Anda di halaman 1dari 9

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina sekitar tahun 1893-


1897.
Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu
negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena
nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di
mana bendera Union Jackditurunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur
Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era
masyarakat yang merdeka.

Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan
pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Malaysia di bawah Akta 645.
Nama asal
Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan
(New Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948,
bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat).
Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam.
Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu
nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan
Selangor yang memerintah dari 1857 - 1898. Nama ini kekal hingga sekarang.

Bangunan Sultan Abdul Samad pada tahun 1897


Bangunan Sultan Abdul Samad pada waktu malam

Lokasi
Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja
Selangor. Ia berdiri di Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur, Malaysia.
Jalan Raja dahulunya Gombak Road.

Di dalam peta, bangunan ini terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak.
Pelbagai bangunan dibina di pertemuan dua sungai ini seperti Masjid Jamek Kuala
Lumpur, Stesen Kereta api Tanah Melayu dan lain-lain. Di sinilah aktiviti
perlombongan bijih timah bermula di Kuala Lumpur, menjadi pemangkin kejayaan
ekonomi Tanah Melayu seterusnya negara Malaysia sekarang.

Perasmian bangunan
Perletakan batu asas dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles B.H.
Mitchell K.C.M.G. pada 6 Oktober 1894 . Residen British di Selangor waktu itu ialah
W.H Treacher C.M.C. Setelah siap sepenuhnya , bangunan ini di rasmikan oleh Residen
Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham K.C.M.G. pada 4 April 1897.

Frank Swettenham merasmikan Bangunan Sultan Abdul Samad

Tujuan pembinaan
Pentadbiran British di Selangor memerlukan ibu pejabat baru bagi mentadbir negeri .
Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju
di Kuala Lumpur. Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank
Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898
setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .

Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik
mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan
(Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works
Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan
Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).[1]
Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah
Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk
hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah.

Sejarah pembinaan
Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan ini
direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun
1893-1897. Norman menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat ilham daripada
masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam
arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. Charles Edwin Spooner bertindak sebagai
perancang dan Jurutera Negeri . Pengarah PWD ialah R.A.J. Bidwell .A.B. Hubback
menyediakan pelan dan lukisan rekabentuk.

Idea dan rekabentuk bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih
tugas sebagai Residen British di Selangor. Kuala Lumpur sebagai ibu
negeri Selangor hanya mempunyai bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa
bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner
dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai
arkitek.

Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang
berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang
yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai
tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas
Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C.
Norman.

Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824. Anggaran awal hanyalah
$152,000.Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batu-batu di
bina di Brickfieldbagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong
simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu
kayu.

Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri daripada
kaum India . Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah Ghouse, yang
berasal dariChittagong, India (sekarang Bangladesh).Batu-bata ini dibawa terus melalui
Sungai Kelang dan ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid Jamek sekarang.
Seni reka bentuk
Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi
41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan
binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moorish. Tingkap dan
pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir.[2]
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked
serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat
daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah
bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah
kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah
paduan dua ciri tradisional kubah dan kios. [3]

Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu standard
di seluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kota London.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak
antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam.
Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di
sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah
melambangkan keagungan bangunan ini

Pemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini berbentuk F. Ia bangunan awam


pertama di tapak berbentuk segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan
Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai
Gombak dan Sungai Kelang serta gereja St Clarke dan Jalan Mahkamah Tinggi.

Beberapa bangunan pentadbiran di India dibina menggunakan stail senibina Islam


'Moorish' atau 'Mahometan Style' terutama bangunan Taj Mahal di Agra, India . Terdapat
unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong
bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina
Masjid. Nilai estetika ini menjadi ikutan arkitek
di India, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan negara komanwel yang lain.
Ubah suai 1978
Pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan
belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit. Bumbung ditukar baru dan kubah kayu ditukar
kepada kubah tembaga. Pada tahun 1978 bangunan ini menempatkan Mahkamah Agung,
Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang serta Mahkamah Tinggi Jenayah.
Mahkamah ini berpindah keIstana Keadilan di Putrajaya. Bangunan ini sekarang
menempatkan Bahagian Komersil Mahkamah Tinggi Malaya.

Ubah suai dilakukan lagi pada 2007. Majlis penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad
kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
(KPKKW) telah diadakan pada 24 Disember 2008. Penyerahan adalah daripada SPAZ
Sdn. Bhd. Kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan seterusnya kepada KPKKW.

Mulai 2007, bangunan ini dijadikan Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat
Ketua Setiusaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit
Perhubungan Awam, Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan
KPKKW. Sempena majlis penyerahan bangunan ini juga turut diadakan bacaan Yassin
dan doa selamat.

Lokasi acara penting


Bangunan ini menjadi latar belakang Perarakan Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan
sambutan malam Tahun Baru setiap 1 Januari . Perarakan kereta berhias sempena Pesta
Flora juga diadakan di sini. Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 2009 dihadiri
oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Lumba basikal Le Tour de
Langkawi ditamatkan di hadapan bangunan ini. Beberapa drama dan filem tempatan
, Hollywood dan Bollywood juga pernah mengadakan penggambaran di sini.
Perarakan merdeka sempena Sambutan Hari
Kemerdekaan ke-50 Tahun di hadapan bangunan Sultan
Abdul Samad

Lumba basikal Le Tour de Langkawi ditamatkan di hadapan


Bangunan Sultan Abdul Samad

Masalah banjir
Bangunan ini turut dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan lebat berlaku di seluruh
negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran yang tidak
begitu memuaskan di sekitar Kuala Lumpur.

Di belakang bangunan ini pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak di mana di
tengah-tengahnya adalah Masjid Jamek yang juga menggunakan ciri-ciri arkitektur yang
sama oleh arkitek yang sama. Stesen komuter Masjid Jamek terletak bersebelahan
dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Laluan air sungai selalu tersekat apabila sampah-
sarap tersangkut pada tiang-tiang stesen komuter. Banjir kilat berlaku akibat perancangan
stesen komuter yang tidak tepat ini.

Tempat parkir kereta di bawah Dataran Merdeka tenggelam beberapa kali apabila banjir
kilat berlaku seperti pada 2003 dan 2007. Semasa banjir kilat pada 10 Jun 2007 antara
jam 6.00 hingga 8.00 malam , air sedalam 1.8 meter di beberapa tempat.

Sebahagian besar bandar raya Kuala Lumpur termasuk sekitar


bangunan Sultan Abdul Samad ditenggelami banjir, disifatkan
yang terburuk sejak 2003, selepas hujan lebat malam tadi.

Anda mungkin juga menyukai