Anda di halaman 1dari 23

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

PENGENALAN Jean Jacques Rousseau dan John Locke masingmasing meyuarakan pendapat mereka mengenai konsep kebebasan, kesamaan dan keadilan. Locke adalah pemikir pertama yang meletakkan kebebasan, persamaan danpemilikan peribadi sebagai asas masyarakat politik dan

mengungkapkan hakrakyat untuk bangun menentang pemerintahan yang zalim. Tentunya telahberlaku pelbagai pemberontakan melawan kezaliman di merata dunia sebelumkehadiran Locke tetapi pemberontakan tersebut tidak didorong ataumenghasilkan satu teori politik yang baru. Maka yang berlaku hanyalahpertukaran dinasti. Tetapi teori Locke meletakkan asas baru pemerintahan danpemerintahan tersebut adalah terbatas.

Pada pendapat Plamenatz, Rousseau adalah seorang philosophe tetapi sekaligus musuh filsafat, rasionalis, romantis dan sensualis. Lanjut Plamenatz lagi, tidak ada seorang pemikir polotik lain yang mempunyai pengaruh yang luas terhadap generasi seterusnya melainkan Rousseau. Sememangnya revolusi Perancis liberte (kebebasan), egalite (persamaan) dan fraternite (persaudaraan) sukar ipisahkan dari beliau. Umum mengetahui beliau memiliki posisi yang unik dalam pemikiran politik barat. Pemikirannya, selain menimbulkan kontroversi, juga sukar untuk diklasifikasikan. Misalannya, apakah beliau seorang liberalis, totalitarian atau seorang demokrat? Kesulitan mengklasifikasikan ini disebabkan pemikiran tokoh ini menjangkau spectrum pemikiran intelektual yang luas dan variatif. Macfarlane menyebut Rousseau sebagai tokoh yang melahirkan gagasan individualism ekstrem meskipun di sisi lain, beliau juga seorang pendokong utama kolektivisme.

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Walaupun konsep persamaan dan kebebasan yang dibentangkan oleh kedua-dua ahli falsafah ini adalah sama dari segi isi kandunganya, namun terdapat sedikit perbezaan yang memisahkan fahaman politk dalam konteks fal;sah politik. Dalam tugasan ini, kita dapat tahu apakah perbezaan yang ingin diutarakan oleh kedua-dua tokoh ini.

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

1.0.

LATAR BELAKANG JEAN JACQUES ROUSSEAU

Jean Jacques Rousseau (1712-1778) merupakan seprang ahli falsafah Perancis dalam abad ke-18 dan dilahirkan pada 28 Jun 1712 di Geneva, Switzerland. Ibunya meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan diasuh selama beberapa tahun oleh ayahnya yang kemudiannya menyerahkan Rousseau kepada pakciknya. Beliau hidup bilamana Perancis menjadi salah satu centre of civilization Eropah.

Ayah Rousseau, Isaac Rousseau merupakan seorang tukang jam, suka berburu dan meninati muzik. Dalam karya beliau bertajuk Confessions, menyatakan bahawa ayahnya banyak mempengaruhi kehidupan Rousseau terutama terhadap pembentukan watak dan pemikirannya. Zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan dengan membaca pelbagai karya klasik Plutarch, seorang tokoh di zaman Romawi kuno. Beliau sangat mengkagumi tokoh ini sehinggakan pada suatu masa beliau pernah mengatakan bahawa beliau telah menjadi seorang Romawi ketika berusia dua belas tahun. Kebiasaan membaca buku bersama ayahnya ini diceritakan di dalam karyanya antaranya; Kita biasa membaca bergantian tanpa henti, dan menghabiskan sepanjang malam melakukan aktiviti ini. Kami tidak dapat berhenti sehingga buku tersebut habis dibaca. Sehinggakan ayah saya mendengar burung layang-layang mulai berkicau di pagi hari, dan berkata dengan sedikit malu, marilah kita tidur, saya lebih kanak-kanak daripada kamu.

Ayahnya juga merupakan seorang yang terlalu mengagumi peradaban Romawi, terutama ketika mencapai puncak kejayaannya. Kekagumannya ini selalu diceritakan

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

kepada Rousseau. Misalnya, beliau menyatakan menginginkan hidup di negara-negara kota Romawi kuno yang menurutnya aman, sejahtera, adil dan tidak seorang pun penduduk merasakan dirinya mengatasi undang-undang serta adanya jalinan yang akrab di antara anggota masyarakat. Negara kota Romawi kuno dibayangkan seperti sebuah keluarga yang bahagia. Didikan ayahnya jugalah yang membuatkan Rousseau mengagumi Geneva, sebuah kota kecil di Switzerland, yang diibaratkan oleh ayahnya sebagai sebuah negara kota Romawi moden. Geneva adalah kota yang sejahtera, aman dan damai, dikelilingi gunung-ganang, lembah-lembah dengan hutan-hutannya yang menghijau. Keadaan ekologinya bersih, belum tercemar. Penduduknya mematuhi undang-undang. Rousseau dan ayahnya sememangnya berbangga menjadi warga kota kacil ini.

