Anda di halaman 1dari 5

1.

PERGERAKAN JISIM

2. Konsep pergerakan jisim Pergerakan jisim merujuk kepada


pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa dari atas ke
bawah cerun akibat tarikan graviti bumi secara besar-besaran.

3. JENIS PERGERAKAN JISIM ALIRAN CEPAT ALIRAN


PERLAHAN

4. ALIRAN PERLAHAN Konsep aliran cepat Aliran cepat


dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau
regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke bawah secara
cepat atau tiba-tiba cerun akibat tarikan graviti bumi.

5. Proses aliran cepat Gelungsoran / tanah runtuh Aliran


tanih atau lumpur

6. Gelungsoran / tanah runtuh berlaku di kawasan cerun yang


sangat curam seperti di kawasan tebing tinggi. pergerakan tanih
atau batuan berlaku dengan cepat atau tiba-tiba. terdapat
berberapa jenis gelonsoran seperti gelonsoran tanah dan
gelongsoran batuan. Sering kali membentuk kun talus di kaki
cerun.

7. Tanah Runtuh
8. Aliran tanih atau lumpur merujuk kepada pergerakan tanih
atau lumpur yang yang sangat lembap secara tiba-tiba daripada
atas cerun. tanah yang bercampur air hujan bergerak menuruni
cerun dalam bentuk aliran lumpur. aliran lumpur atau tanih
biasanya berlaku di kawasan yang sering menerima hujan yang
lebat seperti di kawasan tropika lembap
9. Aliran lumpur
10. ALIRAN PERLAHAN Konsep aliran perlahan Aliran
perlahan dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan
atau regolit seperti tanih, dan batuan dari atas cerun ke bawah
cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi.
11. PROSES ALIRAN PERLAHAN Kesotan Gelangsar

12. Kesotan Regolit seperti batuan dan tanah di cerun


terlebih dahulu terluluhawa menyebabkan regolit tersebut longgar
dan peroi. Batuan atau tanah ini kemudiaannya bergerak secara
amat perlahan menuruni cerun yang landai ( 10 hingga 20 ) akibat
tarikan graviti bumi. Batuan atau tanah akan membentuk kun talus
di kaki cerun. Pergerakannya tidak dapat dikesan melalui mata
kasar sebalik dapat dilihat melalui bukti-bukti seperti batang pokok
yang bengkok, tiang elektrik, pagar dan tembok yang condong.
13. Kesotan tanah

14. Gelangsar merupakan pergerakan tanih dan batu tongkol.


berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan salji.
Salji bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan
lempung ( tanah yang lembap ) di atasnya. Pergerakan lempung
yang dikenali sebagai gelangsar ini dari pelbagai arah tanpa
mengikut lurah tertentu.

15. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERGERAKAN JISIM Faktor


semula jadi Hujan yang lebat dan pencairan salji Kegiatan
luluhawa Letusan gunung berapi dan gempa bumi Faktor aktiviti
manusia Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun Pertanian
Perlombongan kuari Pembinaan Penternakan Pembinaan
jalan raya / lebuh raya

16. Hujan yang lebat dan pencairan salji Hujan tahunan yang
lebat ( melebihi 2000 mm ), terutama di kawasan tropika lembap
menggalakkan berlakunya pergerakan jisim. air hujan yang
menyerap ke dalam tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat.
air dalam tanah memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya
sebagai pelincir manakala tanah yang basah menjadi lebih berat dan
mudah bergerak bebanding tanah yang kering. hujan apabila
bercampur dengan tanah akan menghasilkan aliran lumpur. di
kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian
atas akan bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana
tanah tersebut menjadi licin.

17. Kegiatan luluhawa Di kawasan tropika lembap


luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi
( melebihi 30 meter ). Luluhawa dalaman terutama di cerun akan
menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgar. Regolit tebal
dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan graviti.

18. Letusan gunung berapi dan gempa bumi berupaya untuk


membentuk gegaran yang kuat ke atas cerun gegaran ini
menjadikan tanah di kawasan cerun longgar ,tidak stabil dan
seterusnya mudah untuk runtuh.

19. Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun akar


tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di
cerun. ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun tidak
stabil dan mudah runtuh.

20. Pertanian pertanian tanpa teres akan mengurangkan


kestabilan cerun. pertanian melibatkan aktiviti penebangan
tumbuhan asal sesuatu kawasan. ketiadaan tumbuhan
mengurangkan cengkaman akar yang memegang dan mencengkam
tanah di cerun. aktiviti pembajakan menjadikan struktur tanah
menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.

21. Perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan


letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah. struktur tanah kawasan
cerun menjadi longgar. gegaran akibat penggunaan bahan letupan
menyebabkan tanah di cerun mudah runtuh.

22. Pembinaan Aktiviti pembinaan seperti pembinaan jalan


raya, bangunan di cerun akan menyebabkan hutan asal kawasan
tersebut ditebang. Penebangan hutan akan mendedahkan
permukaan bumi kepada aktiviti luluhahawa yang menyebabkan
tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil.
Tanah yang peroi, longgar dan tidak stabil mudah untuk jatuh
sekiranya berlaku gegaran, hujan dan sebaginya. Pembinaan
bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah
kediaman dan sebagainya akan melibatkan kerja-kerja penggorekan,
pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal di kawasan
tersebut. Permukaan bumi yang terdedah dan tanah yang longgar
akan mempercepatkan pergerakan jisim.

23. Penternakan berlakunya ragutan berlebihan di kawasan


cerun. mendedahkan permukaan cerun kepada proses- proses
geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. rumput memegang
dan mencengkam tanah melalui peranan akarnya. ketiadaan
rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar.

24. Pembinaan jalan raya / lebuh raya melibatkan kerja-kerja


pemotongan cerun atau susuh bukit menyebabkan kecerunan cerun

bertambah. Cerun yang curam tidak stabil dan mudah runtuh.


Turut melibatkan penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut
menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses
geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Akar tumbuhan
berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh.

25. KESAN PERGERAKAN JISIM Kehilangan nyawa / kematian


Kemusnahan harta benda rumah kediaman Kesan psikologipenduduk dalam keadaan ketakutan / fobia. Kesan kepada aktiviti
ekonomi kemusnahan kawasan pertanian, perniagaan, industri dan
sebagainya. Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya,
bekalan air, elektrik.

26. KAEDAH MENGATASI GERAKAN JISIM DI CERUN Langkah


perundangan Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti
Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Parit dan Bangunan. Langkah
bukan perundangan Menanam tumbuhan tutup bumi Peneresan
Pembinaan tembok Penyimenan permukaan Sistem Perparitan
Lapisan Plastik Pendidikan Kempen

27. Menanam tumbuhan tutup bumi tumbuhan seperti


rumput dan tumbuhan jenis kekacang akar tumbuhan tersebut
memegang dan mencengkam tanah di cerun sekaligus
mengurangkan pergerakan jisim.

28. Peneresan Cerun yang diusahakan pertanian dan


pembinaan mestilah diteres. Peneresan akan menstabilkan cerun.
Cerun yang stabil tidak mudah runtuh sekiranya berlaku gegaran.

29. Pembinaan tembok dibina di kawasan kaki cerun


bertujuan menahan pergerakan tanah. tembok tersebut daripada
bahan yang kukuh seperti simen yang telah dikonkrit

30. Penyimenan permukaan keseluruhan permukaan cerun


disimen. Pada permukaan dibuat lubang-lubang bagi mengawal
aliran air dalam tanah. Permukaan cerun yang disimen lebih stabil
kerana sifat simen yang kukuh dapat menahan cerun tersebut
daripada runtuh. Penyimenan permukaan cerun juga dapat
mengurangkan susupan air ke dalam tanah yang bertindak sebagai
pelincir dan pemberat

31. Sistem Perparitan sering digunakan di kawasan lebuh


raya dibina disetiap teres di lereng bukit yang curam mengikut

garis konturnya dapat mengatasi masalah air bertakung dan


menyusup dalam tanah dan melonggar dan memberat tanah

32. Lapisan Plastik lapisan plastic di gunakan pada cerun


yang curam biasanya bagi mengelakkan air hujan menyusup dan
memasuki dalam tanah. kaedah ini biasa dapat dilihat di beberapa
tempat di sepanjang lebuh raya

33. Pendidikan pendidikan formal di sekolah seperti


pendidikan Alam Sekitar, Geografi, dan Pendidikan Moral.
Pendidikan tidak formal seperti melalui lawatan, ceramah dan
sebagainya

34. Kempen kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak


tertentu sama ada melalui media massa, maklumat melalui risalah
dan sebagainya. menyedarkan orang ramai tentang kepentingan
pengurusan kawasan cerun dengan berkesan

Anda mungkin juga menyukai