Anda di halaman 1dari 14

Dengan bantuan lakaran, jelaskan kaedah pembuatan protaip berasaskan kayu dan logam

Lukisan Projek Lukisan projek dilukis untuk menggambarkan saiz dan bentuk sebenar projek yang hendak di buat. Lukisan projek juga akan dapat menentukan jenis bahan yang akan digunakan untuk membuat projek. Membuat lakaran Projek Lakaran projek dibuat dalam bentuk lakaran dua dimensi,tiga dimensi atau perspektif.Lakaran 2D menunjukan bentuk objek yang sebenar dalam dua atau tiga pandangan.lakaran 3D menunjukkan gambar sebenar projek.contohnya, lakaran oblik atau isometric.lakaran 3D lebih mudah dibaca atau di terjemahkan. Lakaran bentuk perspektif pula ialah lakaran yang menunjukkan pandangan objek mengikut aras mata. Lakaran ini dilukis dalam bentuk satu titik atau perspektif dua titik. Menilai dan Memilih Lakaran yang paling sesuai Proses memilih lakaran yang paling sesuai dibuat pada peringkat kumpulan .Perbincangan dan kajian dibuat berpandukan kepada criteria reka bentuk yang dicadangkan.Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa proses memilih dan menilai lakaran ialah bahan,kos yang ditetapkan,dan kemudahan alatan.ukuran yang tepat diberikan kepada lakaran yang terpilih.lukisan projek dan lukisan bahan terurai yang berdimensi tepat perlu dibuat sebagai persiapan untuk membina projek. Pembinaan projek

Proses mengukur Proses mengukur dilakukan untuk mendapatkan ukuran yang tepat pada setiap bahan yang akan digunakan. Ketepatan ukuran akan menghasilkan projek yang sempurna. Mengukur dengan pita pengukur Mengukur dengan pembaris keluli

Proses Menanda Proses menanda dilakukan setelah selesai proses mengukur bahan. Proses penandaan dilakukan dengan menggunakan alatan untuk menanda seperti pensel,pisau penanda,sesiku l,tolok penanda, penggarit,dan penebuk pusat. Menanda dengan sesiku L dan pensel Menanda dengan penggarit pada kepingan logam. Menanda dengan penebuk pusat Menanda dengan pisau penanda

Proses memotong Proses memotong bahan dan tanggam dilakukan dengan mengggunakan alatan tangan dan mesin mudah alih yang sesuai.penggunaan mesin mudah alih membolehkan proses memotong dilakukan dengan cepat dan tepat .langkah-langkah keselamatan perlu diambil semasa kerja memotong dengan menggunakan alatan tangan dan mesin mudah alih. Gergaji jig Pisau pemotong perspek

Proses membentuk dan mencantum Proses membentuk dan mencantum merangkumi kerja membuat tanggam,mengglu,memaku, memasang skru, merivet, dan merekat. Alatan dan bahan yang dipilih mestilah sesuai dengan proses membentuk dan mencantum yang akan dilakukan. Membuat tanggam

Membuat tanggam adalah proses membuat cantuman untuk menghasilkan struktur produk.jenis-jenis tanggam yang biasa digunakan ialah tanggam temu,tanggam parit terus,dan tanggam lekap palang. Tanggam parit terus Tanggam temu Tanggam lekap palang

Mengglu Glu digunakan untuk mencantumkan bahagian-bahagian projek seperti kayu, MDF, perspek, dan mounting board. Glu panas,simen pelarut, dan glu sentuh dapat digunakan untuk mengglu. Memaku Paku kepala rata dan paku panel biasanya digunakan untuk mencantumkan bahan berasaskan kayu.cara memaku serong memberikan cengkaman yang lebih kuat.

Memasang skru Skru benam sendiri digunakan untuk mencantumkan bahan berasaskan logam seperti keluli lembut dan aluminium pada rangka projek.skru ini dipasang dengan menggunakan cordless screwdriver. Merivet Proses merivet dilakukan untuk mencantumkan bahan berasaskan kepingan logam dan keluli lembut. Rivet digunakan bersama riveter.