Sosialisasi di zaman kanak-kanaknya di Geneva amat mempengaruhi jiwa dan perkembangan intelektualnya. Dalam karyanya, Rousseau menyatakan bahawa beliau merasa beruntung dibesarkan oleh seorang ayah yang romantis dan emosional. Didikan ayahnya membuat dirinya memiliki kepekaan perasaan dan jiwa romantis yang tinggi. Maka, tidak menghairankan jika sejak kecil beliau terbiasa melatih emosi dan jiwanya berbanding untuk berfikir secara rasional. Didikan itu memberikan kesan sehingga Rousseau dewasa yang mana beliau lebih mementingkan kepekaan emosi dan kehalusan jiwa daripada pertimbangan rasional dan logika.

Sejak kecil sehingga usia remaja, Rousseau merupakan pengikut Protestan, tetapi ketika tinggal di Turin telah bertukar menjadi penganut Katolik. Beliau pernah mejadi

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

guru muzik dan mengunjungi daerah-daerah di sekitar Swirzerland dan Perancis. Tahun 1932, di Chambery beliau diangkat menjadi anak asuhan Madam de Warren, seorang janda kaya dan cantik. Janda ini ternyata jatuh hati dengan keperibadian Rousseau yang kemudiannya menjadikannya kekasih. Pada usia yang ke-20, Rousseau mengatakan bahawa Madam de Warren treats me as a man. Madam de Warren amat berjasa membentuk keperibadian dan watak pemikiran Rousseau. Wanita inilah yang telah membiayai pendidikannya, menyediakan perpustakaan peribadinya serta membentuknya menjadi seorang penulis yang hebat.

Beliau banyak menghasilkan tulisan-tulisan yang mana ramai beranggapan tulisannya merupakan faktor penting bagi pertumbuhan sosialisme, romantisme, totalitersme, anti-rasionalisme serta dikatakan mengilhamkan Revolusi Perancis pada tahun 1789 dan merupakan penyumbang kepada idea-idea moden yang menuju kepada kebebasan, kesamaan dan keadilan. Antara penulisan beliau yang terkenal adalah Discourse On The Origin of Inequality (1755), La Nouvelle Heloise (1761), The Social Contract [Du Contrat Social] (1762), Emile (1762) dan Confessions (1770). Rousseau juga dikenali sebagai pemikir politik yang radikal kerana di samping mengemukakan pendapat mengenai sejarah manusia yang agak idealistik, beliau juga mencadangkan beberapa perkara yang perlu diperkenalkan supaya manusia dapat mengekalkan sifat-sifat semulajadi. Contohnya, beliau mencadangkan satu cara pendidikan dan pengasuhan yang beliau yakin akan menghasilkan manusia yang tidak dicemari sifat-sifat buruk malahan sudah pasti mewujudkan manusia yang mempunyai sifat yang serba legkap. Beliau meninggal dunia pada tahun 1778 di desa Ermenonville.

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

2.0.

LATARBELAKANG JOHN LOCKE Johhn Locke mendapat pendidikan di University of Oxford, England dalam bidang falsafah, sains tabie dan perubatan. Beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ketika berumur 34 tahun, Locke telah bertemu dengan Lord Ashley yang kemudiannya Lord ini bergelar Earl of Shartesbury. Pada tahun berikutnya, Locke telah dilantik sebagai doktor peribadi kepada Earl of Shartesbury di samping menjadi sahabat dan setiausaha kepada Earl. Pada ketika itu, Earl merupakan individu yang berpengaruh di dalam kancah politik. Namun begitu Earl of Shatesbury dan Locke telah dibuang negeri ke Netherland akibat Earl yang menggunakan pengaruh raja dan istana di dalam politiknya. Kemudiannya, beliau kembali semula ke England pada tahun 1699. Ketika di dalam buangan tersebut Locke telah menerbitkan dua buah buku iaitu Two Treatises on Goverment dan Essays Corncerning Human Understanding. Keduadua tulisannya ini diterbitkan pada tahun 1690. Kedua-dua karyanya inilah yang telah mengangkat nama Locke dalam alam falsafah moden. Seterusnya, ketika masa tua Locke banyak dihabiskan dengan menumpukan hidup kepada agama. Beberapa tahun sebelum meninggal dunia Locke juga telah mempelajari agama di Epistles of St. Paul. Beliau meninggal dunia pada tahun 1704 ketika berusia 72 tahun.

3.0.

