Anda di halaman 1dari 34

2.0 PERINGKAT KIMIA, SELULAR DAN TISU ORGANISMA 2.

1 PENGENALAN Kimia adalah satu bidang sains yang mengkaji jasad yang kecil ser ta interaksinya. Dalam kimia, jasad ini dikenali zarah-zarah yang dibahagi kepad a atom, molekul dan sebatian (kompoun). Interaksi antara atom seperti ikatan kov alen dan ikatan ionik akan mempengaruhi sifat-sifat fizikal sesuatu zarah. Manak ala elektron dalam atom tersebut akan menentukan sifat kimia. Bahan kimia selalu nya ditulis sebagai Na, O2, CH4, NaCl dsb. Bidang ini adalah penting kerana seti ap unit jasad adalah terdiri daripada bahan kimia. Contohnya air adalah dibentuk melalui pergabungan satu atom oksigen dan dua atom hydrogen, Garam masak pula a dalah dari pada natrium dan klorin. 2.2 BAHAN KIMIA UTAMA DALAM BADAN Pada amnya , seseorang yang melakukan aktiviti sukan memerlukan kordinasi dan kerjasama dar ipada semua organ badan. Lebih terperinci, setiap sel dalam badan manusia melaku kan sesuatu semasa seseorang bersukan. Yang penting, pengawalaturan adalah salah satu proses dalam badan yang sentiasa menimbangi ketidaknornmalan manusia. Peng awalaturan ini dinamakan sebagai suap balik positif dan suap balik negatif. Dala m menjalankan aktiviti fizikal yang cergas seperti bermain hoki dan bola keranja ng, seseorang mungkin kehilangan air yang berlebihan.

Jadi, badan manusia melalui sistem saraf dan sistem endokrina (hormon dan enzim) akan mengembalikan badan ke keadaan normal melalui proses suap balik positif. K ehilangan air dapat dicegah melalui mekanisme tersebut dengan mengurangkan pembu angan air ke dalam ginjal dan menaikkan kadar penyerapan air dari ginjal. Selain itu, ia juga menimbulkan rasa dahaga supaya seseorang itu meminum untuk membeka lkan air ke dalam badan. Sebaliknya, suap balik negatif akan berlaku apabila pen gambilan air yang berlebihan. Pengawalaturan ini direka supaya seseorang dapat h idup dalam keadaan yang normal. Biasanya, suap balik ini melibatkan denyutan jan tung, pengecutan dan pengembagan salur darah, dan penyingkiran dan penambahan ai r dalam konteks sukan. Bidang kimia dalam sistem biologi pula digelarkan sebagai biokimia. Bahan-bahan diperlukan untuk sel hidup adalah seperti karbohidrat, pr otein, lemak, asid nukleik dan sebagainya. Pada asasnya, bahan ini adalah signif ikan kerana mereka memainkan peranan dalam membina dan menggantikan sel-sel untu k tumbesaran. Ia juga berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga untuk aktiviti asas sel hidup. Setiap sel memerlukan tenaga haba dijana daripada tenaga untuk mengh adamkan molekul-molekul makanan dalam sitoplasma. Oleh yang demikian, manusia me merlukan tenaga untuk bernafas dan bergerak. Dalam teori fizik, tenaga disebut d alam unit joule (J). Tenaga ini adalah unit untuk mengukur kemampuan seseorang m elakukan sesuatu aktiviti fizikal seperti mandaki gunung. Dalam teori biokimia, tenaga dirujuk kepada ATP (adenosina trifosfat). ATP adalah satu bahan kimia akh ir yang boleh menghasilkan tenaga di peringkat sel. Jadi, setiap molekul makanan hendaklah dihadamkan supaya menjadi unit ATP, yang seterusnya dihadamkan menjad i tenaga dalam sukatan joule. Lebih banyak molekul ATP dihasilkan, maka lebih te naga dapat diperoleh. Pada label pakej makanan, biasanya sesuatu kuantiti makana n boleh ditukar kepada sesuatu sukatan tenaga dalam joule atau kilojoule. Di baw ah adalah beberapa contoh konsep asas kimia utama dalam badan; Atom Atom adalah satu struktur yang asas untuk membina sesuatu bahan kimia. Setiap atom mempunyai elektron bercas negatif, proton bercas positif dan neutron yang neutral. Atom b oleh dibezakan antara satu sama lain dengan bilangan subatomnya iaitu elektron,

proton dan neutron yang terkandung dalam suatu atom. Contohnya atom yang mempuny ai 1 elektron dan neutron serta tiada elektron dipanggil hidrogen dan disingkatk an sebagai H (simbol kimia). Manakala atom yang mempunyai 2 proton dan 2 elektro n serta 2 neutron adalah helium (He). Atom Hidrogen Atom Helium Bilangan proton sentiasa diimbangi dengan bilangan elektron yang sama supaya ses uatu atom adalah sentiasa bercas neutral (tidak bercas). Dalam tindak balas kimi a, sesuatu atom boleh kehilangan proton ataupun elektron dan seterusnya menjadi atom yang bercas positif atau negatif. Contohnya, hidrogen yang kehilangan satu elektron akan bercas positif kerana kehadiran proton. Atom yang bercas dipanggil sebagai ion positif atau ion negatif. Unsur (elemen) Unsur pula merujuk kepada jenis atom iaitu nama bagi sesuatu atom. Unsur-unsur kimia telah diatur ke dalam jadual berkala mengikut sistem elektron dan petalanya. Hasilnya, atom-atom yang berlainan jenis mempunyai nama yang unik seperti hidrogen, oksigen, bromin, nit rogen dsb. Unsur-unsur hendaklah selalu dalam keadaan yang neutral kerana unsur yang bercas akan mengelirukan.

Jadual berkala unsur Kompaun (sebatian) Dalam ilmu kimia, sebatian adalah satu k umpulan unsur yang digabungkan secara ionik apabila satu unsur kehilangan elektr on (bercas positif) dan satu lagi menerima elektron (bercas negatif). Dua ion ya ng bertentangan cas akan menarik antara satu sama lain untuk membentuk sebatian. Apabila kompaun ini berada dalam air, ia akan dipisahkan dan membentuk ion dan boleh menghantar (aliran) elektrik dalam cecair itu. Contoh sebatian adalah sepe rti NaCl, KNO3, Fe(NO3)2 dsb. Jadi, peranan sebatian dalam badan kita adalah mem bekalkan elektrolit (cecair yang bercas) untuk mengimbangi caj-caj dalam cecair badan. Sebatian Natrium Klorida