Merekat Merekat bertujuan untuk mencantumkan bahagian rangka projek berasaskan papan lapis,MDF,dan mounting board pada rangka atau pemidang projek.proses merekat dilakukan dengan menggunakan stapler gun. Bahan pemasangan

Bahan pemasangan seperti engsel, breket,dan penyangkut dapat digunakan untuk mencantumkan bahagian projek.engsel digunakan untuk memasang bahagian pintu atau penutup projek.engsel dipasang dengan menggunakan skru kepala benam.pemasangan engsel pada bahan logam dilakukan dengan menggunakan rivet dan skru benam sendiri.breket digunakan untuk memasang tetingkat atau para pada bahagian projek dan menguatkan sambungan pada pepenjuru projek.penyangkut digunakan sebagai bahan tambahan dalam pemasangan sesuatu projek seperti menggantung projek pada dinding. Engsel Breket Penyangkut

Membinadan mencantum projek Proses membina dan mencantum projek dilakukan untuk mendapatkan bentuk projek yang sebenar berdasarkan lukisan kerja. Bahan-bahan yang telah dibina tanggam akan dipaku, diglu atau diskru untuk menguatkan cantuman.kerja menebuk,merivet,dan memasang skru perlu dilakukan dengan teliti supaya mendapat hasil yang sempurna. Langkah keselamatan perlu diambil semasa menjalankan proses membina dan mencantum projek. Kemasan Kemasan adalah proses terakhir dalam penghasilan sesuatu projek.kemasan dibuat pada projek untuk tujuan yang berikut: 1. Projek kelihatan cantik 2. Projek selamat untuk digunakan 3. Projek lebih tahan lama 4. Projek mudah untuk dibersihkan Kemasan adalah proses menyapu bahan kemasan seperti cat licau,syelek,varnish,tona kayu,dan lekar pada projek yang telah siap. Bahan dan alat kemasan Kertas las Kertas las digunakan untuk membersihkan,melicinkan dan menghilangkan tanda atau kesan calar pada permukaan kayu.kertas las khas digunakan untuk membersihkan bahan oksida

(karat)pada keluli.kertas las diperbuat daripada bahan jati,iaitu kayu api,garnet,kaca atau bahan tiruan,iaitu silikon karbida dan aluminium oksida. Gosok mengikut arah ira kayu.bersihkan permukaan kayu dengan berus atau kain.gred kertas las yang digunakan adalah seperti berikut: 1. 00 paling halus 2. 0,1- halus 3. 11/2,2-sederhana kasar 4. 2 ,3- kasar Tepung penyumbat Tepung penyumbat digunakan untuk menutup dan menyumbat liang pada ira kayu.tepung ini dibancuh dengan mengunakan air atau pewarna kayu.tepung penyumbat sedia bancuh juga boleh digunakan .gunakan pengikis atau kain untuk menyumbat bancuhan pada permukaan projek.bersihkan dan licinkan permukaaan projek dengan mengggunakan kertas las bersama sandler. Berus cat Berus cat digunakan untuk menyapu cat licau dan cat alas pada permukaan projek. Berus syelek Berus syelek digunakan untuk menyapu syelek,lekar,varnish,dan tona kayu pada permukaan projek. Pengikis Pengikis digunakan untuk menyumbat bancuhan tepung penyumbat pada permukaan projek.pengikis juga digunakan untuk mengikis lapisan karat pada keluli atau logam. Membuat kemasan Proses membuat kemasan projek dilakukan dengan menggunakan bahan kemasan yang sesuai. Bahan projek yang digunakan.