DEFINISI, KONSEP DAN TEORI 3.1.Definisi Kebebasan

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) halaman 120, kebebasan bermaksud tidak terhalang (untuk bergerak dan bercakap), tidak terkongkong, tidak terkurung dan lainlain. 3.2.Definisi Kesamaan Kesamaan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) halaman 1177 menjelaskan perihal sifat dan keadaan yang sama.

3.3.Definisi Keadilan Keadilan pula menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) halaman 8 bermaksud sifat yang lebih menjurus kepada perbuatan dan tindakan yang adil; ianya menuntut penyelesaian yang adil; mengadakan susunan dan keadaan yang adil bagi kehidupan dalam maysarakat.

4.0.

TEORI KONTRAK SOSIAL Ketika Eropah masih di zaman kegelapan (dark ages), gereja bersikap keras terhadap sains dan akan menghalang apa sahaja teori yang bercanggah dengan dogmanya. Ini menyebabkan wujudnya ahli fikir dan ahli falsafah (golongan intelektual) yang amat tidak berpuas hati dan mengambil keputusan untuk menggulingkan kuasa gereja/agama. Setelah itu, terjadi pertembungan yang begitu hebat di antara gereja dan kelompok intelektual ini. Krisis berdarah ini berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil jalan tengah (kompromi) di mana kuasa pemerintahan yang ada pada gereja
7

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

dihapuskan dan diserahkan kepada golongan intelektual. Gereja hanya dibenar menguruskan hal-hal agama sahaja. Agama tidak dinafikan tetapi mesti dipisahkan dari kehidupan atau pemerintahan. Setiap orang adalah bebas untuk percaya kepada agama atau tidak (kebebasan beraqidah). Yang penting, agama mesti dipisahkan dari urusan kehidupan. Inilah peristiwa yang menyebabkan lahirnya Sekularisme. Golongan Intelektual ini kemudian berfikir keras tentang cara untuk mewujudkan sebuah negara yang ideal (sempurna). Mereka kekurangan idea untuk membina sebuah negara yang ideal. Dari sini, lahirlah para pemikir atau cendekiawan Barat yang cuba membina suatu persepsi baru untuk memulakan sebuah negara. Beberapa perkara tentang negara mula difikirkan oleh pemikir-pemikir Eropah yang akhirnya meletuskan Revolusi Perancis sebagai manifestasi dari proses Renaissance (pencerahan dari aspek pemikiran). Para pemikir ini kemudian melahirkan pelbagai teori bagaimana untuk mengatur urusan sebuah negara. Untuk menjelaskan teori tersebut beberapa istilah digunakan, antaranya yang terawal ialah istilah Kontrak Sosial (the social contract) telah dikemukakan oleh Plato, seorang ahli falsafah Yunani, lebih 2,500 tahun yang lalu dalam tulisannya The Republic. Namun begitu beliau tidak memberikan penjelasan secara terperinci mengenainya. Setelah itu, datang ahli falsafah yang menerangkan konsep Kontrak Sosial ini; antaranya adalah Hugo Grotius, Kant, Rousseau dan Hobbes. Ahli-ahli falsafah ini bersetuju tentang wujudnya Kontrak Sosial antara pemerintah dengan rakyat. Idea Kontrak Sosial ini diasaskan atas premis bahawa kuasa terletak pada rakyat. Tiga orang ahli falsafah yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori Kontrak Sosial dalam sains politik moden Barat, ketika zaman pencerahan (Enlightenment) dan Revolusi Industri adalah Thomas Hobbes [Leviathan, 1651M],
8

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

dikuti oleh John Locke [Two Treaties of Goverment, 1690M] dan Jean Jacques Rousseau [Du Contrat Social 1762M].

5.0.

KONSEP PERSAMAAN DAN KEBEBASAN JEAN JACQUES ROUSSEAU Karya Rousseau, Du Contrat Social (The Social Contract, 1762), dikatakan amat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Perancis 1789. Teori Kotrak Sosial Rousseau adalah satu konsep yang kerap dilihat di dalam sejarah pemikiran liberal. Beliau menekankan idea ini dari pendapat yang menyatakan bahawa kontrak sosial adalah satu perkara yang semulajadi dan seseorang individual itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya. Masyarakat beraja di zaman Rousseau kurang senang dengan teori Rousseau yang mengatakan setiap manusia itu dilahirkan bebas tetapi pendidikan adalah mencukupi untuk membataskan perilaku manusia itu di dalam masyarakat. Beliau juga menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah kehendak setiap negara. Sekali lagi, idea Rousseau ini adalah bertentangan dengan sistem politik di Perancis pada masa itu. Dalam penulisan beliau ini, Rousseau mencadangkan corak komuniti atau Negara yang sesuai untuk menjaga kepentingan manusia yang tidak terikat. Seperti teori-teori kontrak lain, Rousseau memulakan teori asal mula negara dari tahap keadaan semula jadi. Menurut beliau manusia ialah makhluk istimewa kerana bukan sahaja mereka baik dan bersifat simpati terhadap manusia lain, tetapi lebih penting lagi adalah kerana hanya mereka sahaja yang dapat mambuat pelbagai pilihan.

