Anda di halaman 1dari 6

Telesidang 3 (16/11/2012)

JMG 211 - GEOGRAFI MANUSIA KAJIAN GEOGRAFI BUDAYA


AGENDA HARI INI Apa itu Geografi Budaya? Elemen-elemen Geografi Kebudayaan 5 tema utama dalam Geografi Budaya

Latar belakang kewujudan


- Pengertian Geo. Manusia : satu bidang yang mengkaji fenomena manusia pada atau dekat muka bumi dan menyelidik isu, masalah, impak tindakan manusia yang mencorak dimensi reruang. (ms. 99 Modul 1)

-Konsep budaya adalah merupakan teras geografi manusia, kerana budayalah yang jadi penentu semua keputusan & tindak-tanduk manusia -keputusan menentukan lokasi serta pola-pola dan landskap yang terhasil di muka bumi adalah dipengaruhi oleh tingkahlaku dan amalan sesuatu budaya.

Mengikut (Kamus Dewan. Edisi Keempat. 2005) =Budaya adalah tamadun atau peradaban yang diertikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi yang merangkumi cara berfikir dan berkelakuan. =Berbudaya pula bermaksud mempunyai budaya, memiliki cara berfikir dengan akal budi yang sudah maju. = Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian seperti tamadun, peradaban dan kemajuan akal budi.

Konsep BUDAYA
Suatu istilah saintifik = cara perjalanan hidup masyarakat. Berkaitan dengan kehidupan manusia di atas muka bumi termasuklah cara berpakaian, kehidupan harian, makanan kegemaran, senibina tempat tinggal dan bangunan awam. Turut juga meliputi unsur sosio-ekonomi = susun atur ladang dan tanah, darjah pemodenan, sistem pendidikan, kepercayaan, kerajaan dan undang-undang. Bentuk = Yang nyata (tangible) dan intangible

Konsep BUDAYA
Rumusan: (1)istilah yang meliputi bukan sahaja corak kehidupan tetapi merangkumi sistem dan nilai yang menjadi pegangan sekumpulan masyarakat. (2)hasil ciptaan manusia dan ia di sebarkan serta dikekalkan melalui aspek komunikasi dan pembelajaran (3)adalah sistem pengertian yang mempengaruhi sekumpulan manusia di atas ruang bumi ( cara manusia mempengaruhi dan dipengaruhi alam sekitar = pengertian geografi manusia)

Konsep GEOGRAFI BUDAYA


RINGKASNYA =kebudayaan dan tempat adalah berhubungan dan

salingkaitan (pengaruh tingkahlaku, amalan & sikap)


=Menghasilkan kepelbagaian pola & lanskap

Misalnya kebudayaan kebendaan

Konsep GEOGRAFI BUDAYA


Kebudayaan kebendaan (material culture bukan materialistik) - Boleh diteliti, kategori, kaji dan dipetakan kerana ia adalah susunan fizikal (landskap/senibina) yang dibentuk, dibina oleh budaya tertentu - Sebagai indeks reruang terhadap sesuatu budaya - Elemen asas eg: petempatan, bangunan, alatan, perkakas muzik, pakaian, pemilihan makanan, lukisan, karya seni etc.

Konsep GEOGRAFI BUDAYA


Kebudayaan kebendaan

Konsep GEOGRAFI BUDAYA


KESANNYA

Elemen Geo.Kebudayaan
Antara elemen utama: (Rujuk Modul 3, ms 12) (1) Bahasa - alat komunikasi sesama budaya (2) Ugama kunci terhadap sistem nilai (3) Bangsa simbol fizikal (4) Taburan penduduk cerminan masyarakat taburan, pola pertumbuhan, mobiliti, kesihatan (5) Organisasi politik peraturan pentadbiran kawasan (6) Kebudayaan kebendaan cerminan corak dan stail kehidupan - aspek bangunan, hiasan, kesenian (7) Paras/Tahap pembangunan ekonomi cerminan status pencapaian & kemajuan teknologi (8) Petempatan/guna tanah cerminan kemajuan pola pekerjaan, penggunaan tanah & perhubungan Lain-lain elemen kontemporari?

