Anda di halaman 1dari 122

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS

KBC3013
PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF (MODUL 1)

[2013]

Kandungan Modul 1
Modul ini dibangunkan untuk memenuhi rangka kurusus KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif. Unit 1 hingga 10 mengandungi perbincangan yang berbeza dan saling melengkapi untuk mencapai objektif pengajaran.

Unit 1 Membincangkan sejarah pendidikan khas di Malaysia, perkembangan pendidikan pintar cerdas di Malaysia, perkembangan pintar cerdas di Malaysia, rasional melaksanakan program pendidikan pintar cerdas. Unit 2 Membincangkan definisi kecerdasan, definisi pintar cerdas dan berbakat, individu pintar cerdas, konsep pintar cerdas berdasarkan tokoh. Unit 3 Membincangkan konsep dan ciri-ciri pintar cerdas dari segi perkembangan kognitif. Unit 4 Membincangkan konsep dan ciri-ciri pintar cerdas dari segi perkembangan bahasa dan komunikasi. Unit 5 Membincangkan konsep dan ciri-ciri pintar cerdas dari segi perkembangan sosial. Unit 6 Membincangkan konsep dan ciri-ciri pintar cerdas dari segi perkembangan emosi. Unit 7 Membincangkan sifat-sifat kanak-kanak pintar cerdas. Unit 8 Membincangkan faktor pintar cerdas. Unit 9 Membincangkan konsep pintar cerdas berdasarkan perkembangan cepat ( Advance Development) Unit 10 Membincangkan cabaran dan masalah yang dihadapi pelajar pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 1

UNIT 1 PENDIDIKAN PINTAR CERDAS: PERUBAHAN ZAMAN YANG MEMENUHI PELBAGAI KEPERLUAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengetahui Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia Menghuraikan Perkembangan Pendidikan Pintar Cerdas di Malaysia Menjelaskan Perkembangan Pintar Cerdas Mengikut Tokoh Menjelaskan Rasional Melaksanakan Program Pendidikan Pintar Cerdas

PENGENALAN
Anak merupakan anugerah yang paling berharga dari yang Maha Esa. Mereka diibaratkan permata yang mampu menyinari dunia dengan kelebihan mereka. Setiap dari mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Kebanyakkan kanak-kanak dikategorikan sebagai normal. Namun begitu, terdapat segelintir kanak-kanak yang mempunyai kelebihan yang istimewa daripada yang lain dari segi keupayaan mental dan kognitif. Mereka dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas yang mampu berfikir lebih matang dan kritis berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Malah, kelebihan mereka menyaingi dan melebihi tahap kepintaran pakar-pakar yang sudah lama menceburi bidang-bidang tertentu. Ternyata, usia bukanlah penghalang bagi kanak-kanak pintar cerdas untuk mengalahkan mereka yang lebih berpengalaman daripada mereka.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 2

ISI KANDUNGAN
Kenapa pintar cerdas tergolong dalam murid berkeperluan khas? Keperluan bagi seorang pelajar pintar cerdas merupakan suatu yang positif kerana kelebihan yang dimiliki oleh mereka. Walau bagaimanapun, mampukan sistem pendidikan negara dapat memenuhi keperluan mereka dengan berkesan? Pendidikan pintar cerdas mengalami perubahan dan perkembangan pesat seiring dengan perubahan zaman. Tidak ketinggalan di Malaysia, dan ia merupakan satu keperluan pendidikan kepada pelajar pintar cerdas. Unit ini akan membincangkan dengan mendalam sejarah pendidikan khas di Malaysia, sejarah pendidikan pintar cerdas, latar belakang pendidikan pintar cerdas di Malaysia, perkembangan pintar cerdas megikut tokoh dan apakah rasional melaksanakan program pintar cerdas ini.

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, pendidikan khas juga boleh didefinisikan sebagai program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu- individu yang berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted). Kementerian Pelajaran Malaysia menyenaraikan empat kategori murid berkeperluan khas yang merangkumi; 1. Bermasalah pendengaran 2. Bermasalah penglihatan 3. Bermasalah pembelajaran 4. Murid pintar/berbakat

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 3

Di Malaysia, pendidikan khas bermula sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia pertama kali dinyatakan dalam Akta MuridMurid dan 1961; iaitu sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid murid kurang upaya. Seterusnya, Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Kini, pendidikan khas bernaung dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan dengan menubuhkan; 1) Sekolah Khas bagi murid bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan dan; 2) Program Pendidikan Khas Integrasi yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Berikutan merupakan program pendidikan khas yang diadakan iaitu; 1) Pendidikan Inklusif; 2) Program Pendidikan Individu; 3) Program Pendidikan Pemulihan; dan 4) Program Pengayaan. Sehingga era terkini perkembangannya boleh dianggap berada pada tahap yang cukup membanggakan. Berdasarkan pandangan Dr. Noraini Salleh, Pensyarah Fakulti Pendidikan Khas UKM(dalam Nor Affizar Ibrahim, Disember 2, 2007);

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 4

Perkembangan pendidikan khas di Malaysia tidaklah terlalu mundur dan jika diperhatikan perkembangannya dari semasa ke semasa, ia mengarah kepada keadaan yang lebih baik. Sehinggakan, ada beberapa golongan kurang upaya yang sudah pun berjaya dan menunjukkan kemajuan yang setara dengan orang normal.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini dilihat lebih prihatin apabila melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2001-2010 jelas menyatakan melalui bab Isu dan Cabaran yang mana menjanjikan: Kos mengendalikan program pendidikan khas adalah tinggi kerana saiz kelas yang kecil dan keperluan guru per kelas yang lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah biasa. Cabaran KPM adalah memastikan lebih ramai kanak-kanak berkeperluan khas dapat diberi pendidikan dengan mengoptimumkan kos pengendalian. 1. Kesesuaian dan keberkesanan bagi memperluas Proram Bercantum/Inklusif yang dilaksanakan untuk pelajar berkeperluan khas di sekolah biasa. 2. Keperluan menyediakan lebih banyak peluang untuk mendapatkan pendidikan vokasional kepada pelajar berkeperluan khas. 3. Peranan dan penglibatan orang perseorangan, masyarakat, agensi kerajaan yang lain, pertubuhan bukan kerajaan, dan agensi antarabangsa untuk berkongsi membiayai program pendidikan khas.

PIPP (2001-2010) ini jelas membuktikan telah wujud usaha memperluaskan lagi dan memberi peluang pendidikan yang lebih sempurna untuk kanak-kanak istimewa ini. Kesungguhan pihak KPM ini harus disambut dengan penuh azam dan dedikasi bagi pihak pelaksana iaitu guru-guru pendidikan khas. Segala perancangan dan kewangan yang diberikan tidak akan memberi makna sekiranya pihak pelaksana tidak bersungguh-sungguh dalam mendidik dan mengasuh kanak-kanak istimewa ini. Kini

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 5

usaha membangunkan Pendidikan Khas di Malaysia bukan sahaja terletak di atas bahu Kementerian Pelajaran Malaysia. Beberapa kementerian lain turut bertanggungjawab membantu seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Kementerian Pengajian Tinggi. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut: Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu daripada pihak-pihak persatuan yang

mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah digalakkan.

Pelbagai usaha oleh pihak bertanggungjawab terhadap pendidikan khas di Malaysia ini telah memberikan impak yang sangat besar berkaitan peluang pendidikan kanak-kanak istimewa ini. Cuma kita tidak boleh berasa berpuas hati dengan apa yang kita miliki. Keperluan itu akan berubah dari semasa ke semasa, dan tentunya perubahan itu akan menjurus ke arah yang lebih baik. Mudahmudahan pada masa akan datang dunia pendidikan khas di Malaysia akan mencapai taraf antarabangsa.

SEJARAH PENDIDIKAN PINTAR CERDAS


Kajian awal tentang pintar cerdas dimulakan sekitar tahun 1920-an dan 1930-an dan melibatkan kajian berkaitan dengan baka, kanak-kanak separa normal dan juga pembangunan peralatan yang digunakan untuk menguji tahap kanak-kanak pintar cerdas dan juga mewujudkan kesedaran bahawa sekolah-

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 6

sekolah biasa tidak dapat memenuhi keperluan semua kanak-kanak. Lewis Terman dan Leta Hollingworth merupakan antara pengkaji awal yang mengambil inisiatif menjalankan kajian awal dan aktiviti awal yang pertama kali dihasilkan dan diterbitkan secara besar-besaran berkenaan dengan kajian ke atas kanak-kanak pintar cerdas. Bidang kajian bagi pendidikan pintar cerdas semakin berkembang apabila keperluan bagi sesebuah negara berubah, terutamanya selepas pelancaran Spuntik pada lewat 1950-an oleh Soviet Union. Usaha berterusan diadakan oleh kerajaan Amerika pada awal tahun 1970-an menjadikan sekolah bagi kanak-kanak pintar cerdas sebagai tumpuan dan secara tidak langsung, definisi pintar cerdas semakin berkembang dengan adanya pelbagai program disediakan untuk murid-murid pintar cerdas. Apabila menghampiri abad ke-20, semakin banyak tumpuan diberikan kepada golongan pintar cerdas. Bermula dengan Jacob Javits Gifted and Talented Students Education Act yang menaja National Research Center on the Gifted and Talented sekaligus membekalkan banyak kajian dan program berkaitan pintar cerdas. URUTAN PERISTIWA DALAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS

1868

William Torrey Harris, superintendent sebuah sekolah awam St. Louis merupakan institusi pertama yang menunjukkan usaha secara sistematik untuk memberi pendidikan kepada murid-murid pintar cerdas.

1869

Hasil kerja Francis Galton, Hereditary Genius, yang berkaitan dengan kepintaran diterbitkan. Boografi kajiannya ke atas lebih daripda 400 orang lelaki Inggeris berdasarkan sejarah menyebabkan beliau membuat kesimpulan bahawa kepintaran boleh dikembangkan adalah berdasarkan warisan dan juga pilihan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 7

secara natural. 1901 Worster dan Massachusetts membuka sekolah khas pertama untuk murid-murid pintar cerdas. 1905 Pengkaji Perancis, Binet dan Simon, mengembangkan satu siri ujian untuk mengenalpasti kepintaran mengikut darjah ketinggian bagi memimahkan mereka dan menempatkan mereka dalam bilik darjah khas. 1908 Henry Goddard belajar bersama Binet di Perancis dan memperkenalkan Skala Pengukuran Binet-Simon atau Binet-Simon measurement scales. Beliau kemudiannya membawa skala tersebut kembali ke Amerika dengan tujuan untuk mengalih bahasakannya kepada Bahasa Inggeris dan memperkenalkannya kepada pendidik dan para ahli psikologi. 1916 Lewis Terman, dikenali sebagai bapa atau father kepada pergerakan pendidikan bagi pintar cerdas, menerbitkan Stanford-Binet, yang merupakan perubahan ujian kepintaran dan merupakan wajah kepada pendidikan di Amerika. 1917 Penyertaan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan perlunya sejumlah angkatan tentera yang besar. Angkatan tentera Alpha dan Beta telah dibentuk dan diuruskan dan mendapat lebih 1 juta rekrut dan diuji dari segi kepintaran dalam akademik dan juga pengetahuan am. 1918 Lulu Stedman menubuhkan opportunity room untuk murid-murid pintar cerdas dalam University Training School di Cawangan Selatan University of California. 1921 Lewis Terman memulakan kajian yang terpanjang ke atas murid-murid pintar cerdas dengan sampel seramai 1,500 kanak-kanak pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 8

1922

Leta S. Hollingworth memulakan Special Opportunity Class di P. S. 165 di New York untuk kanak-kanak pintar cerdas. Kelas ini membekalkan hampir 40 artikel, buku teks dan blueprints untuk Hollingworths work di P. S. 500, yang merupakan Speyer School.

1925

Lewis Terman menerbitkan Genetic Studies of Genius, yang menyatakan bahawa murid-murid pintar cerdas adalah (a) berbeza di sekolah, (b) lebih baik dari segi fizikal dan emosi berbanding murid-murid, (c) berada di atas dari segi akaemik berbanding murid-murid sederhana, (d) stabil dari segi emosi, (e) sangat berjaya sekiranya nilai pendidikan dan keluarga diangkat tinggi oleh keluarga, dan (f) mempunyai kombinasi yang pelbagai berdasarkan kepada trait yang ditunjukkan dalam kajian. Ini merupakan siri pertama dari lima siri kajian yang dijalankan sepanjang 40 tahun.

1926

Leta Hollingworth menerbitkan Gifted Child: Their Nature and Nurture, yang dianggap sebagai buku teks pertama tentang pendidikan pintar cerdas.

1936

Hollingworth menubuhkan P. S. 500, the Speyer School, untuk kanak-kanak pintar cerdas yang berumur di antara 7 tahun - 9 tahun.

1944

G.I Bill of Rights membuat kelebihan yang membolehkan kolej pendidikan boleh menerima veteran daripada Perang Dunia Kedua yang tidak mempunyai meneruskan peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

1950

J. P. Guilford memberikan alamat kata kunci pada persidangan tahunan APA yang mampu memberi cabaran kepada ujian kepintaran.

1950

Akta Sains Nasional atau National Science Foundation Act membekalkan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 9

sokongan untuk kajian dan pendidikan dalam matematik, sains fizikal dan kejuruteraan. 1954 1954 National Association of Gifted Children ditubuhkan di bawah pimpinan Ann Isaacs. Brown vs. The Board of Education tamat dengan persetujuan bahawa separate but equal education. 1957 Soviet Union melancarkan Sputnik, menyebabkan Amerika Syarikat menguji sekali lagi kemampuan manusia dan kualiti persekolahan Amerika terutamanya dari segi Matematik dan Sains. Hasilnya menunjukkan bahawa sejumlah besar wang dilaburkan untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas yang boleh keuntungan apabila mampu menguasai Matematik Tambahan, Sains dan mampu mereka bentuk teknologi (technology programming). 1958 1958-The National Defense Education Act passes. This is the first large-scale effort by the federal government in gifted education. 1964 Civil Rights Act lulus dan lebih menumpukan kepada persamaan peluang termasuklah persamaan peluang dalam pendidikan. 1972 The Marland Report- merupakan definisi formal pertama yang menggalakkan sekolah-sekolah mendefinisikan pintar cerdas dengan meluas dari segi pencapaian akademik dan pintar dan juga kepimpinan, visual dan persembaha, pemikiran kreatif dan produktif dan juga kebolehan psikomotor. [Note: psychomotor ability is excluded from subsequent revisions of the federal definition.] 1974 Pejabat Pintar Cerdas yang berada dalam Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat diberikan status secara rasmi.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 10

1975

Public Law 94-142 The Education for all Handicapped Children Act. Akta ini menubuhkan beberapa mandat yang boleh memberikan khidmat kepada kanakkanak berkeperluan khas tetapo tidak termasuk kanak-kanak pintar cerdas.

1983

Laporan A Nation at Risk mencatatkan rekod kanak-kanak Amerika paling pintar dan kegagalan mereka bersaing secara antarabangsa. Laporan tersebut juga termasuklah polisi dan aplikasi dalam pendidikan pintar cerdas, peningkatan standard akademik dan mempromosikan kurikulum yang bersesuaian untuk muridmurid pintar cerdas.

1988

Kongres meluluskan Akta Jacob Javits atau Jacob Javits Gifted and Talented Students Education Act sebagai sebahagian daripada Reauthorization of the Elementary and Secondary Education Act.

1990

Pusat Kajian Nasional atau National Research Centers bagi golongan pintar cerdas ditubuhkan di University of Connecticut, University of Virginia, Yale University, dan Northwestern University.

1993

Kecemerlangan Nasional atau National Excellence : The Case for Developing America's Talent diketengahkan oleh United States Department of Education tentang cara Amerika mengabaikan kebanyakan golongan muda yang berbakat. Laporan ini turut membuat beberapa cadangan yang mempengaruhi kajian dalam bidang pintar cerdas sejak beberapa dekad.

1998

NAGC menerbitkan Pre-K-Grade 12 Gifted Program Standards untuk membekalkan panduan dalam tujuh kawasan bagi program tang memberikan khidmat kepada murid-murid pintar cerdas..

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 11

2002

Akta No Child Left Behind Act (NCLB) diluluskan sebagai reauthorization of the Elementary and Secondary Education Act. Program Javits termasukalah dalam NCLB, dan mengembangkan tawaran persaingan yang tinggi. Definisi murid-murid pintar cerdas diubah suai semula. Students, children, or youth who give evidence of high achievement capability in areas such as intellectual, creative, artistic, or leadership capacity, or in specific academic fields, and who need services and activities not ordinarily provided by the school in order to fully develop those capabilities.

2004

A Nation Deceived: How Schools Hold Back Americas Brigh test Students , laporan kajian kebangsaan a national ke atas strategi untuk murid-murid bijak diterbitkan oleh Belin-Blank Center di University of Iowa.

LATAR BELAKANG PINTAR CERDAS DI MALAYSIA


Sebagai sebuah negara, Malaysia perlu membangunkan sumber tenaga manusia sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kemajuannya. Setiap masyarakat sentiasa mengharap untuk menambah bilangan individu yang mampu menyumbang terhadap kesejahteraan dan kemajuan masyarakat tersebut. Seterusnya menurut Renzulli (2000) setiap individu yang dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat wajar diberi peluang untuk memaksimakan perkembangan kognitif dan perkembangan kendirinya sehingga dia cemerlang dan pintar cerdas dalam bidang-bidang atau domain bakat tersebut. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, negara akan mengalami kerugian akibat pengabaian sumber semula jadi yang bernilai. Apabila seseorang individu berbakat gagal mencapai ketahap potensinya yang sebenar, ia merupakan satu tragedi kepada masyarakat dan kemanusiaan sejagat. Amat sukar untuk menilai kerugian dari tragedi tersebut namun pastinya ia satu kerugian yang besar. Fenomena tidak

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 12

mencapai tahap atau underachievement ini mendukacitakan semua pihak yang terbabit. Sesungguhnya tidak ada yang lebih mengecewakan ibu bapa dan pendidik selain daripada menyaksikan bakat dan kecerdasan pelajar terabai dan seolah-olah dibaziri. Institusi pendidikan adalah antara sektor yang bertanggungjawab untuk mendidik semua individu sehingga mereka mampu menyumbang semula kepada negara dalam bidang kepakaran masing-masing. Institusi pendidikan juga berperanan memastikan agar tragedi individu berbakat gagal mencapai ketahap potensinya yang sebenar yang disebut sebelum ini tidak berlaku (Gallagher & Gallagher 1994; Piirto 1999). Persoalannya sekarang ialah sejauh manakah institusi pendidikan di Malaysia menekankan pendidikan yang khusus untuk individu yang berbakat serta berpotensi tinggi. Sesungguhnya, institusi pendidikan dipertanggungjawabkan untuk memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Tanpa program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat di sekolah-sekolah, pelajar-pelajar tersebut terutamanya dari golongan yang kurang berada tidak berpeluang mendapat sokongan, bantuan serta adaptasi pendidikan yang diperlukan untuk perkembangan mereka secara optimum. Sejak dari zaman Plato lagi, falsafah tentang sebuah masyarakat yang ideal ialah sebuah masyarakat di mana setiap ahlinya memberikan khidmat kepada masyarakatnya berdasarkan kemampuan atau potensi yang ada pada diri masing-masing. Plato juga berpendapat bahawa setiap individu mempunyai keupayaan atau potensi tertentu. Golongan pintar cerdas dan berbakat adalah antara sumber semula jadi utama sesebuah negara di samping sumber-sumber semula jadi yang lain. Malaysia, seperti juga egara-negara lain di dunia, mempunyai aset individu atau rakyat yang boleh dikategorikan sebagai pintar cerdas dan berbakat. Sumber modal insan ini perlu diberi perhatian dengan sebaik-baiknya dalam usaha untuk membina tamadun negara. Namun setakat ini kepentingan pendidikan untuk golongan pintar cerdas dan berbakat jarang diperkatakan dalam masyarakat di Malaysia.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 13

Feldhusen (dalam Milgram 2000) menyatakan bahawa sehingga kehari ini perubahan yang besar telah berlaku dalam bidang pendidikan untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat. Cabaran kepada pendidik dalam bidang pintar cerdas dan berbakat bukan lagi untuk menentukan siapakah pelajar pintar cerdas dan berbakat berlandaskan ukuran darjah kecerdasan atau IQ. Sebaliknya pendidik pintar cerdas dan berbakat dilihat berperanan untuk mengenalpasti potensi serta bakat-bakat tertentu yang ada pada diri setiap pelajar. Bakat-bakat tersebut terdapat dalam pelbagai domain yang bermanfaat dan bernilai kepada masyarakat. Domain atau bidang-bidang tersebut ialah; akademik, seni, muzik, matematik, kepemimpinan, sukan, drama, penulisan kreatif, literasi komputer, dan penguasaan berbahasa. Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an. Namun demikian pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanakkanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983, bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanakkanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil daripada seminar tersebut, didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat. Ekoran dengan itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 14

pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperolehi tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja. Pendidikan bagi murid-murid pintar cerdas di Malaysia semakin berkembang. Dengan cabaran ke-6 iaitu usaha untuk memperkasakan sekolah, pendidikan khas dan juga golongan pintar cerdas turut diberikan perhatian. Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid pintar cerdas dan berbakat didefinisikan sebagai murid yang mempunyai keupayaan berprestasi cemerlang disebabkan kebolehan mereka yang tinggi berbanding dengan murid yang seumur dengannya. Mereka juga lulus penilaian tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh KPM dan mereka memerlukan pendekatan khusus dalam pendidikan. Justeru pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan seorang pelajar yang terbukti cemerlang atau seorang yang berpotensi dalam bidang akademik atau dalam bidang-bidang lain seperti muzik, bahasa, kepimpinan dan lain-lain. Menurut kepada pelan tindakan yang disediakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, sasaran bagi pendidikan murid-murid pintar cerdas adalah untuk memperkenalkan program pintar cerdas dan berbakat iaitu dengan dengan mengadakan program pintar cerdas dan berbakat satu sekolah di setiap negeri.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 15

PERKEMBANGAN PINTAR CERDAS MENGIKUT TOKOH

1) Alfred Binet (1857-1911) Ujian Kecerdasan Moden bermula di Perancis pada tahun 1890an. Alfred Binet yang dibantu oleh T. Simon telah dilantik untuk merekabentuk satu ujian untuk mengenal pasti kanak-kanak yang tidak menerima faedah atau bosan dengan sistem pengajaran di kelas biasa. Selain itu, mereka perlu ditempatkan di kelas khusus untuk menerima latihan khas. Sebelum ini, pada kebiasaannya, guru menilai kebolehan murid dan terdapat unsur yang mempengaruhi penilaian seperti mematuhi arahan, kekemasan dan kemahiran sosial. Sesetengah kanak-kanak ditempatkan di sekolah khas kerana masalah mental seperti terlalu diam, terlalu agresif atau mempunyai masalah pertuturan, pendengaran atau penglihatan. Oleh itu, ujian kecerdasan tradisional tidak mampu memenuhi keperluan ini. Binet mula mencuba ujian-ujian yang telah gagal sebelum ini. Hasil daripada penilaiannya adalah, tiada perbezaan yang ketara antara murid normal dan yang bermasalah dalam beberapa aktiviti seperti kekuatan tangan memerah sesuatu, kepantasan tangan bergerak dalam jarak tertentu, jumlah tekanan semasa merasa sakit, merasa perbezaan berat menggunakan tangan, bertindak balas kepada bunyi atau menamakan warna.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 16