Dua isu penting yang dibincangkan di dalam teori Kontrak Sosial ini ialah:9

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Institusi yang baik dan berkesan untuk menjaga kepentingan rakyat ialah Negara di mana setiap individu melepaskan dirinya dan kuasanya kepada kehendak umum.

Negara diwujudkan ekoran dari sebuah perjanjian.

Walaupun pada prinsipnya manusia itu sama, tetapi alam, fizik dan moral menciptakan ketidaksamaan. Muncul hak-hak istimewa yang dimiliki oleh beberapa orang tertentu kerana mereka ini lebih kaya, lebih dihormati, lebih berkuasa dan sebagainya. Organisasi sosial digunakan oleh mereka sebagai tempat untuk

menambahkan kuasa dan menekan yang lain. Keadaan ini menunjukkan ianya lebih cenderung kepada potensi kekuasaan tunggal. 5.1.Konsep Kesamaan. Falsafah politik menetapkan bahawa kesamaan merupakan satu konsep yang seringkali dibincangkan dari pelbagai sudut dan perspektif. Pertamanya kesamaan dari segi layanan iaitu equality of treatment. Keduanya, dari segi pemberian dan penerimaan peluang ataupun equality of opportunity. Ketiga, kesamaan boleh dilihat dari segi implikasi-implikasi legalistic atau legal equality, seterusnya kesamaan dari segi ekonomi atau economic equality dan yang terakhir kesamaan dari sudut perspektif politik atau political equality. Melihat kepada konsep kesamaan, kebebasan dan keadilan, Rousseau juga mempunyai pendapat tersendiri terhadap konsep tersebut. Konsep kesamaan bagi pandangan Rousseau adalah manusia ini mempunyai keupayaan yang sama iaitu menikmati kesusahan dan kesenangan serta kemewahan. Manusia terpaksa berkongsi
10

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

segala kemudahan dan sumber-sumber secara bersama. Maka pengagihan sumber ekonomi perlulah diwujudkan untuk memperseimbangankan kuasa politik di kalangan rakyat. Maka, beliau mengesyorkannya kepada negara yang kecil kerana ianya boleh desentralisasi kuasa. Institusi keluarga juga perlulah wujud kerana keperluan semulajadi manusia adalah untuk hidup berkeluarga. Wanita akan dianggap sebagai isteri dan juga ibu. Beliau menyatakan bahawa kaum wanita adalah kurang berupaya kerana kurangnya kefahaman terhadap sifat demokrasi.

5.2.Konsep Kebebasan Konsep kedua adalah kebebasan. Seperti yang telah kita ketahui, Rousseau telah menghasilkan ungkapan yang berpengaruh sehingga ke hari ini iaitu man is born free but everywhere he is in chain di dalam karyanya bertajuk The Social Contract. Rousseau berpendapat bahawa manusia ini perlulah diasuh untuk menikmati kebebasan. Manusia diasuh adalah melalui pendidikan. Dalam pendidikan, beliau mengesyorkan sistem pendidikan yang berkesan perlu diwujudkan untuk

mewujudkan manusia yang akan menghormati kebebasan yang telah diberikan. Rousseau juga mengatakan kita akan mematuhi peraturan tersebut kerana kita sendiri yang telah menciptakan peraturan tersebut. Dalam keadaan alamiah atau semulajadi, manusia menurut Rousseau- mirip dengan pandangan Hobbes- memiliki kebebasan mutlak. Mereka bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Kebebasan merupakan penemuan yang membuatkan manusia menjadi manusia alamiah. Dalam konsep kambali ke alam,
11

