10 Soalan Objektif Berdasarkan

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

10 SOALAN OBJEKTIF BERDASARKAN ARAS TAKSONOMI BLOOM Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum,

tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran. Contohnya Bacakan, Catatkan, Daftarkan, Kenal pasti, Labelkan, Namakan, Nyatakan, Padankan,Pasangkan, Perihalkan, Pilihkan, Sebutkan, Senaraikan, Tandakan Contoh soalan :1. Nyatakan hukum sembelihan dengan tujuan dimakan dagingnya. A. Harus B. Sunat Pengetahuan C. Wajib D. Makruh 2. Pilih pernyataan yang benar tentang sembelihan korban. A. Dagingnya haram dimakan oleh orang yang berkorban B. Ibadat yang dilakukan sebelum solat sunat Aidiladha C. 1/3 dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin D. Harus dagingnya diberikan kepada orang kafir

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Contohnya Anggarkan, Bandingkan, Bezakan, Hitungkan, Huraikan, Jelaskan, Kategorikan, Kemukakan, Parafrasa, Perluaskan, Ramalkan, Rangkumkan, Simpulkan, Terangkan, Terjemahkan Contoh soalan :1. Berikut adalah rukun-rukun sembelihan kecuali : Kefahaman A. alat sembelihan B. binatang sembelihan C. orang yang menyembelih D. tempat dan waktu sembelihan 2. Mengikut syariat Islam,syarat binatang yang disembelih mestilah. A. binatang yang cukup umur B. mati dengan sekali sembelihan C. menggunakan benda yang tajam D. niat sembelihan semasa menyembelih Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Contohnya Binakan, Carikan, Gambarkan, Gunakan, Kaitkan, Kemukakan, Kirakan, Laksanakan, Organisasi, Ramalkan, Selesaikan, Simulasikan, Suaikan, Tentukan, Terapkan, Tunjukkan

Contoh soalan :1. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang hikmah dalam penyembelihan? i Menjamin kesihatan fizikal. ii Menggalakkan sifat berterus terang. iii Membezakan antara daging yang halal dan haram. iv Sembelihan dengan nama Allah untuk memelihara akidah. A. i dan ii sahaja B. i dan iii sahaja C. ii dan iv sahaja D. iii dan iv sahaja

Aplikasi

Menggunakan pisau yang tumpul Tidak menghala binatang kearah kiblat Melakukan sembelihan dihadapan binatang lain Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya

hilang

2. Pernyataan di atas merujuk kepada. A. adab-adab ketika menyembelih B. perbuatan makruh ketika menyembelih C. perkara-perkara sunat ketika sembelihan D. perbuatan yang dilarang ketika menyembelih Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Contohnya Bandingkan, Beri sebab, Bezakan, Buat analisis, Inferensi, Buktikan, Cerakinkan, Diagnosis, Diskriminasi, Ilustrasi, Kategorikan, Kesan, Kritik, Modelkan, Perincikan Contoh soalan :Harimau Singa Helang 1. Mengapakah haiwan diatas haram dimakan? A sukar untuk disembelih.

Analisis

B. tidak termasuk binatang peliharaan. C. di kategorikan sebagai binatang buas. D. memburu mangsa dengan menggunakan taring,kuku dan paruh. 2. Pilih pernyataan yang betul. i. Makruh melakukan penyembelihan didalam ihram haji (binatang buruan) ii.Mana-mana anggota haiwan yang terputus dan masih hidup adalah bangkai dan najis. iii. Kulit haiwan yg halal dan haram dimakan kecuali anjing dan babi adalah harus digunakan setelah disamak. iv. Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. A. i dan iv sahaja B. ii dan iii sahaja C. iii dan iv sahaja D.ii, iii dan iv sahaja

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Contohnya Bentukkan, Buktikan, Cadangkan, Ciptakan, Gabungkan, Gubal, Jana, Perincikan, Perjelaskan, Putuskan, Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Simpulkan, Tafsirkan Contoh soalan :-

Sintesis

1. Berdasarkan ayat diatas, tafsirkan mafhum tersebut. A. Kecuali yang sempat kamu sembelih(sebelum habis nyawa) B. Sembelihan adalah diantara pangkal dagu dan pangkal leher C. Dan binatang-binatang yang disembelih kerana selain dari Allah D. Maka makanlah dari sembelihan yang disebut nama Allah ketika sembelihan Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Contohnya Bahaskan, Pertahankan , Bandingkan, Beri hujah, Justifikasi, Pendapat, Bincangkan, Anggarkan, Menghakim, Meramal, Buat Rumusan, Buat Verifikasi, Buktikan, Nilaikan Contoh soalan :" Encik Ahmad telah membeli seekor ayam di sebuah pasaraya yang dijual oleh orang bukan Islam,setibanya dirumah didapati ayam yang dibeli itu disembelih mengikut syarak tetapi terdapat kesan tikaman dibelakang tengkuk."

Penilaian

1. Berdasarkan situasi diatas, apakah hukum memakan ayam tersebut? A.Haram kerana dijual oleh orang bukan Islam. B .Haram kerana diseksa sebelum sembelihan. C .Makruh kerana diseksa sebelum sembelihan. D .Halal dimakan kerana ayam tersebut mati dengan sembelihan

Anda mungkin juga menyukai