Anda di halaman 1dari 3

Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Uwaisiyah

a
Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Nahmaduhu Wa Nusolli 'Ala Rasulihil Karim,

Amma Ba'du;

Jemaah 2H1M Pulau Besar 5 - 6 / 9 / 09

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu Wamaghfiratuhu,

Dari hamba Faqir Haqir Khak Paey Buzurgan La Syaik Miskin, Jalaluddin Ahmad,
semoga Allah mengampuninya dan sekelian ummat Muslimin, kepada semua ikhwan
Naqshbandiyah Mujaddidiyah Uwaisiyah, semoga Allah Ta'ala merahmati kita dan
sekelian Ummat Muslimin dengan limpahan faidhzan Rabbaniyah.

Insya Allah Ta'ala, hamba akan bersama dengan jemaah ke Pulau Besar, Melaka
untuk menziarahi Hadhrat Sultanul 'Arifin Syeikh Isma'il dan gurunya Hadhrat Imamul
'Arifin Syeikh Yusuf Sadiq Rahmatullah 'Alaihima pada tarikh 5 dan 6 September 2009.
Setakat ini 9 ikhwan yang dijangka hadir untuk turut serta dan kita mengalu-alukan lebih
ramai lagi penyertaan dari ikhwan Naqshbandiyah yang lain. Jemaah akan berada di
Pulau Besar selama 2 hari 1 malam.

Bagi mereka yang akan dan ingin turut serta, dianjurkan bertolak awal pagi dari
rumah dan hendaklah sampai di Pulau Besar sebaik-baiknya sebelum waktu Zohor atau
selewat-lewatnya sebelum habis waktu Zohor. Ikhwan boleh menaiki bot di jeti Umbai
atau di jeti Anjung Batu. Ikhwan boleh memilih sama ada mahu beri'tikaf di masjid atau
menginap di tempat penginapan yang berhampiran atau menyewa khemah untuk
bermalam di sana.

Ketika di Pulau Besar, kita perlulah memelihara adab dan tertib kerana di sana
bersemadinya para awliya Allah Ta'ala yang ruhani mereka senantiasa hidup di sisi Allah
Ta'ala dan tanah persemadian mereka dirahmati dan diberkati, insya Allah. Kepada
ikhwan, sebaik tiba di Pulau Besar, hendaklah yang pertama sekali terus menuju ke
makam persemadian Hadhrat Sultanul 'Arifin dan gurunya.

Hendaklah menghadiahkan pahala bacaan Surah Al-Fatihah sekali beserta


Ta'awuz dan Tasmiyah dan juga Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali beserta Tasmiyah
kepada sekelian Arwah Muqaddasah Naqshbandiyah, khasnya kepada Hadhrat Sultanul
'Arifin Syeikh Isma'il Rahmatullah 'Alaih dan sekelian ahli Pulau Besar.

© Khanqah Naqshbandiyah
Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Uwaisiyah
Kemudian hendaklah bermuraqabah selama beberapa ketika dengan
membayangkan limpahan faidhzan dari arah 'Arash yang terlimpah pada makam
Hadhrat Syeikh, dan kemudian bayangkan limpahan tersebut terlimpah ke hati kita.
Setelah terhasil kaifiyat tersebut, hendaklah mengangkat tangan sambil berdoa di dalam
hati.

Para ikhwan yang hadir diharap dapat sama-sama berserta dalam amalan
berjemaah seperti berbuka puasa, Solat Fardhu di masjid, Solat Tarawih, Solat Tasbih,
Zikir Khatam dan Khatam Khwajahgan, Tawajjuh, Muraqabah, Muzakarah, Ta'alim,
Ziarah dan bersahur. Pahala amalan ibadah yang dilakukan secara berjemaah adalah
ibarat lautan berbanding dengan amalan ibadah yang dilakukan secara bersendirian yang
hanya ibarat setitis air. Maka adalah diharap, semua ikhwan yang hadir ke Pulau Besar
dapat besama-sama dalam amalan berjemaah yang terkandung pahala yang sangat besar.
Amalan berjemaah disebut sebagai ijtima'i dan amalan bersendirian disebut sebagai
infiradi.