Namun, apabila menjalankan ujian untuk mengukur kebolehan untuk memberi perhatian, memori, membuat penilaian, pemikiran dan kefahaman, beliau mula mendapatkan keputusan. Ujian ini akan memisahkan tahap murid-murid melalui penilaian kecerdasan oleh guru. Maka, sasaran Binet seterusnya adalah untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai tahap kepintaran yang tinggi agar mendapat perhatian dan faedah daripada sistem persekolahan Salah satu sumbangan Binet adalah pandangan beliau terhadap umur mental iaitu konsep kecerdasan yang dimiliki oleh kanak-kanak yang pintar semasa proses perkembangan. Sememangnya kanak-kanak mempunyai tahap intelektual pada umur mereka yang boleh diuji dan dibuat penilaian. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak yang menunjukkan prestasi yang lebih hebat adalah kerana mempunyai kecerdasan intelektual yang tinggi. Pada tahun 1890 juga, pakar psikologi America bernama James McKeen Cattell telah mencipta ujian kebolehan mental (Stanley 1978), dan mengambil bahagian dalam menjalankan tanggungjawabnya selari dengan penerimaan ujian Binet di Amerika. Pada tahun 1910, Goddard telah menggunakan kaedah Binet untuk mengukur kecerdasan terhadap 400 kanak-kanak daripada New Jersey yang berada dalam kategori lemah mental. Seterusnya pada 1911 beliau telah memperluas ujian Binet dengan menjalankan penilaian terhadap 2,000 orang kanak-kanak normal. Ujian Binet turut digunakan terhadap kategori kanak-kanak di bawah tahap normal (below average) untuk memberi keseimbangan pada kategori normal dan juga diuji pada kategori kanak-kanak sederhana dan ia telah melangkapkan penilaian itu dan memberi kejayaan. 2) Lewis Terman (1877-1956) Lewis Terman adalah seorang ahli psikologi Amerika, merupakan perintis dalam bidang psikologi pendidikan dalam abad ke-20 awal di Sekolah Siswazah Stanford Pendidikan. Beliau terkenal sebagai pencipta ujian IQ Stanford-Binet dan pengasas kajian longitudinal kanak-kanak dengan IQ yang tinggi dipanggil Kajian genetik Genius. Pakar psikologi dari Stanford telah mencipta dua sejarah besar dalam

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 17

dunia pendidikan. Kerana itu, beliau bernama Lewis Madison Terman digelar Bapa Perkembangan Pendidikan Pintar Cerdas. Dua sumbangan yang telah dilakukan beliau adalah, pertama, melakukan pemerhatian dan penambahbaikan terhadap Ujian Binet (Amerika), dan membawa kepada kemunculan terbaru pada tahun 1916 Ujian kecerdasan Amerika iaitu Ujian Kecerdasan Stanford-Binet Sumbangan kedua Terman adalah kajian pengesanan dan jangka panjang beliau terhadap 1,528 orang kanak-kanak pintar cerdas. Pada tahun 1922, Terman dan rakan-rakannya telah mengenal pasti 1,000 orang kanak-kanak dengan skor lebih 135 (kebanyakannya 140 ke atas) dengan menggunakan Ujian IQ Stanford Binet. Pada tahun 1928 beliau menambah lagi seramai 528 kanakkanak hasil daripada ujian tersebut. Daripada jumlah keseluruhan seramai 1,528, 856 adalah lelaki dan 672 adalah perempuan. Secara purata umur yang mengambil ujian itu adalah 12 tahun. Kebanyakan kanak-kanak datng berasal dari Bandar California, Los Angeles, San Francisco, Oakland, Berkeley dan Alameda. Kumpulan Terman telah mengenal pasti secara keseluruhannya adalah kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi. Ujian, soal selidik dan temubual dilakukan sekurang-kurangnya dalam 9 aspek. Penyelidikan yang terawal melibatkan ibu bapa, guru, laporan perubatan dan juga bahagian pengukuran anthropometric (head). Terman meninggal dunia pada 1956, namun kerja-kerja penyelidikan beliau diteruskan oleh Anne H. Barbee, Melita Oden, Pauline S. Sears. dan Robert R. Sears. 3) Leta Hollingworth (1886-1939) Leta Hollingworth adalah seorang ahli psikologi terkenal dan menjadi perintis dalam kerjayanya pada awal abad ke-20. Hollingworth membuat sumbangan besar dalam tiga bidang iaitu psikologi wanita, psikologi klinikal dan psikologi pendidikan. Dia terkenal dengan hasil kerja beliau berkenaan kanakkanak yang luar biasa (pintar cerdas).

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 18

Pada tahun 1920, Hollingworth menumpukan kepada kajian kanak-kanak, terutamanya mereka yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi. Selari dengan usaha-usaha Lewis Terman, ujian kecerdasan dan kumpulan kebolehan telah diadakan di sekolah-sekolah awam dipraktikkan sebagai amalan biasa oleh 1930-an. Terman percaya bahawa ujian kecerdasan itu adalah penting untuk mengenal pasti individu-individu yang berbakat agar mereka mendapat perhatian khas, membantu untuk mencapai potensi penuh mereka, dan menjadi ahli masyarakat yang kuat. Beliau percaya bahawa demokrasi akan mendapat manfaat daripada membezakan antara pengalaman pendidikan individu-individu berbakat dan pengalaman pendidikan individu bukan berbakat. Walaupun beliau percaya kepada idea ini, Terman mengambil sedikit masa membuat cadangan yang lebih tepat tentang bagaimana kurikulum sekolah perlu diubah untuk memenuhi keperluan khusus kanak-kanak berbakat. Pada ketika inilah Hollingworth telah mula aktif dalam membangunkan strategi pendidikan mengenai pembangunan pelajar berbakat. Kebanyakan kerjanya telah dijalankan pada masa yang sama seperti Terman dan walaupun kedua-dua tidak pernah bertemu, mereka menghormati antara satu sama lain. Walaupun banyak pandangan mereka bertindih, kedua-dua tidak bersetuju pada titik utama. Terman, sekali lagi, percaya bahawa kecerdasan merupakan sifat yang diwarisi dan hanya tertumpu pada menentukan dan menyifatkannya. Hollingworth tidak mengakui peranan warisan, tetapi juga percaya bahawa faktor-faktor alam sekitar dan pendidikan mempunyai kesan ke atas potensi kecerdasan. Hasil daripada kepercayaan ini, dia lebih berminat dalam bagaimana untuk memupuk kanak-kanak berbakat dan pendidikan mereka. Kajian pertama jangka panjang tentang pintar cerdas dan berbakat bermula pada tahun 1922 di New York. Hollingworth menguji seramai lima puluh orang kanak-kanak, berusia antara tujuh dan sembilan tahun. Kesemua mereka mempunyai IQ yang lebih 155. Mereka telah dikaji sepanjang tiga tahun. Eksperimen ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik kerana banyak aspek berpotensi dimiliki kanak-kanak ini. Ini termasuk

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 19

maklumat tentang latar belakang mereka, kehidupan keluarga dan keadaan, keadaan psikologi mereka, dan juga ciri-ciri fizikal, emosional dan sosial. Satu lagi eksperimen dengan kanak-kanak berbakat berlaku pada tahun 1936. Kanak-kanak dengan masalah pendidikan dari Sekolah Speyer telah digunakan dalam kajian ini. Penduduk adalah sama dengan kajian pertama, namun perhatian khusus telah diberi kepada pelbagai kaum kumpulan. Sekolah ini dikenali sebagai, "Leta Hollingworths school for bright children," dan menerima banyak perhatian awam. Kurikulum yang digunakan dipanggil "Evolution of Common Things". Hollingworth telah dirancang itu. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak mahu meneroka dunia di sekeliling mereka. Hasilnya, kurikulum terdiri daripada belajar tentang perkara-perkara seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pengangkutan, alat, penyimpanan masa dan komunikasi. Kanak-kanak yang dibuat unit kerja yang telah dibuat daripada bahan-bahan setiap pelajar telah menyediakan pembelajaran. Ini model pembelajaran terbukti lebih bermanfaat kepada belia berbakat sekadar memperkenalkan mereka kepada subjek canggih yang mereka kemudian akan menghadapi di peringkat pengajian tinggi.

RASIONAL MELAKSANAKAN PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS


Program pendidikan pintar cerdas dan berbakat telah mendapat perhatian khusus di negara-negara maju yang pesat membangun dalam bidang sains dan industri. Negara-negara yang dimaksudkan antaranya ialah Amerika Syarikat, Jerman, Australia, New Zealand, Singapura, China, Rusia dan Kanada. Hak untuk mendapat pendidikan yang sesuai dengan ciri-ciri unik pelajar pintar cerdas dan berbakat di Amerika Syarikat telah diwartakan sebagai perundangan pada tahun 1988 serta diberikan peruntukan kewangan (Piirto 1999). Pada waktu yang sama kita melihat ramai dikalangan saintis Amerika Syarikat telah berjaya membuat penemuan-penemuan baru dalam bidang sains sehingga melayakkan mereka memenangi hadiah Nobel. Sejak 100 tahun yang lalu lebih ramai pemenang hadiah Nobel terdiri daripada rakyat Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Hungary berbanding dengan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 20

negara-negara lain di dunia. Kesedaran tentang keperluan untuk memupuk bakat dalam bidang sains dan matematik yang merupakan bidang-bidang akademik telah lama wujud di negara-negara tersebut. Malaysia, seperti negara-negara lain, mempunyai ramai individu yang berpotensi dan berbakat dalam pelbagai bidang. Kecemerlangan akademik di peringkat sekolah merupakan petunjuk awal bahawa seseorang itu berbakat dan berpotensi dalam subjek-subjek akademik termasuk sains dan matematik. Sosniak 1985 dalam Piirto (1999) mendapati para saintis dahulunya adalah pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaran, yakni mereka dahulu merupakan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik. Sekiranya Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam arena persaingan penguasaan ilmu, satu usaha yang bersepadu wajar di laksanakan di Malaysia untuk membangunkan sumber inteleknya secara optimum. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2001 mengatakan, perlu meneliti semula semua program yang telah dilaksanakan bagi dibuat penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, kajian, orientasi, penyusunan semula dan penggubalan semula bagi membangunkan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan, dan bertaraf dunia.. Sekiranya Malaysia berhasrat melahirkan saintis yang terkemuka di peringkat kebangsaan dan antara bangsa, ia wajar memberi perhatian terhadap usaha untuk memupuk bakat sains dan matematik dikalangan pelajar sejak awal lagi. Bakat sains dan matematik adalah sebahagian daripada bakat akademik. Sehubungan itu, Malaysia juga memerlukan ahli-ahli akademik yang cemerlang. Saintis dan ahli-ahli akademik bertanggungjawab untuk memperkayakan ilmu pengetahuan mengikut bidang kepakaran masing-masing. Sumbangan mereka kepada masyarakat dan kemanusiaan ialah berupa ilmu yang berguna hasil daripada aktiviti penyelidikan yang mereka lakukan. Pelajar-pelajar yang berbakat dalam akademik perlu dikenalpasti sejak dari awal lagi. Seterusnya para pelajar terbabit perlu diberi pendidikan yang sesuai dengan ciri unik mereka. Usaha ini perlu untuk memastikan perkembangan potensi mereka ke tahap yang optimum. Usaha ini bermanfaat kepada pelajar terbabit, keluarganya, negara, dan kemanusiaan sejagat. Dalam pada itu, pelajar pintar cerdas berhak untuk

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 21

memilih laluan pendidikan mereka sendiri dan tidak semestinya mengikut laluan pendidikan yang dicadangkan untuk mereka. Namun pilihan-pilihan dan laluan pendidikan perlu diberikan kepada mereka. Pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat juga terdapat dikalangan pelajar-pelajar khas yang mempunyai pelbagai kategori keistimewaan. Ini merujuk kepada golongan yang mempunyai keistimewaan yang pelbagai, atau multiple exceptionalities. Pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat terdapat dikalangan pelajar dalam kategori-kategori keistimewaan berikut; bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, bermasalah fizikal, bermasalah pembelajaran, bermasalah emosi serta tingkah laku, dan juga dikalangan pelajar pemulihan dan disleksia. Pendidikan untuk golongan pintar cerdas menuntut agar para guru memahami hakikat kewujudan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat dalam semua kategori tersebut. Para guru perlu merancang dan menangani pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat dari golongan khas dengan berkesan. Ini penting untuk memastikan perkembangan bakat mereka tidak terbantut disebabkan oleh ciri-ciri keistimewaan yang sering dikaitkan dengan masalah. Malaysia seperti negara-negara lain yang telah mendahului kita dalam bidang ini sewajarnya memberi perhatian khas untuk membangunkan modal insan yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berbakat dan pintar cerdas dalam pelbagai domain. Sumber tenaga manusia yang sedemikian penting dalam pembinaan khazanah ilmu serta kepakaran bagi menjamin kelestarian tamadun sesuatu bangsa. Justeru mereka perlu dikenal pasti untuk diberi pendidikan yang sesuai dengan ciri-ciri unik mereka (Berger 1991; Rotigel & Lupkowski-Shoplik 1999; Frieman 2001). Ini penting untuk memastikan agar mereka berjaya mengembangkan bakat mereka secara optimum. Ahli-ahli teori dalam bidang pintar cerdas dan berbakat menyarankan agar kaedah identifikasi disandarkan pada suatu teori tertentu (Piirto 1999). Sehingga kini pelbagai kaedah digunakan untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas dan berbakat dalam akademik. Antaranya berdasarkan; ujian kecekapan, senarai semak tingkah laku, perbandingan dengan norma setempat, dan ujian setara (Piirto 1999; Renzulli 2002).

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 22

RUMUSAN
Individu yang bergelar pintar cerdas sering mendapat perhatian kerana keistimewaannya. Walau bagaimanapun, sejarah telah menunjukkan keistimewaan ini memerlukan perhatian dan pengesanan yang tertentu. Pada bab ini telah memperlihatkan tokoh-tokoh yang telah menjalankan kajian untuk mengesan golongan ini agar kebolehannya tidak dipersiakan dan profil mereka dapat dikumpulkan untuk rujukan pada masa akan datang.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 23

1. Apakah definisi pendidikan khas? 2. Jelaskan kajian terawal dalam sejarah pintar cerdas. 3. Siapakah murid pintar cerdas berdasarkan Genetic Studies of Genius. 4. Cabaran kepada pendidik pintar cerdas dan berbakat bukan sahaja tertumpu kepada menentukan siapakah pintar cerdas semata-mata.Bincangkan. 5. Senaraikan sumbangan Alfred Binet, Lewis Terman dan Leta Hollingworth dalam bidang pintar cerdas. 6. Nyatakan tiga rasional melaksanakan program pendidikan pintar cerdas.

Isikan kotak dengan jawapan yang sesuai.

Peta konsep: Perkembangan pintar cerdas di Malaysia bermula pada tahun berikut dan seterusnya: 1962 1980 1985 1987 1990 1996 -

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1) | 24

Rujukan

Davis G.A., Rimm S.B., & Siegle, D.,(2011). Education of the Gifted and Talented. Ed ke-6. US: Pearson. Piirto, J. (1999). Talented children and adults (2nd ed). Upper Saddle River, NJ: Merril, Prentice Hall. Stanley, J.C.,(1978). Identifying and nurturing the intellectually gifted. In R.E. Clasen & B. Robinson (Eds), Simple gifts. Madison, WI: University of Wisconsin-Extension.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 25

UNIT 2 DEFINISI KECERDASAN, PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengetahui Definisi Kecerdasan Mengenal Pasti Definisi Pintar Cerdas Dan Berbakat Menghuraikan Individu Yang Merupakan Pintar Cerdas Menjelaskan Konsep Pintar Cerdas Berdasarkan Tokoh Kecerdasan

PENGENALAN
Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai keperluan yang tersendiri. Mereka berbeza berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Jika mereka dihiraukan, ia akan menyebabkan gangguan emosi. Perkembangan pintar cerdas berkembang pada tahap yang berbeza. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur 5 tahun mungkin boleh membaca pada tahap kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan mampu menyelesaikan masalah matematik darjah 6. Namun begitu, tahap kematangan kanak-kanak tersebut mungkin berada pada tahap yang rendah daripada umurnya. Perkembangan yang tidak setara boleh menyebabkan masalah serius jika tidak difahami dan diselesaikan dengan cara yang betul. Ini menunjukkan bahawa ia amat penting bagi ibubapa dan guru dalam memberikan pendidikan dan sokongan yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 26

ISI KANDUNGAN
Bagaimanakah seorang pelajar pintar cerdas menjalani kehidupan sehariannya? Adakah keistimewaannya itu adalah dalam aspek tertentu atau menyeluruh? Bagaimana ia memberi kesan dan mempengaruhi setiap tindakannya? Individu yang pintar cerdas tidak sama dengan orang biasa seperti kita. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna mereka adalah sama dengan semua orang kecuali kecerdasan yang tinggi. Mungkin apa yang membezakan orang biasa dengan mereka yang pintar cerdas bukan kecerdasan semata-mata tetapi kelebihan mereka yang lain. Individu yang pintar cerdas berkongsi keistimewaan tertentu yang membezakan mereka dengan orang lain. Melalui pemahaman keistimewan ini, kita memahami individu pintar cerdas. Tingkah laku mereka ini sebenarnya boleh dijelaskan dan difahami. Dalam unit ini akan membincangkan defiisi kecerdasan, konsep gifted dan giftedness, konsep pintar cerdas dan berbakat, definisi pintar cerdas mengikut tokoh serta menghuraikan siapakah individu pintar cerdas ini.

KECERDASAN
Kecerdasan adalah istilah yang lebih umum apabila merujuk kepada potensi atau prestasi seseorang yang dianggap pintar atau mempunyai faktor x dalam dirinya. Kebanyakan manusia mempunyai prestasi atau ciri-ciri istimewa yang dianggap membezakannya dengan orang lain. Adakah ia dikenali sebagai kecerdasan? Kecerdasan dikesan dengan menggunakan proses tertentu yang perlu direkod dalam cara tertentu dan dicatat pada dokumen penilaian. Walaupun seseorang individu dapat melihat dirinya mempunyai ciri kecerdasan, namun ia perlu dibuktikan melalui pengetahuan atau praktikal. Seperti yang dimaksudkan oleh Clark B. (2013), kecerdasan seseorang itu biasanya melihat kepada tingkah laku atau pencapaiannya yang menonjol. Beliau menyatakan pengesanan terhadap tahap kecerdasan biasanya dilakukan melalui proses pemerhatian dan menggunakan alat penilaian. Walau bagaimanapun, tingkah laku atau pencapaian seseorang itu hanyalah asas kepada kefahaman maksud

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 27

kecerdasan itu kerana memahami istilah kecerdasan itu tidak terhad satu perkara. Pemahaman perlu meliputi aspek perkembangan dan bagaimana kejadian kecerdasan itu. Perkara penting mengenai maksud kecerdasan yang perlu difahami menurut Clark B. ialah: 1) Aktiviti Mental Aktiviti yang lebih sukar membawa potensi otak ke peringkat yang tertinggi. Ia merupakan pecutan, lanjutan dan gabungan proses pembelajaran dan memahami kekuatan mental menerima aktiviti tersebut. Sekaligus membuktikan aspek kecerdasan dengan melakukan kemahiran yang lebih sukar atau melebihi tahap pemikiran yang biasa dilakukan oleh individu biasa. 2) Fungsi Otak Bagaimana otak boleh mengesan bahagian yang menunjukkan kecerdasan yang tinggi? Otak menunjukkan fungsinya melalui perkembangan besar pada tahap synap, selsel otak berhubung, fizikal (motor/sensori) dan intuitif (insightful/kreativiti). Apabila otak memainkan peranan melalui sel-sel tersebut, ia akan menonjolkan bahagian yang mempunyai kecerdasan. Di sini adalah peringkat yang dapat membuktikan kemahiran seseorang individu mempunyai kecerdasan tinggi sama ada dalam aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. 3) Proses yang Dinamik Ini merupakan gabungan faktor ginetik dan faktor persekitaran. Apabila wujudnya interaksi antara kedua ini dalam kehidupan seharian, terhasil satu pengalaman yang membuka peluang kepada seseorang individu itu meningkatkan perkembangan struktur dan menambah fungsi otak. Proses ini memberi kesedaran terhadap potensi manusia yang mampu menunjukkan kemajuan dalam kemahiran tertentu. Potensi manusia ditunjukkan melalui kebolehan intelektual dan seterusnya aspek kecerdasan yang lain. Hasil selain menyedari kebolehan diri, proses yang dinamik ini mengukuhkan lagi perkaitan antara punca kejadian kecerdasan dengan faktor selain fungsi otak atau ginetik iaitu hubungan dengan persekitaran.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 28

Kesimpulannya, semua bahagian dalam otak mempunyai peranan tersendiri yang menghubungkait satu sama lain (interaktif) dan berinteraksi dengan faktor lain tau persekitaran (integratif) sehingga memaksimumkan fungsi otak. Kecerdasan ditonjolkan pada bahagian atau kemahiran tertentu apabila sistem otak memainkan peranannya dengan baik.

GIFTED, GIFTEDNESS
Terdapat perbezaan antara gifted dan giftedness. Ia merupakan istilah penting dalam menghuraikan seseorang yang mempunyai kecerdasan itu berada pada tahap mana dan apakah faktor yang menyumbang kejadian kecerdasan itu sendiri. Adakah kerana proses interaktif atau integratif? Bagaimana pula jika faktor biologi atau disebabkan genetik? Persoalan ini dapat dirungkaikan dengan memahami lebih mendalam istilah gifted atau giftedness. Terdapat pendapat yang menyatakan kejadian kanak-kanak ini adalah unik dan tersendiri. Samada gifted atau giftedness, ia bergantung kepada beberapa faktor yang menyumbang ke arah kecerdasan yang dimilikinya. Individu yang mempunyai hubungan kecerdasan daripada sifat genetik dengan faktor persekitarannya mampu meningkatkan darjah kepintarannya lebih daripada individu lain. Penambahan ini menghasilkan suatu daya pecutan pada fungsi otak (Clark. B, 2013). Individu ini boleh dilabel sebagai gifted. Adakah gifted ini suatu proses? Gifted adalah suatu label yang diberikan kepada individu yang mengalami proses tersebut dan diterjemahkan dari segi tingkah laku dan sikap atau pencapaian. Gabungan antara kecerdasan yang tinggi, mampu melakukan aktiviti lanjutan lebih daripada biasa, perkembangan yang pesat dalam fungsi otak. Keistimewaan ini boleh dilihat melalui kebolehan dalam pencapaian akademik, inovasi, sifat bersifat kreatif, kepimpinan, peribadi dan kemahiran interpersonal, visual dan persembahan seni. Individu normal dan individu gifted boleh melakukan aktiviti atau kemahiran yang sama. Tetapi yang membezakan adalah darjah keupayaan kerana individu gifted boleh menunjukkan keupayaan yang luar biasa. Individu yang mempunyai keupayaan yang luar biasa ini dilabelkan sebagai gifted.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 29

Pemahaman terhadap giftedness pula adalah, giftedness adalah satu konsep biologi hasil daripada gabungan sel-sel neuron di otak pada tahap yang maksimum. Ia juga melibatkan hubungan dengan konteks kecerdasan pemikiran yang menjadi lebih kompleks, lebih mendalam, lebih laju dan lebih tinggi. Pada erti kata lain, giftedness atau bergeliga merupakan satu anugerah daripada tuhan. Peringkat giftedness dibezakan pada tahap moderate, high dan profound. Individu giftedness menunjukkan pencapaian ini tanpa dipengaruhi faktor persekitaran kerana ia adalah semulajadi. Individu ini lebih kompleks, namun ciri keistimewaan ini perlu diberi perhatian kerana ia perlu disalurkan pada tempat yang betul. Sekiranya ia diabaikan, dikhuatiri ia akan menjadi tekanan kepada diri individu itu sendiri kerana tahap pemikiran dan darjah keupayaan yang berbeza dengan individu lain. Giftedness bersifat semulajadi. Individu gifted menunjukkan kebolehan pada tahap kecerdasan yang tinggi dan perlu cara tertentu untuk mengesan kebolehan itu. Proses pengesanan untuk individu gifted pada kebiasaanya menggunakan ujian kebolehan atau kecenderungan intelektual, ujian kebolehan khusus akademik dan ujian kebolehan bidang kepimpinan, visual seni atau kreativiti. Keunikan mereka perlu dikesan dan diberi perkhidmatan yang sewajarnya agak kita tidak kehilangannya. Sekolah biasa tidak menyediakan keperluan khas untuk golongan ini. Oleh yang demikian, organisasi di luar dan masyarakat serta pihak berwajib perlu berganding bahu membantu golongan berkeperluan khas ini. Pengesanan terhadap golongan ini perlu dimulakan dengan penetapan objektif sasaran untuk mengenal pasti ciri istimewa ini agar program susulan yang disediakan bertetapan dengan objektifnya. Selain itu, rekod profil mereka boleh diwujudkan dan setakat ini, secara umum pelajar yang dikesan sebagai pelajar gifted adalah berjumlah 2% ke 5%, bergantung pada objektif pencarian sasaran populasi pintar cerdas(Clark. B, 2013). In talent development programs and in the Schoolwide Enrichment Program (Renzulli & Reis, 1985), 10% to 25% of students might be included in these populations.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 30

PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT


Istilah gifted dan talented didefinisikan dalam dua istilah yang berbeza oleh pakar-pakar atau bagi sesetengah penulis-penulis buku. Antaranya adalah : 1)Braggett (1998a) dan Morelock (1996) menyatakan Talent is seen to reflect a remarkable ability which, however, falls short of the superlative level characterised by true giftedness.