Molekul Walaupun tidak mengalami perubahan bilangan elektron, sesuatu boleh unsu r boleh bergabung melalui ikatan kovalen. Kedua-dua unsur itu dicantum melalui p erkongsian elektron apabila elektron terluar bagi sesuatu unsur adalah komplimen tari dengan unsur yang digabungkan. Dalam air, molekul tidak terlarut dan tidak membentuk ion kerana sifat kimia adalah berlainan dengan air (air merupakan mole kul yang berkutub). Molekul boleh wujud dalam cecair apabila ia dileburkan atupu n larut dalam pelarut organik yang bersifat kovalen. Contoh molekul adalah seper ti CCl4, O2, Cl2, H2 dsb. Molekul Hemoglobin Elektrolit Ion yang terhasil apabila sesuatu campuran terlaru t dalam air akan membentuk elektrolit yang berupaya membawa elektrik. Dalam kimi a, ia memerlukan elektrod (katod dan anod) untuk mengalir elektrik melalui sambu ngan wayar (litar). Dalam biokimia, elektrolit dalam cecair badan berfungsi untu k memekatkan / mencairkan kandungan cecair badan. Kehadiran ion yang tinggi akan memekatkan cecair dan seterusnya mengawal tekanannya seperti dalam darah. Ion-i on dalam elektrolit juga penting dalam menolong proses- proses lain seperti peng hadaman yang memerlukan faktor sampingan dan sebagainya. Jadi manusia memerlukan garam dan mineral untuk mengimbangi badan kita. Individu yang muntah dan ciritbirit berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan ion yang berlebihan dan badan ak an menjadi lemah. Larutan elektrolit Elektrolit

Karbohidrat Karbohidrat adalah pembekal tenaga utama dalam badan manusia. Ia ada lah sejenis makanan organik yang larut dalam pelarut organik kerana kehadiran ba nyak ikatan kovalen antara unsur-unsur C, H, dan O. Jadi formula kimia umum bagi karbohidrat adalah ditulis sebagai C6H12O6]n, n adalah bilangan unit berulang. Dalam perkataan harian, karbohidrat adalah gula. Namun, dalam istilah biokimia, karbohidrat adalah sukrosa, maltosa, glukosa, fruktosa dsb. Ada yang membezakan karbohidrat melalui bilangan karbon dalam unit berulangnya (unit berulang dipang gil sebagai monomer). Sumber makanan karbohidrat glokosa Contohnya pentosa dan triosa masing-masing mempunyai 5 dan 3 atom karbon. Cuma b eberapa jenis karbohidrat yang biasa difokuskan dalam pemakanan dan gizi kita, i aitu sukrosa, fruktosa dsb. Kesemua gula ini perlu dicernakan dalam sistem pence rnaan manusia supaya menjadi unit yang terkecil iaitu glukosa untuk diserap ke d alam sel-sel. Jadi, kekurangan glukosa dalam darah bermakna seseorang tidak memp unyai tenaga yang mencukupi untuk meneruskan proses dalam badan. Kesannya, indiv idu tersebut akan pitam dan pengsan. Nasi, roti, dan gandum merupakan sumber kar bohidrat yang utama. Sistem pencernaan manusia glokosa

Lipid Lipid adalah lemak yang diperlukan untuk melindungi badan kita. Ia berfung si sebagai penebat bawah kulit untuk melindungi badan daripada kesejukan. Ia jug a bertindak sebagai minyak pelincir untuk mengelakkan geseran antara organ semas a bergerak. Lipid juga merupakan komponen yang penting dalam membentuk sel membr an. Selain itu, lemak juga merupakan pembekal tenaga terakhir apabila ketandusan karbohidrat atau protein untuk memberi tenaga kepada badan. Jadi, semua orang m emerlukan lipid untuk terus hidup dan melicinkan proses dalam badan. Akan tetapi , pengambilan lemak yang berlebihan akan meyebabkan seseorang terus menjadi gemu k kerana ia tidak digunakan apabila pembekal tenaga lain masih ada. Badan akan m enyimpan lemak tersebut di bawah kulit seperti paha, perut, dan bahagian-bahagia n yang kurang aktif. Lipid boleh diambil daripada daging, kacang, dan sayur-sayu ran. Lipid (1) Lipid (2) Lipid (3)

Protein Protein adalah sumber yang penting dalam membina otot-otot badan. Ia ada lah unsur yang penting semasa pertumbuhan dari peringkat kanak-kanak ke dewasa. Protein biasanya diambil dari daging-daging seperti ayam, lembu, ikan, soya dsb. Biasanya, otot akan mengalami kerosakan dan kepecahan apabila seseorang menjala nkan sukan, jadi otot tersebut perlu diperbaiki dengan menambahkan satu lapisan protein ke atas bahagian otot yang rosak. Jadi, otot kelihatan besar pada tubuh badan. Beberapa bentuk protein

2.3 SISTEM SEL SEBAGAI UNIT ASAS HIDUP Sel adalah unit yang paling asas untuk ke semua benda hidup kerana ia mempu menjalankan semua proses hidup seperti bernafa s, berkumuh, makan, bertumbuh dan membiak. Dalam biologi, sel dibezakan sebagai sel haiwan dan sel tumbuhan. Perbezaan utama antara kedua-dua sel tersebut adala h kehadiran sel dinding dan kloroplas. Sel haiwan tidak mempunyai sel dinding da n kloroplas. Jadi, selnya boleh mengembang dan mengecut dengan mengubah kandunga n dalam sel itu. Sel haiwan termasuklah semua sel pada haiwan seperti sel otot, sel tulang, sel saraf dsb. Pelbagai jenis sel Sel haiwan Sel tumbuhan

2.4 STRUKTUR MEMBRAN DAN FUNGSINYA Dengan mikroskop cahaya membran sel kelihatan seperti garis yang memisahkan seti ap sel. Sedangkan dengan mikroskop elektron membran sel kelihatan tersusun dari dua lapisan dengan ketebalan antara 7.5 hingga 8 nanometer . Membran plasma juga dikenali sebagai membran sel. Sel ini merupakan suatu bahagian dalam suatu sel. Membran plasma mempunyai selaput nipis, kenyal, dan separa telap. Ia terbina da ripada dua lapisan fosfolipid dan protein. Fosfolipid mempunyai bahagian kepala berkutub yang bersifat hidrofilik (tertarik kepada air) dan bahagian ekor tidak berkutub yang hidrofobik (tidak tertarik kepada air) seperti dalam rajah di bawa h. Model ringkas satu molekul fosfolipid

