Anda di halaman 1dari 45

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

Satu bentuk kemahiran memperoleh teknik

pembelajaran secara efektif dengan/tanpa guru Pelajar perlu belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas atau luar kelas.

Seterusnya berusaha untuk mencari jalan untuk

mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran. Penguasaan kemahiran BCB amat penting bagi pelajar lantaran masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad.

Hal ini menyebabkan ilmu pengetahuan yang

diterima oleh pelajar juga terhad Pelajar harus belajar cara untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam mempelajari sesuatu BCB akan membantu pelajar supaya mampu dan berupaya untuk belajar sendiri tanpa guru

Dengan menguasai kemahiran BCB, pelajar juga

mampu menilai tahap pembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran. Kemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang biasanya cuba diterapkan oleh guru Bahasa Melayu ( sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah) dalam P&P mereka (terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu)

Meliputi kemahiran mendengar dan bertutur,

kemahiran membaca, kemahiran menulis dan mencatat nota dan kemahiran menghafal

KEMAHIRAN MENDENGAR & BERTUTUR

Keupayaan murid memahami perkara yang

didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan harian atau situasi formal Kemahiran mendengar dan bertutur sememangnya saling berkaitan.

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan

kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh pelajar Mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam proses komunikasi yang berkesan antara manusia Dalam komunikasi yang efektif, pelajar perlu menjadi pendengar yang baik

Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan

memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan. Selepas itu, pelajar juga harus mampu mengeluarkan pendapat atau pandangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dipelajari

Tujuan kita mendengar sesuatu adalah untuk

mendapat maklumat, fakta atau pengetahuan daripada perkara yang didengar. Begitu juga halnya dalam P&P di bilik darjah. Pelajar perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan oleh guru Pelajar perlu mendengar dan memandang ke arah guru serta memberi fokus terhadap perkara yang diajarkan oleh guru. Amat perlu untuk pelajar mendengar penjelasan guru tentang sesuatu perkara yang dipelajari supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran.

KEMAHIRAN MEMBACA

Pelajar perlu menguasai kemahiran membaca untuk

memperoleh infomasi , ilmu pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Membaca juga merupakan satu bentuk komunikasi iaitu komunikasi antara pembaca dan penulis.

TERDAPAT 4 TAHAP KEMAHIRAN MEMBACA IAITU :

SKIMMING
Skimming merupakan satu bentuk

kemahiran membaca untuk mendapat gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan Misalnya, apabila kita membaca surat khabar, tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi perkataan, sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat dalam surat khabar tersebut.

Skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih

cepat daripada pembacaan normal Kebanyakan orang melakukan pembacaan secara skimming apabila mereka mempunyai banyak bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad. Kemahiran skimming wajar dikuasai pelajar supaya pelajar dapat menjimatkan masa ketika mencari maklumat atau informasi tertentu melalui pembacaan artikel di internet atau bacaan buku rujukan

Skimming amat berguna kepada pelajar

terutamanya ketika pelajar ingin mencari informasi melalui internet. Pelajar perlu membuat pembacaan secara skimming untuk melihat sama ada sesuatu bahan tersebut memenuhi keperluan pelajar atau berkaitan dengan maklumat yang ingin diperoleh oleh pelajar.

Ada terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan ketika skimming


membaca tajuk

sub-tajuk
melihat gambar rajah atau carta.

Pelajar boleh membaca perenggan

pendahuluan dan penutup seuatu teks Membaca juga hanya ayat pertama setiap perenggan. Biasanya ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis. Cara bacaan ini adalah lebih sesuai sekiranya pelajar ingin mencari maklumat tertentu bukannya untuk pemahaman teks

Paling sesuai sekiranya pelajar ingin

mengetahui tentang sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik seperti data atau fakta ringkas. Malah skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau carta.

SCANNING

Scanning atau imbasan ialah kemahiran

membaca untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci daripada bacaan skimming. Kemahiran membaca secara scanning pelajar mampu mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul dalam sesuatu topik pelajaran.

Dalam erti kata lain, dalam kebanyakan

situasi, pelajar tahu perkara yang ingin dicari. Lantaran itu, fokus pembacaan ialah mencari kata-kata kunci yang tertentu dalam mencari jawapan tersebut Membaca secara imbasan melibatkan tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan khusus atau frasa-frasa tertentu.

Pembacaan secara scanning atau

imbasan ini merupakan satu kaedah cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan Scanning juga merupakan satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini, pelajar boleh mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus atau glossari dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau bacaan berat untuk pemahaman.