(1) kajian tentang kepelbagaian pola-pola dan landskap yang terhasil berkaitan dengan kumpulan budaya yang berlainan, (2) kajian untuk mengetahui bagaimanakah pemahaman budaya itu mempengaruhi pembentukan dan kepentingan pola-pola dan lanskap yang terhasil itu. Antara prinsip2 penyelidikan dalam Geografi budaya: Penyebaran, Interaksi, Diskripsi, Kesatuan / gabungan, Kronologi

Tema Utama Geografi Budaya


3.Persepsi Budaya

Tema 1 Geografi Budaya


1. ASAL-USUL/PERMULAAN KAWASAN BUDAYA (CULTURAL HEARTH)

1.Asal-usul Budaya

menghasilkan

4.Lanskap Budaya

- kawasan permulaan yang menghasilkan ciptaan manusia yang relevan/penting - ialah kawasan permulaan dimana bermulanya sesuatu idea/budaya. - di antara kawasan permulaan budaya atau cultural hearth yang terkenal ialah:
1. KAW.TIGRIS EUPHRATES (MESOPOTAMIA) IRAQ. 2. LEMBAH NIL (EGYPT) 3. INDUS BASIN (PAKISTAN) 4. KAWASAN TANAH PAMAH WEI-HWANG (CHINA) 5. MEXICAN PLATEAU (MAYAN) & PERGUNUNGAN ANDES (AMERIKA SELATAN)

5.Difusi/Serapan Budaya 3.Persepsi Budaya

Tema 1 Geografi Budaya


1. ASAL-USUL/PERMULAAN KAWASAN BUDAYA (CULTURAL HEARTH)
1. KAW.TIGRIS EUPHRATES (MESOPOTAMIA) IRAQ. 2. LEMBAH NIL (EGYPT) 3. INDUS BASIN (PAKISTAN) 4. KAWASAN TANAH PAMAH WEI-HWANG (CHINA) 5. MEXICAN PLATEAU (MAYAN) & PERGUNUNGAN ANDES (AMERIKA SELATAN)

Tema 1 Geografi Budaya


1. ASAL-USUL/PERMULAAN KAWASAN BUDAYA
(CULTURAL HEARTH)

- Kawasan2 ini adalah kawasan permulaan budaya manusia - asal-usul tamadun. Muncul segala idea, inovasi serta ideologi yang menular keluar ke lainlain tempat dipermukaan bumi ini semua cultural hearth purba - mempunyai pencapaian yang tinggi dalam aspek pertanian, teknik perairan, domestikasi tanaman, kaedah pembenihan, penuaian, penyimpanan serta sistem agihan

Tema 1 Geografi Budaya


1. ASAL-USUL/PERMULAAN KAWASAN BUDAYA
(CULTURAL HEARTH) Malaysia

Tema 2 Geografi Budaya


2. PERSEKITARAN BUDAYA (CULTURAL ENVIRONMENT)
- perhubungan manusia dengan persekitarannya

- kawasan permulaan budaya manusia petempatan awal eg: Gua Niah (Sarawak) ,
Mansuli, Gua Balambangan, Gua Samang Buat (Sabah), Gua Sagu, Gua Tengek (Pahang) Gua Kota Tampan di Lenggong (Perak), Bukit Bunuh, Gua Peraling/Chawas (Kelantan) Sungai Batu (Lem.Bujang, Kedah) Kota Gelanggi/Johor Lama (Kota Tinggi , Johor)

adalah tersangat kompleks sekali. - manusia sering mengubahsuai alam sekitar dan disebaliknya pengubahsuaian oleh manusia juga dipengaruhi oleh alam sekitar. - misalnya kaedah tanaman padi (sawah tabur, semaian, padi bukit)

Tema 2 Geografi Budaya


2.PERSEKITARAN BUDAYA (CULTURAL ENVIRONMENT)

Tema 3 Geografi Budaya


3. PERSEPSI BUDAYA (CULTURAL PERCEPTION) - persepsi/tanggapan keupayaan untuk meneliti dan melihat dunia sekeliling dan seterusnya membuat penilaian - pengaruh yang amat kuat - manusia yang berlatarbelakangkan berbagaibagai kebudayaan mempunyai persepsi yang berlainan terhadap fenomena yang sama - misalnya: penggunaan tanah pamah

Ingat kembali telesidang 1 - persoalan perhubungan manusia-alam sekitar eg: Hujah Harlan Barrow (1940an) Istilah budaya ekologi cultural ecology. - iaitu kajian tentang sebab dan kesan interaksi di antara kumpulan budaya dan persekitarannya. - cultural ecology mengkaji bagaimana budaya sesuatu kumpulan yang spesifik mempunyai impak ke atas persekitaran yang didiaminya dan bagaimana persekitaran fizikal mempengaruhi manusia (konsep determinisme).