Molekul protein dan fosfolipid tidak statik tetapi boleh bergerak bebas. Sifat i ni menyebabkan membran plasma mempunyai sifat bendalir. Oleh itu model yang dica dangkan oleh Singer dan rakan- rakannya dikenali sebagai model mozek bendalir. P rotein mempunyai tugas-tugas khusus seperti membantu pengangkutan molekulmolekul merentasi membran sel. Selain membran sel, organel-organel lain dalam sitoplasm a (retikulum/jalinan endoplasmik, sampul nukleus, kompleks Golgi, karungkarung m embran seperti vesikel, dan sebagainya) juga terdiri daripada dwilapisan fosfoli pid. Dengan itu, bahagian-bahagian dalaman sel sebenarnya mempunyai sistem perhu bungan antara satu sama lain melalui sistem mebran sel. Lihat gambarajah dibawah yang menunjukkan perletakan membran sel. Perhatikan kedudukan kolestrol, glikop rotein, glikolipid, protein reseptor, protein pengcam dan protein pengangkut pad a membran berkenaan. Bahan-bahan ini memainkan peranan dalam membantu pengangkut an melalui membran. Tugas utamanya ialah membentuk sempadan luar sel. Membran plasma (juga disebut m embran sel), adalah struktur yang kompleks. Walaupun tugasnya ialah memisahkan s itoplasma daripada bahagian luar sel (yang umumnya terdiri daripada cecair ekstr asel), ia juga membekalkan sistem pengangkutan untuk sebahagian bahan-bahan supa ya dapat masuk ke dalam sitoplasma. Gerak lakuan yang demikian menyebabkan ia di sebut sebagai mempunyai ciri `separa-telap'.

2.5 PERGERAKAN MASUK DAN KELUAR BAHAN MELALUI MEMBRAN SEL Membran sel merupakan sempadan dimana molekul-molekul tidak boleh bergerak sewenang- wenangnya. Di sep anjang membran sel sentiasa terdapat berbagai bahan dalam bentuk molekul atau za rah, pepejal atau cecair, yang berlegar-legar mencari ruang untuk masuk ke dalam sel atau keluar daripadanya. Namun, tidak semua bahan boleh meresap masuk denga n mudah, sebab itulah membran sel dikatakan bersifat separa telap. Umumnya, baha n-bahan daripada luar adalah gas (seperti oksigen, O2), ion dan nutrien yang dip erlukan untuk menjalankan aktiviti sel. Bahan daripada dalam pula terdiri daripa da gas karbon dioksid (CO2), hasil kumuhan, ion dan berbagai lagi untuk dinyahka n keluar daripada sel. Pergerakan bahan keluar masuk sel terdiri daripada 2 jenis : 1. pengangkutan pasif 2. pengangkutan aktif Pengangkutan pasif Pengangkutan pasif ialah bentuk pergerakan molekul yang tidak memerlukan tenaga apabila merentasi membran sel dan halaju pergerakan bergantung kepada kecerunan kepekatan disebalik sempadan membran tersebut. Terdapat 3 bentuk pengangkutan pa sif, iaitu (i) resapan mudah (ii) resapan berbantu melalui terusan protin (iii) resapan berbantu melalui perlekapan dan (iv) osmosis. i) resapan mudah : Antara bahan-bahan yang merentasi membran plasma melalui resapan mudah ialah air, gas d an molekul yang telap lipid. Melalui cara ini, pergerakan bahan berkenaan adalah mengikut arus (`pasif'). Kadar pergerakan resapan bergantung pada kecerunan kepekat an/tekanan/cas bahan berkenaan. Umumnya, pengangkutan

pasif berlaku pada situasi dimana terdapat air, walaupun amat sedikit, kerana ai r merupakan medium pergerakan. Pengangkutan cara ini dikatakan berlaku apabila s esuatu bahan atau molekul atau zarah (di dalam cecair tertentu) akan bergerak me ngikut kecerunan kepekatan, kecerunan cas, tekanan dan sebagainya. ii a) Resapan berbantu melalui protein terusan: Hanya beberapa jenis molekul sahaja yang dapa t melakukan resapan mudah. Bahan-bahan yang telap air, seperti ion (K+, Na+, Ca2 +) asid amino dan monosakarid tidak dapat melepasi dwilapisan fosfolipid ini. Ia memerlukan suatu mekanisma bantuan untuk membawanya melepasi membran. Bantuan i ni didapati daripada protin terusan yang terdapat secara berselerak terbenam dic elahcelah struktur membran. Protein terusan akan membuka ruang atau pori untuk m embenarkan molekul yang telap air (terutamanya ion yang telap air) melalui terus annya dan sekali gus telah melintasi membran. ii b) Resapan berbantu melalui per lekapan pada protin pembawa : Protein pembawa yangterdapat pada membran mempunya i tapak pelekap untuk bahan-bahan tertentu seperti asid amino, gula dan protin y ang kecil. Bahan-bahan tersebut akan melekapkan diri pada pada protin pembawa.Un tuk meneruskan pergerakan bahan, protin pembawa akan mengubah bentuknya supaya b ahan-bahan terlekap akan tertelus daripada bahagian pemula kepada bahagian akhir protein tersebut. Bentuk pelekapan adalah lemah, dan ia mudah terurai apabila b ahan-bahan telah masuk ke bahagian dalam sel. Protein pembawa, yang mulanya bert ukar bentuk, akan balik semula kepada bentuk asal selesai membawa bahan-bahan te rsebut. iii) Osmosis: Air, seperti juga molekul-molekul lain, bergerak melalui r esapan daripada kawasan yang tinggi kepekatan air kepada kawasan yang rendah kep ekatannya. Resapan air melalui membran separa telap dan mengikut kecerunan, dipa nggil osmosis. Bahanbahan terlarut merendahkan merendahkan kepekatan molekul air bebas. Osmosis tidak memerlukan tenaga sel. Proses osmosis

Pengangkutan aktif Pengangkutan aktif merupakan pergerakan yang melawan arus; yakni jenis melawan k ecerunan kepekatan. Denagn itu, ia memerlukan tenaga (yang terdiri daripada Aden osine Trifosfat atau `ATP') untuk menggerakkan bahan-bahan melalui membran plasma. U mumnya, bahan-bahan ini terdiri daripada molekul-molekul bersaiz besar seperti p rotin-protin tertentu dan mikroorganisma. Bahan-bahan ini bergerak merentasi mem bran sel melalui salah satu daripada dua bentuk utama pengangkutan aktif (i) end ositosis, (ii) eksositosis. i. Endositosis: Walaupun membran plasma merupakan su sah untuk ditembusi, zarahzarah besar, protin-protin malah keseluruhan mikro org anisma seperti bakteria, masih berupaya masuk kedalam sel. Bahan-bahan ini menel usi proses kemasukan yang sukar yang di panggil endositosis (bahasa Yunani berma kna `masuk kedalam sel'). Semasa endositosis, membran plasma mula2 sekali akan meran gkumi partikel tersebut, memencil dan seterusnya membentuk suatu karung membran yang dipanggil vesikel dengan partikel tersebut terperangkap didalamnya. Dalam k eadaan inilah vesikel masuk kedalam sitoplasma. Terdapat 3 jenis endositosis, Be rdasarkan saiz bahan tersebut dan cara ianya dibawa masuk. Ketiga-tiga jenis ter sebut ialah pinositosis, endositosis berbantu mediator dan fagositosis;