Cat licau

Cat licau digunakan digunakan untuk kerja kemasan pada projek kayu dan keluli. Cat ini menghasilkan permukaan projek yang licin dan berkilat. Pelarut bagi cat licau ialah turpentin.pastikan permukaan projek dilicinkan dan dibersihkan daripada kekotoran dan minyak. Sapu lapisan cat alas pada permukaan projek. Gosok permukaan projek dengan kertas las gred halus untuk meratakan lapisan cat alas.sapu cat licau dengan menggunakan berus dan ulangi proses ini sehingga mendapat satu lapisan yang kering dan berkilat.cat licau dapat disembur dengan menggunakan penyembur cat dan mesin pemampat udara.cairkan cat licau dengan menggunakan pelarut.jarak muncung penyembur dengan permukaan projek mestilah lebih kurang 30cm. pastikan lapisan cat licau benar-benar kering sebelum menyembur lapisan seterusnya.cat licau juga terdapat dalam bentuk semburan tin. Goncang tin semburan itu.semburan hendaklah dibuat pada jarak kira-kira 30 cm dari permukaan kayu. Mula dengan satu lapisan cat yang nipis dan biarkan kering. Syelek Syelek digunakan untuk melindungi dan mecantikkan permukaan kayu.syelek dilarutkan dengan spirit metal.pastikan permukaan projek licin,bersih,dan tidak berminyak.sapu permukaan projek dengan syelek dengan menggunakan berus syelek dan biarkan kering.gosok permukaan projek itu dengan kertas las gred halus secara perlahan dan sekata.sapukan lapisan syelek kedua. Varnish Varnish digunakan untuk mengilatkan dan mencantikkan permukaan kayu.pelarut bagi varnish ialah spirit metal.pastikan permukaan kayu licin dan bersih daripada kekotoran.sapukan permukaan kayu dengan kertas las gred halus untuk meratakan lapisan varnish tersebut .ulangi proses tersebut sehingga mendapat satu lapisan tona kayu pada permukaan kayu dengan menggunakan berus. Semburan lekar jernih Semburan lekar jernih digunakan sebagai lapisan kemasan terakhir untuk mengilatkan permukaan kayu.lekar dilarutkan dengan menggunakan thinner.lekar disapu atau disembur selepas proses kemasan syelek dijalankan. Pelekat

Pelekat digunakan untuk menghias permukaan projek. Pelekat ditampal pada permukaan projek dengan menggunakan glu sentuh atau glu PVA. Bersihkan permukaan projek daripada habuk dan kekotoran. Tampalkan pelekat dan pastikan tampalan tersebut kemas dan rata.semburan lekar jernih dapat dilakukan pada pelekat untuk mencantikkan dan menambahkan kekuatan pada tampalan tersebut.

Reka bentuk projek Peryataan masalah atau keperluan Sebelum memulakan sesuatu projek,hendaklah mengenal pastimasalah.contohnya masalah yang di hadapi ialah ketika kelas seni likes,alat-alat lukisan berselerak di atas mejakerana tiada tempat untuk menempatkan alat-alat tersebut. Hal ini menyebabkan ketidakselesaan kepada pelajar yang mengikuti kelas seni lukis. Mengumpul maklumat dan data Selepas mengenal pasti penyelesaian yang dapat menyelesaikan masalah tersebut,kamu perlu menyelesaikan masalah tersebut,kamu perlu mengumpul maklumat dan data yang berkaitan.apakah data dan maklumat yang berkaitan? Data ialah maklumat spesifikasi yang terperinci mengenai produk yang hendak dibuat.maklumat pula ialah perincian reka bentuk, teknologi, bahan, dan kemasan mengenai produk yang akan dibuat. Semua rumusan akan diterjemahkan dalam bentuk lakaran bebas dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Perancangan,pembinaan dan pengubahsuaian projek Menentukan dan merancang pembinaan Setelah projek yang paling sesuai dipilih,perancangan yang rapi perlu di lakukan untuk tujuan pembinaan projek.pengetahuan tentang bahan dan jenis-jenis pengikat yang sesuai untuk pembinaan projek tersebut harus diambil kira. Menyediakan jadual kerja Jadual kerja yang lengkap haruslah disediakan secara bertulis dan diatur dengan teliti mengikut langkah kerja yang sistematik. Aspek-aspek seperti bahan,alatan dan masa pelaksanaan harus diambil kira.

