Anda di halaman 1dari 1

1. LAMPIRAN PANDUAN MENULIS ULASAN KRITIS (CRITICAL REVIEW) 1. Tujuan menulis ulasan kritis.

Ulasan kritis ialah suatu tugas menulis yang memerlukan anda membuat kesimpulan dan menilai sesuatu teks. Ulasan kritis boleh dilakukan terhadap sebuah buku teks, satu bab atau suatu artikel. Menulis ulasan kritis memerlukan anda membaca teks yang dipilih dan juga membaca teks lain yang berkaitan supaya anda dapat mempamerkan penilaian yang adil dan munasabah tentang teks yang dipilih. 2. Apakah yang dimaksudkan kritis ? Kritis tidak bermaksud mengkritik dengan cara yang negatif. Anda perlu menyoal maklumat dan pendapat dalam sesuatu teks serta menyampaikan penilaian atau keputusan (judgement) tentang teks itu. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian atau keputusan (judgement) ? Anda menilai kekuatan dan kelemahan sesuatu teks berdasarkan kriteria yang spesifik. Penilaian melibatkan pemahaman isi kandungan, matlamat, sasaran dan struktur teks. 4. Format / Langkah dalam menulis ulasan kritis 4.1 Pengenalan Panjang pengenalan biasanya satu perenggan sahaja. Pengenalan mengandungi perkara-perkara berikut : (i) (ii) (iii) (iv) Nama pengarang artikel Tajuk artikel Isi-isi penting artikel (iv) Kenyataan ringkas penilaian anda sama ada positif atau negatif atau kedua-duanya

4.2 Ulasan Kritis (i) Penilaian dan perbincangan kekuatan (positif) artikel (ii) Penilaian dan perbincangan kelemahan (negatif) artikel (iii) Ulasan kritis yang baik memetik sumber / rujukan untuk menyokong penilaian anda. (iv) Huraikan cara bagaimana maklumat dalam artikel boleh membantu seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah 4.3 Kesimpulan Nyatakan semula pendapat keseluruhan dan ringkasan penilaian anda tentang artikel.

Anda mungkin juga menyukai