2)Richert (1997) dan Morelock (1996) pula menjelaskan There is an hierarchical categorization, with talent referring to specialized aptitudes that are assumed to be unrelated and inferior- to general intelligence and giftedness.

3)Gagne (1991,1995) pula menyatakan bahawa istilah gifted dan talented adalah sinonim. Beliau bersetuju bahawa pengekalan terhadap kedua-dua istilah tersebut namun bagi membezakan kedua-dua istilah tersebut adalah dengan menjelaskan bahawa giftedness sebagai kapasiti semulajadi manakala talent sebagai perkembangan kebolehan atau peningkatan. Porter L. (1999) menyimpulkan dari semua definisi gifteddan talented yang dikeluarkan oleh penulis-penulis sebagai
Gifted young children are those who have the capacity to learn at a pace and level of complexity that is significantly advanced of their age peers in any domain or domains that are valued in and promoted by their sociocultural group.

Sesetengah kanak-kanak pintar cerdas turut dikenalpasti melalui bakat mereka. Porter (1999) menyatakan bahawa
Talent behaviours are performances that are quantitatively or qualitatively exceptional compared with age mates.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 31

Kedua-dua definisi tersebut haruslah membuat refleksi terhadap persekitaran perkembangan kanak-kanak, perbezaan dalam personaliti mereka, persekitaran budaya, kanak-kanak pintar cerdas yang berpotensi untuk dikembangkan dan perubahan dari segi ekspresi serta impak pintar cerdas melalui kehidupan kanak-kanak tersebut. Tingkah laku pintar cerdas boleh dilihat dengan merujuk kepada perbuatan-perbuatan seseorang yang menggambarkan potensinya yang tinggi dalam sesuatu bidang tertentu. Perbuatan ini dapat diperhatikan dan dinilai oleh guru sebagai manifestasi daripada trait pintar cerdas (Renzulli 1978). Tingkah laku pintar cerdas juga boleh diajar kepada pelajar. Pelajar-pelajar tersebut tidak semestinya memperolehi pencapaian yang tinggi dalam ujian-ujian kognitif (Renzulli 1991; Piirto 1999), namun sebaliknya menunjukkan kemampuan mereka dalam domain bakat tertentu. Apabila tidak mencapai tahap ia juga merupakan underachievement iaitu fenomena seseorang yang gagal mencapai kecemerlangan setanding dengan bakat atau potensinya (Dewan Bahasa dan Pustaka 1997). Ia juga didefinisikan sebagai keadaan dimana wujudnya jurang diantara pencapaian sebenar yang rendah dengan keupayaan yang nampaknya lebih tinggi (Rimm 1997). Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford-Binet Test telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Di samping itu, Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 32

DEFINISI PINTAR CERDAS MENURUT TOKOH


Renzullis (1986) Dari sudut pandangan Renzulli untuk melahirkan manusia yang kreatif dalam masyarakat, beliau berpendirian definisi yang menyatakan tingkah laku pintar cerdas adalah tindak balas daripada interaksi tiga asas sifat manusia above average dan/atau kebolehan khusus, dan komitmen tugas (motivasi) yang tinggi dan kreativiti yang tinggi (model beliau) adalah kurang sesuai. (Renzulli & Reis, 2003) Renzulli menyatakan, makna sebenar huraian maksud model beliau adalah merujuk kepada pintar cerdas itu tidak ditentukan dengan gabungan interaksi tiga perkara tersebut. Pengesanan pintar cerdas adalah tidak terikat kepada kombinasi ketiga-tiga perkara itu dalam masa yang sama. Manamana pendidik boleh mengabaikan mana-mana perkara untuk mengukur aspek pintar cerdas ini dan menumpu kepada satu sifat sahaja. Contohnya, pendidik boleh menamakan pelajarnya untuk menduduki ujian IQ tanpa ambil kira faktor motivasi atau kreativiti. Atau, boleh melakukan pemerhatian kepada aspek kreativiti pelajar tanpa melihat IQnya. Gagnes (2000, 2003) Pintar cerdas menurut Gagne adalah kebolehan atau sifat semulajadi manusia (Moon dan Dixon, 2006). Gagne membezakan anugerah semulajadi dan bakat yang diasah dalam definisi pintar cerdas beliau. Beliau turut mengenal pasti pengaruh peribadi dan pengaruh persekitaran yang menyumbang kepada pembangunan pintar cerdas dan berbakat ini.Anugerah semulajadi adalah sifat natural yang tersendiri. Sifat semulajadi ini merujuk kepada aspek intelektual, kreatif, sosioafektif dan sensorimotor. Terdapat tujuh kategori yang dikenal pasti Gagne sebagai bakat iaitu, akademik, seni, perniagaan, konsep berkaitan masa(permainan), aktiviti sosial, sukan dan teknologi. Pengaruh peribadi melibatkan ciri-ciri fizikal, motivasi, pengurusan diri dan personaliti. Manakala pengaruh persekitaran pula ialah, faktor masyarakat, individu, peruntukan dan aktiviti yang berkaitan. Definisi Gagne menunjukkan beliau

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 33

menerangkan konsep pintar cerdas dengan mengambil kira pelbagai aspek yang boleh dijadikan faktor menyebabkan bakat itu selain intelektual semata-mata. Tannenbaums (2003) Beliau menyatakan pelajar pintar cerdas dan berbakat akan menunjukkan potensi pembelajaran dan kreativiti yang lebih cepat. Pintar cerdas dapat diperlihatkan melalui lima faktor yang terjalin iaitu a) kecerdasan intelek yang tinggi b) mempunyai kebolehan yang unik c) ciri-ciri selain intelektual (personaliti), dan d)persekitaran. Gardner (1999) Kecerdasan pelbagai merupakan bidang kecerdasan yang menumpu kepada aspek selain intelektual semata-mata. Ia merujuk kepada individu yang yang berkebolehan dalam melakukan sesuatu kemahiran tertentu. Gardner menekankan, kecerdasan tidak boleh bergantung semata-mata kepada ujian intelektual sahaja. Ujian akademik hanya mengesan kecerdasan bahasa dan logik matematik sahaja. Pintar cerdas daripada perspektif Gardner adalah melihat kekuatan pelajar dalam konteks kehidupan seharian seperti kebolehan berkomunikasi dengan baik, menghasilkan penulisan yang unik dan indah, dan kekuatan fizikal dalam bidang sukan. Terdapat 8 bidang kecerdasan yang dikemukakn oleh Gardner iaitu; a) Kecerdasan Bahasa- novelis, peguam b) Kecerdasan Logik Matematik- orang fizik, org matematik c) Kecerdasan ruang-arkitek, pereka dalaman, jurutera d) Kecerdasan Muzik- penggubah lagu, penyusun muzik e) Kecerdasan Fizikal-kinestetik- penari, atlet, f) Kecerdasan Intrapersonal- seseorang yang memahami kognitifnya, kekuatan diri dan dapat mengawal emosi g) Kecerdasan Interpersonal- kaunselor, guru, ahli politik

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 34

h) Kecerdasan Naturalist- memahami sifat alam dan kehidupan flora dan fauna yang mendalam. Gross, M (2003) Gross mendefinisikan pintar cerdas adalah perkembangan cepat yang ditunjukkan pelajar semasa melalui proses ujian. Gross telah mengumpul profil ujian yang dijalankan ke atas 15 orang pelajar pintar cerdas dalam semua aspek perkembangan seperti aspek perkembangan cepat dan kesihatan fizikal, sejarah dan latar belakang keluarga, tahap pencapaian akademik, perkembangan membaca dan minat, latar belakang sekolah dan psikososial. (Gross, 2003) Gross menetapkan kayu ukur pada umur kronologi pelajar (umur sebenar) semasa ujian dijalankan. Setiap instrumen yang dijalankan, hasil ujian itu akan dibandingkan dengan umur kronologi pelajar kerana tahap ujian itu adalah lebih tinggi berbanding umur mereka. Kebanyakan hasil ujian menunjukkan hasil bahawa pelajar-pelajar ini mempunyai advance ability iaitu berupaya melakukannya pada tahap umur mereka.

SIAPAKAH INDIVIDU PINTAR CERDAS?


Individu dengan kecerdasan yang luarbiasa dikatakan pintar cerdas dan kita telah memahami konsepkonsep pintar kecerdasan. Untuk memahami siapakah pelajar pintar cerdas kita perlu memahami beberapa konsep yang asas ini: pintar cerdas, keluarbiasa dan kecerdasan. Sternberg, seorang pengkaji kecerdasan menggariskan lima ciri-ciri konsep pintar cerdas: 1) Kecemerlangan (excellence): bermaksud sangat menonjol dalam bidang/kebolehan tertentu. 2) Keluarbiasaan (rarity): bermaksud kecemerlangan ini sukar dicapai oleh orang kebanyakkan. 3) Produktiviti: bermaksud ia membawa kepada hasil atau sumbangan yang bernilai kepada masyarakat.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 35

4) Boleh diukur: contohnya dalam ujian IQ yang terpiawai. Antaranya ialah NFER tests, the CATs Test, MidYIS, SATs, YELLIS and ALIS serta Intelligence Scale Test yang lain. 5) Nilai: bermakna ciri-ciri ini dihargai/ dianggap penting oleh masyarakat. Daripada lima kriteria ini, kita boleh melanjutkan: 1) Kecerdasan digambarkan melalui pencapaian yang menakjubkan. 2) Keunikannya adalah sebab ia tidak biasa dan berbeza, hanya dimiliki oleh sebilingan kecil populasi. 3) Ia diukur melalui hasi kerja bukannya potensi. Dari kerja, kita dinilai. Produktiviti ini tidak bermaksud kuantiti tetapi yang lebih penting kualiti. 4) Definisi ini mesti produktif dari segi akademik, ia boleh dikaji, boleh didefinisikan secara operasional. Ia bukan konsep abstrak yang dikaji pada tahap teoretikal/ falsafah samatamata. 5) Ia dicirikan faktor budaya, ia bukan bebas dari nilai setempat/semasa. Mengikut model Renzulli, seorang yang dikenal pasti sebagai pintar cerdas mesti memenuhi 3 syarat ini: 1) Kebolehan intelek yang tinggi; 2) Kreativiti yang tinggi; dan 3) Komitmen kerja yang tinggi. Renzulli menegaskan kepentingan faktor atau syarat intelek sebagai sebahagian teras dalam konsep kepintarcerdasannya. Berbeza dengan idea Sternberg, tiga syarat yang diketengahkan oleh Renzulli merupakan aspek yang boleh dipupuk dan dilatih melalui pendidikan. Mungkin sekolah perlu memupuk kepintarcerdasan, bukan memberi maklumat semata-mata. Semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1985). Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 36

golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannyaberbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain (Bee, 1999). Keadaan ini hanya akan dapat difahami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka (yang juga memiliki persamaan ciri-ciri seperti orangdewasa) seperti yang disebut dalam peribahasa:"birds ofafeather flock together." Contohnya, jika anda adalah seorang yang bersikap mengharapkan sesuatu hasil kerja yangdilakukan adalah tinggi (kerja yang lakukan memperoleh hasil yang maksimum) dan anda juga seorang yang menghargai kesungguhan, anda akan merasa janggal ketika berada dalam sebuah organisasi di mana budaya anggota-anggota organisasi tersebut bercanggah dengan sikap anda. Ketika berdepan dengan masalah perbezaan tersebut,kanak-kanak jenis ini mungkin menggunakan pelbagai strategi termasuk: menafikan kecerdasan mereka; mengelak bergaul dengan orang lain; dan meninggalkan keperluan sosialnya (Chan, 2003). Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial/pendidikan iaitu: Golongan pintar cerdas juga adalah golongan yang berpotensi memberi sumbangan besar kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagaimana yang kita fahami, fungsi pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu pelajar untuk berkembang. Jika kita melihat dari perspektif pendidikan Berpusatkan-pelajar (student-centered), kita akan mendapati pendidikan adalah usaha-usaha untuk memenuhi keperluan perkembangan diri pelajar dan dalam aspek inilah pelajar pintar cerdas memerlukan bantuan dan bimbingan pendidik. Leta Hollingworth, pengkaji yang telah memberi sumbangan penting di dalam pendidikan pintar cerdas khususnya, pendidikan emosi golongan tersebut, telah memberi gambaran terperinci lima masalah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak ini (Gallagher & Gallagher, 1994) iaitu: 1. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah; 2. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya (to suffer fools gladly);

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 37

3. Mengelakkan sikap sinis/negatif terhadap autoriti; 4. Menentang kecenderungan mengasingkan diri (daripada orang lain yang tidak secerdiknya); dan 5. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasikan orang lain.

RUMUSAN
Walau apapun sikap dan hasil kerja mereka, apa yang berlaku kepada mereka adalah akibat faktorfaktor seperti sikap, peluang, minat dan kelebihan mereka yang unik. Memahami dinamik sosial, motivasi dan apa yang membezakan golongan pintar cerdas yang produktif dan golongan pintar cerdas yang tidak menggunakan potensi mereka, menjadi isu pendidikan yang kritikal. Negara yang membangun seperti Malaysia tidak boleh membazirkan bakat yang bakal memberi sumbangan dalam bidang sains, kesusasteraan, keusahawanan, kebajikan, dan semua bidang pengetahuan atau usaha yang meningkatkan kesejahteraan sejagat. Oleh yang demikian, konsep kecerdasan perlu difahami oleh semua pihak.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 38

1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan definisi pintar cerdas. 2. Jelaskan maksud kecerdasan. 3. Berikan perbezaan antara pintar cerdas dan berbakat. 4. Nyatakan bidang kecerdasan oleh Howard Gardner. 5. Apakah konsep pintar cerdas yang diperkenalkan oleh Sternberg?

Isikan tempat kosong dengan kategori yang dikenal pasti oleh Gagne sebagai bakat. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bakat (Gagne )

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 39

Rujukan

Clark, B. (2013). Growing Up Gifted:Developing the Potential of Children at School and at Home. Ed. Ke-8. LA: Pearson. Davis, G.A., & Rimm, S.B., (1985). Education of the gifted and talented. Englewood Cliffs, NJ:PrenticeHall. Gross, M.U.M, (2003). Exceptionally Gifted Children. Ed. Ke-2. NY:RoutledgeFalmer. Morelock, M. J.,(1996). On the nature of giftedness and talent: Imposing order on chaos. Roeper Review, 19(1),4-12. Porter, L. (1999). Gifted Young Children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press. Renzulli, J.S., & Reis, S.M., (1985). The Schoolwide Enrichment Model: A Comprehensive plan for educational excellence. Mansfield Center, CT: Creative Learning Press. Renzulli, J.S., (1991). The National Research Center on the Gifted and Talented: The dream, the design, and the destination. Gifted Child Quarterly, 35, 73-80. Rimm, S.(1997). An underachievement epidemic. Educational Leadership, 54(7), 18-22.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 40

UNIT 3 PERKEMBANGAN KOGNITIF PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Menghuraikan Konsep Pintar Cerdas Kognitif Mengenal Pasti Ciri-Ciri Pintar Kognitif

PENGENALAN
Kecerdasan intelektual merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang dipelajari daripada pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Apakah ciri-ciri kognitif tersebut yang boleh dilihat kepada pelajar yang mempunyai kecerdasan dari segi kognitif? Perkembangan kognitif pelajar pintar cerdas ditunjuk melalui perbuatan dan cara mereka menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Pada waktu yang sama, mereka menunjukkan kelebihan berbanding rakan sebaya yang bersama-sama menyelesaikan masalah tersebut. Boleh berfikir dengan cepat dan penyelesaian yang diambil adalah berkesan. Perwatakan mereka boleh dibandingkan dengan rakan lain dan namun, mereka sering dilihat berbeza kerana kelebihan yang ditunjukkan. Ciriciri pelajar pintar cerdas boleh diperhati dalam kalangan pelajar yang sama tahap dan umur agar keistimewaan itu dapat dilihat (Harrison, 2003).

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 41

ISI KANDUNGAN
Perkara utama yang sering dikaitkan dengan pintar cerdas adalah kebolehan mental (kognitif). Adakah memiliki IQ yang tinggi boleh dilabel sebagai pintar cerdas? Apakah kayu ukur yang akan dipatuhi untuk mengesahkan IQ tinggi itu? Kekuatan ini merupakan anugerah atau boleh dipelajari? Dalam unit ini, kita akan membincangkan beberapa aspek. Aspek tersebut adalah menghuraikan konsep pintar cerdas kognitif dan mengenal pasti ciri-ciri pintar cerdas.

KONSEP PINTAR CERDAS KOGNITIF


Pelajar pintar cerdas berbakat (PCB) kognitif biasanya apabila diuji dengan ujian-ujian psikometrik akan mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau Intelligent Quotion (IQ) yang tinggi biasanya melebihi 130 (Kyle 1998). Potensi kognitif dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selain itu ciri-ciri kognitif pelajar PCB merangkumi keupayaan untuk menaakul ide-ide yang abstrak, cepat memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat empati, ingatan yang kuat, dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik dalam sesuatu topik yang diminati. Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar PCB seperti berikut; mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar biasa, sangat suka kepada perkara-perkara intelektual berserta sifat ingin tahu yang menebal, mempunyai strategi yang berbeza ketika menyelesaikan sesuatu masalah, gemar mengajukan soalan-soalan yang susah, dan memberikan pendapat yang ganjil hasil dari pemikiran yang mencapah. Pelajar pintar cerdas bijak dalam pelajaran serta mudah menerima ilmu yang diajar oleh guru dengan mudah. Kanak-kanak pintar cerdas akan dapat memahami sesuatu perkara dengan mudah dan tidak memerlukan banyak bantuan atau tunjuk ajar daripada guru. Mereka cenderung menjadi

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 42

pelajar berwibawa, mempunyai konsep kendiri yang tinggi dan juga pelajar yang terarah kendiri. Hasan Muhamed (2006) menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas peka dan menunjukkan reaksi segera terhadap sesuatu tugasan dan menyelesaikan masalah. Pelajar pintar cerdas juga dikatakan mampu memproses dan menganalisis maklumat dengan cara yang matang dan meyakinkan serta menggunakan kaedah ataupun memberi cadangan tersendiri bagi menyelesaikan masalah. IQ pelajar pintar cerdas adalah berada tahap yang lebih tinggi berbanding pelajar biasa iaitu biasanya 120 dan ke atas. Keadaan ini yang menyebabkan kelebihan terhadap seseorang pelajar pintar cerdas. Mampu memahami konsep yang canggih, abstrak dan kompleks. Ahli falsafah, contohnya adalah golongan yang tinggi kecerdasan. Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman abstrak. Pengetahuan atau skemata yang luas. Memahami banyak konsep yang tidak difahami kanak-kanak yang sebaya. Meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan ingatan, scrabble, silang kata, catur dan permainan komputer yang tertentu. Tumpuan tinggi, membaca secara senyap untuk masa yang panjang. Tidak suka diganggu, menjadi geram apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya.

CIRI-CIRI PINTAR CERDAS KOGNITIF


SIFAT INGIN TAHU YANG TINGGI Pelajar pintar cerdas mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi kerana mereka berfikir cepat dan secara logik (Davis, Rimm dan Siegle, 2011). Bagaimanakah mereka meluahkan perasaan tersebut? Caranya dengan mengemukakan soalan seperti Kenapa..., Bagaimana..... Dalam kehidupan seharian, pel ajar akan melalui banyak pengalaman daripada aktiviti yang dilakukan, disertainya, atau dilihatnya sama ada di rumah atau di sekolah. Apabila tanda tanya ini muncul, semestinya keinginan untuk mengetahui sebab atau punca kepada sesuatu kejadian atau perkara. Semestinya soalan ini akan ditanya kepada ibu bapa atau guru. Walaupun jawapan yang tepat telah diberikan, ia tidak memuaskan hati mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 43

kerana mereka ingin mendengar kepada huraian yang lebih jelas sehingga ia menyebabkan sesetengah ibu bapa atau guru tidak boleh bersabar dengan karenah mereka. Bentuk soalan yang ditanya turut melambangkan kecerdasan kognitif yang dimiliki pelajar tersebut.

Sesetengah soalan seperti berikut: Kenapa kita semua perlu mengundi semasa pilihan raya? Kenapa kita perlu pergi ke sekolah untuk belajar? Bagaimana belajar di rumah pula? Bagaimana keadaan bumi pada dua puluh ribu tahun yang lepas?

KEMAHIRAN MEMPEROLEHI PENGETAHUAN Kemahiran memperolehi pengetahuan ialah satu proses yang aktif dan diambil berat oleh seseorang yang kreatif. Ia melibatkan kebolehan melihat masalah, menjana pelbagai cara yang berpotensi sebagai langkah penyelesaian berdasarkan pengalaman lepas, dan mengambil tindakan yang betul sebagai jalan keluar (Ebert, 1994). Pelajar pintar cerdas kognitif mempunyai kemahiran memperolehi banyak pengetahuan kerana mereka dapat menyimpan maklumat dengan baik (Borkowski & Peck, 1986) dan disebabkan itu, membolehkan mereka dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan baru dengan kadar cepat yang luar biasa (Moltzen 1996). Pada waktu bila mereka memperolehi pengetahuan ini? Pelajar pintar cerdas mempunyai pengamatan yang tinggi. Pada permulaan semasa bayi lagi, pengamatan ini digunakan untuk menyimpan maklumat setiap perkara yang diperhatikan. Kemahiran memperolehi pengetahuan adalah asas kepada mereka untuk menjadi penyelesai masalah yang baik. Mereka melihat masalah pada sudut pandangan yang berbeza iaitu kadang-kadang lebih mendalam berbanding masalah sebenar (Damiani, 1997) Oleh yang demikian, tidak mustahil, pelajar pintar cerdas dapat menguasai ilmu pengetahuan orang yang lebih dewasa berbanding rakan sebayanya. Oleh kerana mereka telah menguasai pengetahuan lebih awal, maka mereka boleh membaca, menulis dan menggunakan nombor dengan awal berbanding rakan sebaya.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 44

Adakah anda bersetuju, pelajar pintar cerdas mampu ; Menyelesaikan masalah matematik dua tahap yang lebih tinggi? Membaca buku ekonomi pada umur 15 tahun? Menulis esei panjang pada umur 7 tahun?

INGATAN ATAU MEMORI YANG KUAT Pelajar pintar cerdas bukan sahaja mempunyai kemahiran mendapat pengetahuan malah berkebolehan untuk menterjemahkannya atau mengingati semula. Antara ciri yang menunjukkan kebolehan ini adalah dapat imbas kembali dengan cepat, dapat menunjukkan kemahiran yang telah lama dipelajari. Mereka juga mampu mengajar rakan yang sebaya dengannya. Kebolehan yang ditunjukkan itu menunjukkan mereka mempunyai ingatan yang kuat (Porter. L. 1999). Memori boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1) Jumlah pengetahuan yang disimpan 2) Bagaimana pengetahuan disusun 3) Bagaimana untuk menghubungkan pengetahuan itu (Rabinowitz & Glaser, 1985). Pelajar pintar cerdas dapat menghubungkan ketiga-tiga bahagian ini dengan kombinasi dengan baik. Setiap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki akan diterjemahkan dengan baik. Mereka mempunyai kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghubungkan satu sama lain tanpa kekeliruan. Contoh, mengingati senikata lagu dan lakonan seseorang, iaitu apabila berjaya menyanyikan dan melakonkan semula dengan cara yang sama. Setiap memori boleh berhubung dengan baik dengan cara yang paling canggih (Shore & Kanevsky, 1993). Selain itu mereka mempunyai ingatan yang kuat. Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan ingatan mereka lebih tinggi daripada orang lain. 1. Akibat pemahaman yang tinggi, mereka tidak perlu menghafal secara buta. Pemahaman tinggi memberi dua kelebihan yang nyata: 1) membaca dengan cepat, 2) cepat mengingati apa yang telah difahami.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 45

2. Cara mengorganisasikan maklumat yang cekap, antaranya mengelaskan item mengikut kumpulan. Berkait rapat dengan kebolehan analitikal. 3. Menggunakan cara yang menyeronokkan untuk mengingat (teknik untuk membantu kita mengingat dinamakan mnemonik). 4. Ingatan semulajadi (ingatan cair) yang memangpun tinggi, dibuktikan dengan kadar mereka mengumpul maklumat seperti membina kosa kata yang banyak (walaupun di persekitaran yang sama dengan adik-beradik yang lain). 5. Akibat pengetahuan sedia ada yang banyak, mereka cepat membina dan menyerap konsep baru (dengan mengaitkan konsep baru di atas apa yang telah sedia difahami oleh mereka sebelum ini).

Apakah tugasan yang sesuai diberikan untuk melihat potensi memori yang dimiliki oleh pelajar pintar cerdas? Jawapannya, seperti yang dinyatakan oleh Jackson & Butterfield, 1986: This leaves processing capacity available for carrying out higher-order tasks, such as comprehending the meaning of a passage in a book rather than simply deciphering the words

Soalan yang berbentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis boleh diberikan kepada pelajar ini. Bagaimana dengan soalan ini, Berdasarkan pengalaman anda, apakah aspek penting dalam mereka bentuk sebuah rumah yang mesra alam? Adakah mempunyai tingkap yang banyak atau menggunakan kayu yang berkualiti tinggi?Nyatakan pendapat anda.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 46

GAYA PEMBELAJARAN YANG BERBEZA Pembelajaran pelajar pintar cerdas berbeza dengan rakan sebayanya. Gaya dan pendekatan pembelajaran yang dilakukan oleh mereka ialah lebih fleksibel dan lebih penting ia membawa ke arah kejayaan (Shore & Dover, 1987). Pendekatan yang digunakan juga berubah-ubah mengikut tugasan. Istilah berikut merupakan antara ciri-ciri gaya pembelajaran seorang pelajar pintar cerdas (Porter. L, 1999): Opennes (keterbukaan) Willingness (keupayaan) Judgement (pertimbangan) Perceptiveness (persepsi) Perseverance (tabah) Speed (kelajuan) Adapting (penyesuaian) Immerse (mendalami) Fluency (kelancaran) Flexibility (fleksibel) Terhadap pengalaman baru Mengambil risiko Terhadap masalah yang melibatkan orang lain Mengenal pasti masalah yang wujud Menghadapi rintangan Memproses maklumat Kepantasan untuk memenuhi keperluan tugas Dalam sesuatu bidang untuk mencapai penguasaan yang lebih tinggi Mengeluarkan idea-idea baru Menyesuaikan idea bagi suatu masalah dan kemahiran yang digunakan agar dapat memenuhi keperluan tugas dan objektif sasaran.

RUMUSAN
Kebiasaannya, golongan pintar cerdas kognitif memiliki hasrat yang tinggi untuk mempelajari sesuatu mengenai minat mereka. Kelebihan mereka dalam memikir secara abstrak lebih awal dari rakan sebaya membolehkan mereka menyelesaikan masalah dengan kreatif dan pantas. Ini menunjukkan mereka perlu diberi pilihan dalam aktiviti pembelajaran kerana memiliki kognitif yang tinggi sekaligus mempunyai kelebihan menentukan aktiviti yang ingin dilakukannya.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 47

1. Berdasarkan kefahaman anda, apakah yang dimaksudkan pintar cerdas dari segi kognitif? 2. Apakah ciri-ciri pintar cerdas koginitif? 3. Apakah faktor yang menyebabkan pelajar kuat ingatan?

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 48

Rujukan

Borkowski, J.G. and Peck, V.A. (1986). Causes and consequences of metamemory in gifted children in Conception of giftedness Ed. R.J. Sternberg & J.E. Davidson, Cambridge University Press, Cambridge, UK. Damiani, V.B., (1997). Young gifted children in research and practise: the need for early childhood programs Gifted Child Today. Vol. 20, no.3, pp.18-23. Davis A.D., Rimm S.V., dan Siegle D., (2011). Education of the Gifted Talented. Ed. Ke-6.US: Pearson. Ebert, E.S. (1994). The cognitive spiral:creative thinking and cognitive processing Journal of Creative Behaviour vol. 28, no.4, pp. 275-90. Harrison. C., (2003). Giftedness in Early Childhood. Ed. Ke-3. Sydney: A GERRIC Publication. Jackson, N.E., & Butterfield, E.C., (1986). A conception of giftedness designed to promote research in Conceptions of giftedness Ed. R.J. Sternberg & J.E.Davidson, Cambridge University Press, Cambridge, UK. Moltzen, R.(1996). Characteristics of gifted children in Gifted and Talented: New Zealand perspectives Ed. D. McAlpine & R. Moltzen, ERDS Press, Palmerston North. Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press. Rabinowitz, M. & Glaser, R. (1985). Cognitive structure and process in highly competent performance in The gifted and Talented: developmental perspectives Ed. F.D. Horowitz & M. OBrien, American Psychological Association, Washington, DC. Shore, B.M., & Kanevsky, L.S.(1993). Thinking processes: being and becoming gifted in International handbook of research and development of giftedness and talent Ed . K.A. Heller, F.J. Monks & A.H.Passow, Pergamon Press: Oxford, UK. Shore, B.M. & Dover, A.C.(1987). Metacognition, intelligence and giftedness Gifted Child Quarterly vol. 31, no. 1, pp.37-9

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 49

UNIT 4 PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Menghuraikan Konsep Pintar Cerdas Bahasa Dan Komunikasi Mengenal Pasti Ciri-Ciri Pintar Cerdas Bahasa Dan Komunikasi

PENGENALAN
Pelajar pintar cerdas dari segi kognitif atau intelektual mempengaruhi kepada perkembangan bahasa mereka. Mereka boleh bertutur dan berkomunikasi dengan baik dan memberikan satu keunikan kerana daya pemikiran yang tinggi diluahkan atau dilahirkan secara lisan. Oleh yang demikian, bahasa yang dituturkan mewakili apa yang difikirkan termasuklah apabila menyelesaikan sesuatu masalah. Pelajar pintar cerdas dapat menyimpan maklumat dengan baik, oleh itu, mampu memberi maklum balas dengan cepat.

ISI KANDUNGAN
Kepetahan berkata-kata dan kefasihan berkomunikasi serta boleh berbincang merupakan sifat pelajar pintar cerdas dan boleh berlaku sebaliknya. Maka, perkara negatif turut boleh ditemui dalam ciri-ciri pelajar ini.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 50

Dalam unit ini, kita akan membincangkan beberapa aspek. Aspek tersebut adalah menghuraikan konsep pintar cerdas bahasa dan komunikasi, mengenal pasti ciri-ciri pintar cerdas dan membincangkan kajian yang berkaitan dengan pintar cerdas bahasa dan komunikasi.

CIRI-CIRI
BERCAKAP AWAL Pelajar pintar cerdas menunjukkan kebolehan bercakap pada usia yang lebih awal. Iaitu kebolehan bertutur dengan lebih baik berbanding umur sebenar. Kebolehan ini dilihat berkait dengan kecerdasan mental pelajar tersebut. Binet menekankan pelajar pintar cerdas mempunyai umur mental yang tinggi berbanding umur kronologi (umur fizikal) mereka. Kebanyakan pelajar pintar cerdas mula bercakap lebih awal berbanding rakan sebaya (Gross, 1993). AYAT YANG KOMPLEKS DAN PERBENDAHARAAN KATA YANG LUAS Menggunakan perbendaharaan kata yang lebih banyak dan luas adalah bukti pelajar pintar cerdas berupaya menyusun ayat yang lengkap dan menjadi lebih kompleks. Setiap ayat yang dituturkan adalah sempurna dan kadang-kadang lebih baik berbanding rakan sebayanya. Pelajar pintar cerdas pada kebiasaannya menggunakan perbendaharaan kata yang banyak kerana akan berkomunikasi tentang pelbagai topik. Mereka menggunakan ayat yang kompleks dan terdapat konsep yang dilhat tersirat atau abstrak yang akan digunakan oleh orang yang lebih dewasa (Davis, Rimm dan Siegle, 2011) Pelajar pintar cerdas mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan mengekal seterusnya mengingat apa yang dibaca dengan mudah. Pada peringkat umur yang awal, pelajar pintar cerdas dapat bercakap, membaca, menulis ataupun memahami percakapan orang dewasa. Mereka juga mampu memahami arahan dengan mudah walaupun arahan yang sedikit walhal kanak-kanak sebaya memerlukan penerangan yang lengkap dan memerlukan tunjuk ajar secara langkah demi langkah. Keadaan ini menjadikan pelajar pintar cerdas mampu memperolehi maklumat dan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 51

pengetahuan yang banyak dan dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian mengenai penyelesaian masalah dan juga mencipta sesuatu yang baru.

MINAT TERHADAP BUNYI BAHASA, RIMA DAN SAJAK Menurut Harisson (2003) pelajar pintar cerdas menyukai bunyi pada lenggok bahasa, sajak dan cerita. Minat mereka ini telah mendorong kepada keinginan terhadap bahan bacaan, lagu berirama dan sajak, sehingga bahan bacaan yang sedia ada telah dibaca dan masih tidak mencukupi. Bahasa atau lenggok yang digunakan semasa membaca sajak atau bercerita menunjukkan penguasaan bahasa kerana memahami bagaimana bunyi dan lenggok itu menekankan atau membawa kepada sesuatu maksud. Mereka juga berupaya mereka gaya rima yang disukai pada sajak dan mendeklamasikannya. Perkara yang penting dimiliki oleh pelajar pintar cerdas bahasa dan komunikasi di sini adalah kefahaman dan minat pada gaya bahasa dan boleh menyampaikannya dengan baik.

RUMUSAN
Mempunyai perbendaharaan kata yang banyak membolehkan pelajar pintar cerdas berkomunikasi dengan baik. Setiap tindakan mereka akan lebih mudah difahami. Seperti yang dibincangkan dalam unit ini, menunjukkan bahasa dan komunikasi penting untuk memperlihatkan kematangan seseorang pelajar pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 52

1. Huraikan ciri pintar cerdas berikut: Bercakap awal Perbendaharaan kata yang luas Minat terhadap bunyi bahasa, rima dan sajak

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 53

Rujukan

Davis A.D., Rimm S.V., dan Siegle D., (2011). Education of the Gifted Talented. Ed. Ke-6.US: Pearson. Gross, M.U.M., (1993). Exceptionally GiftedChildren. NY: RoutledgeFalmer Harrison. C., (2003). Giftedness in Early Childhood. Ed. Ke-3. Sydney: A GERRIC Publication. Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 54

UNIT 5 PERKEMBANGAN SOSIAL PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Menghuraikan Konsep Pintar Cerdas Sosial Mengenal Pasti Ciri-Ciri Pintar Cerdas Sosial

PENGENALAN
Apabila melihat aspek sosial, ia merujuk kepada persekitaran dan perhubungan pelajar dengan persekitaran luaran. Walau bagaimanapun, jarang aspek perkembangan ini dibicarakan apabila menyentuh perkembangan pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas sering dilihat berkeseorangan atau berkawan ramai berdasarkan peribadi pelajar tersebut dan ia sememangnya berbeza antara pelajar. Secara umumnya, dilihat pergaulan pelajar pintar cerdas adalah lebih matang dan bersifat kedewasaaan dari segi pertuturan, topik perbualan dan rakan komunikasi yang dipilhnya kebanyakannya lebih dewasa berbandingnya.

ISI KANDUNGAN
Adakah pelajar pintar cerdas seorang yang suka bergaul dengan orang lain? Dalam unit ini, kita akan membincangkan beberapa aspek. Aspek tersebut adalah menghuraikan konsep pintar cerdas sosial dan mengenal pasti ciri-ciri pintar cerdas sosial

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 55

KONSEP
Pelajar pintar cerdas mampu bersosial dengan orang di sekitar mereka dengan mudah kerana sifatsifat tertentu yang ada pada mereka. Kebiasaannya, pelajar pintar cerdas mempunyai sifat kendiri yang tinggi dan berani. Mereka juga sensitif kepada alam sekeliling dan secara tidak langsung, mereka mudah menyesuaikan diri dengan alam dan persekitaran baru. Keadaan ini juga menjadikan mereka mampu bersosial dengan cepat dan kelihatan mempunyai daya kepimpinan. Mereka lebih dominan serta superior apabila berada dalam kumpulan kanak-kanak sebaya dengannya. Namun begitu, sesetengah dari mereka sukar bersosial dengan rakan sebaya kerana tidak mempunyai taraf pemikiran yang sama dengan rakan sebaya. Keadaan ini menjadikan mereka lebih suka bergaul dengan orang yang lebih tua. Secara tidak langsung, akal mereka mengalami masalah penyesuaian diri dengan rakan-rakan yang seusia atau sedarjah dengannya.

CIRI-CIRI
BERSIFAT KEDEWASAAN Personaliti seorang pelajar pintar cerdas menonjol kerana dalam kalangan rakan-rakan sebaya dengannya, pelajar ini dilihat lebih matang dan bersifat kedewasaan. Personaliti ini semulajadi hadir dalam dirinya standing dengan kebolehannya. Pelajar ini boleh dijadikan rujukan dan mampu membimbing rakan-rakan yang lain. Antara sifat kedewasaan yang ditunjukkan seperti mendapat keputusan yang baik sejak gred rendah hingga menengah, sentiasa disenangi guru-guru, rakan sebaya dan pelajar yang lebih muda, dan sentiasa menjadi kegemaran orang lain (Davis, Rim dan Siegle, 2011)

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 56

BERKEBOLEHAN SEBAGAI PEMIMPIN Seorang yang mempunyai ciri pintar cerdas sosial adalah mempunyai bakat sebagai pemimpin. Sejak kecil lagi kebolehan sebagai pemimpin akan ditunjukkan oleh pelajar pintar cerdas (Clark, 1997) seperti sedia mengambil tanggungjawab, seronok mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan, mempunyai rasa hormat terhadap rakan sebaya, berkomunikasi dengan jelas dan bahasa yang sesuai, lebih fleksibel, lebih cenderung untuk memberikan arahan daripada mengikuti aktiviti dan berasa selesa berada bersama orang lain (Moltzen, 1996). Seorang pemimpin perlu mempunyai gaya yang disenangi orang lain, oleh yang demikian pelajar pintar cerdas berkebolehan berkomunukasi dan mengemukakan soalan dan menjawab soalan. Pelajar ini dijadikan contoh oleh pelajar lain kerana idea dan kemahiran membuat keputusan. Kemahiran sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan menjadikan mereka mempu mengawal sebarang konflik yang berlaku dan masalah sosial yang timbul (Morelock dan Morrison, 1996). MOTIVASI, KETEKUNAN DAN MINAT YANG MENDALAM Motivasi merupakan kawalan otak dengan baik ke arah perkara yang lebih positif dan menjana hubungan dengan proses membuat keputusan. Pelajar pintar cerdas akan melihat masalah yang diterima sebagai satu peluang dan akan melakukan yang terbaik. Otak akan berfikir dengan pantas sekaligus memberi kesan kepada perlakuan yang memastikan satu penyelesaian mesti dilakukan. Tanpa motivasi diri yang tinggi, manusia biasa akan hilang fokus dan semangat. Kerana masalah yang diterima dianggap sebagai satu musibah. Perkara yang penting adalah kawalan otak atau fikiran mestilah lebih positif. Kerana, daripada otak, ia akan memberi kesan kepada anggota badan yang lain. Kekuatan motivasi yang dijana dari dalam diri akan membawa satu perlakuan yang lebih baik dan menuju ke arah penyelesaian. Pelajar pintar cerdas yang berinteraksi dengan akal fikiran sentiasa memastikan hasil kerja yang diberikan adalah yang terbaik. Maka, sifat instrinsik ini yang membezakan pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 57

RUMUSAN
Perkembangan sosial lebih menekankan kekuatan dan kebolehan pelajar pintar cerdas berinteraksi dengan faktor dalaman dan luaran atau persekitaran. Setiap pelajar pintar cerdas tidak sama dalam proses sosialisasi kerana sesetengah pelajar pintar cerdas mempunyai social yang positif dan ada yang lebih suka bersendiri.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 58

1. Apakah yang anda fahami dengan pelajar pintar cerdas sosial? 2. Huraikan ciri pintar cerdas sosial berikut: Bersifat kedewasaan Berkebolehan sebagai pemimpin Motivasi, ketekunan dan minat yang mendalam

3. Berdasarkan kefahaman anda, apakah persekitaran yang sesuai dan membantu pelajar pintar cerdas?

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 59

Rujukan
Davis A.D., Rimm S.V., dan Siegle D., (2011). Education of the Gifted Talented. Ed. Ke-6.US: Pearson. Gross, M.U.M., (1993). Exceptionally GiftedChildren. NY: RoutledgeFalmer Harrison. C., (2003). Giftedness in Early Childhood. Ed. Ke-3. Sydney: A GERRIC Publication. Moltzen, R.(1996). Characteristics of gifted children in Gifted and Talented: New Zealand perspectives Ed. D. McAlpine & R. Moltzen, ERDS Press, Palmerston North. Morelock, M.J., & Morrison, K, (1996). Gifted children have talents too: multi-dimensional programmes for the gifted in early childhood. Hawker Brownlow Education, Melbourne. Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 60

UNIT 6 PERKEMBANGAN EMOSI PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Menghuraikan Konsep Pintar Cerdas Emosi Mengenal Pasti Ciri-Ciri Pintar Cerdas Emosi

PENGENALAN
Emosi yang terganggu menunjukkan banyak perkara yang berbeza yang boleh dijadikan sebagai punca iaitu sama ada kerana kegagalan melakukan sesuatu perkara atau berkebolehan membuat keputusan dalam keadaan tekanan emosi. Dabrowski menekankan emosi memainkan peranan penting bagi sesorang pelajar pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas dilihat tidak mempunyai emosi yang baik kerana kekurangan kawalan dalaman kerana kebolehan melebihi rakan-rakan biasa. Perasaan mereka boleh dipulihkan dengan memberi tugasan atau pekerjaan setanding dengan tahapnya kerana mereka tidak akan melakukan tugasan yang mudah.

ISI KANDUNGAN
Adakah benar pelajar pintar cerdas sangat teliti dan mementingkan ketepatan? Bagaimana emosi jika mereka tidak berjaya melakukan sesuatu?Adakah perasaan mereka mudah tersentuh? Sesetengah pendapat mengatakan sukar bergaul dengan pelajar pintar cerdas kerana perasaan sangat mudah tersentuh.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 61

Dalam unit ini, akan membincangkan konsep dan ciri-ciri perkembangan emosi bagi seorang pelajar pintar cerdas.

KONSEP
Golongan pintar cerdas memiliki sifat dan cita rasa yang berlainan. Oleh itu, para guru perlu meningkatkan kesedaran mereka terhadap ciri-ciri emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas. Kelakuan mereka mungkin disalah tafsir oleh rakan-rakan sebaya mereka. Ini boleh menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri atau dipulau oleh rakan-rakan. Memiliki maklumat yang banyak mengenai emosi Mungkin mempunyai sifat sensitif yang luar biasa terhadap perasaan orang lain Mempunyai sifat kelucuan Idealisme dan kesedaran terhadap keadilan pada usia yang muda Memiliki kedalaman emosi yang luar biasa Mempunayi harapan yang tinggi terhadapt diri sendiri dan orang lain Memiliki penilaian moral yang lebih

CIRI-CIRI
SENSITIVITI YANG TINGGI Pelajar pintar cerdas mempunyai latar belakang perkembangan yang baik. Walau bagaimanapun, menjadi seorang yang berbeza memberi kesan kepada emosi dalaman. Daya sensitiviti lebih tinggi berbanding pelajar biasa adalah kerana kawalan dalaman tidak dapat memenuhi semua kehendak luaran. Maka, perasaan sensitif dilahirkan sebagai tanda maklum balas. Reaksi yang berlebihan boleh dilihat melalui emosi yang mendalam. Ini merupakan ciri pelajar pintar cerdas (Dabrowski dalam Silverman, 1993). Pelajar yang mempunyai hubungan yang kuat antara kognitif yang kompleks, bertindak balas dengan cepat pada emosi dan mempunyai struktur nilai dalam diri. Struktur dalam diri

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 62

dibangunkan dengan baik apabila apabila mempunyai emosi yang baik. Mereka akan menunjukkan reaksi emosi (menjadi sensitif) apabila melihat sikap atau menerima perkara yang berbeza daripada nilai diri mereka yang sedia ada. Perasaan sensitif ini boleh dilihat dalam suatu perhubungan, berinteraksi dengan persekitaran, keseorangan, konflik dalam hubungan persahabatan, dan perhubungan yang lebih mendalam (hubungan keluarga atau pasangan). SIFAT EMPATI YANG TINGGI Apakah yang dimaksudkan dengan empati? Empati boleh dilihat apabila mempunyai perasaan belas kasihan. Kebanyakan pelajar pintar cerdas kurang sifat egosentrik (Shore dan Kanevsky, 1993). Mereka lebih mengambil berat perasaan dan keperluan orang lain. Mereka juga berupaya dan berkebolehan mengenali dan memahami perasaan orang yang lebih dewasa berbanding mereka. Empati ini juga merupakan sifat emosi yang membolehkan pelajar pintar cerdas mengetahui emosi orang lain dalam suatu keadaan (marah, sedih, tertekan) dan membuat andaian bahawa orang tersebut menjadi sedemikian disebabkan oleh perbuatan orang lain (LeVine & Tucker 1986). KESEMPURNAAN Pelajar pintar cerdas meletakkan standard yang tinggi untuk pencapaian diri sendiri dan tahap itu lebih tinggi daripada apa yang diharapkan ibu bapa atau guru. Mereka akan berusaha untuk mencapai tahap tersebut (Clark, 1997). Ciri ini disebut sebagai kesempurnaan. Pelajar pintar cerdas mementingkan kesempurnaan dalam konteks berjuang mencapai kejayaan berdasarkan kebolehan yang dimiliki. Mereka juga tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian mereka (Parker dan Adkins, 1995). Usaha yang bersungguh-sungguh dan kuat diperlukan untuk mencapai kesempurnaan (Mendaglio, 1994). Oleh yang demikian, mereka akan menjadi seorang yang suka belajar dan bersemangat tinggi, ke arah pencapaian yang baik, kerana berdasarkan keputusan pencapaian itu, keupayaan diri dapat diketahui. Bersifat kesempurnaan turut mendatangkan kesan negatif kepada pelajar pintar cerdas jika tidak diberi

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 63

galakan yang sepatutnya kerana mereka akan menjadi seorang yang mementingkan diri, jika tidak diberi dorongan ke arah kebaikan. KONSEP KENDIRI DAN KEYAKINAN DIRI Konsep kendiri pelajar pintar cerdas berkembang lebih awal dalam diri mereka (Delisle, 1992). Berdasarkan proses pengesanan terhadap mereka, terdapat perbezaan antara mereka dengan pelajarpelajar lain (Clark, 1997; Harrison, 1995). Pelajar pintar cerdas mempunyai keyakinan dalam bidang yang mereka dapat menunjukkan kemahiran mereka, namun masih mempunyai kelemahan dalam kemahiran yang lain seperti bidang sosial atau fizikal (Daviss dan Rimm, 1998). Maka, dapat diperhatikan seorang pelajar yang berkebolehan dalam sesuatu kemahiran berkeyakinan dalam menunjukkan kemahiran tersebut, berbanding bidang yang tidak mahir.

RUMUSAN
Emosi memain peranan penting bagi seorang pelajar pintar cerdas kerana perkembangan emosi mereka tidak sama dengan pelajar normal yang lain. Kelebihan yang dimiliki boleh menjadi tekanan atau sebaliknya jika tidak dikembangkan sebaiknya. Perkembangan emosi merentasi semua domain perkembangan sehingga terdapat teori yang menekankan faktor emosi yang menentukan potensi pintar cerdas seseorang itu.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 64

1. Nyatakan maksud empati. 2. Nyatakan konsep kesempurnaan. 3. Berdasarkan kefahaman anda, apakah yang dimaksudkan dengan konsep kendiri?

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 65

Rujukan

Clark, B., (1997). Growing up gifted. Ed. ke-5. Merril NJ: Upper Saddle River. Davis, G.A., & Rimm, S.B., (1998). Education of the gifted and talented. Ed. Ke-4, Boston: Allyn & Bacon. Delisle, J.R., (1992). Guiding the social and emotional development of gifted youth. NY: Longman Harrison. C., (1995). Giftedness in Early Childhood., Sydney: KU Childrens Services LeVine, E.S., & Tucker, S. (1986). Emotional needs of gifted children: a preliminary, phenomenological view The Creative Child and Adult Quarterly vol. 11, no.3, pp. 156-65. Mendaglio, S., (1994). Gifted sensitivity to criticism Gifted Child Today vol.17, no. 3, pp. 24-5. Parker, W., & Adkins, K.K., (1995) Perfectionism and the gifted Roeper Review vol. 17, no.3, pp.173-6. Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press Shore, B.M., & Kanevsky, L.S.(1993). Thinking processes: being and becoming gifted in International handbook of research and development of giftedness and talent Ed . K.A. Heller, F.J. Monks & A.H.Passow, Pergamon Press: Oxford, UK. Silverman, L.K., (1993). The gifted individual in Counseling the gifted and talented Ed. L.K. Silverman. Denver: Love Publishing.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 66

UNIT 7 SIFAT-SIFAT KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengenal Pasti Maksud Setiap Sifat Yang Dimiliki Kanak-kanak Pintar Cerdas Membincangkan Sifat-Sifat Kanak-Kanak Pintar Cerdas Dengan Mendalam. Menghuraikan Contoh Bagi Setiap Sifat Tersebut

PENGENALAN
Sifat-sifat kanak-kanak pintar cerdas secara umumnya dimiliki oleh kebanyakan mereka yang mempunyai ciri pintar cerdas. Walau bagaimanapun, pada peringkat kanak-kanak tidak terlalu menyerlah sifat ini, tetapi boleh dijadikan panduan.

ISI KANDUNGAN
Perkembangan pada peringkat kanak-kanak penting untuk peringkat seterusnya. Bagaimana kanak-kanak menunjukkan kelebihannya? Adakah sifat pintar cerdas yang dimiliki akan kekal atau hanya dilihat pada peringkat awalan sahaja? Pakar kanak-kanak menekankan pada peringkat awal kanak-kanak adalah tempoh masa yang penting kerana semua perkembangan berkembang dengan pantas. Potensi pintar cerdas dapat dilihat pada waktu ini dan ia boleh berterusan jika ia dikesan seawal mungkin. Dalam unit ini akan membincangkan secara umum sifat-sifat kanak-kanak pintar cerdas yang merangkumi maksud, aspek penting dan contoh bagi setiap sifat.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 67

SIFAT-SIFAT KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


MOTIVASI DALAMAN KEASLIAN PEMIKIRAN YANG TERBUKA KEPELBAGAIAN MOTIVASI DALAMAN Apakah yang dimaksudkan dengan motivasi dalaman? Maksud motivasi dalaman di sini adalah kanakkanak pintar-cerdas melakukan sesuatu kerana dorongan dari dirinya sendiri. Mereka mungkin tidak suka didorong melakukan sesuatu dengan motivasi luaran seperti hukuman. Ini kerana sifat sensitif mereka dan berkemungkinan berdendam untuk masa yang lama. Kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin menyedari strategi orang dewasa untuk memanipulasikannya dan sengaja menggagalkan usaha tersebut. Mereka melakukan sesuatu kerana tertarik kepada aktiviti itu tersebut, bukannya sebab disuruh atau memenuhi jangkaan orang dewasa semata-mata. Motivasi intrinsik ini dapat dilihat dari tingkah laku mereka yang suka belajar dan mengambil inisiatif dalam mempelajari sesuatu. Mereka mungkin mencabar diri untuk mempelajari sesuatu yang baru dan mendapat kepuasan yang tinggi dalam proses tersebut dan juga hasilnya. Dengan kata lain, disebabkan kecerdasan mereka yang tinggi, belajar itu boleh disamakan dengan main untuk mereka. Tingkah laku ini dapat diperhatikan apabila mereka membaca buku dengan tumpuan yang tinggi dan untuk masa yang panjang atas inisiatif mereka sendiri. Main itu tidak semestinya bermaksud permainan fizikal yang aktif, tetapi sesuatu yang mereka suka. Contohnya, kanak-kanak pintar-cerdas suka membaca buku di luar sukatan sekolah samada buku cerita atau yang bersifat fakta seperti ensiklopedia. Dengan erti kata lain, motivasi luaran atau KREATIVITI SIFAT INGIN TAHU SENANG MENYESUAIKAN DIRI

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 68

ekstrinsik seperti pujian orang dewasa, ganjaran kebendaan, dan hukuman bukan pendorong utama kepada tingkah laku mereka. Berbanding dengan kanak-kanak yang lain, mereka suka belajar dan menikmati proses pembelajaran tersebut. Seperti bermain, pembelajaran adalah sesuatu yang amat menyeronokkan bagi mereka. KREATIVITI Apa yang terbayang di otak anda apabila disebutkan perkataan kreativiti? Kartunis, penggubal lagu atau pelakon? Sebenarnya kreativiti merentasi semua domain intelek kita dan merangkumi segala aktiviti manusia. Bukan semua individu pintar cerdas adalah kreatif, yang paling kreatif tidak semestinya tinggi kecerdasan, tetapi dua ciri ini berkait rapat dan berhubungan positif. Kreativiti menjadi isu yang penting dalam pendidikan pintar cerdas. Ia merupaka satu-satu ciri yang paling unik bagi golongan ini, walau bagaimanapun ini tidak bermakna semua golongan pintar cerdas kreatif ataupun sebaliknya semua orang yang kreatif adalah pintar cerdas. Perhatikan ciri-ciri seperti berdikari, idea yang tersendiri, keunikan, keaslian adalah berkait rapat dengan ekspresi diri dan kecerdasan intrapersonal yang tinggi. Sifat kreatif ini selalunya membawa kepada sifat lain yang tidak begitu dikehendaki oleh masyarakat, seperti tidak memberi perhatian kepada perincian, cuai, tidak berorganisasi, suka bersendirian dan sukar difahami. Mereka yang kreatif mesti menyampaikan kreativiti itu dalam domain yang tertentu seperti seni, sains atau falsafah. Ini bermakna, kreativiti ini mesti disertakan pengetahuan, kemahiran dan bakat yang lain. KEASLIAN Antara kriteria yang paling penting untuk menilai samada seseorang adalah pintar cerdas dalam bidang yang tertentu adalah dengan menilai keaslian dalam hasil kerjanya. Semua orang boleh mencapai kualiti yang baik, tetapi hanya golongan pintar cerdas boleh mencapai kualiti keaslian ini. Seseorang yang pintar cerdas juga membuktikan keistimewaannya dalam aspek keaslian ini. Dengan kecerdasan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 69

yang sama tinggi, keaslian dan kreativiti menentukan samada seseorang itu biasa atau luar biasa. Keaslian adalah antara ciri-ciri pintar cerdas yang paling dihargai. Seorang yang kreatif tidak suka mengikut-ikut jejak kaki orang terdahulu. Ini tidak bermaksud mereka tidak meniru semasa menghasilkan sesuatu kerja. Semasa kecil, mereka cenderung meniru hasil karya yang baik dan kreatif. Peniruan itu hanyalah satu bentuk pembelajaran. Apabila mereka sudah cekap dalam ekspresi diri secara bebas, mereka akan berusaha mencipta gaya unik yang sendiri. Guru perlu memahami peniruan ini sebagai satu tahap pembelajaran yang penting. Tugas guru adalah memberi pendedahan tentang hasil karya yang berkualiti dan menunjuk jalan kepada pencapaian orang lain. Keaslian ini boleh dilihatkan dari segi format, idea, kandungan, bahasa, kaedah, penyampaian, cara dan lain-lain seperti ayat penulisannya. Mereka selalu mencabar status quo dan memikirkan alternatif kepada pilihan yang sedia ada. Ini mungkin disebabkan mereka selalu mementingkan nilai hasil kerja mereka sendiri. Mereka benci kepada plagiarisme. Plagiarisme dibenci bukan sahaja hasil itu tidak bernilai, ia juga memperlihatkan sikap yang buruk: mendapatkan pengiktirafan tanpa kualiti yang sebenar. Mereka juga tertarik kepada idea, aktiviti yang kreatif seperti seni drama, kesusasteraan, seni visual dan muzik. Mereka menghargai dan menilai tinggi hasil orang lain yang kreatif. Guru perlu memberi pendedahan kepada anak murid hasil kerja yang kreatif. Tegasnya seorang yang mementingkan keaslian akan selalu bertanyakan soalan ini: apa yang belum dilakukan oleh orang lain? Dia akan selalu mencari jalannya sendiri daripada mengikut laluan yang telah digunakan oleh orang kebanyakan. Keaslian ini mungkin dicapai dengan menggabungkan unsur-unsur yang sedia ada. Proses ini dinamakan sintesis. Contoh tokoh yang menunjukkan keaslian yang tinggi adalah seperti Steven Spielberg, Charles Darwin, Thomas Edison dan Sigmund Freud.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 70

SIFAT INGIN TAHU Golongan pintar cerdas gemar menanya soalan yang mencabar dan inovatif serta menunjukkan pemahaman yang matang dan canggih. Contohnya kenapa bintang suka berkelip-kelip? Adakah tumbuhan beremosi atau mempunyai jiwa? Selain itu, mereka suka membaca buku yang berdasarkan fakta seperti ensiklopedia, menonton dokumentari dan melawat muzium. Berminat dengan topik seperti dinasour, makhluk asing, ekologi, apa yang berlaku selepas kematian, cerita dongeng, biografi dan ajaran agama yang lain. Mereka tidak puas apabila menerima jawapan yang ringkas dan mudah kerana mereka ingin memahami sesuatu secara mendalam. Apabila persoalannya tidak terjawab oleh orang dewasa, mereka akan berasa kecewa. Selain daripada itu, kanak-kanak pintar cerdas suka memahami sebab dan akibat sesuatu, seperti bagaimana mesin boleh bergerak. Mereka ingin membuka jam untuk memahaminya dan memikirkan cara menggunakan prinsip jam untuk tujuan yang lain. Mereka juga memberi alasan atau andaian (hipotesis) terhadap kejadian tertentu. Bunga matahari menyerap cahaya matahari! Durian ada duri untuk mengelakkannya dimakan binatang lain . Fungsi rambut adalah menyerap cahaya matahari sebab warna hitam boleh menyerap haba. Saya kencing sebab poket dalam badan saya telah penuh! (Ia tidak penting jika penemuan, alasan atau hipotesis itu tidak tepat atau salah, yang penting adalah kebolehan mereka dalam memberi alasan dan pemikiran logikal). Kebolehan ini selalu dapat diperhatikan pada ahli teori. Mereka gemar mencipta dan menjalankan eksperimen walaupun ia amat ringkas.. Contohnya meniup udara ke dalam air gelas untuk memerhatikan buih udara, atau mencampurkan susu dengan Rebena untuk mendapatkan minuman baru yang berlainan rasa. PEMIKIRAN YANG TERBUKA Pemikiran yang terbuka bermaksud sikap yang sedia menerima dan memahami dari perspektif orang lain. Sebaliknya sikap konservatif bermaksud sentiasa menolak, kaku dan enggan mencabar konsep yang sedia ada. Kita perlu memahami menerima tidak semestinya bermaksud bersetuju ataupun

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 71

mengikut bulat-bulat, tetapi kebolehan memahami kenapa orang lain berpegang kepada pendirian yang tertentu. Pemikiran yang terbuka juga membawa maksud mereka fleksibel mengikut situasi atau keadaan semasa, dan membuat keputusan mengikut pertimbangan yang munasabah berdasarkan pengetahuan dan pemahaman mereka. Seorang yang terbuka memahami dan menghargai nilai-nilai dan budaya yang berbeza. Dia juga senang menyerap apa-apa (nilai) yang baik, progresif, selalu pandang ke depan dan memiliki idea atau pandangan serta ideologi yang melangkaui zaman. Kadang-kadang idea mereka yang mendahului zaman menjadikan mereka ditentang hebat pada peringkat awal dan mereka perlu berdiri tegak dalam arus tentangan ini sehingga mereka membawa ketamadunan manusia maju ke depan lagi. Mereka tidak membeza-bezakan seseorang mengikut kebolehan, umur, jantina, perkauman dan pekerjaan. Seorang yang berfikir dari perspektif kepentingan perkauman bukan seorang yang berfikiran terbuka. Mereka menyayangi hak manusia sejagat. Kanak-kanak yang pintar-cerdas lebih senang mengambil perspektif orang lain (kurang egosentrik) dan boleh berfikir apakah masalah, idea, dorongan dan keperluan orang lain. Sikap terbuka ini boleh diperlihatkan dalam penerimaan (dan menjiwai) perbezaan kebudayaan, kepercayaan, sistem nilai, dan peranan jantina yang fleksibel. Mereka tidak memilih kerjaya mengikut stereotaip jantina. Contohnya seorang kanak-kanak perempuan yang pintar-cerdas mungkin berazam menjadi ahli bomba atau jurutera. Mereka suka dan menyenangi budaya kaum yang berbeza dan ingin memahami budaya orang lain, serta menunjukkan sifat ingin tahu seperti seorang anthropologis. (Jamilah K.A. Mohamed, 2005) Mereka bersikap terbuka dan tidak menghadapi masalah memahami dan menerima golongan yang minoriti seperti orang cacat, homoseksual, pelajar lain yang tidak popular dan lain-lain. Mereka juga sedia menerima idea baru, konsep baru yang berlainan dengan pegangan mereka dengan senang. Sikap keterbukaan ini tidak bermakna mereka terlibat dengan hubungan seks yang rambang.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 72

Mereka memahami dan tidak menolak golongan yang mengamalkan cara hidup ini, tetapi menerima tidak bermaksud mereka mengamalkannya sendiri. SENANG MENYESUAIKAN DIRI DALAM SITUASI BARU Salah satu takrif untuk kecerdasan adalah kebolehan menyesuaikan diri dalam situasi baru atau semasa dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak pintarcerdas memperlihatkan adaptasi yang baik dalam keadaan baru, contohnya mereka tidak berasa takut atau menangis pada hari pertama ke sekolah, malah menjalin persahabatan baru dengan cepat dan memahami apakah tingkah laku yang sesuai dalam bilik darjah. Contoh yang lain adalah mereka senang menyesuaikan diri dalam budaya yang berbeza, termasuk menguasai bahasa asing dengan cepat. Mereka fleksibel membawa diri dalam situasi yang berbeza, seperti di organisasi yang tidak biasa. Sifat senang menyesuaikan diri ini juga boleh dilihat mereka senang menyesuaikan diri semasa masa transisi dari sekolah rendah kepada sekolah menengah sehingga peringkat pengajian tinggi. Contohnya, cara pembelajaran untuk peringkat yang berbeza ini adalah berlainan. Namun, mereka cepat menguasai rahsia tersebut dan senang menjadi cemerlang dalam akademik. Mereka lebih memahami apa yang dikehendaki oleh guru dan menjawab berdasarkan itu. Sifat senang menyesuaikan diri ini tidak begitu bertepatan bagi golongan yang terlampau pintar cerdas, di mana mereka menghadapi situasi agak berbeza dengan orang lain. Ini adalah sebab jurang perbezaan yang terlalu besar. KEPELBAGAIAN Kepelbagaian ini boleh dikaitkan dengan sifat kompleksiti yang ada pada mereka. Dalam karya seni, kanak-kanak pintar cerdas menggunakan pelbagai jenis media (kolaj, cat air dsb.), tema dan unsur untuk menyampaikan ideanya. Mereka tidak terkongkong kepada media atau tema yang tertentu.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 73

Mereka juga suka mencuba melukis tema yang berlainan berbanding kanak-kanak lain dan mencuba sesuatu yang baru. Kepelbagaian ini jelas diperlihatkan dalam minat dan potensi mereka yang pelbagai. Ia memungkinkan mereka mensintesiskan apa yang ada dan menghasilkan sesuatu yang baru dengan kombinasi yang tidak terbayang oleh orang lain. Ini memerlukan seseorang melihat sesuatu dari perspektif yang berlainan. Kepelbagaian ini juga dapat dilihat dalam idea mereka yang bergabungjalin dan serba mencakupi pelbagai konsep dari bidang yang berlainan, satu petanda sifat kompleksiti. Kepelbagaian ini juga dilihat dalam semangat mereka menangani sesuatu masalah dari pelbagai perspektif. Contohnya menyelesaikan soalan matematik dengan gambaran visual (melukis).

RUMUSAN
Ibu bapa boleh mengenali perkembangan anak yang menunjukkan perbezaan berbanding ank atau kanak-kanak lain. Sifat-sifat yang dimiliki adalah secara semulajadi dan boleh dikesan seawal usia kanak-kanak. Seperti yang dibincangkan dalam unit ini, banyak sifat yang secara umumnya dapat menjadi petunjuk bahawa anak yang dilahirkan itu mempunyai potensi pintar cerdas. Kepekaan ibu bapa dapat membantu kanak-kanak pintar cerdas berkembang dengan baik.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 74

1. Huraikan sifat-sifat kanak-kanak pintar cerdas seperti berikut: Motivasi dalaman Keaslian Kreativiti Sifat ingin tahu Pemikiran terbuka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 75

Rujukan

Davis A.D., Rimm S.V., dan Siegle D., (2011). Education of the Gifted Talented. Ed. Ke-6.US: Pearson. Harrison. C., (2003). Giftedness in Early Childhood. Ed. Ke-3. Sydney: A GERRIC Publication. Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 76

UNIT 8 FAKTOR PINTAR CERDAS


HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengenal Pasti Faktor Pintar Cerdas Menjelaskan Aspek Mendalam Dalam Setiap Faktor Membincangkan Kaitan Faktor Genetik Dan Persekitaran Terhadap Pintar Cerdas

PENGENALAN
Kecerdasan kita adalah ditentukan secara biologi, tetapi pendidikan boleh mengubah samada meningkatkan atau merencatkan perkembangan kecerdasan. Inilah tangganpan yang mendasari sistem pendidikan kita, termasuk program intervensi awal. Adakah kecerdasan ini ditentukan oleh genetik atau akibat pengaruh persekitaran seperti latihan dan pendidikan? Soalan ini boleh dijawab dengan konsep lingkungan reaksi (reaction range). Menurut teori lingkungan reaksi ini, genetik menentukan lingkungan atau batasan pencapaian kecerdasan; persekitaran yang menentukan pencapaian ini lebih dekat dengan batas atau had atasan (lebih cerdik) atau had bawahan (kurang cerdik) dalam lingkungan ini. Teori ini mengatakan faktor genetik menentukan lingkungan kecerdasan kita; faktor persekitaran menentukan di mana letaknya kita dalam had batasan lingkungan tersebut. Cuba fikirkan, menurut teori ini kecerdasan seseorang kanak-kanak lebih dipengaruhi atau lebih tepat dijangka merujuk kepada kecerdasan ibubapa kandung atau ibubapa yang membesarkan anak itu?

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 77

Dijangkakan lingkungan reaksi ini adalah sebanyak 20 hingga 25 poin bergantung kepada kekayaan rangsangan intelek persekitaran (Richard Weinberg dlm Bee, ms 279). Keadaan ini boleh digambarkan oleh keadaan sepasang anak kembar seiras yang dibesarkan oleh keluarga yang berbeza mungkin menunjukkan perbezaan IQ, tetapi IQ mereka masih dalam lingkungan 90-110 poin (perbezaan 20 - 25 poin).

ISI KANDUNGAN
Apakah faktor dan punca seseorang pelajar mempunyai kebolehan yang luar biasa? Sejauhmanakah kebolehan itu memberi kesan kepada tahap pencapaiannya? Terdapat penyelidik yang mengatakan antara perkara yang boleh dijadikan faktor adalah secara semulajadi atau pengaruh luaran. Semakin dilatih, semakin berkebolehan atau sememangnya boleh melakukannya sendiri tanpa latihan tetapi hanya diberi pendedahan awalan. Dalam unit ini akan mendalami pelbagai faktor pintar cerdas termasuklah faktor tahap sosio-ekonomi, persekitaran, ibu bapa, masyarakat, dan faktor genetik.

FAKTOR TAHAP SOSIO-EKONOMI KELUARGA


Faktor seperti tahap sosio-ekonomi keluarga, tahap pendidikan mempengaruhi kecerdasan kita. Terdapat juga kajian yang menunjukkan anak sulung lebih cerdik sedikit daripada anak yang lain. Bagaimana pula dengan anak tunggal? Mereka juga dianggap sebagai anak sulung. Genetik dan persekitaran bukan dikotomi yang langsung bercanggah. Kita juga perlu menimbangkan faktor interaksi antara faktor genetik dan persekitaran ini. Antaranya, ibubapa dari status sosio-ekonomi tinggi bukan setakat memberikan persekitaran yang lebih baik dan juga genetik yang lebih baik kepada anak mereka pada masa yang sama. Ibubapa yang bekerja sebagai ahli muzik

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 78

bukan setakat memberi genetik berkaitan perkembangan muzik dan juga persekitaran yang setimpal dengan bakat anak mereka.

FAKTOR PERSEKITARAN
Persekitaran yang konduksif bukan setakat meningkatkan kecerdasan semata-mata, tetapi juga aspek lain seperti konsep kendiri yang positif, kemahiran berkomunikasi, budaya dan lain-lain. Interaksi persekitaran dan perkembangan intelek selalu bertindak dengan cara yang tidak boleh difahami oleh kita, contohnya permainan muzik mungkin memberi kesan kepada perkembangan matematik. Mainan blok mungkin memberi kesan positif kepada perkembangaan matematik dan bahasa pada peringkat sekolah menengah. Hubungan antara sebab dan kesan ini tidak selalunya difahami. Apa yang pasti adalah persekitaran yang kaya adalah sangat penting. Persekitaran yang kaya terutamanya penting semasa zaman kanak-kanak. Menurut idea Maria Montessori yang mengetengahkan konsep waktu sensitif: terdapat waktu di mana kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan optimal. Montessori mendapat ilham ini daripada kajian seorang ahli biologi yang mengkaji waktu sensitif pada beluncas. Beluncas akan menjadi sensitif kepada cahaya pada peringkat awal, ini menjadikan mereka merangkak ke atas di mana terdapatnya pucuk daun. Beluncas ini akan makan tidak berhenti-henti sebelum bertukar menjadi pulpa. Selepas beluncas bertukar bentuk, ia menjadi tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap rangsangan cahaya. Idea Montessori ini menjadikan orang ramai mempercayai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak terhadap perkembangan seseorang kelak.

FAKTOR IBU BAPA


Penglibatan ibubapa dan persekitaran yang kaya dengan aktiviti bermain adalah sangat penting untuk perkembangan semasa zaman kanak-kanak. Ini tidak termasuk lagi kesan sosial semasa main, ibubapa yang prihatin menghabiskan banyak masa untuk bermain dengan anak mereka. Faedah

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 79

mainan ini boleh dilihat dari aspek fizikal dan juga aspek kesan sosialnya. Contohnya ibu yang membacakan buku cerita kepada anak, interaksi ibu adalah sama penting dengan kandungan buku tersebut. Nutrisi dan pencemaran seperti plumbum pada cat yang tidak berkualiti juga merencatkan kecerdasan kanak-kanak miskin di serata dunia. Dalam konteks Malaysia, faktor pelindung adalah seperti mainan sosial dengan kanak-kanak yang lain, yang memungkinkan pembelajaran sesama kanak-kanak dan memanfaatkan bahan semulajadi yang sedia ada di sekeliling untuk aktiviti main masak-masak.

FAKTOR MASYARAKAT
Persekitaran bukan hanya merujuk kepada keluarga tetapi masyarakat secara keseluruhan di mana keluarga itu berada. Budaya masyarakat yang memupuk dan menilai tinggi kecerdasan adalah penting. Tegasnya kita belajar dari budaya di mana kita berada. Budaya yang baik akan menjadikan seseorang itu mulia dan sebaliknya. Budaya yang menyekat perkembangan bakat lantaran sikap cemburu dan agresif sudah tentu tidak membantu ke arah itu. Kehadiran genius sebenarnya menggambarkan budaya semasa. Ini boleh dilihat pada hakikat terdapat banyak artis semasa Zaman Renaissance, penulis-penulis semasa Elizabethan British dan ahli falsafah di Athens, Yunani. Keadaan ini berkait rapat dengan beberapa faktor seperti persekitaran yang menghargai perkembangan intelek, persiangan sesama mereka yang pintar cerdas, dan pengaruh mereka yang pintar cerdas menjadi inspirasi antara satu sama lain. Tanpa Socrates, Plato dan Aristotle mungkin hanyalah ahli cendekiawan yang biasa. Tanpa ibu yang mengiktiraf kecerdasan naturalistnya, Jane Goodall tidak akan mencapai kejayaan. Tanpa Sullivan, Helen Keller tidak akan mencatat nama dalam sejarah. Hubungan saling mempengaruhi ini juga dapat dilihat pada pengaruh, persahabatan dan perselisihan antara Sigmund Freud, Alfred Adler, Carl Jung, Melanie Klein, Anna Freud, Karen Horney, Erich Fromm, Charles Babbage (bapa komputer), Ada Byron (ahli matematik wanita yang menulis

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 80

bahasa komputer pertama), antropologi Franz Boas, Ruth Fulton Benedict, Edward Sapir, Margaret Mead dan banyak lagi.

FAKTOR GENETIK
Komponen genetik yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi akan memberi peluang kanakkanak untuk mempunyai sifat yang sama. Namun ia bukan satu jaminan untuk mewarisi anugerah istimewa atau bakat. Sebaliknya ramai kanak-kanak dilahirkan dengan keistimewaan dan bakat yang tidak dijangka oleh ibu bapa mereka. Persekitaran rumah, sekolah dan masyarakat dapat mengasuh dan memperkembangkan keistimewaan dan bakat. Interaksi kebolehan sejak dilahirkan dengan persekitaran akan memaksimumkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Tegasnya persekitaran genius akan melahirkan banyak genius dan sebaliknya persekitaran yang kering akan membunuh genius. Kalau kita lihat kepada biografi pemenang Nobel Prize, kita akan mendapati mereka banyak yang belajar di bawah pemenang-pemenang Nobel Prize yang sebelum. Contohnya keluarga Curie, Pierre Curie, Marie Curie, Henry R. Laboussie, Frederic Jolliot dan Irene Curie mendapat 4 Nobel Prize dalam bidang fizik, kimia dan keamanan, Subrahmanyan Chandrasekhar dan pakciknya Chandrasekhar V. Raman dua-duanya pemenang Nobel Prize dalam Fizik. Makmal biokimia Gerty dan Carl Cori melahirkan lapan orang pemenang Nobel Prize termasuk mereka sendiri. Kalau kita mengkaji biografi mereka, kita akan mendapati banyak sangat contoh-contoh saintis ini yang pernah bekerjasama, saling mempengaruhi dan pernah menjadi inspirasi atau persaingan sesama satu sama lain. Yang pasti genius tidak akan lahir dari budaya yang pro-akademik tetapi antiintelektualisme. Remaja Marie Curie mamahami apakah yang terbaik untuk perkembangannya pada masa depannya. Polland pada masa itu dikuasai oleh Rusia, Marie Curie bersama kawannya yang cendekiawan mengasaskan apa yang dipanggil The Floating University dan mereka berkunjung ke rumah satu sama lain untuk mengajar sesama sendiri dan membuat kajian saintifik.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 81

Kecerdasan bukan diukur dari segi ketepatan atau tahap kebenaran pada idea mereka. Kalau kenyataan ini adalah benar, sudah tentu semua individu pintar cerdas akan saling bersetuju sesama sendiri. Keadaan yang sebaliknya adalah lebih biasa, mereka saling mengkritik. Sejarah telah membuktikan idea Carl Marx tidak berhasil, tetapi ini tidak bermakna dia kurang pintar cerdas. Bakat yang luar biasa tidak semestinya menghasilkan penemuan baru dan mendapat pengiktirafan, seperti yang digambarkan oleh cerita Srinavasa Ramanujan (1887-1920). Dia gagal dalam universiti dan menyara hidup dirinya dengan kerja sebagai kerani. Semasa umur 15, dia mendapat sebuah buku berjudul Sypnosis of Pure Mathematics yang terdiri daripada 6000 teorem-teorem matematik tanpa jalan kerja yang membuktikan teori ini. Dia membuktikan banyak teori matematik yang telahpun dibuktikan oleh orang lain sebelumnya, atas usaha seorang diri dalam masa sepuluh tahun. Sudah tentu dia akan menghasilkan sesuata yang luar biasa dan baru kalau diberi pendidikan yang terbaik di Eropah pada masa itu. Ramanujan mati pada usia muda akibat penyakit tibi. Kegiatan intelek pada masa itu bukanlah sesuatu yang diterima umum dan dipandang tinggi. Berbeza dengan zaman ini yang terdapat pelbagai jenis biasiswa, anugerah dan pekerjaan yang berkaitan akademik, mereka yang mencapai sesuatu pada masa lampau memerlukan kelebihan yang lain selain kecerdasan, seperti ketabahan, peluang, budaya semasa ataupun sokongan kewangan dari keluarga. Masalah kemiskinan adalah biasa pada masa silam, dan harga buku adalah sangat mahal walaupun bagi orang kaya. Michael Faraday bekerja sebagai bookbinder, membolehkannya ada peluang mengakses kepada buku-buku. Boleh diandaikan banyak individu yang pintar cerdas tidak diberikan peluang untuk mengasah bakat mereka. Masalah pendidikan pintar cerdas nampaknya lebih kepada masalah sosial daripada masalah pendidikan. Pendidikan sebagai satu komponen dalam sistem sosial hanyalah satu cermin kepada nilai dan budaya semasa kita. Kalau kita melihat isu pendidikan pintar cerdas dari perspektif sosiologi dan sejarah perkembangan sains, faktor sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan genius. Peristiwa seperti Renaissance, Revolusi Perindustrian adalah akibat

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 82

perkembangan intelek, dan perubahan-perubahan ini sebaliknya memberi kesan kepada perkembangan ketamadunan dan intelektualisme. Konsep yang biasa kepada kita, seperti knowledge is power, Teori Evolusi dan sebagainya adalah biasa bagi kita, tetapi kalau kita lihat kepada konteks sosiobudaya pada masa itu, konsep-konsep sebegini adalah revolusioner dan memberangsangkan bagi mereka pada zaman itu, dan terus menolak ketamadunan maju ke hadapan lagi. Peribahasa Inggeris menyatakan kejayaan melahirkan kejayaan (success breeds success) dalam konteks perbincangan genius ini, nampaknya genius yang melahirkan genius.

RUMUSAN
Kecerdasan merupakan anugerah dan ada juga yang boleh diasah seperti bakat jika dikesan seawal mungkin pada perigkat kanak-kanak. Faktor-faktor yang dibincangkan dalam unit ini akan membantu pemahaman bagaimana sesuatu faktor itu memberi kesan terhadap perkembangan pintar cerdas seseorang kanak-kanak. Sesungguhnya, penerimaan dengan hati terbuka terhadap kelebihan ini membantu mengurangkan tekanan yang sememangnya dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 83

1. Bagi pendapat anda, apakah faktor terbaik yang menentukan pintar cerdas? 2. Bagaimanakah faktor luaran atau persekitaran mempengaruhi meningkatkan kecerdasan pelajar pintar cerdas? 3. Sejauhmanakah kefahaman anda tentang mengasah bakat kepada pelajar pintar cerdas yang mempunyai kebolehan tertentu, agar bakat itu tidak akan hilang begitu sahaja.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 84

Rujukan

Guilford, J.P (1967). The Nature of Human Intelligence. New York : McGraw Hill. Routledge. Bee, H. (1997). The developing Child. New York: Longman. Chan, D. W. (2000). Identifying Gifted and Talented Students in Hong Kong. .

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 85

UNIT 9 PINTAR CERDAS DAN PERKEMBANGAN CEPAT (ADVANCE DEVELOPMENT)

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengenali Potensi Pintar Cerdas Secara Advance Development (Perkembangan Cepat) Dan Konsep Pengukuran Instrumen Mengenal Pasti Ciri-Ciri Perkembangan Cepat Berdasarkan Domain

Perkembangan Menghuraikan Kajian Profil Kecerdasan Berdasarkan Advance Development Membincangkan Konsep Instrumen Above-Level-Testing dalam pintar cerdas Mengaplikasi Prosedur Pengesanan semasa menjalankan proses penilaian.

PENGENALAN
Aspek penting dalam melihat potensi pintar cerdas seawal usia kanak-kanak akan dikupas lebih mendalam berdasarkan kajian-kajian perkembangan cepat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Terdapat beberapa istilah penting yang ditekankan untuk memahami Advance Development ini. Potensi pintar cerdas dalam keseluruhan aspek perkembangan boleh dinilai, iaitu meliputi perkembangan kognitif, psikomotor, dan afektif. Bagaimana perkembangan ini memberi tindak balas terhadap potensi dalam diri kanak-kanak tersebut? Tindak balas yang boleh dilihat dan diukur, adalah melalui proses pemerhatian terhadap ciri-ciri perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dan sejauhmana keupayaan mereka melakukannya. Adakah melangkau

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 86

umur normal mereka atau pada usia yang lebih muda dapat melakukan kemahiran kanak-kanak yang lebih dewasa.

ISI KANDUNGAN
Adakah pengesanan yang dilakukan seawal usia kanak-kanak dapat dimanfaatkan pada peringkat seterusnya? Apakah kriteria yang perlu dipatuhi agar aspek perkembangan yang dikesan tidak dipengaruhi unsur bias? Penyelidikan mendapati potensi pintar cerdas boleh dikesan seawal usia kanak-kanak dan menumpu kepada lebih banyak aspek perkembangan agar potensi pintar cerdas lebih banyak dicungkil dan dikesan. Kupasan pada unit ini menjurus kepada pemahaman ciri-ciri perkembangan cepat domain perkembangan, kajian kes terhadap perkembangan cepat, dan konsep instrumen yang bersesuaian (above-level-testing).

MENGENALI POTENSI PINTAR CERDAS SECARA ADVANCE DEVELOPMENT (PERKEMBANGAN CEPAT) DAN KONSEP PENGUKURAN INSTRUMEN
Definisi potensi pintar cerdas yang digunakan dalam kajian ini dilihat pada keupayaan dan kebolehan prosedur pengesanan advance develoment, kanak-kanak menepati setiap ciri-ciri domain perkembangan normal malah penguasaan lebih tinggi dalam instrumen yang digunakan untuk menilai. Ketepatan boleh dilihat berdasarkan skor tinggi yang diberikan oleh pemerhati. Kebolehan kanak-kanak menepati setiap item instrumen adalah mematuhi dua konsep berikut, pertama, Advance Development (perkembangan cepat) iaitu berupaya mencapai dan menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada umur kronologi kanak-kanak tersebut (Harrison C.2003). Kedua, setiap item instrumen dibina dan diuji untuk kanak-kanak yang lebih tinggi peringkat umurnya tetapi ditadbir pada kanak-kanak yang lebih muda disebut above-level-testing(Warne, 2012).

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 87

Maka, apabila kanak-kanak berkebolehan melakukan dan menepati item instrumen ini, ini bermakna mereka mematuhi dua konsep ini, sekaligus mempunyai potensi pintar cerdas. Kajian Harrison. C (2003) menunjukkan kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan perkembangan pintar cerdas dalam perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan bahasa, perkembangan sosial dan emosi dan perkembangan moral. Bidang kajian pintar cerdas pada peringkat awal kanak-kanak tidak boleh lari daripada bidang perkembangan psikologi secara holistik iaitu merangkumi keseluruhan domain perkembangan yang dibincangkan dalam unit 3 hingga unit 7. Manakala kajian daripada Porter. L (1999) turut selari dengan pemilihan domain perkembangan untuk instrumen kajian ini. Menurut beliau, kajian yang bermula pada peringkat awal kanak-kanak yang melibatkan pencarian kanak-kanak pintar cerdas perlu meliputi aspek perkembangan yang menyeluruh. Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai latar belakang perkembangan yang cepat dari aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, kebolehan psikomotor, kemahiran sosial dan ciri-ciri emosinya. Konsep pengukuran instrumen kanak-kanak berpotensi pintar cerdas ini sepenuhnya mengenai perkembangan cepat. Peratusan perkembangan cepat itu merujuk kepada kajian terawal tentang perkembangan cepat berdasarkan milestone development iaitu kajian Hall and Skinner pada tahun 1980 (dalam Harrison, C. 2003). Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan perkembangan 30 peratus lebih cepat melakukan kemahiran tertentu berbanding kanakkanak normal.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 88

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN CEPAT BERDASARKAN DOMAIN PERKEMBANGAN


Umur Kanak-kanak (bulan) Kebolehan Umum Motor Kasar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 1 2 3 4 5 6 Mengangkat dagu semasa meniarap Meniarap Duduk dengan bantuan Duduk sendirian Berdiri dengan bantuan Berdiri sendirian dengan baik Berjalan sendirian Memanjat tangga Menaiki tangga Duduk di atas kerusi Menukar helaian pada buku Berlari dengan baik Melompat dengan kedua belah kaki Mengayuh pedal basikal roda tiga Membaling bola Melompat skip Perkembangan motor halus Bermain dengan rattles Memegang objek di antara ibu jari dan jari yang lain Menconteng secara spontan Melukis orang dengan dua anggota badan Melukis orang yang dikenali dengan tubuh Melukis orang dengan leher, tangan dan pakaian 72 50.4 60 42 13 48 9.1 33.6 3 9 2.1 6.3 Perkembangan Normal 1 3 4 7 8 11 12.5 15 18 18 18 24 30 36 48 60 30 Peratus Lebih Cepat 0.7 2.1 2.8 4.9 5.6 7.7 8.75 10.5 12.6 12.6 12.6 16.8 21.0 25.2 33.6 42

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 89

Umur Kanak-kanak (bulan) Perkembangan bahasa 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Membunyikan dua bunyi yang berbeza Membunyikan empat suku kata yang berbeza Menyebut perkataan pertama Bertindak balas kepada namanya Mengagah dengan intonasi Mengajuk perkataan Perbendaharaan kata empat hingga enam perkataan Menamakan objek-objek Perbendaharaan perkataan Perbendaharaan perkataan Menggabungkan beberapa perkataan dengan spontan Menggunakan ayat mudah Menggunakan kata ganti nama diri 24 24 Sumber: Harrison C. (2003) 16.8 16.8 21 14.7 katadua puluh 21 14.7 katasepuluh 17.8 18 12.46 12.6 7.9 9 12 12.5 15 5.53 6.3 8.4 8.75 10.5 Perkembangan Normal 2.3 7 30 Peratus Lebih Cepat 1.61 4.9

KAJIAN PROFIL KECERDASAN BERDASARKAN ADVANCE DEVELOPMENT OLEH GROSS


Gross mendefinisikan pintar cerdas adalah perkembangan cepat yang ditunjukkan pelajar semasa melalui proses ujian. Gross telah mengumpul profil ujian yang dijalankan ke atas 15 orang pelajar pintar cerdas dalam semua aspek perkembangan seperti aspek perkembangan cepat dan kesihatan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 90

fizikal, sejarah dan latar belakang keluarga, tahap pencapaian akademik, perkembangan membaca dan minat, latar belakang sekolah dan psikososial(Gross, 2003) Gross menetapkan kayu ukur pada umur kronologi pelajar (umur sebenar) semasa ujian dijalankan. Setiap instrumen yang dijalankan, hasil ujian itu akan dibandingkan dengan umur kronologi pelajar kerana tahap ujian itu adalah lebih tinggi berbanding umur mereka. Kebanyakan hasil ujian menunjukkan hasil bahawa pelajar-pelajar ini mempunyai advance ability iaitu berupaya melakukannya pada tahap umur mereka.

KONSEP INSTRUMEN ABOVE-LEVEL-TESTING


Salah satu teknik dalam pendidikan pintar cerdas untuk menguji kanak-kanak yang berkebolehan tinggi adalah menggunakan Above-level-testing (Stanley dan Benbow, 1981-1982). Above-level-testing adalah prosedur mentadbir satu ujian pengesanan terhadap kanak-kanak yang lebih muda atau gred yang lebih rendah berbanding umur kumpulan sasaran instrumen yang sebenar (Warne, 2012). Kajian Lewis Terman dan Hollingworth mempelopori teknik pengesanan yang menggunakan Above-leveltesting dan mengumpulkan banyak responden yang berkualiti dalam projek pengesanan yang dilakukan. Warne (2012) mengatakan sepanjang kajian yang dilakukan mengenai sejarah dan latar belakang pengujian ini, mendapati kumpulan responden kebanyakannya mencatat markah yang tinggi sekurang-kurangnya melebihi dua tahap umur lebih tinggi berbanding rakan sebayanya. Ini menunjukkan ujian ini meningkatkan lagi test ceiling atau had maksimum markah pencapaian dalam kalangan kanak-kanak pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 91

PROSEDUR PENGESANAN ADVANCE DEVELOPMENT (Porter L. 1999)


I. Menyediakan peluang pengayaan pembelajaran Untuk bermain Menggambarkan pelbagai jenis minat. Merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dan kreativiti. Meliputi kepelbagaian domain Persediaan untuk berinteraksi dengan rakan sebaya.

IIa. Laporan ibu bapa dan Pemerhatian dan pemilihan nama,

IIb. Pemerhatian Guru/pengasuh terhadap maklum balas, sosial,emosi, kognitif, fizikal kepada kurikulum.

Jika mengesyaki advance development

III. Pemerhatian secara Formal Senarai semak Portfolio Jika pintar cerdas dikesan/disyaki tetapi memerlukan pengesahan, hendaklah merujuk kepada

Jika pintar cerdas dikenal pasti dan pengesahan, psikometrik tidak diperlukan

IV. Ujian Penilaian Standard Kemahiran perkembangan umum Dalam domain perkembangan yang khusus yang dikesan/disyaki Jika keputusan mengesahkan perkembangan adalah normal Jika keputusan mengesahkan pintar cerdas V. Program modifikasi Pecutan Pengayaan Lanjutan

Jika keputusan berbeza dengan penilaian lain yang dicadangkan untuk perkembangan advance kanak-kanak

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 92

RUMUSAN
Perkembangan cepat adalah satu ciri pelajar pintar cerdas. Ia dikesan melalui kebolehannya melakukan aktiviti yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa daripadanya. Biasa dilihat pelajar tahap 1 telah menguasai pelajaran pelajar tahap 2. Unit ini memberi panduan pengesanan boleh dilakukan seawal usia kanak-kanak dan memerlukan pendekatan pemerhatian yang sesuai. Guru atau ibu bapa yang mengetahui perkara ini perlu melakukan sesuatu agar pembelajaran yang telah dikuasainya diberi pengayaan atau aktiviti yang lebih sukar. Sesungguhnya, kebolehan ini sentiasa diperlihat apabila menjawab soalan dengan pantas berbanding orang lain.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 93

1. Nyatakan maksud konsep potensi pintar cerdas. 2. Huraikan konsep Above-level-testing. 3. Perkembangan cepat merupakan salah satu aspek pengesanan pada peringkat kanak-kanak. Huraikan cara ia diaplikasikan dalam konsep pengukuran instrumen. 4. Jelaskan langkah-langkah prosedur pengesanan Advance Development.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 94

Rujukan
Gross, M.U.M, (2003). Exceptionally Gifted Children. Ed. Ke-2. NY:RoutledgeFalmer. Harrison. C., (2003). Giftedness in Early Childhood. Ed. Ke-3. Sydney: A GERRIC Publication. Porter, L. (1999). Gifted young children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press Warne, R.T., (2012). History and Development of Above-Level Testing of the Gifted. Roeper Review, 34:3, 183-193.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 95

UNIT 10 CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengenal Pasti Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Pelajar Pintar Cerdas Menjelaskan Masalah Dalaman Seorang Pelajar Pintar Cerdas Membincangkan Masalah Luaran Seorang Pelajar Pintar Cerdas

PENGENALAN Pelajar pintar cerdas mempunyai pelbagai kelebihan yang luar biasa. Mereka mampu mempelajari sesuatu dengan pantas dan mempunyai pelbagai kemahiran. Walaubagaimanapun, mereka juga mengalami beberapa masalah berkaitan dengan kepintaran mereka. Secara umumnya, sesetengah ciri-ciri dan personaliti pelajar pintar cerdas boleh menimbulkan beberapa masalah kepada kanakkanak tersebut, ibubapa dan guru. Antaranya ialah terdapat banyak faktor bukan kecerdasan yang mempengaruhi pencapaian akademik, seperti motivasi dan konsep kendiri. Contohnya masalah emosinya menjadikannya menghadapi masalah kemurungan, seorang yang murung tidak bermaya, kehilangan motivasi dan sasaran. Sudah tentu seorang pelajar yang murung tidak akan berjaya dalam akademik.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 96

ISI KANDUNGAN
Setiap kanak-kanak memerlukan perhatian khusus dan ada yang suka kepada kebebasan dan mengambil cabaran tertentu. Bagi mereka yang mempunyai potensi pintar cerdas tetap menghadapi cabaran tersendiri. Bagaimana mereka menanganinya? Adakah mereka dapat menghadapi sebarang masalah tanpa tekanan?

Dalam unit ini akan membincangkan pelbagai aspek meliputi cabaran yang dihadapi dalam menentukan bidang yang sesuai, cabaran menentukan keperluan dalam sistem pendidikan, cabaran persekitaran serta pelbagai masalah yang kemungkinan boleh dihadapi oleh pelajar pintar cerdas dan memberi kesan kepada orang lain.

CABARAN MENENTUKAN BIDANG YANG SESUAI


Perkembangan tidak boleh dirancang dan pembelajaran boleh jadi terpendam. Mungkin masanya belum tiba untuk mereka menjadi terserlah dalam bidang tertentu. Sejarah mencatatkan banyak individu yang tidak menonjol atau disalah anggap sebagai lembab oleh guru semasa kecil. Ini adalah akibat kadar pembelajaran mereka yang tidak sekata dan juga sikap guru yang tidak sensitif. Pelajar pintar cerdas menunjukkan kebolehan am yang lebih tinggi, tetapi ini tidak memadai tanpa menemui kekuatan sebenarnya yang tidak setanding oleh orang lain. Pengkhususan dan usaha berterusan adalah kunci kepada kejayaan dalam mana-mana juga lapangan. Mereka yang berjaya bukan berkebolehan dalam segala apa kerja, mereka hanya berjaya dalam bidang kekuatan mereka sendiri. Pekerjaan dan bidang yang tidak sesuai menjadikan seseorang yang pintar cerdas menjadi biasa.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 97

CABARAN MENENTUKAN KEPERLUAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN


Jenis ujian dan penilaian, cara pengajaran dan pembelajaran, kandungan pengajaran, jenis tugasan yang diberikan mungkin tidak serasi dengan keperluan pelajar pintar-cerdas tersebut. Sekolah mungkin tempat yang dibenci bukan disukai bagi mereka. Cara pembelajaran yang mementingkan aktiviti menyalin mencabar motor halus bukan pemahaman pelajar. Sudah tentu pelajar itu tidak berminat untuk berjaya dalam sistem akademik yang dianggap tidak bermakna ini. Keistimewaan, kehebatan dan jenis kecerdasan yang ada pada pelajar pintar cerdas ini tidak semestinya diberi pengiktirafan dan penilaian yang tinggi tertakluk kepada nilai dan budaya semasa masyarakat. Di sistem pendidikan formal contohnya, kurang menekankan kreativiti dan keaslian dalam hasil kerja. Seorang pelajar yang luar biasa dari segi kebolehan keusahawanan dan reka-cipta masih belum mendapat sokongan yang sepenuhnya. Ini disebabkan kebanyakan individu yang berbakat ini selalunya tidak menjadi guru. Guru mengajar dengan atau melalui sifat dan kualiti yang ada pada mereka. Guru yang kreatif mengembangkan kreativiti pelajar melalui tingkah lakunya bukan melalui pengajaran kurikulum.