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Rousseau, seperti ditulis Magnis, mengidealisasikan manusia yang liar tetapi baik. Ia adalah manusia yang dalam hidupnya selalu mementingkan keutamaan seperti orang orang di zaman Romawi kuno. Manusia alamiah menurutnya adalah makhluk yang belum mengerti nilai-nilai bail dan buruk dalam pengertian moraliti yang kita fahami, kerana mereka tidak terdidik dalam struktur social yang didominasi oleh moraliti. Manusia menjadi buruk perilakunya, tidak lagi menjadi manusia alamiah adalah kerana masyarakat sekitarnya serta peradaban modennya telah membuatnya demikian. Peradaban dan masyarakat moden secara perlahan menghakis sifat-sifat luhur manusia. Inilah kejahatan peradaban moden yang mungkin tidak disedari oleh para perintis dunia moden. Untuk menjadi manusia alamiah dalam konteks moden, Rousseau mencuba untuk merungkai masalah tersebut. Manusia menurutnya harus dididik seawall usia kanak-kanak. Mereka harus dibiarkan bebas menentukan watak dan keperibadiannya sesuai dengan kehendak alam. Dalam karyanya Emile: Ou leducation, karya yang sarat dengan falsafah pendidikan, Rousseau mengemukakan bahawa pendidikan yang baik bukanlah membuat anak-anak belajar segala tatasusila dan kesopanan, terikat dengan norma-norma atau nilai-nilai etika, tetapi seharusnya membiarkan sepenuhnya berkembang sesuai dengan nalusi kemanusiaan dan instinct kemanusiaannya. Dalam Du Contrat Social, Rousseau menegaskan bahawa dasarnya semua manusia menurut kudrat alaminya bebas, tetapi kemudian terbelenggu setelah terlepas dari kudrat alaminya. Man, kata Rousseau, was born free and he is everywhere in chains. Kata-kata beliau ini sebenarnya menegaskan bahawa manusia itu merdeka,

12

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

tetapi kemerdekaan itu terampas dari dirinya kerana adanya berbagai konvensi, adat istiadat, sekatan-sekatan yang melibatkan institusi ekonomi dan politik. Rousseau menolak pemikiran Hobbes bahawa hanya ada dua pilihan bagi manusia; kebebasan atau menjadi objek kekuasaan atau dikuasai. Hobbes tidak membuka peluang kemungkinan manusia dapat bebas tetapi pada masa yang sama berada dalam dominasi kekuasaan negara. Dengan kata lain, manusia tidak dapat hidup dalam negara bila ia tetap menuntut kebebasan sejati seperti yang dimiliki sebelum terbentuknya negara. Pandangan ini berbeza dengan Rousseau di mana menurut beliau seperti yang dinyatakan sebelum ini, pada dasarnya manusia bebas merdeka. Kebebasan itu tetap dapat dimilikinya meskipun dalam situasi yang berbeza, walaupun ia berada menjadi sebahagian daripada political society atau berada dalam kekuasaan negara, kebebasan itu masih boleh diraih oleh manusia. Rousseau mengingatkan bahawa meskipun telah terbentuk negara, tidak bererti kebebasan dan kebaikan-kebaikan tertentu tang terdapat dalam keadaan alamiah atau semulajadi menjadi lenyap.

5.3.Konsep Keadilan Konsep keadilan pada umumnya mempunyai tiga bidang yang penting iaitu konsep keadilan yang berkaitan dengan distribusi, keduanya konsep keadilan yang berkaitan dengan keadilan moral dan yang terakhir konsep keadilan yang berkaitan dengan undang-undang atau keadilan legalis. Keadilan ditetapkan sebagai satu keadaan di mana pemerintah politik digunakan untuk mewujudkan suatu keadaan di mana
13

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

individu-individu dan juga kumpulan-kumpulan diberi layanan yang adil ataupun yang sama mengikut keadaan masing-masing.

Konsep keadilan berdasarkan distribusi iaitu keadilan yang ditetapkan sebagai satu keadaan pemerintah politik digunakan untuk mewujudkan suatu keadaan di mana individu-individu dan kumpulan-kumpulan diberi layanan yang adil ataupun yang sama mengikut keadaan masing-masing. Umpamanya dari segi hak, seorang raja mempunyai hak yang agak berlainan daripada seorang rakyat biasa. Oleh itu, di sini kita menerima, pertama, bahawa masyarakat yang dimaksudkan selalunya merupakan masyarakat berlapis. Kedua, kita juga menerima bahawa tiap-tiap satu kumpulan mempunyai kehendak-kehendak berlainan. Ketiga, kedudukan sosio-eknomi sesebuah kumpulan itu ada implikasi pentingnya ke atas penerimaan benda ataupun penerimaan hak suatu individu itu. Ini berubah dari situasi ke situasi. Jika kita menerima masyarakat dan manusia itu bukan satu masyarakat ataupun keadaan yang sama maka kita menerima bahawa keadilan yang dimaksudkan adalah keadilan yang mengambil kira: Manusia mempunyai kebolehan-kebolehan dan kehendak-kehendak yang berlainan. Manusia juga mempunyai kehendak-kehendak yang tidak terkira tetapi kebolehan pemimpin ataupun kebolehan sistem itu untuk membekal sesuatu adalah kebolehan yang tehad.

14

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Keadilan yang dimaksudkan di sini adalah satu keadilan yang hanya mempunyai makna untuk realiti jika kita menerima bahawa masyarakat yang dimaksudkan merupakan masyarakat yang berlapis ataupun stratified society.

Ketiga-tiga komponen ini telah diterima oleh semua pemikir politik. Oleh kerana itu, jaranng sekali kita mendengar tentang seorang pemikir politik yang berbicara tentang keadilan secara mutlak. Apabila mereka menggunakan perkatan keadilan apa yang mereka maksudkan adalah keadilan ataupun satu sistem pembahagian melalui sistem kuasa yang mempunyai kewibawaan yang menukar daripada keadaan ke keadaan.

