesuatu aktiviti pengajaran berdasarkan taksonomi Bloom. Dalam sesuatu topik pembelajaran, beberapa fasa pengajaran dibahagikan dan setiap fasa tersebut diterapkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi yang berbeza.

Umpamanya bagi tajuk alam haiwan. Fasa pertama, murid diminta untuk mengklasifikasikan haiwan mengikut ciri fizikalnya. Fasa kedua, murid memadankan cara melindungi diri daripada cuaca berdasarkan ciri fizikal haiwan. Manakala fasa ke-3 murid diberi patung haiwan yang lain dan diminta untuk menjelaskan kepada rakan-rakan lain cara haiwan tersebut melindungi diri daripada cuaca buruk berdasarkan ciriciri haiwan tersebut. (fasa 1 = kemahiran mengelaskan, fasa

2=menganalisis dan fasa 3 = mengaplikasi dan menilai).

d. Merancang aktiviti pengajaran yang berbentuk penyelesaian masalah.

Guru boleh memulakan pengajaran sains dengan memberikan persoalan untuk diselesaikan oleh murid. Contohnya, puzzle, teka teki dan meneka objek dalam kotak berdasarkan pembayang yang diberi.

Guru

juga

boleh

memberikan

masalah

kepada

murid

untuk

diselesaikan. Contoh aktiviti yang boleh digunakan ialah aktiviti projek. Murid membina model bangunan dan menjelaskan faktok kekuatan dan kestabilan model binaan mereka. Contoh aktivit lain seperti mereka bentuk model sebuah kereta masa depan. Aktiviti ini mampu membina kemahiran berfikir dalam kategori mencipta. Aktiviti Rekacipta adalah salah satu aktiviti yang berbentuk penyelesaian masalah. e. Menjalankan brainstorming dalam setiap aktiviti pengajaran. Teknik ini boleh membantu pelajar meningkatkan keupayaan berfikiran secara kreatif. Ini kerana, proses brainstorming menggalakkan pelajar bebas mengeluarkan idea tanpa mendapat penilaian secara terus daripada sesiapa pun. Walaubagaimanapun pelajar diperingkat sekolah rendah perlu diberi bimbingan sewajarnya. Teknik ini boleh dilakukan sebelum bermula aktiviti kumpulan atau juga boleh dijalankan oleh guru sebelum pelajar diarahkan melakukan sesuatu aktiviti.

Contohnya: sebelum aktiviti membina model bangunan, guru meminta murid mencadangkan bentuk objek yang paling kuat dan stabil menurut pendapat mereka. Dalam proses ini, sebarang jawapan murid yang berkaitan perlu diterima tanpa memberi sebarang kritikan. Jika murid menyatakan bangunan bentul labah -labah maka guru memberi peluang kepada murid tersebut untuk membina model bangunan bentuk labah-labah.

Anda mungkin juga menyukai