(ia) pinositosis ialah pergerakan yang membawa masuk bahan cairan, khususnya cec air ekstrasel. Mula-mula sekali, membran plasma akan membentuk lekuk pada suatu kawasan di lapisan membran. Lekuk ini menjadi semakin mendalam, dan akhir sekali lekukan tersebut akan membentuk vesikel yang mengandungi cairan. Melalui vesike l inilah cecair ekstrsel dibawa masuk ke dalam sel. (ib) endositosis dibawa oleh reseptor Exositosis' jika pergerakannya menghala dari dalam sel ke arah luar sel . Proses yang sama. (ii) Fagositosis: dilakukan oleh sel darah putih dan organis ma peringkat tinggi. Organisma peringkat rendah melakukannya secara sendiri. Pro ses adalah sama kecuali vesikel terbentuk adalah terdiri dari Kompleks Golgi (bu kan membrane plasma) dan pergerakkannya adalah mengarah ke bahagian luar sel (pr oses ektositosis). Fungsi umum Membran plasma berfungsi untuk mengasingkan kandu ngan sel daripada persekitaran luar. Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel. Ia telap kepada air dan lipid tetapi tidak telap kepada ba han-bahan tidak berpolar. Molekul-molekul kecil dan bahan larut lipid dapat mela lui lapisan lipid dengan mudah. Selain itu, membran plasma berfungsi untuk melin dungi organel-organel di dalam sel. Contoh molekul-molekul kecil ialah: air oksi gen karbon dioksida Contoh molekul-molekul larut lipid ialah: gliserol asid lema k vitamin - A, D, E, K hormon jenis steroid 2.6 MEKANISMA ASAS PENGELUARAN, PENYIMPANAN DAN PENGGUNAAN TENAGA Karbohidrat at au glukosa merupakan karbohidrat terpenting dalam kaitannya dengan pengeluaran t enaga di dalam tubuh. Hal ini disebabkan kerana semua jenis

karbohidrat sama ada monosakarida, disakarida mahupun polisakarida yang dihasilk an oleh manusia akan ditukar menjadi glukosa di dalam hati. Glukosa ini kemudian akan berperanan sebagai salah satu molekul utama bagi pembentukan tenaga untuk tubuh badan kita. Jadi sumber yang penting untuk penghasilan tenaga dalam sel ad alah glukosa (C6 H12O6); C6H12O6 + O2 ----------> CO2 + H2O + TENAGA Bagaimanapu n, tindak balas ini menggunakan jumlah tenaga yang terlalu banyak untuk hanya 1 sel. Jadi sel telah memecahkan glokosa dalam keseluruhan tindak balas dan menggu nakan jumlah tenaga yang lebih kecil berbanding tindak balas yang pertama tadi. Tindak balas keseluruhan ini menghasilkan ATP (Adenosine Triphosphate) daripada ADP ( Adenosine Diphosphate). Kemudian, sel akan memecahkan ATP seperti dalam ti ndak balas di bawah: A----P++P++P <-----> A----P+++P + P + 7700 calories* Di dalam tubuh manusia glukosa yang telah diserap oleh usus halus kemudian akan di bahagikan ke dalam semua sel tubuh melalui aliran darah. Di dalam tubuh, gluk osa tidak hanya dapat tersimpan dalam bentuk glikogen di dalam otot dan hati nam un juga tersimpan pada plasma darah dalam bentuk glukosa darah (blood glucose). Glokosa juga berperanan sebagai bahan bakar bagi proses metabolisme, dan akan be rperanan sebagai sumber tenaga utama bagi otak. Melalui proses oksidasi yang ter jadi di dalam selsel tubuh, glukosa kemudian akan digunakan untuk mensintesis mo lekul ATP (adenosine triphosphate) yang merupakan molekul- molekul keseluruhan t enaga dalam tubuh badan. Untuk dapat menghasilkan tenaga, proses metabolisme glu kosa akan berlangsung melalui 2 mekanisme utama iaitu melalui proses anaerobik d an proses aerobik. Proses metabolisme secara anaerobik akan berlangsung di dalam sitoplasma (cytoplasm) sedangkan proses metabolisme anaerobik akan berjalan den gan mengunakan enzim yang bertindak sebagai pemangkin di dalam mitokondria denga n kehadiran Oksigen. Pada peringkat awal metabolisme pertukaran glukosa kepada t enaga di dalam yang menghasilkan tenaga di dalam tubuh. Dalam penggunaan seharia n, glukosa akan menyediakan hampir 50-75% dari

tubuh akan berlangsung secara anaerobik melalui proses yang dinamakan Glikolisis (Glycolysis). Proses ini berlangsung dengan mengunakan bantuan 10 jenis enzim y ang berfungsi sebagai pemangkin di dalam sitoplasma (cytoplasm) yang terdapat pa da sel eukaryotik (eukaryotic cells). Teras dari keseluruhan proses Glikolisis a dalah untuk menukarkan glukosa menjadi produk akhir berupa asid piruvat. Model ringkas proses Glikolisis Pada proses Glikolisis, 1 molekul glukosa yang m emiliki 6 atom karbon pada rantainya (C6H12O6) akan terpecah menjadi produk akhi r berupa 2 molekul piruvat (pyruvate) yang memiliki 3 atom karbom (C3H3O3). Pros es ini berlaku melalui beberapa tahap tindak balas yang akhirnya membentuk beber apa sebatian antaranya adalah seperti Glukosa 6-fosfat dan Fruktosa 6-fosfat. Se lain penghasilan molekul piruvat, proses glikolisis ini juga akan menghasilkan m olekul ATP serta molekul NADH (1 NADH3 ATP). Molekul ATP yang terbentuk ini kemu dian akan diekstrak oleh sel-sel tubuh sebagai komponen asas dalam penghasilan t enaga. Melalui proses glikolisis ini 4 buah molekul

ATP dan 2 buah molekul NADH (6 ATP) akan dihasilkan serta pada awalnya proses in i akan memecahkan 2 buah molekul ATP sehingga dapat membentuk 8 buah ATP. Tahap metabolisme tenaga berikutnya akan berlangsung dalam proses aerobik dengan mengu nakan bantuan oksigen (O2 ). Bila oksigen (O2) tidak tersedia maka molekul piruv at hasil proses glikolisis akan bertukar menjadi asid laktik. Dalam kondisi aero bik, piruvat hasil proses glikolisis akan teroksidasi menjadi hasil akhir berupa H2O dan CO2 di dalam proses yang dinamakan respirasi selular (Cellular respirat ion). Proses respirasi selular ini terbahagi kepada 3 tahap utama iaitu Acetyl-C oA, proses oksidasi Acetyl-CoA dalam siklus asid sitrat (Citric-Acid Cycle) sert a Rantai Transport Elektron (Electron Transfer Chain/Oxidative Phosphorylation). Tahap kedua dari proses respirasi selular yaitu Siklus Asid Sitrik merupakan pu sat bagi seluruh aktiviti metabolisme tubuh. Kitaran ini tidak hanya digunakan u ntuk memproses karbohidrat namun juga digunakan untuk memproses molekul lain sep erti protein dan juga lemak. Gambar di bawah akan memperlihatkan 3 tahap proses respirasi selular beserta Kitaran asid sitrik (Citric Acid Cycle) yang berfungsi sebagai pusat metabolisme tubuh. Proses respirasi selular