Kedua, konsep keadilan mengikut pembahagian yang adil adalah satu konsep yang memberitahu kita tentang apakah standard-standard yang digunakan dalam suatu sistem kepimpinan dan apakah sistem perundangan yang digunakan dalam suatu sistem politik untuk menentukan bahawa keadilan itu akan dibahagikan secara adil. Kita harus membuat dua perbezaan di antara dua jenis kehendak. Satu kehendak adalah mengikut apa yang kita berkehendakan ataupun to each according to his need dan kedua adalah kehendak-kehendak yang harus dibahagikan kepada manusia secara adil mengikut apa yang manusia itu patut terima ekoran sumbangannya pada masyarakat atau each according to his merit.

Konsep kedua adalah satu konsep yang ada kaitannya dengan keadilan moral. Keadilan moral adalah satu sistem keadilan di mana setiap individu itu mempunyai hak untuk mendapat pertimbangan yang sama dari pihak berkuasa. Pihak pemerintah
15

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

mempunyai satu tanggungjawab moral untuk membahagikan benda ataupun nilai secara adil. Pengasas teori kontrak sosial mengatakan bahawa negara itu timbul akibat satu kehendak manusia untuk mengumpulkan tenaganya dalam satu struktur politik yang tertentu untuk menentukan bahawa suatu asas pentadbiran kuasa diwujudkan dan dengan ini manusia dapat hidup secara harmoni. Oleh itu, manusia mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan ataupun membangkitkan satu sistem yang dinamakan negara maka pemerintah mempunyai satu tanggungjawab moral untuk memerintah secara adil.

Kuasa yang diberikan kepadanya adalah kuasa perwakilan, ia tidak boleh menyalahgunakan kuasa ini dan suatu daripada cara untuk mengelakkan diri daripada menyalahgunakan kuasa adalah melalui satu sistem pentadbiran kuasa yang adil. Keadilan juga bermakna tingkahlaku daripada kacamata pemerintah yang adil, bukan sahaja dari segi kebendaan tetapi dari segi moral mereka yang memegang kuasa tahu bahawa kuasa itu diberikan kepada mereka oleh rakyat dengan harapan bahawa pemerintah akan memerintah secara adil.

Aspek

ketiga konsep keadilan adalah satu aspek yang ada pertalian dengan sistem

perundangan. Ianya ada kaitan dengan sistem perundangan ataupun sistem perlembagaan. Perundangan tidak semestinya dikhaskan kepada perundangan ataupun daripada rang undang-undang yang dikeluarkan daripada mahkamah. Oleh itu, selain daripada keadilan moral, keadilan distribusi, hak-hak rakyat dari segi perlembagaan atau sistem kehakiman memainkan peranan penting sekiranya setiap satu perundangan mempunyai implikasi16

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

implikasi yang penting untuk perlembagaan. Dalam perlembagaan telah menetapkan bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawab yang tertentu yang dinamakan public accountability.

Bagi Rousseau pula, beliau tidak menyentuh dalam aspek tersebut kerana ianya telah wujud dalam konsep kesamaan. Namun begitu secara umumnya, keadilan adalah apabila masyarakat memerlukan satu sistem ketertiban iaitu masyarakat yang baik adalah masyarakat yang adil. Di dalam memberi hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan, tiga syarat perlulah dipatuhi bagi mencapai keadilan. Antara syaratnya adalah hanya menghukum orang yang melakukan sesuatu yang dilarang dan yang kedua adalah hukuman tersebut mestilah setimpal dengan kesalahan yakni ianya tidaklah terlalu ringan dan tidaklah terlalu berat. Hukuman tersebut pula adalah bertujuan untuk mencegah daripada ianya berlaku sekali lagi atau bersifat pembalasan dengan sewajarnya. Jikalau 3 syarat tadi tidak dipatuhi, maka akan berlakunya ketidakadilan. Konsep keadilan ini dibina atas asas peraturan semulajadi dan untuk melindungi serta memelihara ketertiban masyarakat. 6.0. KONSEP PERSAMAAN DAN KEBEBASAN JOHN LOCKE Kepentingan individu yang dimaksudkan dalam fahaman liberal ini adalah seperti kepentingan hak-hak peribadi individu dalam sesebuah negara. Kebebasan untuk berniaga dalam pasaran dan beragama serta kebebasan untuk bersuara dan bertukar fikiran turut sama diketengahkan di dalam aliran falsafah ini. Terdapat aliran-aliran liberal yang berbeza mengikut pendapat di antara ahli-ahli liberal sejak dahulu lagi.
17