CABARAN PERSEKITARAN
Faktor persekitaran, seperti budaya keluarga, sumber keluarga, taraf sosio-ekonomi, pendedahan dan peluang merupakan faktor yang penting untuk mempercepatkan perkembangan. Antara faktor yang penting termasuklah guru yang memahami dan persaingan / budaya sekolah! Budaya sekolah yang tidak mementingkan persaingan secara tidak langsung menjejaskan perkembangan mereka. Budaya yang lain termasuklah disiplin, keterbukaan, hubungan guru-pelajar dan budaya aktiviti ko-kurikulum. Walaupun pelajar pintar-cerdas yang popular dan memiliki konsep kendiri yang positif juga menghadapi masalah-masalah yang tertentu. Masalah-masalah ini adalah akibat keistimewaan yang ada pada mereka dan faktor persekitaran seperti kesedaran masyarakat yang rendah, guru yang tidak sensitif

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 98

dan tidak prihatin. Konflik di keluarga jugalah satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian oleh pengkaji akan datang. Oleh itu, ia amat penting bagi ibubapa dan guru untuk mengenalpasti masalah yang mungkin timbul seperti yang diterangkan seterusnya. Berikut adalah antara masalah yang dihadapi oleh pelajar pintar cerdas.

MASALAH DALAMAN
1) Kekosongan Jiwa Mereka mampu membaca buku pada tahap yang lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Mereka diiktiraf sebagai genius oleh semua orang: pengetahun yang luas, pemikiran yang tajam, pemahaman yang luar biasa. Di sebalik kepintaran mereka, mereka sebenarnya menghadapi krisis mental, krisis identiti dan tidak mempunyai minat yang khusus. Mereka tidak memahami bagaimana dan di manakah mereka patut menyalurkan kecerdasannya. Mreka keliru dengan masa depan mereka. Jiwa mereka kosong dan cetek, tidak ada emosi, seolah-olah mereka tidak pernah merasa, wujud dan hidup. Jiwa dan hidup mereka bagai kapal tanpa kelasi, terbawa-bawa arus yang tidak menentu. Setakat ini, semua perbincangan yang menuju kepada golongan pintar cerdas seolah-olah menggambarkan golongan ini adalah sempurna dan tinggi pencapaiannya secara keseluruhan: bercitacita tinggi, bertanggungjawab dan dedikasi. Gambaran ini sebenarnya membahayakan. Perkembangan yang tidak seimbang adalah sesuatu yang biasa bagi mereka. Kekosongan jiwa ini bermaksud, mereka hilang hala tuju. Mereka merasakan hidup ini tidak bermakna dan nyawa mereka tidak bernilai. Walaupun keadaan ini berlaku kepada golongan pintar cerdas yang menghadapi masalah kemurungan secara sementara, ia adalah lebih kerap berlaku pada individu-individu yang tertentu, dan ia belaku secara kronik pada golongan ini. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh perkembangan kecerdasan intrapersonal yang tidak matang.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 99

Seseorang yang tinggi pencapaian matematik atau bahasa mungkin cetek dari segi pemikirannya. Kecerdasan eksistensialisme (kewujudan), kecerdasan intrapersonal yang rendah menjadikan mereka susah menangani masalah sosioemosi. Mereka tidak berfikir panjang dan mensiasiakan bakat yang ada pada mereka disebabkan mereka tidak mengenal apa yang dikejar-kejar dalam hidup mereka. Mereka berasa keliru dengan apakah makna hidup ini dan menimbus kekosongan jiwa ini dengan mengejar nama, kedudukan, prestij dan kebendaan. Masalah mereka tidak dapat diatasi dengan mencapai kejayaan ini, sebab ia tidak memberi kepuasan sebagaimana yang dijangka. Siapakah golongan yang menghadapi masalah ini? Mereka mungkin bercita-cita tinggi tanpa memberi komitmen kepada apa yang ingin dicapainya. Mereka mungkin mengatakan dia ingin menjadi Bill Gate atau memasuki Universiti yang ternama tanpa menunjukkan usaha dan pengetahuan yang sewajarnya. Selain daripada itu, kadar membunuh diri dalam kalangan mereka juga tinggi, selain tanda-tanda masalah emosi yang lain seperti kemurungan, gaya pemakanan yang tidak seimbang, penyalahgunaan dadah atau arak, hubungan seksual yang rambang dan lain-lain. Perkembangan yang menyeluruh adalah sangat penting bagi golongan ini sebagai faktor pelindung. Kepentingan kaunseling di sini bukannya untuk memahami masalah mereka, tetapi membantu mereka memahami tentang diri mereka.

2) Masalah Kesempurnaan Serta Emosi Yang Sensitif Sikap kesempurnaan boleh menyebabkan mereka takut kepada kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Pelajar pintar cerdas memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawab soalan-soalan yang diberikan. Mereka lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka tidak suka bersosial. Sikap sensitif dan perkembangan minda mereka membolehkan mereka memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan. Jika mereka terlampau

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 100

memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus kearah existential depression 3) Masalah Keyakinan Pelajar Pintar Cerdas Segelintir individu pintar cerdas selalu bergelut dengan isu masalah keyakinan. Konsep kendiri mereka tidak menentu. Mereka mungkin sangat yakin pada satu masa dan menjadi tidak yakin pada masa lain (sifat kompleksiti). Apa yang menyebabkan situasi ini berlaku walaupun mereka memiliki kelebihan yang nyata dalam persaingan? Ini adalah akibat daripada sikap kesempurnaan yang tidak sihat. Mereka menjangka terlalu tinggi terhadap pencapaian mereka sendiri. Jangkaan yang tinggi ini adalah salah satu pendorong kuat kepada pencapaian tinggi. Namun begitu, ia juga membawa tekanan yang besar kepada diri mereka sendiri. Jurang yang besar antara jangkaan dan kebolehannya yang nyata menjadikannya merasakan dirinya tidak sempurna. Untuk membantu mereka dalam masalah ketidaksempurnaan ini, guru dan ibubapa perlu mengingatkan mereka bahawa mereka tidak perlu menjadi sempurna pada setiap masa. Kesempurnaan adalah biasa dalam kalangan pintar-cerdas, tetapi neurotic perfectionist menjadi satu masalah psikologi. Ini kerana ia menjejaskan konsep kendiri pelajar pintar cerdas dan memberi kesan negatif kepada hubungan perseorangan seperti cenderung menyalahkan orang lain apabila gagal, sukar bekerjasama, selalu menyalahkan sendiri dan sebagainya. Ia adalah benar bahawa golongan pintar cerdas memiliki kelebihan dalam persaingan. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna mereka akan berasa yakin diri, sebab mereka mungkin tidak membandingkan diri dengan orang lain. Sebagaimana yang kita ketahui, golongan ini mendukung sistem nilai yang tersendiri, mereka mungkin tidak berminat membandingkan dirinya dengan orang lain dari segi pencapaian akademik, kerjaya dan sebagainya. Sebaliknya, mereka seolah-olah membuat sesuatu akibat dorongan dalaman sendiri. Dengan erti kata lain, mereka membandingkan diri mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 101

sendiri dan jangkaan yang tinggi selalunya memberi tekanan kepada mereka sendiri. Kesempurnaan diri merupakan satu motivasi yang kuat dalam mempengaruhi tingkah laku mereka. Semua individu mempunyai keupayaan yang tersendiri. Pelajar pintar cerdas tidak terkecuali daripada keunikan tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang mencapai tahap yang tinggi dari segi kecerdasan bahasa dan logik matematik mungkin mempunyai kelemahan dalam kemahiran fizikal seperti mengimbangkan badan, kordinasi badan ataupun tidak mempunyai bakat dalam melukis atau menyanyi. Jika pelajar ini diletakkan dalam situasi di mana dia perlu menggunakan kecerdasan kinestetik, muzik dan visual ruang, dia mesti berasa malu dan janggal kerana mempunyai maruah diri yang tinggi dan bersifat sensitif. Perkembangan yang tidak seimbang ini mungkin boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. Pada masa yang sama, keyakinan yang terlalu tinggi juga menjejaskan perkembangan mereka. Memandangkan mereka mempunyai kebolehan akademik dan kebolehan mental yang lain, sesetengah individu menjadi terlampau yakin dalam dunia yang berorientasikan akademik. Akibatnya, mereka tidak nampak kelemahan sendiri dan hidup dalam dunia sendiri. Masalah keyakinan (terlampau yakin atau inferioriti) ini akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap diri mereka. 5) Masalah Fizikal Pelajar pintar cerdas dapat menghasilkan pelbagai idea dalam masa yang singkat. Pelajar pintar cerdas memiliki perasaan ingin tahu yang tinggi dan gemar mencipta sesuatu. Namun begitu, kebiasaannya masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam golongan ini ialah mereka tidak dapat melaksanakan sesuatu idea yang telah terbit daripada pemikiran disebabkan faktor fizikal. Perkembangan fizikal pelajar pintar cerdas adalah sama mengikut rakan sebaya mereka. Perkembangan pemikiran kanak-kanak pintar cerdas yang berada tahap yang tinggi iaitu seperti orang dewasa mengakibatkan idea yang mereka fikirkan sama atau lebih baik daripada orang dewasa. Ini memerlukan perlaksanaan dengan menggunakan fizikal orang dewasa yang tidak dapat mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 102

lakukan. Perkembangan fizikal pelajar pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. 6) Masalah Tidur Dan Rehat Individu pintar cerdas yang kreatif selalu bermotivasi tinggi, bertenaga dan bertindak mengikut gerak hati. Tumpuan yang tinggi menjadikan mereka senang tersinggung jika mereka diganggu semasa membuat kerja. Ini berlaku terutamanya jika mereka mendapat ilham atau idea yang bagus. Mereka akan menjadi sangat terangsang dan bertindak impulsif dalam melaksanakan kerja tersebut sifat sensitif dan intensiti. Mereka seolah-olah tidak perlu tidur semasa melakukan sesuatu yang diminati. Newton yang mabuk kerja boleh melakukan eksperimen beberapa hari sehingga lupa makan dan tidur. Keadaan seperti ini boleh dikesan semasa zaman kanak-kanak lagi. Contohnya bermain lego sehingga larut malam pada umur 2 tahun. Keadaan ini menjadikan ibubapa yang menjaganya kekurangan tidur dan letih. Ini tidak bermakna mereka tidak perlu berehat seperti manusia biasa. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan mereka pada jangka panjang. Masalah tidur ini juga berlaku apabila mereka seolah-olah tidak dapat mengawal otak mereka. Mereka seolah-olah dipaksa oleh daya luaran untuk terus berfikir dan ini membuatkan mereka mengalami masalah tidur atau insomnia. Keadaan ini adalah akibat sifat intensiti yang menjadikan mereka mempertimbangkan sesuatu secara mendalam. Aktiviti lain yang menarik perhatian seperti bersukan atau menonton TV dapat menyeimbangkan keadaan ini. Kalau keadaan ini berlarutan, mereka perlu makan ubat yang bersifat semulajadi dan tidak bersifat ketagihan seperti melatonim. 7) Memerlukan Rangsangan Deria Yang Berlebihan Pernahkah anda mendengari berita bahawa pelajar cemerlang menagih dadah untuk menghindarkan tidur bagi mendapat keputusan yang cemerlang? Tingkah laku ini boleh diterangkan. Akibat sifat sensitif dan sifat intensiti, mereka menunjukkan kecenderungan mencari rangsangan deria yang berlebihan. Ini ditunjukkan dalam tingkah laku seperti makan berlebihan yang membawa kepada

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 103

masalah kesihatan dan kegemukan, keperluan seks yang berlebihan atau, menggigit kuku jari, minum berlebihan membawa kepada masalah perut dan muntah, tidak tidur pada malam demi menyiapkan kerja yang merangsang minatnya. Semua tingkah laku ini menjejaskan kesihatan dan juga kesejahteraan mereka dalam masa jangka panjang. Contohnya, akibat pemikiran yang terbuka dan keperluan seksual yang lebih tinggi, mereka mungkin terlibat dalam tingkah laku seks yang merbahaya. Sikap mencari kebebasan, suka memberontak atau mengambil risiko dan mengeksperimen mungkin mendorong mereka mencari sensasi seks. Banyak individu pintar cerdas adalah jenis yang aktif dan banyak bertenaga. Ini juga bermakna keperluan tenaga mereka juga lebih tinggi daripada orang lain. Bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat berfikir kalau tidak makan dengan banyak. ARA 8) Perkembangan Atau Kematangan Yang Tidak Seimbang Leornado Da Vinci adalah antara pelukis yang paling hebat dalam sejarah. Dia. Pengiraan matematik yang mudah pun menjadi cabaran kepadanya. Individu yang pintar cerdas adalah golongan yang lihat kepada gambaran secara keseluruhan. Ini menjadikan mereka lebih memahami perkara yang penting. Inilah kelebihan dan kelemahan mereka. Mereka mementingkan konsep atau idea yang abstrak, tetapi tidak berminat memberi perhatian kepada format atau bentuk yang konkrit dan luaran. Sesetengah daripada golongan ini menulis dengan tulisan yang buruk. Mereka tidak mementingkan kekemasan dan menyalin dengan secepat mungkin sejak kecil lagi. Akhirnya, mereka tidak pernah terlatih untuk menulis dengan kemas. Mereka mungkin mempunyai banyak idea yang luar biasa, tetapi membentangkan idea mereka dengan cara yang berkesan dalam penulisan. Mereka banyak pengetahuan dan bermoral, tetapi tidak berminat menguruskan fizikal luaran mereka. Mereka hidup di dunia abstrak dan ideal, tetapi kekurangan di dunia yang nyata ini. Percanggahan dan konflik ini adalah satu lagi petanda sifat kompleksiti dan ketidakkonsistenan.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 104

Kita semua memiliki kekurangan yang berbeza. Contohnya, mengelakkan bahagian artikel kewangan dan perdagangan semasa membaca surat khabar, tidak reti melukis, susah memahami apa yang dibaca, sukar memahami maksud orang lain (cakap sesuatu yang tidak sesuai semasa berbual), pergerakan yang kekok semasa menari, sukar bertindak sendiri dan konsep kendiri yang rendah (kecerdasan intrapersonal). Ini semua adalah normal. Kelemahan ini ada yang boleh diatasi dan ada yang memang sukar diubah. Disebabkan perkembangan mereka yang melampau, masalah ini amat jelas dilihat pada golongan ini. Contoh yang ekstrim adalah mereka yang dinamakan Idiot Savant. Dari segi kecerdasan, tahap kecerdasan mereka adalah lebih rendah daripada orang biasa tetapi memiliki satu atau dua jenis kebolehan mental yang jauh lebih tinggi daripada orang lain. Contohnya seperti dalam bidang muzik, aritmetik mental, melukis ataupun mengingati kalender. Mereka ini tidak tergolong dalam golongan pintar cerdas. Kebanyakannya adalah autistik. Untuk mencapai kejayaan di dunia yang serba mencabar ini, kita memerlukan banyak kemahiran yang pelbagai. Seseorang yang pintar cerdas mungkin seorang yang pakar dalam bidang tertentu tetapi menolak untuk mempelajari pengetahuan yang bukan bidang kekuatannya. Pengetahuannya dalam bidang tertentu akan mencapai tahap yang susah difahami oleh orang lain dan menjadi semakin sukar untuk mereka berkongsi ilmu pengetahuan mereka. Ini akan menimbulkan perasaan yang kecewa dan sunyi. Mereka seolah-olah mencapai terlalu tinggi pada satu aspek yang lain dan bagaikan tidak matang pada aspek yang biasa bagi orang kebanyakan. Keadaan ini menggambarkan perkembangan yang bersifat pengkhususan, di mana ia penting untuk mereka memberi sumbangan yang penting kepada ketamadunan manusia tetapi ianya juga membawa kepada kesusahan pada kehidupan seharian. Perkembangan yang tidak seimbang ini bukan disebabkan oleh sikap mereka semata-mata, tetapi juga disebabkan oleh kekurangan semulajadi. Masalah yang biasa adalah seperti kebolehan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 105

muzik, orientasi arah (mengenal jalan), orientasi masa, melukis dankemahiran hidup. Dalam kehidupan seharian, ada yang fobia kepada teknologi seperti takut menggunakan komputer. Apa yang biasa berlaku adalah ibubapa yang melahirkan generasi pintar cerdas suka memaksa anak mereka memfokus kepada aspek yang tertentu seperti matematik dan sains. Ini akan menjadikan mereka tidak mampu menghadapi cabaran hidup pada masa depan. Ini sebenarnya adalah sejenis bentuk penderaan anak yang berlaku kepada golongan ini. Ia juga sejenis pembaziran kepada bakat yang pelbagai omnipotentiality pada kanak-kanak pintar cerdas tersebut. Pada zaman sekarang, ia amat sukar menjumpai seorang genius yang serba boleh seperti Leornado Da Vinci. Ini adalah kerana masyarakat tidak mementingkan perkembangan keseluruhan mengikut bakat anak tetapi memaksa mereka menerima acuan yang sedia ada.

MASALAH LUARAN
1) Masalah Komunikasi Pelajar pintar cerdas sering menghadapi masalah komunikasi dengan rakan sebaya kerana tahap pemikiran atau kognitif mereka tidak sama dan saling bercanggah. Keadaan ini seterusnya menimbulkan hasad dengki dalam kalangan pelajar terhadap pelajar pintar cerdas. Ada juga pelajar yang merasa rendah diri terhadap pelajar yang pintar cerdas. Mereka juga mempunyai konflik dengan guru yang mana guru merasa beban dengan murid pintar cerdas kerana terpaksa membuat dan merancang sesuatu kepada pelajar. Hollingworth mendapati kebanyakan pelajar pintar cerdas bersikap dingin (apathetic) kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah (Davis& Rimm,1998, Ng Sen Fa Sandiyao Sebestian, 2005). Masalah komunikasi ini dapat dilihat apabila pelajar sering menghadapi salah faham dengan orang yang ada di sekeliling mereka kerana mempunyai pemahaman yang berbeza antara orang yang cerdas dengan orang yang biasa. Kadang-kadang apabila ditanyakan maklumat tertentu, mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 106

mengalami kesusahan untuk menjawab dengan jelas dan tersusun. Ini berlaku kerana terdapat banyak idea yang berlaku serentak di otaknya. Akibatnya, mereka bercakap sahaja apa yang terlintas dalam fikiran mereka. Secara tidak langsung, ini mengelirukan mereka yang mendengar. Pelajar pintar cerdas ini juga biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu, mereka tetap pelajar dan memerlukan disiplin yang betul. Mereka boleh mempengaruhi orang lain melalui komunikasi. Ibu bapa dan guru perlu mengambil berat supaya kanak-kanak pintar cerdas tidak menjadi mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru. Semasa berkomunikasi, kita membina maksud berdasarkan apa yang sedia kita fahami. Apa yang kita fahami tidak semestinya sama dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh orang lain. Halangan mungkin berlaku dalam proses memberi mesej dan mentafsir mesej antara dua pihak. Disebabkan perbezaan yang ada pada mereka dengan orang lain, salah faham adalah biasa kerana mereka lebih sukar difahami. Secara tidak langsung, sifat kompleksiti dan tidak konsisten menjadikan mereka seolah-olah tidak boleh dijangka. Individu yang pintar cerdas menghadapi masalah berkomunikasi yang menghalang mereka berkomunikasi dengan berkesan. Kadang-kadang apabila ditanyakan maklumat tertentu, mereka mengalami kesukaran untuk menjawab dengan jelas dan tersusun. Ini disebabkan oleh pelbagai aktiviti yang berlaku dalam otak mereka secara serentak. Keadaan ini boleh dibagaikan segulung bola benang yang tidak dapat dicarikan penghujung benang itu. Mereka seolah-olah mengalami kesukaran untuk menyusunkan idea dan pengetahuan yang ada pada mereka dengan cara yang teratur dan kemas. Akibatnya mereka sekadar melepaskan apa yang terlintas di fikiran mereka pada waktu berlakunya proses komunikasi. Ini boleh mengelirukan mereka yang mendengar. Keadaan ini berlaku kerana idea dan konsep itu telah sebati dengan individu tersebut. Disebabkan ketiadaan jarak antara konsep tersebut dengan diri mereka, ia amat sukar bagi mereka untuk menyampaikannya dalam cara yang senang difahami oleh orang lain. Corak pemikiran mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 107

yang agresif dan berbeza juga menjadikan orang lain sukar untuk mengikuti aliran idea mereka. Mereka mampu mentafsir hubungan antara isu yang tidak relevan. Ini menjadikan idea mereka beralih cepat antara topik yang seolah-olah tidak ada kesinambungan dan tidak kemas (pada pandangan orang lain). Mereka seolah-olah memampatkan pelbagai idea dan konsep dalam bentuk yang paling ringkas dan menbuatkan orang lain meminta mereka menjelaskan lagi maksud mereka dengan lebih terperinci. Oleh kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan memahami banyak konsep, kadang-kadang mereka menjadi malas untuk mengulangi sesuatu yang mereka telah fahami. Mereka selalu mendapat idea yang baru tetapi malas untuk menyampaikan idea yang mereka telah fahami kerana konsep itu tidak menarik minat mereka lagi. Mereka cepat bosan dan tidak meminati sesuatu yang tidak memberangsangkan dari segi intelek. Ini menyebabkan munculnya masalah komunikasi. Dalam kerja seharian, kita perlu mengulangi sesuatu yang kita telah fahami dan menyampaikan maksud itu kepada orang lain. Ini boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain daripada itu, pelajar pintar cerdas suka berfikir dan banyak berfikir. Kadang-kadang mereka bercakap seolah-olah orang lain telah memahami konsep atau idea yang telah difahaminya. Jika pendengar tidak sensitif dan cerdik sepertinya, mereka akan berasa keliru dan salah faham. Tambahan pula, kadang-kadang mereka suka berdialog dengan diri mereka sendiri. Mereka tidak boleh membezakan samada mereka telah menyebut sesuatu, atau ianya hanya berlaku dalam khayalan. Keadaan ini dapat dibuktikan dalam situasi di mana mereka menganggap mereka telah bercakap sesuatu tetapi dalam realiti, mereka tidak pernah menyebut perkara tersebut. Keadaan ini sekali lagi akan menjadikan orang di sekelilingnya menjadi keliru. Masalah juga berlaku semasa perbincangan. Apa yang difahami oleh mereka berbeza dengan apa yang disampaikan oleh orang lain. Ini berlaku kerana mereka mentafsir maksud orang lain dengan menokok-tambah maksud itu sendiri. Ini disebabkan oleh skematanya yang luas dan cepat membina konsep lantaran kapasiti pemahamannya yang tinggi. Sudah tentu ini menimbulkan salah faham dan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 108

kekeliruan sesama mereka yang berbincang. Idea mereka yang luar biasa dan terlalu abstrak menyebabkan tidak ramai yang boleh berkongsi pendapat dengan mereka. Semakin abstrak sesuatu idea, semakin tinggi risiko ditafsir dengan makna yang berlainan kerana latar belakang dan pemahaman masing-masing yang berbeza. 2) Masalah Hasad Dengki Pelajar pintar cerdas selalu berhadapan dengan masalah hasad dengki, bukan disebabkan mereka dapat mencapai kejayaan akademik dengan senang tetapi juga akibat sikap mereka sendiri yang kuat cemburu. Dengan kata lain, mereka senang dicemburui. Pada masa yang sama, mereka yang suka bersaing tidak menerima baik apabila diatasi oleh orang lain. Ini ditambahkan pula dengan masalah mereka yang sukar untuk rapat dengan rakan sebaya. Hubungan yang renggang menjadi pemangkin kepada hasad dengki. Mereka yang sensitif terutamanya akan susah menerima masalah ini. Antara sikap yang tidak disenangi dan menimbulkan perasaan hasad dengki adalah seperti bercakap besar, terlalu yakin, suka bersaing dan suka memperkecilkan usaha orang lain. Ini ditambahkan pula dengan perbezaannya dengan majoriti dan menjadikannya tidak difahami dan dijauhi. Perasaan saling dengki adalah sesuatu yang biasa dalam masyarakat kini yang bersifat kompetitif dan mengagung-agungkan pencapaian atau kejayaan. Ia menjadi satu masalah bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga mungkin berlaku antara guru pelajar. Perasaan dengki ini dapat dilihat dalam tingkah laku seperti memfitnah, memburuk-burukkan nama dan memperkecilkan usaha atau pencapaian orang lain. Ia mungkin berlaku di mana-mana tempat, di sekolah, di tempat kerja, di rumah dan sebagainya. Pelajar pintar cerdas selalu dikagumi kerana kebolehan mereka yang luar biasa, tetapi keadaan ini juga menjadikan mereka senang dicemburui oleh orang lain. Walau bagaimanapun, jika kebolehan seseorang diiktiraf dan diakui, maka masalah saling mendengki ini boleh dikurangkan. Kanak-kanak pintar-cerdas perlu diberi pendedahan tentang isu ini. Masalah hasad dengki dan konflik interpersonal bukan satu masalah yang dapat diselesaikan dengan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 109

mudah. Kanak-kanak pintar-cerdas yang belum matang dari segi kemahiran menyelesaikan masalah ini memerlukan bantuan orang dewasa yang memahami masalah mereka. Berhadapan dengan fitnah, desas-desus dan pengalaman diburuk-burukkan adalah traumatik dan sangat menekankan bagi anak kecil mahupun orang dewasa. Ibubapa dan guru bertanggungjawab membantu kanak-kanak pintar cerdas menghadapi cabaran ini. Contohnya, mereka mungkin berasa sedih kerana diburuk-burukkan atau diperendahkan oleh kawan di sekolah. Mereka mungkin tidak memahami atau tidak menyedari kawannya melukai hatinya disebabkan oleh perasaan cemburu. Mereka perlu menyedari bahawa terdapat sesetengah kawan yang lebih bersifat agresif (kuat cemburu, suka memburuk-burukkan orang lain dan sebagainya). Kanak-kanak pintar-cerdas perlu memahami cara berinteraksi dengan kawan sebegini. Contohnya jika konflik tidak dapat diselesaikan, mereka perlu menjauhi kawan tersebut. Pada masa yang sama, disebabkan kanak-kanak pintar cerdas selalu menjangka tinggi pada diri mereka sendiri, mereka juga senang mencemburui pelajar lain yang lebih cemerlang daripada mereka. Guru dan ibubapa perlu menyedarkan mereka kepada hakikat tentang persaingan ini: semua individu adalah unik dan memiliki kelebihan yang berbeza. 3) Pemulauan Sosial Manusia adalah makhluk yang hidup berkelompok dari segi sosial dan belajar melalui bersosial. Pengkaji seperti Bandura menjalankan banyak penyelidikan untuk membuktikan pembelajaran sosial seperti pemerhatian dan peniruan adalah kaedah yang penting untuk pembelajaran. Masalah sosial boleh menjejaskan konsep kendiri sosial dan seterusnya menjejaskan konsep kendiri kita secara keseluruhan. Perkembangan sosial memberi kesan yang signifikan kepada perkembangan keseluruhan seseorang. Pada peringkat yang berbeza sepanjang hayat kita, kita menghadapi masalah yang berbeza dan cuba mengatasinya. Erikson menamakan cabaran ini sebagai tugas perkembangan. Contohnya