Amalan ijtima'i akan bermula secara rasmi dari Solat Zohor sehinggalah selepas
'Asar keesokan harinya. Aturcara yang dicadangkan adalah seperti berikut:

5/9/09 SABTU

1.30pm - 2.00pm - Solat Zohor berjemaah & Doa di masjid (ijtima'i)


2.00pm - 2.30pm - Majlis Ta'alim Fadhilat Zikir (ijtima'i)
2.30pm - 3.00pm - Majlis Zikir Khatam Mujaddidi & Doa (ijtima'i)
3.00pm - 3.30pm – Mesyuarat (ijtima'i)
3.30pm - 4.30pm - Mesyuarat, Tidur & Istirahat (infiradi)
4.30pm - 5.00pm - Solat Asar berjemaah & Doa di masjid (ijtima'i)
5.00pm - 5.30pm - Majlis Ta'alim Tariqat Zikir (ijtima'i)
5.30pm - 6.00pm - Majlis Zikir Khatam Khwajahgan & Doa (ijtima'i)
6.00pm - 7.00pm - Zikir dan Doa Masnun (infiradi)
7.00pm - 7.30pm - Persediaan berbuka puasa (infiradi & ijtima'i)
7.30pm - 8.00pm - Berbuka puasa, Solat Maghrib berjemaah & Doa (ijtima'i)
8.00pm - 8.15pm - Solat Awwabin (infiradi)
8.15pm - 8.30pm - Ta'alim Fadhilat Ramadhan (ijtima'i)
8.30pm - 9.00pm - Solat 'Isya berjemaah & Doa (ijtima'i)
9.00pm - 10.00pm - Solat Tarawih berjemaah & Doa (ijtima'i)
10.00pm - 10.30pm - Solat Tasbih berjemaah & Doa (ijtima'i)
10.30pm - 11.00pm - Rehat dan berkumpul (infiradi & ijtima'i)
11.00pm - 12.00am - Ziarah Batu Belah (ijtima'i)
- Majlis Zikir Jihri & Muraqabah (ijtima'i)
12.00am - 1.00am - Ziarah Gua Yunus (ijtima'i)
- Majlis Zikir Khatam Khwajah Ma'asum & Muraqabah (ijtima'i)
1.00am - 2.00am - Ziarah Maqam Tujuh Beradik (ijtima'i)
- Majlis Zikir Khatam Syeikh 'Abdul Qadir Jailani Rahmatullah 'Alaih (ijtima'i)
- Muraqabah & Doa (ijtima'i)
2.00am - 2.30am - Berkumpul dan rehat (ijtima'i & infiradi)
2.30am - 5.00am - Tidur (infiradi)

© Khanqah Naqshbandiyah
Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Uwaisiyah
6/9/09 AHAD

5.00am - 6.00am - Sahur, (ijtima'i)


6.00am - 6.30am - Solat Subuh (ijtima'i)
6.30am - 7.00am - Majlis Zikir Khatam Khwajahgan & Doa (ijtima'i)
7.00am - 7.30am - Muraqabah & Doa (ijtima'i)
7.30am - 8.00am - Solat Isyraq (infiradi)
8.00am - 8.30am - Solat Dhuha (infiradi)
8.30am - 12.30pm - Rehat (infiradi)
12.30pm - 1.30pm - Solat Tasbih (infiradi)
1.30pm - 2.00pm - Solat Zohor & Doa (ijtima'i)
2.00pm - 2.30pm - Majlis Zikir Khatam Mujaddidi (ijtima'i)
2.30pm - 3.00pm - Majlis Ta'alim Fadhail (ijtima'i)
3.00pm - 4.00pm - Muzakarah Usaha Agama (ijtima'i)
4.00pm - 4.30pm - Rehat (infiradi)
4.30pm - 5.00pm - Solat Asar & Doa (ijtima'i)
5.00pm - 5.30pm - Majlis Zikir Khatam Khwajahgan (ijtima'i)
5.30pm - 6.00pm - Doa & bersurai (ijtima'i & infiradi)

Demikianlah secara ringkas aturcara amalan jemaah yang akan dilakukan di Pulau Besar
dalam safar jemaah kali ini. Semoga Allah memberikan kita taufiq dan Hidayat untuk diri
kita dan menjadikan kita sebagai asbab hidayat untuk seluruh ummat Muhammad
Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Faqir,
Mawlawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi
'Ufiyallahu 'Anhu
1/9/09

© Khanqah Naqshbandiyah

Anda mungkin juga menyukai