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Perdebatan diantara mereka melibatkan penggunaan perkataan-perkataan yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang berlainan. Kadang-kala, perkara yang sebaliknya berlaku dimana penggunaan perkataan yang sama tetapi maksud dan pengertian yang difahami oleh sesetengah ahli liberal adalah berbeza. Di antara prinsip liberal yang dipersetujui oleh kebanyakan para ahli liberal adalah liberalisme politik. Liberalisme politik adalah menumpukan kepada individu dan rakyat semata-mata tanpa mengira perbezaan jantina, kaum ataupun taraf ekonomi. Masyarakat dan institusi-institusi kerajaan yang ditubuhkan adalah untuk kebajikan rakyat dan mempertahankan hak-hak peribadi seseorang individu tanpa mengira perbezaan taraf sosial. Liberalisme politik juga menekankan penggubalan undang-undang dan peraturan kerajaan mengikut cadangan rakyat itu sendiri tetapi haruslah dipersetujui untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah digubal itu tadi.

Aliran liberalisme yang mempunyai pendapat yang lebih mendalam pula adalah liberalisme ekonomi. Liberalisme ekonomi pula menekankan hak-hak peribadi ke atas harta benda dan kebebasan untuk membuat perjanjian bertulis. Ianya menyokong kapitalisme yang mencadangkan kebebasan di dalam pasaran dengan menyingkirkan semua halangan di dalam perdagangan dan campur tangan kerajaan. Campur tangan kerajaan tidak harus wujud ataupun hanya sedikit sahaja di dalam sistem pasaran bebas ini. Sesetengah daripada ahli pemikir liberal ini menerima campur tangan kerajaan dalam monopoli dan kartel tetapi ada juga diantara mereka menyatakan bahawa monopoli dan kartel ini adalah terjadi akibat daripada tindakan kerajaan itu sendiri. Harga barangan di

18

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

pasaran juga ditentukan oleh mekanisma pasaran itu sendiri iaitu atas dasar persetujui di antara pembeli dengan pembekal itu sendiri dan bukannya ditentukan oleh kerajaan. Akan tetapi, kesan daripada pasaran bebas ini, berlakulah ketidakadilan dalam pengagihan harta dan sumber kekayaan. Ini akan mewujudkan jurang perbezaan yang besar di antara kelas ekonomi yang berbeza-beza. Hasil pendapatan yang berlainan dan ketidaksamarataan yang berlaku ini hanya dianggap sebagai kesan semulajadi daripada persaingan bebas dalam pasaran yang sebenarnya telah ditentukan oleh tindakan pengguna-pengguna itu tadi. Maka ianya tidaklah dipandang sebagai sesuatu yang negatif bagi liberalisme ekonomi. Seterusnya adalah aliran pemikiran liberalisme budaya. Liberalisme budaya ini menekankan tentang hak-hak peribadi individu berkaitan dengan gaya hidup dan perasaan termasuk kebebasan dalam agama, fahaman dan seksual tanpa campur tangan kerajaan. Dengan ini, peraturan-peraturan dan campur tangan kerajaan dalam kesusasteraan, perjudian, seks, pengguguran kandungan, pelacuran, arak, ganja dan lainlain lagi secara umumnya ditentang oleh aliran liberalisme budaya ini. Akan tetapi, para pemikir liberal menentang semua atau separuh daripada peraturan bahawa kerajaan tidak boleh mencampuri perkara-perkara tadi. Akhir sekali adalah liberalisme sosial. Liberalisme sosial ini menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas yang perlu dinikmati oleh setiap individu di dalam sesebuah negara itu. Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah termasuk pelajaran, peluang ekonomi dan perlindungan. Semua keperluan ini dianggap sebagai satu hak bagi setiap individu. Tetapi ahli-ahli liberal sosial ini menyokong sesetengah sekatan ke atas pesaing ekonomi seperti kawalan harga dan gaji.