2.7 JENIS DAN FUNGSI TISU UTAMA Tisu ialah sekumpulan sel yang telah bersatu unt uk menjalankan tugas yang tertentu. Di dalam tubuh manusia, terdapat empat jenis tisu utama iaitu tisu epitelium, tisu otot, tisu saraf, dan tisu penghubung ata u pengikat. TISU EPITELIUM Tisu epitelium adalah satu daripada 4 tisu asas. Setiap tisu asas mempunyai peranan masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu. Epit elium ialah tisu yang dibina oleh sekumpulan sel. Sel merupakan komponen utama t isu ini. Dari segi struktur, sel-selnya tersusun rapi menyerupai kepingan dan me mpamerkan susunan sama ada berbentuk unilaminar atau multilaminar. Epitelium ber asal daripada ketiga-tiga lapisan germa embrio, iaitu ektoderma, mesoderma dan e ndoderma.

Beberapa jenis tisu epitelium Tisu epitelium merangkumi: i. tisu epitelium permu kaan ii. tisu epitelium kelenjar iii. tisu epitelium khusus Ciri-ciri umum epite lium 1. Epitelium menyelubungi seluruh permukaan ekterior badan. E.g. epidermis kulit. 2. Epitelium juga melapisi semua saluran yang mempunyai hubungan, samada secara langsung ataupun tidak dengan bahagian ekterior badan. E.g epitelium dala m sistem pernafasan, sistem pencernaan dan sistem urogenital. 3. Epitelium melap isi kaviti-kaviti badan seperti kaviti peritoneum, kaviti pleural dan kaviti per ikardium. 4. Epitelium juga melapisi salur-salur sistem kardiovaskular (jantung dan pembuluh). Epitelium ini disebut endothelium. 5. Epitelium terletak diatas s atu lapisan membran yang dipanggil membran asas, i.e satu lapisan yang memisahka n epitelium dengan tisu perantara dibawahnya. 6. Epitelium tidak mempunyai pembe kalan darah, iaitu ia bersifat avascular. Ia mendapat bekalan makanan dari pembu luh-pembuluh yang membekali tisu perantara dibawahnya. 7. Tisu epitelium berupay a mengalami regenerasi dan pembaharuan, e.g. epitelium yang melapisi kulit, sist em pencernaan, kawasan olfaktori dan kornea. 8. Epitelium merupakan tisu yang be rtanggongjawab dalam pembentukan kelenjar eksokrin dan endokrin. 9. Dari segi fu ngsi, tisu epitelium memainkan peranan dalam kegiatan pelinciran, rembesan, peny erapan, perlindungan, resepsi deria, perkumuhan, pengangkutan,

pencernaan dan pembiakan. Epitelium permukaan Epitelium yang menyelubungi atau m elapisi sesuatu permukaan. Ini termasuk permukaan eksterior atau permukaan inter ior badan atau organ. Pengelasan epitelium permukaan adalah berasaskan dua fakto r utama: i. Susunan lapisan selnya iaitu samada selapis (simple) atau berlapis ( stratified). ii. Bentuk selnya iaitu samada skuamus, kiub, kolumna atau peraliha n. Epitelium selapis (simple epithelium) Epitelium ini dibina oleh satu lapisan sel sahaja. Berasaskan bentuk selnya, ia merangkumi epitelium skuamus selapis, e pitelium kiub selapis, epitelium kolumna selapis dan epitelium kolumna berlapis palsu. 1. Epitelium squamus selapis Sel-sel epitelium ini berbentuk pipih menyer upai sisik ikan. Nukleusnya memanjang dan terletak mengikut paksi panjang sel. F ungsi, sel-sel epitelium ini sesuai untuk aktiviti pemindahan gas, cecair dan me tabolit. Didapati di kaviti-kaviti badan (peritonuem, perikardium, pleural), sis tem kardiovaskular dan saluran limfa, lapisan parietal kapsul Bowman (ginjal), a lveolus paru-paru. 2. Epitelium kiub selapis Sel-sel epitelium ini berbentuk kiu b. Nukleusnya kelihatan lebih bulat dan terletak ditengah sel. Dari segi fungsi, saiz dan bentuk sel epitelium ini sesuai melapisi duktus-duktus dan mempunyai p eranan dalam proses rembesan dan penyerapan. (e.g tubul proksimal dan distal gin jal). Didapati di tubul proksimal dan distal ginjal, duktus kelenjar, bronkiol t erminal danpermukaan ovari. 3. Epitelium kolumnar selapis Sel-sel epitelium ini kelihatan lebih tinggi dan mempunyai bentuk seperti satu turus memanjang. Nukleu snya membujur mengikut paksi panjang sel dan biasanya bertempat berdekatan denga n bahagian dasar sel. Epitelium ini sesuai untuk aktivit rembesan dan penyerapan . Didapati di: sebahagian besar trakus sistem pencernaan, duktus kelenjar, uteru s, bronkiol, oviduktus dan pundi hempedu.

4. Epitelium kolumna berlapis palsu Epitelium ini dikatakn berlapis palsu kerana sel-selnya kelihatan seolah-olah mempungai lebih dari satu lapisan. Sungguhpun nukleusnya kelihatan berlapis disamping mempunyai sel yang juga kelihatan tinggi dan rendah, tetapi sebenarnya setiap sel itu terletak diatas membran asas. Epit elium ini biasanya mengandungi sel goblet dan mempunyai silium atau stereosilium di permukaan bebasnya. Didapati di: sebahagian besar trakus pernafasan, vas def erens, sebahagian urethra lelaki dan wanita. Epitelium berlapis (stratified epit helium) Terdiri daripada dua lapisan atau lebih. Ia terbahagi kepada: i. epiteli um skuamus berlapis. ii. Epitelium kiub berlapis iii. Epitelium kolumna berlapis iv. Epitelium peralihan. 1. Epitelium skuamus berlapis Hanya lapisan sel di bah agian permukaan sahaja yang terdiri daripada kumpulan sel-sel skuamus. Sel-sel d ibahagian lain mempunyai pelbagai bentuk. Epitelium skuamus berlapis terdiri dar ipada dua jenis iaitu yang berkeratin dan yang tak berkeratin. Dalam jenis berke ratin, sel-sel skuamus di bahagian permukaan epitelium kelihatan tidak mempunyai nukeus. Terkandung didalam sitoplasma sel-sel telah mati ialah bahan-bahan skle roprotein (protein berserat) yang dikenali sebagai keratin. Untuk epitelium skua mus tak berkeratin, kesemua lapisan selnya masih mengandungi nukleus sebab ia ti dak mengalami proses pengkeratinan. Epitelium skuamus berkeratin boleh didapati di kawasan tisu yang terdedah kepada aktiviti pergeseran seperti epidermis kulit , dan sebagahian kaviti mulut (gusi dan lelangit keras). Epitelium skuamus tak b erkeratin boleh didapati melapisi permukaan kaviti basah seperti mulut, farinks, esofagus, uretra dan vagina. 2. Epitelium kiub berlapis Epitelium ini terbentuk daripada dua lapisan sel kiub. Didapati di: duktus kelenjar peluh. 3. Epitelium kolumna berlapis

