Anda di halaman 1dari 1

Cara mengatasi konflik di Darfur Konflik etnik dan ras yang berlaku di negara Darfur ini sangat rumit

dan menyukarkan pihak kerajaan untuk menyelesaikan isu tersebut. Kerajaan seharusnya lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh kaum kulit hitam dengan lebih terperinci kerana mereka(kaum kulit hitam) ini akan rasa terasing apabila masyarakat asal negara itu telah menyisihkan mereka. Kerajaan juga seharusnya memberi peluang kepada kaum kulit hitam agar dapat menyesuaikan diri mereka terhadap persekitaran dan dapat menjalani hidup mengikut arus kemajuan ekonomi di negara itu. Pihak kerajaan dan juga pihak majikan juga mestilah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum kulit hitam ini agar mereka dapat bekerja bersama-sama dengan warga kulit putih agar jurang pendapatan dapat dirapatkan. Disamping itu, kaum kulit putih juga tidak seharusnya mengambil faktor warna kulit dan keturunan sebagai tunjang ukuran seseorang.

Konflik sosial di negara Darfur juga dapat diatasi dengan membantu kaum kulit hitam ini membina penempatan dimana kawasan penempatan itu mempunyai aktiviti kemasyarakatan yang dapat disertai oleh kaum kulit hitam dan kaum kulit putih tanpa mengambilkira latar belakang seseorang individu tersebut. Kerajaan juga seharusnya membuka peluang kehidupan terhadap kaum kulit hitam ini untuk terus memajukan diri mereka bersama-sama kaum kulit putih. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi keserasiaan diantara dua kaum tersebut dan secara tidak langsung keseimbangan diantara masyarakat dapat ditegakkan. Pihak perundangan Darfur juga mestilah sentiasa menambahbaikkan lagi sistem undang-undang di negara itu mengikut masalah yang sedang dihadapi pada setiap masa. Ini dapat menjamin akan keadilan dan hak-hak yang sepatutnya diperolehi oleh setiap warganegara. Selain itu,konflik ekonomi. Pihak kerajaan Dafur boleh menubuhkan NGO dalam dan luar Negara. Ini dapat membantu Negara mereka dalam kesusahan. Ia boleh meminta bantuan daripada Negara lain untuk meringankan beban dan dapat mebantu masyarakat di Darfur. Ini juga dapat meringankan beban bagi pihak mereka. Antara contoh bantuan yang perlu ialah makanan, pakaian, perubatan dan doctor-doktor pakar bagi mengurangkan penderitaan pesakit dan mengebirakan mereka semua.

Masalah tidak mencukupi makanan

Anda mungkin juga menyukai