19

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

Secara amnya, liberal sosial ingin membentuk kerajaan yang menjamin kebajikan rakyatnya dengan menyediakan bantuan makanan dan perlindungan bagi individu yang tidak berkeupayaan menyediakan keperluan itu tadi untuk diri-sendiri. Selain itu, kemudahan dan perkhidmatan seperti persekolahan, perubatan, pencen, pekerjaan, kebajikan kanak-kanak serta orang kurang upaya, perlindungan dan keselamatan turut sama disediakan oleh kerajaan. Secara keseluruhannya, kesemua bentuk aliran liberalisme ini lebih menumpukan kepada individu di mana kerajaan haruslah memberi bantuan dan kebajikan demi kebaikan rakyatnya itu sendiri semata-mata. Kerajaan memainkan peranan yang penting bagi memastikan dapat memberi kebajikan kepada individu yang tidak mampu membuatnya dengan diri-sendiri atau pihak swasta lain. Jika dilihat dari segi individu pula, mereka boleh dikatakan agak baik dengan memberi kerjasama dan sokongan terhadap pemerintah ataupun kerajaan. Ini kerana liberalisme ini lebih menumpukan kepada hak-hak peribadi dan kepentingan individu. Pemilihan pemerintah dalam sesebuah kerajaan juga ditentukan oleh rakyatnya sendiri melalui proses pilihanraya. Inilah yang dikatakan sebagai sistem demokrasi liberal di dalam masyarakat moden pada hari ini. Oleh itu, tidak hairanlah rakyat atau individu lebih gemarkan kerajaannya sendiri berbanding rakyat dan individu di dalam sesebuah kerajaan berlandaskan teori pemikiran selain dari liberalisme. Para liberal moden pada masa kini juga menekankan penglibatan kerajaan di dalam sektor pasaran bebas. Ini merangkumi dari segi perkhidmatan awam, pendidikan serta sistem cukai yang seimbang. Kebajikan rakyat juga perlu diutamakan seperti

20

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

pampasan seperti pengangguran, kemalangan dan lain-lain lagi. Selain itu, kerajaan perlulah menyediakan tempat tinggal bagi yang kurang mampu seperti rumah kos rendah dan juga kemudahan perubatan seperti hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan secara percuma ataupun dengan kos yang rendah.

Dari segi negara pula, aktor-aktor yang terlibat adalah tidak berautonomi. Mereka tidak mempunyai kuasa yang mutlak di mana setiap daripada aktor-aktor tersebut saling mempengaruhi di antara satu sama lain. Ini dapat dilihat di antara kerajaan dan rakyat itu sendiri iaitu proses pengundian dan perwakilan rakyat. Liberalisme dari pandangan John Locke di dalam karyanya Two Treatises Of Civil Government, beliau mengatakan kuasa kerajaan yang sah adalah terbatas. Kerajaan juga haruslah bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyatnya semata-mata iaitu menjaga dan melindungi hak-hak semulajadi manusia. Maka, sesebuah kerajaan atau negara itu tidak mempunyai kuasa yang mutlak terhadap semua perkara. Secara kesimpulannya, tidak ada satu pun negara di dunia ini mengamalkan pentadbiran berdasarkan fahaman liberal secara seratus-peratus. Hal ini dilihat tidak mungkin terjadi dengan adanya pengaruh-pengaruh dari fahaman lain bagi mengimbangi sistem politik di antara aktor-aktor lain dalam sesebuah negara. Sesebuah negara yang mengatakan mereka mengamalkan liberalisme mungkin hanyalah sebagai satu identiti bagi mereka sahaja tetapi pelaksanaan liberalisme bukanlah secara keseluruhan bagi mengelakkan berlakunya ketidakseimbangan di antara aktor-aktor tersebut.

21

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

KESIMPULAN Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Idea-idea Rousseau merupakan unsur-unsur utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta di dalam penulisan pemikir-pemikir Amerika seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson. Dengan kata lain, idea kebebasan, kesamaan dan kedaulatan awam Jean Jacques Rousseau ini telah mengilhamkan Revolusi Perancis pada tahun 1798. Idea-idea beliau juga mempengaruhi corak pemerintahan di Amerika Syarikat. Ianya juga membezakan kuasa rakyat dengan kuasa pemerintah. Manakala John Locke pula digelar sebagai Bapa Liberal yang menekankan tiga aspek utama iaitu kehidupan, kebebasan dan hak asasi. Kesimpulanya, Kebebasan, keadilan dan kesamaan adalah factor yang penting bagi seseorang manusia tidak kira fahaman politk yang berbeza dilaksanakan bagi mengecapi keamanan dunia.

22

JKP 213 FALSAFAH POLITIK

RUJUKAN K. Ramanathan, Asas Sains Politik, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Berhad, Kuala Lumpur, 2003 K. Ramanathan, Konsep Asas Politik, ALMS Digital Enterprise , Pulau Pinang, 2000 Latif Kamaludin, Falsafah Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains, Pulau Pinang, 2008 Macfarlane, Modern Political Theory, Fletcher and Son Limited, Norwich, 1970 Plamenatz, Man and Society, Vol. 1, Longmans Green and Co. Limited, London, 1965 J.J Rousseau, Confessions (edited by J.M. Cohen), Panguin Books, England, 1953 http://en.wikipedia.org/wiki/John_Locke http://plato.stanford.edu/entries/locke/ http://oregonstate.edu/instruct/phl302/philosophers/locke.html http://lostpedia.wikia.com/wiki/John_Locke http://en.wikipedia.org/wiki/Jean-Jacques_Rousseau http://oregonstate.edu/instruct/phl302/philosophers/rousseau.html http://www.infed.org/thinkers/et-rous.htm

23

Anda mungkin juga menyukai