Tema 3 Geografi Budaya


3. PERSEPSI BUDAYA (CULTURAL PERCEPTION) - oleh itu persepsi terhadap ruang, tempat yang sama akan jadi berbeza mengikut setiap budaya yang berbagai-bagai. - misalnya soal gunatanah , kebudayaan kebendaan, sense of place, bahasa kebangsaan, isu kebebasan

Tema 4 Geografi Budaya


4.LANSKAP BUDAYA (CULTURAL LANDSCAPE) - ialah lanskap ciptaan manusia yang dihasilkan oleh manusia berbudaya yang mendiami sesuatu kawasan di permukaan bumi. - ia adalah manifestasi budaya dan interaksi manusia dengan persekitaran fizikalnya. - setiap kawasan yang didiami manusia mempunyai lanskap budaya masing-masing yang diubahsuai drpd lanskap semulajadi - setiap lanskap mempunyai keunikan masing2.

Tema 4 Geografi Budaya


- lanskap budaya mencerminkan kesan kumulatif

Tema 4 Geografi Budaya


-isi kandungan sesuatu lanskap budaya adalah berbagai-bagai dan terlalu kompleks. -kebanyakkan kajian geografi fokus ke atas tiga aspek utama iaitu #pola petempatan, #pola pembahagian tanah dan #senibina. misalnya dalam konteks pola petempatan, huraian variasi ruang dalam susunan bangunan, jalan raya dan lain-lain ciri yang dibina manusia sewaktu mendiami kawasan tersebut.

unsur teknologi, peralatan, nilai pegangan dan matlamat ke atas persekitaran fizikal sesuatu kumpulan -konsep lanskap budaya sebagai istilah telah muncul dalam geografi pada tahun 1920an oleh Carl O Sauer. -artikel beliau recent development in cultural geography mengatakan bahawa lanskap terdiri daripada bentuk-bentuk yang diterapkan ke atas persekitaran lanskap fizikal melalui aktiviti manusia

Tema 4 Geografi Budaya


-setiap lanskap budaya mengalami proses

transformasi secara berturutan, ekoran daripada proses ambil alih oleh sekumpulan budaya yang baru menggantikan kumpulan yang lama atau asal. - kumpulan baru ini akan membawa masuk teknologi dan tradisi budaya mereka dan satu transformasi akan berlaku iaitu lanskap budaya asal digantikan lanskap budaya baru. - Misalnya:Melaka lama = rumah traditional melayu zaman penjajahan = binaan senibina colonial Melaka kini = petempatan terancang

Tema 4 Geografi Budaya


-lanskap budaya juga mencerminkan kesan

Tema 5 Geografi Budaya


5.DIFUSI/RESAPAN BUDAYA (CULTURAL DIFFUSION)

kumulatif iaitu teknologi, nilai, kepercayaan, peralatan dan matlamat sekumpulan budaya ke atas persekitaran fizikal. - persoalan dalam aspek lanskap budaya meliputi: 1. apakah usia elemen (contoh bangunan afamosa) yang terdapat di lanskap tersebut? 2. setakat manakah kadar perubahan itu berlaku? 3. elemen yang manakah buatan manusia dan hasil semulajadi? =kesemua persoalan ini dapat menjelaskan tentang lanskap budaya sesuatu tempat.

- wilayah budaya yang terdapat di seluruh dunia ini terhasil melalui proses komunikasi dan perhubungan di antara manusia. - ia adalah produk difusi budaya iaitu peresapan idea, inovasi dan tingkahlaku tertentu. - setiap elemen budaya yang bermula di satu atau lain-lain tempat akan terus berkembang. - melalui kajian difusi, ahli geografi budaya dapat memahami bagaimana pola-pola budaya dalam ruang bermula.

Tema 5 Geografi Budaya


DUA TOKOH GEOGRAFI YANG TERKENAL DENGAN IDEA DIFUSI IALAH: 1. CARL O SAUER MELALUI KARYANYA AGRICULTURAL ORIGINS AND DISPERSAL (1952) 2. TORSTEN HAGERSTRAND (BERBANGSA SWEDEN) KAJIAN RINTIS PENYERAPAN MENEKANKAN TENTANG PENYIBARAN INOVASI PERTANIAN, KAJIAN MEREKA TELAH MENJADI PEMANGKIN KEPADA AHLI GEOGRAFI YANG TURUT SAMA MENGKAJI PROSES-PROSES DIFUSI.

