Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN SYARAHAN CARA-CARA MENGGUNAKAN MASA LAPANG Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-cara Memanfaatkan Masa Lapang". Hadirin yang saya hormati, Banyak cara boleh digunakan untuk memanfaatkan masa lapang. Antaranya ialah membaca dan mengulangkaji pelajaran. Cara ini bukan sahaja boleh memanfaatkan masa lapang malahan cara ini juga dapat membantu untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Menolong ibu bapa juga adalah salah satu cara untuk memanfaatkan masa lapang. Kita boleh menolong ibu dan bapa kita untuk membersihkan rumah, memasak, menjaga adik dan sebagainya. Dalam masa yang sama,kita juga telah meringankan beban mereka. Kita boleh menjalankan hobi yang berfaedah untuk mengisi masa lapang. Apabila kita menjalankan hobi yang disukai, hati akan berasa seronok dan tidak tertekan. Antara hobi yang berfaedah ialah melukis, mewarna, bemain bola sepak, mengumpul setem dan lain-lain. Hobi-hobi seperti ini dapat mengasah bakat dan menyihatkan badan. Untuk memanfaatkan masa lapang, kita juga boleh bersukan dan beriadah. Apabila kita beriadah atau besukan, badan kita akan sentiasa sihat dan otak akan menjadi cerdas. Kita juga akan lebih ceria dan bertenaga. Secara tidak langsung, peluh yang keluar daripada badan kita akan membantu mengeluarkan toksin-toksin yang melemahkan badan. Jelaslah di sini bahawa masa itu penting. Jika masa terluang dapat digunakan dengan betul, masa akan dapat memberi banyak manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat. Hargai dan gunakanlah masa dengan cermat. Saya sudahi syarahan saya pada pagi ini dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai