Anda di halaman 1dari 10

027

BAHASA CINA

BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Bahasa Cina Ujian Penulisan 027/1 mengandungi 2 soalan: Soalan 1 Merupakan soalan pilihan. Calon dikehendaki memilih sama ada menjawab Soalan 1(a) atau 1(b). Soalan 2 Tiada pilihan, wajib dijawab oleh calon. Calon diberi masa 1 jam untuk menjawab kedua-dua soalan tersebut. Panjangnya setiap karangan mestilah tidak kurang daripada 120 patah perkataan. PRESTASI KESELURUHAN Secara keseluruhannya, prestasi calon telah meningkat. Kebanyakan calon telah menguasai kemahiran menulis dan dapat menyampaikan isi penting dengan teratur dan sistematik. Calon dapat mengarang dengan baik bagi soalan 1(b) dan soalan 2 kerana soalan ini bersesuaian dengan pengalaman kehidupan harian mereka. Bilangan calon yang menjawab soalan 1(a) sangat kurang kerana konsep mereka terhadap kegiatan ko-kurikulum tidak jelas. Mereka kurang mampu memberi contoh yang kukuh untuk menyokong pendapat mereka. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon berupaya menghasilkan karangan yang bermutu tinggi. Mereka dapat mengemukakan isi dengan bernas dan menepati kehendak soalan. Setiap isi dikembangkan dengan hujah yang kukuh dan tepat. Majoriti calon dapat menulis dengan menggunakan bahasa yang lancar, kosa kata yang tepat, ungkapan dan peribahasa yang indah. Sebilangan kecil calon mempunyai daya kreativiti dan daya imaginasi yang menarik dengan menghasilkan karangan yang sungguh baik. Calon Dalam Kumpulan Sederhana Calon memahami kehendak soalan tetapi tidak dapat mengembang dan menghuraikan idea dengan mendalam. Mereka kurang mahir menulis karangan berbentuk fakta. Struktur ayat kurang teratur dan kurang memuaskan. Gaya bahasa kurang menarik, terdapat kesilapan tanda baca dan ejaan. Calon Dalam Kumpulan Rendah Calon kurang menguasai kemahiran menulis karangan. Mereka seringkali salah mentafsirkan soalan dengan tanggapan yang kurang tepat. Isi kandungan terpesong atau tidak jelas. Penguasaan bahasa lemah dalam struktur ayat dan tatabahasa. Tiada kesinambungan antara satu idea dengan idea yang lain.

Bahasa Cina

57

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

PRESTASI TERPERINCI Soalan 1(a) - Faedah Menyertai Kegiatan Ko-kurikulum Isi Yang Diperlukan. Pendahuluan 1. Senaraikan jenis aktiviti ko-kurikulum yang pelbagai. 2. Bilakah aktiviti ko-kurikulum dijalankan? Perkembangan - Menghuraikan dengan mendalam faedah menyertai kegiatan ko-kurikulum. 1. 2. 3. 4. 5. 6. menyihatkan badan menggunakan masa lapang dengan berfaedah memupuk semangat bekerjasama mematuhi peraturan berdisiplin dan bermoral berkebolehan memimpin

Calon dikehendaki menghuraikan sekurang-kurangnya tiga daripada faedah yang disenaraikan atau faedah pilihan calon yang munasabah. Penutup Menegaskan faedah menyertai kegiatan ko-kurikulum / Menyeru kepada pelajar supaya menyertai kegiatan ko-kurikulum. Kebanyakan calon dapat menghuraikan faedah menyertai kegiatan ko-kurikulum dengan tepat dan tersusun mengikut pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Mereka memahami tugasan soalan dengan menghuraikan fakta yang menepati kehendak soalan.

Contoh ini merupakan pendahuluan karangan yang baik. Calon telah berjaya menyenaraikan jenis kegiatan ko-kurikulum dengan jelas.

Bahasa Cina

58

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

Contoh ini menunjukkan perkembangan isi yang logik dan teratur. Calon dapat menjelaskan faedah menyertai kegiatan permainan dengan huraian yang kukuh. Fakta seperti menyihatkan badan, ketangkasan tindakbalas anggota badan dan merapatkan perhubungan antara rakan sebaya telah disenaraikan dan dibentangkan. Calon lemah tidak dapat mengembangkan isi dengan memberi huraian yang kukuh. Kebanyakan calon hanya tertumpu pada satu jenis aktiviti sukan, pertandingan atau persatuan sahaja tanpa menerangkan faedah yang tertentu.

Contoh ini merupakan karangan yang agak lemah dan tiada kesinambungan antara idea. Hujah yang disampaikan sangat terhad dan tidak diperluaskan. Segelintir calon hanya menerangkan gerakerja yang dijalankan semasa aktiviti ko-kurikulum menyebabkan karangan mereka menyeleweng daripada kehendak tajuk. Pada umumnya karangan yang dikemukakan adalah berbentuk cerita, dan bukannya berbentuk fakta yang diperlukan oleh tugasan tajuk.

Bahasa Cina

59

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

Soalan 1(b) - Melengkapkan Cerita Dengan Menggunakan Penutup Cerita Yang Diberi. Isi Yang Diperlukan. Pendahuluan Dikehendaki calon menyebut masa, tempat dan peristiwa yang berlaku. Perkembangan - Menghuraikan urutan peristiwa dengan lengkap dan lojik 1. Bagaimana terjadinya peristiwa yang berkenaan. 2. Bagaimana penulis bertindak kepada situasi yang ditemui. 3. Perbuatan yang dilakukannya adalah baik dan bermakna. Penutup Calon mesti menyudahkan penutup peristiwa dengan syarat dapat menyambungkaitkan penutup cerita yang diberi oleh tugasan tajuk. Calon cemerlang menunjukkan bahawa mereka pernah mengalami peristiwa mengenai perbuatan yang baik dan bermoral. Mereka dapat mengembangkan isi dengan menarik dan teratur. Ungkapan dan peribahasa juga digunakan dengan tepat dan sesuai. Kesalahan yang sering mereka lakukan adalah dalam aspek ejaan dan tanda baca.

Contoh ini menunjukkan calon dapat menyampaikan isi kandungan dengan tepat, bernas, logik dan sistematik. Isi perenggan ini menunjukkan calon mempunyai nilai kasih sayang dan tolongmenolong. Dia sanggup membantu budak kecil itu kerana bersimpati kepadanya.

Bahasa Cina

60

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

Contoh ini merupakan penutup yang baik dan bermutu. Calon ini dapat bertindak kepada situasi tegang dalam kelas serta memberi ulasan kepada guru atas kelewatannya. Perkembangan plot cerita calon lemah kurang menarik. Pendahuluan cerita lebih panjang daripada perkembangan cerita. Persembahan bahasa kurang baik, hanya kosa kata yang mudah telah digunakan.

Contoh ini menunjukkan karangan yang tidak menepati kehendak tugasan soalan. Isi yang disampaikan tidak menyentuh langsung pada perkara baik yang dilakukannya supaya dipuji gurunya.

Bahasa Cina

61

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

Calon kehilangan markah apabila mereka menerangkan peristiwa dengan ringkas tanpa huraian yang selanjutnya. Isi calon juga tiada kesinambungan. Struktur ayat berbelit-belit. Calon sering menyalahgunakan kosa kata, tanda baca dan ejaan. Soalan 2 - Karangan Bergambar (Kegunaan Air) Isi Yang diperlukan Pendahuluan 1. Memberi pandangan ringkas tentang kepentingan air. Perkembangan 1. 2. 3. 4. Penggunaan air dalam kehidupan harian seperti membasuh, mengelap, mandi, minum. Penggunaan air dalam pertanian. Penggunaan air dalam menjana tenaga hidro-elektrik. Penggunaan air dalam memadam api.

Penutup Menyeru kepada orang ramai supaya berjimat-cermat menggunakan air / ulasan lain yang munasabah. Kebanyakan calon dapat mentafsir dan menghuraikan isi tentang kegunaan air berdasarkan gambar yang diberi. Calon pernah belajar mengenai kegunaan air dalam kehidupan harian, bidang pertanian dan perindustrian. Ini membantu mereka menghuraikan idea dengan tepat dan bernas. Tiada terdapat banyak kesilapan dalam struktur ayat, tatabahasa dan ejaan.

Calon dapat mentafsir kegunaan air dengan huraian yang tepat dan sesuai dalam bidang pertanian dan penjanaan tenaga hidro-elektrik berdasarkan gambar yang diberi.
Bahasa Cina

62

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

Walau bagaimanapun, terdapat juga calon kurang menguasai kemahiran menulis karangan berbentuk fakta. Mereka hanya memberi isi tanpa huraian yang mendalam. Calon sering melakukan kesilapan dalam struktur ayat, tatabahasa dan ejaan.

Contoh ini menunjukkan karangan yang terlalu ringkas isinya tanpa huraian yang mendalam. Isi yang diberi pun secara pintas lalu sahaja. Calon yang lemah menghuraikan sesuatu isi yang tidak terdapat dalam gambar yang diberi. Calon tidak menghuraikan kegunaan air. Mereka hanya menyatakan kepentingan air. Kebanyakan daripada mereka tidak dapat menghuraikan gambar yang menunjukkan penggunaan air dalam menjana tenaga hidro-elektrik.

Bahasa Cina

63

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

SARANAN KEPADA CALON 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Calon dinasihatkan mengkaji tajuk dengan teliti dan memahami kehendak soalan. Perhatikan kata kunci dalam soalan. Menyediakan rangka karangan agar isi tidak tertinggal atau berulang. Huraikan isi dengan memberi contoh yang sesuai dan tepat. Semak semula karangan yang ditulis dari segi isi dan tatabahasa. Luaskan pengetahuan dengan membaca bahan bacaan yang sesuai. Memperbanyakkan latihan menulis karangan berformat. Rujuk kepada kamus untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan kegunaannya. Tulisan mesti kemas dan jelas. Elakkan penggunaan bahasa pasar dan bahasa loghat dalam karangan.

SARANAN KEPADA GURU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Memperbanyakkan aktiviti lisan dan bacaan sebelum menulis karangan. Bahan rangsangan yang digunakan hendaklah sesuai dan menarik untuk mengembangkan pemikiran pelajar. Skop karangan dalam sukatan pelajaran hendaklah diajar. Guru harus mengajar pelbagai jenis bentuk karangan dengan menggunakan pendekatan yang pelbagai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran memahami kehendak soalan harus ditegaskan. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam penulisan karangan, misalnya menggunakan peta minda, jadual, lukisan dan sebagainya. Membuat latihan mengarang mulai tahun satu dengan berpandukan gambar atau membina ayat berpandukan gambar. Mengadakan sesi perbincangan bagi membantu pelajar menulis karangan yang lebih baik/bermutu. Mengingatkan pelajar menulis perkataan dengan jelas, kemas dan betul. Memperbanyakkan latihan membetulkan kesilapan umum yang biasa dilakukan oleh pelajar

Bahasa Cina

64

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

RUMUSAN

1. 2. 3. 4. (a) (b) (c) 5. 6. / /


Bahasa Cina

/ 65

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

()

7. 8:00 / 8. 9. () ( ) ()()() ()() 10. //


Bahasa Cina

66

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004

Anda mungkin juga menyukai