Sel-sel kolumna yang membentuk eoitelium ini hanya terdapat di lapisan superfisi al sahaja. Di bahagian bawah, bentuk sel berbeza daripada kiub kepada polihedron . Didapati di forniks konjunktiva, duktus kelenjar yang besar. 4. Epitelium pera lihan Epitelium ini agak unik kerana bentuk sel di alpisan superfisialnya tidak menunjukkan ciriciri skuamus atau kolumna tetapi lebih membulat atau berbentuk k ubah. Epitelium ini sesuai bagi organ yang memerlukan tindakan regang. Didapati di: trakus sistem kencing seperti pelvis renal, ureter, pundi kencing dan bahagi an proksimal uretra. Epitelium Kalenjar Pembentukan kelenjar i. kelenjar eksokri n ii. kelenjar endokrin Bermula dengan proliferasi sel-sel epitelium. Sel-sel ep itelium akan menembusi lapisan tisu perantara. Kelenjar ini membentuk dua bahagi an, i.e bahagian duktus dan bahagian rembesan. Jika duktus kekal, membentuk kele njar eksokrin ( Kelenjar parotid). Jika duktus hilang, membentuk kelenjar endokr in ( Kelenjar tiroid). Kelenjar eksokrin i. unisel dan multisel - berasaskan bilangan sel yang membentu k kelenjar. Unisel dibina oleh satu sel rembs sahaja, eg. sel goblet. Multisel d ibina oleh beberapa sel rembes. ii. ringkas dan majmuk - berdasarkan sistem dukt us kelenjar. iii. tubul, alveolus (asinus) dan tubulo-alveolus berdasarkan bahag ian rembesan yang bersifat tubul, alveolus atau tubuloalveolus. iv. Serus, mukus dan seromukus berasaskan ciri-ciri bahan yang dirembeskan. Serus v. rembes ceca ir, mucus rember mucus (cecair pekat), seromukus rembes kedua-dua jenis rembesan . Merokrin, holokrin dan apokrin berasaskan cara sel epitelium merembeskan bahan .

Jenis-jenis kelenjar ringkas i. Tubul ringkas - terdapat di kripta Lieberkuhn us us. ii. Tubul bergelung ringkas - kelenjar peluh iii. Tubul bercabang ringkas terdapat di bahagian funduc gaster. iv. Alveolus ringkas - tidak terdapat dalam mamalia. v. Alveolus bercabang ringkas - kelenjar sebum Jenis-jenis kelenjar maj muk i. Tubul majmuk - kelenjar bulbo-uretra dan kelenjar dibahagian kardiak gast er. ii. Tubulo-alveolus majmuk - pancreas dan kelenjar parotid. Kelenjar Endokri n Tidak mempunyai sistem duktus. Bahan rembesan masuk terus ke sistem darah. Eg. kelenjar tiroid, adrenal, pituitari. PENGKHUSUSAN SEL EPITELIUM Mikrovilus Stru ktur berbentuk seperti jejari yang terdapat dipermukaan bebas sel epitelium yang menunjukkan fungsi penyerapan seperti sel yang melapisi usus. Fungsi mikrovilus adalah untuk menambahkan luas permukaan sel bagi melicinkan proses peyerapan. S ilium dan flagelum Silium merupakan struktur rerambut pada permukaan sel epiteli um. Banyak pada epitelium pada permukaan sistem pernafasan dan tiub uterus. Flag ellum lebih panjang. Fungsi flagelum sebagai satu struktur yang motil jelas dili hat dalam pergerakkan spermatozoa. Kompleks persimpangan Struktur yang biasanya terdapat di sel-sel epitelium yang mudah terdedah kepada tarikan (traction) dan tekanan. Lekatan yang wujud di antara sel bukan sahaja disebabkan oleh bahan-bah an yeng terdapat diantara sel malah juga dibantu oleh struktur ini. Terdapat 3 b entuk kompleks persimpangan: i. Zonula okludens atau persimpangan ketat ii. Zonu la adherens

iii. Makula adherens atau desmosom Susunan terperinci ketiga-tiga struktur ini h anya jelas kelihatan dengan menggunakan mikroskop elektron kerana apabila diliha t dengan mikroskop cahaya struktur ini hanya kelihatan sebagai garisan-garisan p adat sahaja. TISU PERANTARA / PENYAMBUNG DAN PENYOKONG Mempunyai bentuk yang ber beza-beza. Penting dalam pembentukan tisu lain. Fungsi utamanya ialah sebagai pe nghubung diantara tisu dan juga dapat memegang tisutisu tersebut bersama supaya menjadi lebih kuat. Ciri umum semua tisu penyambung dan penyokong ialah berasal dari mesoderma. Tisu penyambung embrio (mesenkima) berasal dari mesodermal somit es dan splancnic mesoderm. Semua tisu penyambung dan penyokong berasal dari mese nkima. Contoh tisu perantara/ penghubung Semua tisu penyambung dan penyokong terdiri da ripada sel, serat dan bahanbahan berbagai bentuk (amorphous ground substance, ya ng terdiri daripada proteoglycans) dalam komposisi yang berbeza. Fungsi tisu per antara adalah: 1. membina bentuk atau menyokong tisu ini membentuk tendon, ligam ent, tulang dan rawan. Tendon menyambung otot dengan tulang Ligament menyambung tulang dengan tulang, tulang dengan rawan, rawan dengan rawan, dan organ dengan organ. Tulang dan rawan menyokong tisu lembut badan. 2. memberi perlindungan ata u pertahanan dari serangan mikroorganisma tisu ini mengandungi sel fagosit dan s el penghasil antibodi. Sel fagosit menelan bahan

asing yang masuk ke dalam badan. Antibodi adalah protin khusus yang dihasilkan o leh sel ( sel plasma) yang berperanan melawan virus atau bakteria yang masuk. Ti su penyambung dewasa 1. tisu penyambung longgar 2. tisu penyambung padat tidak t eratur 3. tisu penyambung padat teratur a. kolagen b. elastik 4. tisu penyambung retikulum 5. tisu adipos a. tisu adipos putih b. tisu adipos coklat Tisu penyok ong dewasa 1. rawan a. hilin b. elastik c. rawan fibrous 2. tulang 3. gigi Serat -serat tisu penyambung terdiri daripada 3 jenis: kolagen, retikulum, dan elastik . Tisu penyambung longgar Banyak terdapat dalam haiwan dewasa. Didapati disekeli ling salur darah dan saraf, diantara serat-serat otot, dan diatara lapisan otot licin. Juga terdapat dibawah epitelium dimana terdapat salur darah didalamnya. T erdapat lebih banyak sel daripada serat. Serat tersusun secara longgar dan mempu nyai ketiga-tiga jenis serat. Terdapat dua kumpulan sel dalam tisu penyambung lo nggar: 1. sel-sel yang tetap fibroblast, pericytes, sel adipos. 2. sel-sel bebas Sel-sel tetap Fibroblast paling banyak, biasanya berbentuk memanjang. Fibroblas yang aktif terdapat dalam tisu penyambung yang terlibat dalam penyembunan luka.

Pericytes -Sel-sel perikapilari yang memanjang. Boleh bertindak sebagai progenit or cells untuk fibroblas, kondroblas, dan sel otot licin bila diperlukan. Sel ad ipos - sel lemak / liposit. Bila banyak ia menjadi tisu adipos. Sel ini mengandu ngi titisan lipid. Sel-sel bebas Makrofag boleh bergerak. Terbentuk dari sel mon osit dan bergerak dari darah ke dalam tisu penyambung longgar. Bila diransang, s el makrofag menjadi besar. Makrofag memakan (phagocytize) bahan luaran seperti p artikel habuk dan karbon dalam paru-paru. Mereka membunuh bacteria dan mengeluar kan sel-sel darah merah yang rosak atau tua dalam limpa dan nodus limfa. Memaink an peranan penting dalam tindakbalas imun. Sel mast banyak terdapat disekeliling salur darah. Ianya besar, dan polymorphic. Mengandungi heparin dan histamin. Se l plasma - berbentuk bujur. Berasal dari B-limfosit yang berpindah dari darah. K romatofors (chromatophores) Lain-lain limfosit, monosit dan granulosit. Tisu penyambung padat Serat seratnya lebih banyak daripada sel-sel dan bahan berb agai bentuk. Tisu penyambung yang khusus untuk peranan menyokong. Terdiri daripa da sel, kondrosit, serat dan bahan berbentuk gel. Terdapat 3 jenis rawan: 1. hia lin putih dan lutsinar. Terdapat pada permukaan sendi, hidung, larinks, trakea d an bronki. 2. elastik didapati ditempat yang memerlukan renggangan, seperti teli nga luar, dan epiglotis. 3. rawan fibrous paling sedikit dalam badan. Didapati p ada intervertebra disk dan menisci pada sendi stifle. Terdapat dua jenis tisu pe rantara: i. Tisu perantara sebenar ii. Tisu perantara khusus. Tulang, darah, raw an, limfa dan tisu hematopoiesis (seperti sumsum tulang, nodus limfa, limpa dan timus) adalah merupakan tisu perantara khusus. Ini kerana mereka mempunyai fungs i yang lebih khusus. Tisu perantara sebenar mempunyai fungsi-fungsi yang umum. T isu perantara

sebenar mempunyai pelbagai fungsi. Ia merupakan tisu penyokong bagi sel-sel epit elium, tisu otot dan tisu saraf. Selain itu tisu perantara juga memainkan perana n dalam fungsi pertahanan, pusat simpanan, pengangkutan, pemulihan tisu dan sint esis serat-serat kolagen. Tisu perantara wujud daripada tisu mesenkima (iaitu ti su perantara embrionik) yang berasal daripada lapisan mesoderm. Tisu perantara d ibina oleh dua komponen utama iaitu: i. sel-sel ii. bahan antara sel atau matrik s *. Serat-serat tisu perantara i. serat kolagen * ii. serat kenyal * iii. serat retikulum * Bahan dasar Bersifat fizikal seperti gel, tidak berwarna dan tidak mempunyai rupabentuk yang tertentu. Dikenali sebagai bahan dasar amorfus. Ia dib ina oleh protein dan karbohidrat secara kompleks. Bahan dasar juga mengadungi ai r. Sel-sel tisu perantara * Fibroblast * Sel mesenkima * Makrofaj * Sel plasma Sel mast * Sel lemak (Adiposit) * Sel darah putih * Jenis-jenis tisu perantara sebenar i. Tisu perantara kendur * ii. Tisu perantara padat * iii. Tisu perantara dengan ciri khas * a) Tisu perantara kenyal * b) Ti su perantara retikulum * c) Tisu adipos *

iv. Tisu perantara mesenkima * v. Tisu perantara mukus * TISU OTOT (muscular tis sue) Tisu otot berasal dari mesoderm dan khusus untuk kontraksi. Secara umum, ot ot boleh dibahagikan kepada tiga jenis berasaskan ciri-ciri morfologi dan fungsi -fungsinya. i. Otot rangka/berjalur/terkawal - Otot yang terdapat pada sistem ra ngka. ii. Otot jantung - Otot yang terdapat pada jantung. Iii. Otot licin / tak berjalur / tak terkawal / viscera - Otot yang terdapat dalam viscera badan. Tisu otot Otot mengecut apabila mendapat rangsangan dari CNS. Otot rangka dan ja ntung dikategorikan sebagai otot jalur kerana pada kedua-dua otot ini terdapat j alur yang jelas kelihatan dibawah mikroskop. Nukleus otot rangka terdapat di bah agian peripheri. Otot berjalur Terdiri daripada serat-serat multinukleus, tidak bercabang dan memanjang. Otot mendapat nama kerana ia kelihatan berjalur dibawah mikroskop. Terdapat dua jenis otot berjalur: merah dan putih (pink). Otot merah terdapat pada kawasan yang melakukan kerja-kerja yang berterusan, manakala otot putih terdapat yang melakukan pergerakkan yang cepat dan berselang-seli. Perbez aan warna ini disebabkan oleh jumlah myoglobin dan cytochrome, dan juga mitokond rin di dalam sitoplasma. Otot merah menjana ATP (adenosine triphosphate) lebih c epat daripada otot putih dan lebih tahan. Lain-lain ciri otot jalur ialah nukleu s terletak di tepi sel, dan hujung saraf memasuki

setiap fibril otot. Fibril otot (myofibril) ialah unit asas. Setiap serat otot t erdiri daripada beberapa fibril dan diselaputi oleh tisu penyambung yang nipis d ipanggil sarcolemma. Serat otot diselaputi oleh endomisium. Serat-serat ini berc antum membentuk bundle otot, dipanggil fasikulus yang diselaputi oleh membran pe rimisium. Beberapa fasikulus bercantum membentuk otot yang diselaputi oleh membr an epimysium. Biasanya otot mempunyai satu badan dan dua hujung yang berakhir pa da tendon atau ligamen. Otot rangka biasanya mempunyai origin (bahagian yang tid ak bergerak) dan pelekatan (insertion, bahagian yang boleh bergerak), dan biasan ya melekat pada tulang oleh tendon. Setiap otot dibekalkan oleh saraf untuk menj alankan aktiviti. Terdapat otot rangka yang tidak mempunyai origin dan insertion , eg otot orbicularis oris, iaitu otot sphincter pada mulut, anal sphincter luar an, dan otot rangka pada esofagus. Otot-otot kaki biasanya tersusun berpasangan dan melakukan kerja yang berlawanan (antagonis).Otot biceps brachii pada lengan akan membengkokkan sendi siku, manakala otot triceps brachii meluruskan sendi. L ain-lain, Fleksor dan ekstensor, adductor dan abduktor. Otot rangka pada trunk, umumnya adalah helaian otot. Otot licin Tidak terdapat jalur pada otot ini. Bent uk meruncing dan mempunyai satu nukleus ditengah-tengah. Boleh didapati dengan b anyak dalam trakus sistem pencernaan, sistem pernafasan, sistem pembiakan dan si stem kencing. Pensarafan adalah dari serat yang bersifat simpatetik dan sistem s araf autonomik. Terdapat dua jenis, satu dipaggil viscera dan satu lagi otot mul ti-unit. Otot viscera terdapat perut dan usus, sistem urogenital, dan dalam otot arector pilli pada dasar rambut, terutamanya pada bahagian leher dan bahu disep anjang spine scapula. Otot multi-unit didapati dikawasan dimana kawalan pengecut an otot yang tepat diperlukan, seperti otot pada sphincter dan otot pengenduran iris pata mata, otot licin pada dinding pembuluh darah, dan pada alveoli dan duk tus alveoli pada paru-paru. Otot ini tiada myofibril, dan tidal mempunyai jalur. Biasanya tidak mempunyai origin dan insertion dan tidak melekat kepada tulang. Secara fizikal, ianya kecil daripada otot rangka dan otot jantung, spindle shape dengan nucleus terletak ditengah-tengah. Tiada sarkolema. Bekalan saraf sedikit dan autonomik. Sel-sel otot multi-unit menerima total innervation, seperti otot arrector pili.yang

terdapat pada dasar rambut yang menegakkan rambut. Bekalan saraf ke otot licin t idak berhubung secara terus ke otak, oleh itu pengecutan adalan tak terkawal (in voluntary). Otot jantung Mempunyai ciri morphologi yang hampir serupa dengan oto t rangka. Perbezaan yang ketara ialah dari segi bentuk selnya dan kedudukan nukl eus. Sel-sel otot jantung mempunyai cabang dan bercantum dengan sel-sel lain. Nu kleus otot jantung terletak dibahagian tengah sarkolemma. Otot jantung bergerak secara involuntary dan berterusan. Maka ia kaya dengan mitokondrion dan glikogen . Terdapat hanya pada jantung. Dari segi struktur ianya mempunya cirri otot rang ka dan otot licin. Ia mempunyai jalur, tapi nucleus terletak ditengah-tengah. Di bawah mikroskop, serat otot kelihatan bercabang. Terdapat sarkolema. Sel-sel oto t jantung mempunyai banyak mitokondria bagi membolehkan pergerakkan yang berteru san. TISU SARAF Melalui tisu saraf, isyarat atau stimulus yang diterima dari lua r dan dalam badan akan diproses dan dianalisis terlebih dahulu sebelum tindakbal as berlaku. Fungsi utama ialah mekoordinasikan kesemua kegiatan badan, khususnya yang berkaitan dengan fungsi-fungsi visera, endokrin, motor dan mental. Tisu saraf Sistem saraf boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama: sistem sara f pusat yang terdiri daripada otak dan korda spina, dan sistem saraf periferi ya ng merangkumi serat-serat saraf spina dan saraf kranium, serta ganglion. Dua kum pulan sel yang membina tisu saraf: neuron dan neuroglia (sel bukan neuron) Neuro n Struktur asas sistem saraf. Sel-sel halus yang terdiri daripada badan sel dan satu

atau lebih proses. Bentuk badan sel neuron adalah berbeza, bujur, piramid, binta ng, dan biasanya digunakan dalam klasifikasi jenis-jenis neuron. Dari segi struk tur ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Perikarion (badan sel), dendrit dan aks on. Dendrit dan akson adalah cuaran. Badan sel adalah bahagian yang mempunyai nu kleus. Mengandungi organel sel nukleus, ER, lisosom, fibrils, tubul, mitokondria , granul, vesikel dan alat golgi. Dendrit cuaran sitoplasma sel saraf yang pende k. Meruncing kearah distal. Berfungsi dalam menerima rangsangan ie. Membawa impu ls ke badan sel (bersifat aferen). Akson cuaran yang panjang, dan biasanya hanya satu akson sahaja. Berfungsi dalam menghantar impuls ke efektor (besifat eferen ). Pengkelasan neuron Dari segi struktur, neuron boleh dikelaskan kepada 3 kumpu lan mengikut bilangan proses: - neuron multipolar mempunyai beberapa denrit dan satu axon. - neuron bipolar mempunyai satu dendrit dan satu axon. - neuron monop olar mempunyai satu process yang bertindak sebagai dendrit dan axon. Dari segi f ungsi, neuron boleh dikelaskan sebagai: - neuron motor berfungsi dalam pengawala n organ efektor seperti kelenjar dan otot. - neuron deria penerimaan rangsangan. - interneuron menghubungkan antara dua neuron. Ganglion Kumpulan sel saraf yang terletak diluar sistem saraf pusat. Neuroganglia Merupakan kumpulan sel-sel kec il dalam tisu saraf. Ia terletak diantara neuron. Selain sebagai sel penyokong, ia juga membekalkan makanan, dan pertahanan neuron. Berdasarkan fungsi dan morfo logi, ia boleh dibahagikan kepada 4 jenis: astrosit, oligodendrosit, mikroglia d an sel ependima. Oligodendrosit pula adalah sel yang bertanggungjawab dalam pemb entukan selaput mielin.

Sinaps Setiap neuron adalah independent. Sinaps memindahkan maklumat dari satu n euron ke neuron lain. Semua sinaps mempunyai 3 elemen: elemen presinaps, synapti c cleft, dan membran postsinaps

Anda mungkin juga menyukai