Menyenaraikan bahan dan alatan tangan Bahan yang dipilih untuk membuat projek haruslah sesuai dan berdasarkan fungsi serta kesesuaian projek tersebut. Bahan itu terdiri daripada MDF, papan lapis, perspek,kepingan aluminium, dan pelbagai bentuk keluli lembut.perbincangan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan bahan perlu diadakan. Alatan yang digunakan adalah berdasarkan jenis bahan yang dipilih. Alatan tangan yang digunakan adalah seperti riveter, pisau pemotong perspek,stapler gun, hot glue gun, gadin getah,dan penebuk pusat. Mesin mudah alih yang digunakan adalahseperti cordless screwdriver,gergaji jig,dan sander. Membina projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih Proses membina projek akan berdasarkan lukisan kerja yang dipilih.segala aspek seperti rupa bentuk,saiz ,jenis bahan, pengunaaan bahan pengikat,dan jenis tanggam yang digunakan adalah berdasarkan lukisan kerja tersebut.perancangan pembinaan adalah berdasarkan perancangan jadual kerja. Menguji dan menilai sendiri projek Setiap murid harus menilai sendiri fungsi projek yang telah siap.penilaian akan dilakukan berdasarkan aspek rupa bentuk, fungsi, keselamatan, kos, penggunaan sumber,dan nilai komersial. Guru akan membimbing murid semasa proses menguji dan menilai projek tersebut. Mengubahsuaian projek Hasil daripada pengujian dan penilaian projek, kelemahan atau kecacatan akan dapat dikesan.kelemahan dan kecacatan tersebut perlu dibaiki atau diubahsuai.pengubahsuaian bertujuan untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti dan menanmbah nialai projek tersebut. Kemasan semula harus dilakukan setelah pengubahsuaian selesai dijalankan. Pendokumntasian Mengumpul dan merokodkan maklumat projek Setelah selesai proses pengubahsuaian projek, suatu laporan bertulis mestilah dibuat tentang hasil ciptaan tersebut.segala maklumat projek akan direkodkan dan disusun dengan kemas bermula daripada proses pernyataan masalah sehingga proses membuat pengubahsuaian projek.rekod maklumat inin hendaklah ditaip atau ditulis dengan kemas serta dibukukan.

Mengira kos pengeluaran Pengiraan kos pengeluaran perlu dibuat untuk mengetahui jumlah kos produk yang dihasilkan. Kos pengeluaran bermaksud segala perbelanjaan untuk menghasilkan sesuatu produk. Pengiraan kos pengeluaran juga bertujuan untuk menentukan harga produk bagi tujuan pemasaran .kos pengeluaran adalah seperti berikut: a) Kos bahan ,iaitu kos bahan mentah untuk membuat projek. b) Kos upah, iaitu kos bayaran tenaga kerja untuk membuat dan menyiapkan projek. c) Kos overhed, iaitu perbelanjaan selain kos bahan dan kos upah seperti bil air ,bil elektrik , gas, pengangkutan, dan bil telefon. Kos pengeluaran = Kos bahan + Kos upah + Kos overhed

Membuat persembahan projek. Persembahan projek dilakukan oleh murid dengan bimbingan daripada guru. Persembahan projek adalah penerangan tentang projek seperti fungsi, jenis-jenis bahan,kos, dan keistimewaan projek serta tunjuk cara penggunaan projek tersebut. Persembahan projek perlu disertakan dengan alat bantu seperti buku folio, carta, dan gambar yang berkaitan dengan projek yang dihasilkan . maklmat yang disampaikan mestilah jelas, tepat, dan menarik. Berpandukan kepada litar bergambar dan skematik, bandingbezakan antara litar siri dan litar selari. Pemasangan litar Siri Litar siri adalah susunan komponen yang tersusun untuk membenarkan arus mengalir melalui setiap komponen elektrik dalam satu arah sahaja. Sekiranya wayar terputus atau salah satu alatan elektrik rosak, keseluruhan litar tidak akan berfungsi. Selari

Apabila komponen-komponen elektrik seperti mentol, perintang atau sel dihubungkan dengan lebih daripada satu laluan arus,sambungan litar tersebut dipanggil litar selari. Mengukur voltan dan arus dalam litar Siri Voltan diukur dengan menggunakan voltmeter. Ada dua jenis voltmeter,iaitu voltmeter arus terus(D.C) dan voltmeter ada dua jenis voltmeter, iaitu voltmeter arus terus digunakan untuk menyukat voltan arus terus, contohnya voltan sel voltmeter arus ulang alik (A.C). voltmeterarus terus digunakan untuk menyukat voltan arus terus,contohnya voltan sel.voltmeter arus ulang alik pula digunakan untuk menyukat arus ulang alik jika voltmeter arus terus digunakan untuk menyukat arus ulang alik,penunjuk pada voltmeter tidak akan bergerak dengan bebas tetapi bergetar.apabila sel-sel disambung secara bersiri,voltnya bertambah. Selari Dalam sambungan selari,setiap komponen elektrik menerima nilai voltan yang sama banyak dengan nilai voltan asal litar itu.

Litar siri bergambar

Rajah 1 Litar selari bergambar dan skametik

Rajah 2

Perbandingan antara litar siri dan selari

Bina pemasangan komponen litar siri dan litar selari Litar siri

lampu

bateri

suis

selari

lampu

bateri

suis

Anda mungkin juga menyukai