Tema 5 Geografi Budaya


konsep difusi ruang (spatial diffusion) -difusi ruang ialah proses di mana idea atau inovasi dibawa daripada individu atau kumpulan melalui ruang, sebagai mekanisme utama dalam proses perubahan budaya. -sebagai contoh teknologi adalah merupakan hasil daripada inovasi (dalaman) dan tersebar melalui difusi (luaran). - globalisasi merupakan proses difusi atau resapan lihat disekeliling anda :
#komputer buatan korea, #bmw buatan jerman #kamera sony buatan jepun #beg tangan wanita italy #kasut peranchis

Tema 5 Geografi Budaya


DALAM PENULISAN GEOGRAFI DIFUSI LAZIMNYA BERLAKU DENGAN DUA CARA UTAMA: a) expansion diffusion (difusi berkembang)

Tema 5 Geografi Budaya


A1.DIFUSI BERKEMBANG SECARA HIERARKI -merujuk kepada kecenderungan bahawa kebanyakan idea atau inovasi tersebar daripada bandar besar ke bandar yang sederhana ke bandar yang kecil. -menghasilkan suatu hierarki penerima. eg; telepon bimbit & fesyen -namun begitu tidak semua inovasi di terima pakai di bandar. pola penyebaran peralatan ladang baru yang canggih akan menunjukkan hierarki yang sebaliknya ia bermula di kawasan luar bandar.

b) relocation diffusion (difusi relokasi) a) expansion diffusion (difusi berkembang) boleh berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu: a1. difusi berkembang secara hierarki a2. difusi berkembang secara berjangkit a3. difusi berkembang secara rangsangan

Tema 5 Geografi Budaya


A2. DIFUSI BERKEMBANG SECARA BERJANGKIT - apabila cara ini berlaku ia membawa kesan yang agak teratur (uniform) kepada semua individu dari kawasan punca (origin) dan ia ibarat seperti merebaknya sesuatu penyakit. - namun proses ini lebih dipengaruhi oleh unsur jarak kawasan yang berdekatan lebih berkemungkinan tinggi dijangkiti berbanding penduduk yang tinggal di kawasan yang lebih jauh. lazimnya ia boleh merebak secara tersibar dari pusat - misalnya masalah demam denggi & jerebu

Tema 5 Geografi Budaya


A3. DIFUSI BERKEMBANG SECARA RANGSANGAN (STIMULUS EXPANSION DIFFUSION)

tidak semua idea boleh diterima oleh sesuatu masyarakat dengan mudah. ini disebabkan ia mungkin tidak sesuai atau bercanggah dengan nilai setempat. namun masih memberi impak.
- Misalnya konsep makanan segera, akhir kurun ke20 telah memperkenalkan makanan burger di India. Namun daging lembu adalah bertentangan dengan budaya orang India. Maka pengubahsuaian perlu dibuat dengan menggantikan burger daging kepada burger hasil sayuran. OLEH ITU PERESAPAN BURGER KE INDIA BERLAKU DALAM BENTUK BARU SESUAI DENGAN BUDAYA ORANG INDIA

Tema 5 Geografi Budaya


B) RELOCATION DIFFUSION (DIFUSI RELOKASI)

Tema 5 Geografi Budaya


B) relocation diffusion (difusi relokasi) dari kaedah ini, wujud tiga konsep utama iaitu: (1) time-distance decay - semakin berkurangan apabila jarak dari kawasan asal semakin jauh dan tempoh masa yang semakin lama (2) akulturasi (aculturation) - apabila sesuatu budaya mula melakukan relokasi diffusi, satu budaya akan mendominasi budaya yang satu lagi. dalam proses ini, budaya yang kurang dominan akan menerima elemen-elemen seperti amalan dan idea budaya yang dominan. (3) asimilasi - penerimaan budaya yang dominan menjadi begitu lengkap, sukar dibezakan budaya kedua-dua pihak wujud penyatuan.

ia berlaku melalui peredaran masa. ia berlaku apabila individu atau kumpulan dengan sesuatu idea bergerak secara fizikal dari satu lokasi ke lokasi yang lain dan turut menyebarkan idea atau inovasi ke lokasi baru misalnya: #penyebaran penyakit aids ke seluruh dunia merupakan satu kes relokasi diffusion, melalui individu. #penyebaran agama

RUMUSAN AGENDA HARI INI Anda seharusnya telah memahami tentang geografi budaya: Pengertian Geografi Budaya Elemen-elemen Geografi Kebudayaan 5 tema utama dalam Geografi Budaya

PERTEMUAN AKAN DATANG


TELESIDANG KEEMPAT TOPIK KAJIAN PETEMPATAN (19 DISEMBER 2012)

Anda mungkin juga menyukai