Menguasai kemahiran membaca secara

scanning melibatkan masa yang tidak lebih daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam masa yang sama mendapat jawapan kepada persoalanpersoalan yang berkaitan

Hanya selepas itu, pelajar boleh membuat

keputusan dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupun buku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kaji atau membaca untuk belajar

BACAAN LAJU

Kemahiran bacaan laju merupakan

kemahiran membaca secara cepat tetapi dalam masa yang sama memahami bahan yang dibaca. Dalam bacaan laju, tumpuan utama kepda idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan bacaan.

Penguasaan kemahiran bacaan laju

banyak membantu pelajar menggunakan masa yang terhad secara optimum. Hal ini disebabkan oleh pemerolehan maklumat atau fakta yang diperlukan oleh pelajar dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan dengan kadar yang cepat.

BACAAN BERAT/BACAAN INTENSIF

Bacaan berat atau bacaan intensif ialah

kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi secara terperinci. Bacaan intensif memerlukan fokus yang mendalam dan penelitian terhadap bahan atau teks yang dibaca.

Dalam menguasai kemahiran membaca

intensif ini , pelajar perlu memiliki ketekunan dalam pembacaan yang tinggi Pelajar juga perlu memperuntukan masa yang panjang untuk melakukan bacaan berat kerana bacaan berat melibatkan masa yang lebih lama supaya pelajar boleh mendapat maklumat dan memahami teks atau bahan bacaan secara jitu dan mantap.

KEMAHIRAN MENULIS DAN MENCATAT NOTA

BCB tidak sahaja memerlukan pelajar itu menguasai

kemahiran bertutur, mendengar dan membaca tetapi yang lebih penting ialah menguasai kemahiran menulis terutama kemahiran menulis nota dan menulis cepat. Kemahiran mencatat nota melibatkan aktiviti merekodkan data, maklumat, informasi, fakta atau isi-isi penting daripada sesuatu bahan sama ada bahan yang dibaca, didengar atau dilihat.

Cataran nota akan membantu pelajar

untuk lebih memahami isi pelajaran. Selain itu, nota tersebut berguna sebagai bahan rujukan dalam mengulang kaji pelajaran pada masamasa mendatang. Kemahiran menulis cepat ialah kemahiran menulis dengan kadar yang laju dan cepat dalam tempoh masa yang terhad.

Walau bagaimnapun, tulisannya mestilah

boleh dibaca dan difahami. Penguasaan kemahiran menulis cepat akan membantu pelajar menulis sebanyak mungkin maklumat dalam jangka masa yang terhad dan hal ini membantu peljar menjimatkan masa Selain itu, seseorang yang menguasai kemahiran ini akan mampu memberikan jawapan yang mengandungi banyak isi ketika menjawab soalan peperiksaan.

KEMAHIRAN MENGINGAT/MENGHAFAL

Mengingat dan menghafal merupakan satu

bentuk kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar jika ingin berjaya dalam pelajaran. Kemahiran mengingat atau menghafal merupakan kemahiran mengingati semula isi-isi pelajaran dan fakta-fakta yang telah dipelajari sebelum ini.

Faktor penting yang membantu proses mengingat

atau menghafal ialah kefahaman tentang sesuatu bahan yang dibaca dan dipelajari. Kemahiran mengingat atau menghafal banyak dibantu oleh deria pendengaran dan penglihatan yang baik.
Dalam hal ini, maklumat atau informasi diterima

daripada deria dan disimpan dalam otak. Kemahiran mengingat dan menghafal membantu informasi yang diterima disimpan dalam ingatan kekal dan mampu digunakan semula pada masa yang diperlukan.

KEMAHIRAN MENGUMPUL MAKLUMAT

Kemahiran maklumat merupakan satu aspek

kemahiran BCB yang paling utama. Dalam hal ini, pelajar bukan sahaja mampu mengenal pasti maklumat yang perlu dicari, tetapi juga mampu mengumpul, mengurus dan mengolah maklumat supaya maklumat tersebut dapat digunakan bagi memenuhi keperluan dalam pembelajaran.

Kemahiran ini perlu dikuasai pelajar supaya pelajar

mampu memperoleh maklumat tambahan dalam pelajaran. Hal ini disebabkan pelajar tidak boleh semata-mata bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh guru-guru. Apabila pelajar menguasai kemahiran maklumat, bermakna pelajar berupaya mengenal pasti sumber pembelajaran, kaedah atau teknik mendapatkan maklumat sama ada melalui rujukan buku, rujukan kamus atau rujukan melalui sumber internet.

KESIMPULAN

menguasai kemahiran cara belajar

sama ada dengan atau tanpa kehadiran guru, pelajar dapat memaksimumkan usaha dan mengoptimumkan pemerolehan ilmu pengetahuan Dalam masa yang sama, penguasaan kemahiran cara belajar mampu membantu pelajar menggunakan masa secara berkesan.

Bukan sahaja pelajar dapat

mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran pelajar sendiri serta cuba untuk mengatasinya namun yang lebih penting pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran

Anda mungkin juga menyukai