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 110

apabila tamat sekolah, kita perlu memberi komitmen kepada kerjaya. Selepas kita mendirikan rumah tangga, kita perlu menjaga anak kita dan memberi segala apa yang terbaik kepada mereka. Rakan sebaya adalah golongan yang menjadi rujukan dan sokongan. Mereka adalah penyumbang kepada perkembangan diri kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, golongan pintar cerdas sukar mendapat kawan yang rapat dari golongan rakan sebaya. Ini menjadikan mereka yang bermasalah sosial tidak mendapat peluang untuk belajar melalui interaksi dengan rakan sebaya. Ini menjadikan mereka kekurangan maklumat yang penting dan kejahilan pengetahuan biasa. Contohnya, mereka mungkin mempunyai ramai kawan yang lebih tua dan matang, tetapi disebabkan perbezaan tahap perkembangan, mereka tidak mendapat maklumat segera yang paling relevan kepadanya. Masalah sosial golongan ini boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menyertai persatuan yang membuka keahlian kepada semua. Sebagai ahli dalam persatuan yang terbuka atau menyumbang sebagai sukarelawan, mereka boleh menemui individu yang pelbagai. Pelbagai di sini bermaksud dari segi umur, profesion, personaliti, minat, kelebihan dan kekurangan. Kepelbagaian ini mungkin membolehkan mereka mendapat persahabatan yang berkekalan dan mempelajari dari orang lain untuk menyeimbangkan kebolehan mereka. Persekitaran sosial yang sempit seperti sekolah akan menjadikan masalah mereka semakin menjadi-jadi. Di sekolah, kebiasaannya pelajar hanya terdedah kepada pelajar sebaya dan guru. Kunci untuk menyelesaikan masalah ini ialah pendedahan dan kepelbagaian. 4) Masalah Perasaan Rendah Diri Kawan Pencapaian pelajar pintar cerdas yang begitu tinggi selalunya menimbulkan perasaan kurang senang pada rakan-rakan di sekelilingnya. Kebiasaannya, pelajar pintar cerdas menunjukkan superioriti dalam banyak aspek: memenangi banyak hadiah dalam pelbagai pertandingan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Perasaan rendah diri ini menjadikan kanak-kanak lain menjauhkan diri daripada

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 111

pelajar pintar cerdas demi mempertahankan harga diri mereka sendiri. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak pintar-cerdas seolah-olah dipulau, walaupun dia tidak berbuat salah. Mereka tidak memahami kenapa rakan sebaya mereka menjauhi mereka. Selain itu, mereka juga mungkin berasa bosan dengan rakan sebaya dan mengasingkan diri. Faktor-faktor ini menjadikan isu sosial satu cabaran besar yang perlu mereka hadapi. Jangkaan yang tinggi mungkin menjadikan mereka pemimpin yang lemah. Mereka cenderung menetapkan standard yang tidak realistik bagi ahli kumpulannya tetapi mungkin realistik baginya. Mereka selalu menjangka orang lain melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan bermotivasi sepertinya. Ini menimbulkan perasaan rendah diri, diikuti perasaan tidak puas hati oleh orang lain dan akhirnya mengecewakan diri mereka sendiri. 5) Masalah Dengan Guru Ia menjadi kebiasaan untuk guru suka kepada kanak-kanak yang cerdik dalam kelas, tetapi keadaannya agak berbeza jika kanak-kanak tersebut terlalu pintar cerdas. Menjadi guru kepada pelajar yang terlalu pintar cerdas menjadi punca tekanan yang serius. Kanak-kanak yang pintar cerdas ini tidak disukai disebabkan oleh otaknya yang kritikal kadang-kadang menjadikannya tidak teragak-agak berdebat dan menunjukkan kesalahan guru. Pengalaman yang negatif ini sudah tentu meninggalkan kesan yang negatif pada mereka. Mereka tidak faham apakah kesalahannya sehingga dihukum. Pengetahuan yang luas oleh kanak-kanak pintar cerdas selalu menjadikan guru yang tidak berkeyakinan akademik berasa takut, tertekan dan tidak menyukai kanak-kanak pintar-cerdas tersebut. Perkembangan yang luar biasa kadang-kadang mendatangkan kebencian. Guru juga mungkin bertindak mengabaikan kanak-kanak tersebut dan tidak mengiktiraf pencapaiannya, seolah-olah kanakkanak tersebut tidak wujud. Keadaan ini akan menyekat perkembangan kanak-kanak tersebut. Ia juga menimbulkan masalah sosioemosi kepada kanak-kanak tersebut. Mengajar kanak-kanak pintar cerdas memerlukan beberapa kemahiran yang mencabar. Jika guru tidak menguasai kemahiran yang

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 112

diperlukan untuk mengajar pelajar atau kanak-kanak pintar cerdas, golongan ini akan berasa bosan dengan sekolah, tidak berminat untuk menyiapkan kerja rumah, mengambil ujian dan sebagainya. Tugasan yang tidak mencabar langsung tidak menarik minat mereka. Kehadiran yang lemah dan sikap yang tidak bersungguh-sungguh ini dianggap sebagai satu masalah disiplin oleh guru dan pihak pentadbiran. Mereka mungkin mengambil tindakan terhadap kanak-kanak tersebut tanpa menyedari pada hakikatnya kanak-kanak tersebut adalah pintar cerdas. Konflik yang berlaku di antara guru dan pelajar pintar cerdas akan menjadikan mereka lebih benci kepada sekolah. Keadaan ini menjadikan mereka bersikap memberontak seperti mengabaikan guru, tidak mengikut arahan, bersikap dingin dan menjauhkan diri daripada orang lain dalam sekolah, menjawab balik kepada guru, mencemuh kesalahan guru atau mencabar guru sebagai autoriti dalam pakar subjek tersebut. 6) Masalah Dengan Keluarga Kanak-kanak yang pintar cerdas boleh berlaku kepada mana-mana keluarga, yang miskin mahupun kaya, mana-mana bangsa dan negara. Kehadiran seorang individu pintar cerdas dalam rumah mampu memberi kesan yang mendalam dan berpanjangan terhadap seluruh keluarga. Bagi kebanyakan ibubapa, mereka mungkin tidak tahu bagaimana cara untuk memenuhi keperluan kanak-kanak pintar cerdas. Masalah juga mungkin timbul apabila ibubapa tidak memahami yang anak mereka tergolong dalam golongan pintar cerdas. Kebiasaannya ibubapa adalah yang paling awal mengenal perbezaan anak tersebut. Contohnya semasa kecil, anak ini sangat bertenaga, kurang tidur berbanding kanakkanak lain dan dengan itu meletihkan ibubapa yang menjaganya. Selepas itu, ibubapa berasa bersalah sebab tidak mampu memberi apa yang terbaik untuk perkembangan potensi anak merek terutama ibubapa dari taraf sosio-ekonomi rendah. Mereka mungkin menyembunyikan rahsia ini daripada saudara mara untuk mengelakkan mereka daripada dipandang sebagai menunjuk-nunjuk atau menerima tuduhan sebagai ibubapa yang menjangka terlalu tinggi dan mendera anak.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 113

Menjadi ibubapa kepada kanak-kanak pintar cerdas memerlukan kemahiran yang tertentu. James Webb (1982) memberikan cadangan-cadangan kepada ibubapa. Contohnya kemahiran berkomunikasi dengan anak yang pintar cerdas. Katakanlah anak anda menghadapi masalah kemurungan dan asyik mengadu. Dia boleh dibawakan kepada persatuan sukarela atau menjalankan aktiviti amal. Dengan meluaskan kenalan baru dan membantu orang lain yang menghadapi kesukaran hidup, ia dapat membantunya melupakan masalah sendiri. Persatuan begini juga menawarkan peluang berinteraksi dengan individu pelbagai lingkungan umur. Ini dapat mengurangkan kesan negatif sekolah di mana pelajar digolongkan dan dikelaskan mengikut umur semata-mata. Berleter dan mengarah merupakan cara berkomunikasi yang perlu dielakkan. Ibubapa perlu sensitif dan mengelakkan keadaan pergelutan kuasa (power struggle) yang berlaku dengan anak. Keadaan ini boleh digambarkan situasi menang-atau-kalah, dan saling berdegil demi menjaga ego masing-masing. Komunikasi yang tidak berkesan akan menjadikan anak tersebut tidak percaya dan menjauhkan dirinya daripada ibubapa. Adalah senang memberi nasihat kepada seseorang yang bermasalah, tetapi apa yang lebih diperlukan oleh mereka adalah penerimaan. Memberi nasihat dan komen memberi gambaran kepada mereka bahawa anda lebih faham masalahnya daripada anak itu sendiri. Ini menunjukkan sikap tidak percaya dan sikap tidak hormat kepadanya. Apabila ibubapa berperanan sebagai pakar atau penasihat, ia menunjukkan mereka tidak menerimanya. Ini menimbulkan perasaan tidak menerima dari anak itu sendiri. Kadang-kala nasihat yang diberikan menutup komunikasi yang terbuka kerana kanak-kanak itu berasa tidak selesa dengan mesej saya lebih faham daripada awak atau Awak bermasalah sebab awak tidak pandai yang disampaikan. Selain itu, akibat dari jurang pencapaian yang jauh antara individu pintar cerdas dengan adik-beradik, mereka memberikan tekanan kepada adik beradik mereka. Hasad dengki dan perasaan keyakinan yang terjejas adalah biasa. Ibubapa mungkin dianggap terlalu pilih kasih kepadanya. Keadaan ini mungkin memuncak semasa peringkat remaja.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 114

Selain daripada itu, berpunca daripada perkembangan yang terlalu awal dalam lokus-kawalandalaman dan kepuasan hasil kerja sendiri, mereka menghadapai masalah untuk patuh kepada norma; menafikan pengiktirafan luaran; dan memilih untuk menjalani hidup mengikut nilai sendiri. Semua tingkah laku tersebut dianggap oleh orang lain sebagai mencabar autoriti dan tradisi (Clark &Callow, 2002, dalam Ng Sen Fa Sandiyao Sebestian, 2005.) tersebut. Bagi keluarga pelajar pintar cerdas yang tidak faham dengan kehendak mereka, ia akan menimbulkan tekanan kepada pelajar kerana tidak dapat mencapai tahap yang dapat membuat pelajar tersebut puas dengan apa yang mereka buat. 7) Ekonomi Keluarga Yang Rendah Pelajar pintar cerdas yang mempunyai ekonomi keluarga yang rendah mempunyai beberapa masalah. Keadaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak tidak dapat mengembangkan kelebihan atau kemahiran yang ada pada mereka kerana tidak mendapat galakan daripada keluarga. Sebagai contoh, mereka tidak mampu untuk memenuhi keinginan minda mereka yang inginkan cabaran pendidikan atau ingin mencipta sesuatu yang baru. Situasi seperti ini akan menjadikan pelajar yang pintar cerdas tidak dapat dikesan kerana potensi mereka tidak dapat ditunjukkan. Disebabkan potensi yang tidak dicungkil, pelajar pintar cerdas dari status sosio-ekonomi rendah ini sering mencapai di bawah potensinya. Keadaan ini berbeza dengan pelajar pintar cerdas yang mempunyai ekonomi yang stabil kerana pelajar tersebut dapat mengembangkan kemahiran atau kebolehan yang ada pada mereka. Mereka kemudiannya dapat dikesan sebagai pelajar pintar cerdas dan mampu mencapai kejayaan yang selaras dengan kelebihan yang ada pada pelajar tersebut. 8) Jangkaan Yang Tidak Realistik Pada Mereka Disebabkan perkembangan yang tinggi pada aspek tertentu, orang lain menganggap mereka adalah pandai dan matang dalam semua aspek. Seorang kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin boleh memahami buku yang abstrak tetapi juga bertindak seperti keanak-anakan pada masa yang sama iaitu

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 115

sifat ketidakkonsistenan. Ia adalah bukan luar biasa untuk seseorang yang sangat pintar melakukan tindakan atau keputusan yang tidak bijak. Antara jangkaan yang tidak realistik adalah Kamu adalah pintar cerdas dan kamu mestilah sempurna dan serba boleh atau Kalau anda pintar cerdas, anda seharusnya boleh. Kenyataan seperti ini perlu dielakkan kerana ia mendorong individu tersebut menafikan kepintarcerdasannya. Lebih-lebih lagi disebabkan sikap perfeksionis mereka, orang lain juga terdorong untuk menjangka sangat tinggi kepada mereka. Sikap menjangka tinggi pada diri akan membawa kepada jangkaan orang lain yang sama, kadang-kadang jangkaan yang tidak munasabah. Masalah mungkin berlaku apabila mereka telah mencuba yang terbaik tetapi tidak diberi pengiktirafan kerana orang lain menganggap menghasilkan sesuatu yang luar biasa adalah sesuatu yang patut bagi mereka. Kebanyakkan individu pintar cerdas membuatkan sesuatu akibat dorongan dalaman. Sifat intensiti menjadikan mereka mencuba yang terbaik. Mereka tidak memerlukan dorongan luaran seperti ganjaran dan hukuman. Ibubapa dan guru perlu memberi inspirasi dan contoh-contoh untuk diikuti bagi mengembangkan potensi dalaman mereka. Komen, nasihat, sindiran, arahan, maki hamun dan cemuhan perlu dielakkan seboleh yang mungkin. Mereka tidak akan dengar seseorang, jika seseorang itu tidak diiktiraf olehnya. Akibat tingkah laku pelajar pintar cerdas yang menonjol, orang lain selalu mengandaikan mereka mempunyai banyak sumber dan boleh menguruskan kesemua masalah mereka sendiri. Keadaan ini secara langsung menjadikan mereka kurang mendapat bantuan dan sokongan orang lain. Sokongan yang dimaksudkan adalah maklumat yang penting seperti peluang-peluang yang boleh membantu kepada perkembangan mereka. Jangkaan yang tidak realistik juga kesilapan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Mereka mungkin menjangka terlalu tinggi terhadap kebolehan diri, lantaran konsep kendiri yang terlalu tinggi. Contohnya, merancang beban kerja yang terlalu banyak dan akhirnya tidak dapat dilaksanakan. Mereka perlu menyedari apakah yang mampu dilakukan oleh mereka dan susah dilakukan oleh orang biasa. Mempunyai kelemahan tidak bermakna mereka ini kurang pintar cerdas. Mereka boleh

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 116

menetapkan matlamat yang sangat tinggi tetapi juga menerima baik apabila mereka tidak dapat mencapai matlamat sendiri. Keadaan ini berlaku apabila mereka berasa yakin dan mencapai konsep kendiri yang sihat. Jangkaan yang tidak tepat bermaksud tidak memahami tentang minat, kecenderungan dan kekuatan dirinya. Ia digambarkan oleh keputusan memilih kerjaya atau program universiti yang tidak secocok dengan sifat dirinya. Mereka menganggap dirinya boleh berjaya di mana-mana bidang sahaja, tetapi akhirnya tidak seperti yang mereka sangkakan. Keadaan susah membuat keputusan ini selalu berlaku akibat kebolehan yang pelbagai pada mereka. Keadaan ini dinamakan omnipotentiality yang bermaksud potensi yang pelbagai. Ia selalunya membawa kepada kekeliruan. Contohnya dalam memilih kerjaya atau program university dengan minat dan bakat yang pelbagai. Ini boleh digambarkan seperti pelajar yang major dalam bidang falsafah dan fizik pada masa yang sama. 9) Pembelajaran Di Sekolah Semasa di sekolah, pelajar pintar cerdas akan mengambil masa yang ada untuk belajar sesuatu yang baru agar dapat memuaskan keinginan mereka yang suka belajar. Namun begitu, terdapat juga institusi persekolahan yang tidak mengambil endah. Biasanya, sekolah gagal memberi perhatian yang wajar kepada pelajar pintar cerdas kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khusus (Gallagher& Gallagher,1994). Akibat daripada ini, kejayaan atau kemahiran seseorang pelajar pintar cerdas tidak dapat dikesan dengan betul seterusnya membantutkan kejayaan seseorang pelajar. Pelajar pintar cerdas juga merasa bosan untuk ke sekolah kerana mereka tidak merasai keseronokan untuk pergi ke sekolah. Di sekolah, terdapat sebilangan guru yang tidak memiliki semangat akademik yang baik. Guru tersebut mungkin memberi golongan pelajar ini maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dan tidak memberangsangkan. Tugasan yang diberikan menjadikan golongan pelajar ini lebih derita seperti kerja salin-menyalin dan menghafal fakta yang tidak dapat dikaitkan dengan pengalaman pelajar. Tugasan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 117

salin-menyalin sebenarnya merupakan suatu bentuk penyeksaan mental yang baharu terhadap golongan pelajar tersebut kerana tugasan seumpama itu hanya melatih kemahiran-motor-halus mereka dan bukannya kemahiran berfikir mereka. Kadang-kadang, tugasan yang diberi guru tidak sesuai dengan keperluan (motivasi intrinsik) mereka yang sentiasa ingin tahu/ mengkaji sesuatu topik dengan lebih mendalam. Faktor tersebut menjadikan pelajar pintar cerdas tidak suka kepada sekolah (Ng Sen Fa Sandiyao Sebestian, 2005). 10) Masalah Akademik Ramai orang mengaitkan pelajar pintar cerdas dengan masalah akademik. Segelintir individu pintar cerdas hanya menumpukan perhatian dalam apa yang menarik minat mereka. Kadang-kala mereka menunjukkan sikap degil mereka apabila mempelajari sesuatu yang mereka kurang berminat. Ini adalah satu pembaziran kerana mereka mungkin memiliki bakat luar biasa dalam bidang yang mereka tidak berminat. Oleh itu, guru perlu memberi motivasi. Disebabkan cara pembelajaran dan keperluan intelek mereka yang begitu unik, sebarang tugasan dan pendidikan yang tidak sesuai dengan ciri-ciri mereka akan menjadikan mereka salahsuai. Keadaan ini mungkin dilihat pada kejatuhan yang mendadak dalam keputusan peperiksaan. Apabila ditanya, mereka akan menjawab, subjek yang diajar/ sekolah ini/tugasan yang diberikan tidak sesuai dengan saya. Mereka menunjukkan rintangan kepada kerja yang mereka tidak boleh buat. Ramai pelajar pintar-cerdas yang tidak suka ke sekolah sebab terlalu bosan dengan pengajaran guru. Mereka juga berasa bosan dengan percakapan kawan yang tidak matang bagi mereka. Masalah sosioemosi ini adalah akibat keperluan akademik yang tidak dipenuhi, dengan kata lain mereka tidak dicabar secukupnya dari segi akademik. Masalah ini seterusnya akan membawa kepada masalah tingkah laku atau disiplin seperti yang dijelaskan sebelum ini. Masalah ini boleh menjadikan mereka membenci kepada sekolah dan pembelajaran.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 118

Satu cabaran yang besar dalam pendidikan adalah memahami pencapaian pelajar. Kanakkanak pintar-cerdas bukannya tidak dicabar dalam akademik tetapi tidak dicabar secara yang berkenaan. Contohnya, kerja salin-menyalin, menghafal secara bulat-bulat, latih tubi, jenis tugasan / soalan yang closed-ended tidak serasi dengan keperluan akademik pelajar pintar-cerdas. Mereka mungkin tidak suka menghafal pendapat orang lain sedangkan dirinya boleh mengeluarkan idea yang lebih baik! Walaupun pelajar pintar-cerdas menunjukkan kelebihan mereka dalam ingatan, kelebihan mereka yang nyata adalah dari segi pemahaman. Dari segi pemahaman, ia membezakan pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa yang cemerlang dalam akademik. Bagi pelajar pintar cerdas, apa yang menarik minat mereka adalah sesuatu yang mencabar mereka dari segi pemahaman. Lembaran kerja yang menekankan latih tubi tidak menarik kepada mereka kerana mereka tidak menggemarinya.

RUMUSAN
Setiap cabaran dan masalah yang dihadapi mempunyai jalan penyelesaiannya, dan usaha untuk mengatasinya sangat memerlukan penglibatan banyak pihak kerana pelajar pintar cerdas sering bermasalah dengan emosinya. Oleh yang demikian, sokongan pelbagai pihak membantu menjadikannya neutral dan lebih rasional.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 119

1. Huraikan setiap masalah dalaman yang dihadapi pelajar pintar cerdas. 2. Huraikan setiap masalah luaran yang dihadapi pelajar pintar cerdas. 3. Bagi pendapat anda, apakah cabaran terbesar yang dihadapi ibu bapa untuk membesarkan pelajar pintar cerdas? 4. Jelaskan bagaimana sistem pendidikan kita dapat memenuhi semua keperluan khas pelajar pintar cerdas dari segi pelaksanaan dan perancanangan untuk pengajaran dan pembelajaran.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 1)| 120

Rujukan
Ashman, A. F. & Lovecky. D. 1994. Exceptionally Gifted Children: Different Minds. Roeper Review 17(2): 116-120. Gallagher, J. J., & Gallagher, S. A. (1994). Teaching the gifted child (4th ed.). Boston, MA: Allyn. Ng Sen Fa Sebestian Sandiyao (2005). Masalah sosio-emosi Kanak-kanak Pintar Cerdas. Masalah Pendidikan, Volume 28, No.1. Kyle, R. V. (1998). Children and their development. New Jersey: Prentice Hall. Piirto, J. (1999). Talented children and adults; their development and education . Ed. ke 2. Ohio: Merrill Prentice Hall. Routledge. Bee, H. (1997). The developing Child. New York: Longman.

Anda mungkin juga menyukai