Anda di halaman 1dari 5

Dengan berdasarkan analisis soalan komponen sastera yang telah dibuat oleh

rakan guru Bahasa Melayu melalui blognya, iaitu Cikgu Mohd Zaki Hj. Awang
Mat, terdapat 5 sajak lagi yang belum pernah ditanya dalam peperiksaan SPM.
Oleh itu, pelajar-pelajar hendaklah memfokuskan sajak-sajak tersebut semasa
mengulang kaji komponen sastera SPM. Saya akan memaparkan maksud
kelima-lima sajak tersebut kali ini untuk membantu pelajar supaya ingat akan
maksudnya semula.

1. Sajak Derita Pertama

Maksud sajak
Rangkap 1:
Adam terdampar ke dunia akibat melanggar perintah Allah yang melarangnya
makan buah khuldi.

Rangkap 2:
Adam terlantar di tempat baru pada waktu tengah malam. Adam tidak mengerti
suasana di tempat baru itu.

Rangkap 3:
Adam berasa cemas berada dalam keadaan yang gelap gelita.

Rangkap 4:
Sepanjang malam Adam bingung dan sedih menghadapi keadaan itu seorang
diri.

Rangkap 5:
Sepanjang malam itu Adam hanya menangis sambil merenung bulan di angkasa.

Aspek komsas yang mungkin ditanya dalam soalan ialah nilai kemanusiaan dan
pengajaran.
2. Sajak Anak Laut

Maksud sajak

Rangkap 1:
Nelayan tua terkenang akan koleknya di laut. Dengan kolek itulah dia mencari
rezeki di laut.

Rangkap 2:
Kolek usang dan nelayan tua mempunyai persamaan, iaitu saat kemusnahan
dan kematian semakin hampir.

Bentuk sajak

Bentuknya bebas.

Terdiri daripada dua rangkap

Bilangan baris dalam rangkap tidak sama; rangkap pertama ada sembilan baris;
rangkap kedua ada lima baris.

Panjang pendek barisnya tidak sama; paling pendek ada satu perkataan dan
yang paling panjang ada 5 perkataan.

Suku kata dalam baris juga tidak sama; antara satu suku kata hingga tiga belas
suku kata.

Rima akhirnya bebas/tidak sama

Aspek komsas yang mungkin ditanya dalam soalan ialah gaya bahasa, bentuk
dan nilai kemanusiaan.
3. Sajak Jalan-jalan Raya Kotaku

Maksud Sajak

Rangkap 1:
Sepanjang perjalanan di kota, kesesakan jalan raya menguji kesabaran para
penggunanya.

Rangkap 2:
Kebanyakan pengguna jalan raya hilang sabar. Ada juga pengguna jalan raya
yang sombong dan bertindak mengikut perasaan. Keadaan sebegitu
menyebabkan perjalanan terasa amat membosankan.

Rangkap 3:
Tiada sopan santun di jalan raya. Para pengguna jalan raya menonjolkan
kelebihan dan kekuatan sehingga hilang sifat sopan santun. Demikianlah sifat
warga kota pada masa kini.

Rangkap 4:
Jalan raya menjadi tempat manusia melakukan keganasan. Tiada lagi nilai murni
dalam diri manusia pada akhir zaman ini.

Aspek komsas yang mungkin ditanya dalam soalan ialah tema, nilai-nilai
kemanusiaan dan pengajaran.
4. Sajak Duhai Pentafsir

Maksud sajak
Penyajak mencari pentafsir atau pembimbing yang dapat memimpinnya ke jalan
kebenaran.
Dalam usia tua, penyajak menyedari segala kesilapannya, tetapi dia belum
menemui petunjuk atau hidayah.
Oleh sebab itu, kehidupannya penuh dengan keresahan.
Dia melakukan kesilapan kerana tidak mendapat pendidikan agama yang cukup
sejak kecil.
Penyajak sedar akan keadaan dirinya yang semakin tua dan kekuatan fizikalnya
yang semakin berkurang.
Keadaan itu menyukarkannya untuk mendalami ilmu agama.
Selama ini penyajak terpengaruh oleh pelbagai gejala negatif tetapi kini dia telah
sedar dan ingin mendampingi Tuhan.

Aspek komsas yang mungkin ditanya dalam soalan ialah gaya bahasa, bentuk
dan nilai kemanusiaan.
5. Sajak Di Ruang Gemanya
Maksud Sajak
Penyajak menumpukan seluruh taat setianya kepada negara dan senantiasa
berharap agar negaranya akan mencapai kejayaan dan kegemilangan.
Demi rasa setianya itu, dia sanggup menghadapi sebarang rintangan tanpa
mengenal rasa kecewa atau derita.
Penyajak juga menganggap dugaan yang dihadapi adalah sebagai adat
kehidupan dan dia sanggup berkongsi pengalamannya dengan orang lain untuk
menghadapi pelbagai bentuk cabaran hidup.

Aspek komsas yang mungkin ditanya dalam soalan ialah bentuk, persoalan dan
pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai