Anda di halaman 1dari 6

KESAN DAN IMPLIKASI BERIMAN KEPADA RASULULLAH SAW

Beriman dengan nabi Muhammad SAW bermakna mengimani secara,tuntas dan sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan oleh baginda adalah datangnya dari Allah SWT.Beriman dengan Rasulullah tidak boleh sama sekali dengan cara mempercayai dan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian dari ajarannya.Sikap yang sebegini bukanlah merupakan keimanan yang mutlak terhadap kenabian Rasulullah SAW.Al Quran banyak menyatakan dalil-dalil tentang kesan keimanan kepada nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT : Maksudnya: Dan taatilah Allah dan rasul,supaya kamu diberikan rahmat. (Ali Imran: 132) Firman Allah SWT: Maksudnya: Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah,ikutilah aku, nescaya Allah mengasihani dan mengampuni dosa-dosa kamu. (Ali Imran: 31) Firman Allah SWT: Maksudnya: Apa yang diberikan rasul kepadamu terimalah dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah. (al-Hasyr: 7) Dalil-dalil seperti yang dinyatakan tadi sememangnya banyak di dalam al Quran mengingatkan orang-orang beriman akan tanggungjawab mereka selepas beriman kepada Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.Antaranya : Dalil-dalil tersebut menyuruh manusia mentaati Nabi Muhammad SAW taatkan baginda bererti taatkan Allah SWT.Balasan bagi orang yang mentaati Allah ialah syurga al Naim dan balasan bagi yang mengingkarinya ialah neraka.

Dalil-dalil tersebut menjelaskan kepada orang mukmin bahawa beriman kepada Rasulullah SAW bererti mengikuti apa yang disuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarang.

KESAN BERIMAN KEPADA RASULULLAH SAW


Kesan beriman kepada Rasulullah SAW terhadap individu : Mendapat hidyah untuk kembali ke jalan Allah SWT Mencintai Rasul lebih dr mencintai diri & keluarga Meningkatkan ketaatan kepada Allah swt Memiliki akhlak mulia yg boleh dicontohi Mendapat kebahagian dunia dan akhirat

Kesan beriman kepada Rasulullah SAW terhadap keluarga : Membina keluarga bahagia menjamin keharmonian rumahtangga Mengambil berat pendidikan fardhu ain dan fardhu kifayah Anggota keluarga beribadat bersama seperti solat berjemaah Ibu bapa membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang Anak yang soleh, taat kepada ibubapa dan tidak menderhaka Memelihara anggota keluarga dari dosa dan azab

Kesan beriman kepada Rasulullah SAW terhadap masyarakat : Mengutamakan perpaduan dan persaudaraan serta saling hormat menghormati Menggalakkan aktiviti keilmuan dikalangan anggota masyarakat Patuh dan taat kepada Allah SWT, rasul dan para pemimpin Berusaha membenteras gejala sosial dalam masyarakat Melaksanakan tanggungjawab dakwah

Kesan beriman kepada Rasulullah SAW terhadap negara : Dipimpin para pemimpin yg cekap, bersih, amanah, adil & bertanggungjawab Memastikan sumber ekonomi bebas dari sumber haram spt riba ,judi Menegakkan hukum dan perundangan Islam Membina tamadun Islam berasaskan wahyu

Kepentingan mencontohi para Rasul 1. 2. 3. 4. 5. 6. Para rasul merupakan manusia pilihan Mereka membawa perkara yg hak Mereka menjadi model dan contoh terbaik kepada umatnya Mereka menjelaskan yang hak dan batil Membuktikan keyakinan kita kepada Allah SWT Dapat melaksanakan syariat Allah SWT

Sabda Rasulullah saw; Tidak sempurna iman seseorang sehingga aku lebih dicintai daripada anak-anaknya, bapanya dan semua manusia -Riwayat BukharI

Sunnah Rasulullah saw: - Perkataan, perbuaatan dan pengakuan Rasululah SAW yang berkaitan dengan Islam - Sunnah sumber kedua syariat Islamiah selepas al-Quran - Menolak Sunnah Rasulullah SAW dianggap murtad

AKIBAT MENOLAK SUNNAH RASUL

Individu : -Hidup dalam kesesatan -Jauh dari rahmat dan hidayah Allah - Mendapat balasan seksa api neraka

Keluarga dan masyarakat : -Kehidupan keluarga dan masyarkat porak peranda -Berlaku perpecahan dan perbalahan -Kemungkaran berleluasa tanpa dibendung

Negara : - Pentadbiran negara akan menjadi huru hara kerana perebutan kuasa -Negara tidak membangun atau mundur -Perkembangan ilmu akan menjadi sia- sia

Hukum menolak sunnah Rasulullah saw;

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghinakan

Anda mungkin juga menyukai