Anda di halaman 1dari 4

ASPERGER SINDROM

1.2. Latar Belakang Asperger Sindrom



Asperger Sindrom atau Gangguan Asperger (AS) merupakan suatu gejala kelainan perkembangan
saraf otak yang namanya diambil dari seorang doktor berbangsa Austria, Kanner (1943). Hans
Asperger tinggal dan bekerja di Vienna. Beliau merupakan seorang doktor Pediatrics. Beliau
mencetuskan penemuan satu sindrom kecacatan mental di kalangan kanak-kanak iaitu sindrom
Asperger. Sindrom ini menunjukkan keupayaan seseorang dalam berinteraksi sosial yang rendah.
Sindrom Asperger digunakan untuk menjelaskan kepada ibu bapa dan guru tentang masalah yang
melibatkan kanak-kanak yang gagal berinteraksi. Hans Asperger yang pada tahun 1944 menerbitkan
sebuah jurnal yang menjelaskan mengenai pola perilaku dari beberapa kanak-kanak lelaki yang
memiliki tahap intelek tinggi dan perkembangan bahasa yang normal, namun juga memperlihatkan
perilaku yang mirip autism, serta mengalami kekurangan dalam hubungan sosial dan kecekapan
komunikasi, corak yang terbatas, ucapannya sering tertangguh dan tersekat-sekat Walaupun
laporannya telah diterbitkan sejak 1940 an, namun Asperger Sindrom (AS) baru dimasukkan ke
dalam kategori DSM IV pada tahun 1994 dan baru beberapa tahun terakhir Asperger Sindrom
tersebut dikenal oleh para ahli sains dan profesional.

Seseorang penghidap Asperger Sindrom (AS) memperlihatkan berbagai-bagai tingkah laku akibat
daripada gangguan tersebut. Klin & Volkmar, (1995). Mereka bermasalah dari segi pergaulan dengan
keluarga dan rakan sebaya. Mengalami kesulitan jika berlaku sebarang perubahan dalam
persekitarannya, selalu melakukan perkara yang sama berulang-ulang. Mereka memiliki perasaan
yang terlalu sensitif terhadap suara persekitaran, rasa, dan penglihatan. Mereka lebih menyukai
pakaian yang lembut, makanan yang tertentu dan merasa terganggu jika keadaan persekitaran yang
bising. Penting untuk diketahui oleh golongan normal bahawa mereka memandang dunia ini dengan
cara yang berlainan. Sebab itu, banyak tingkah laku yang aneh dan luar biasa yang disebabkan oleh
perbezaan neurobiology tersebut. Bukan disebabkan kerana sengaja berlaku kasar atau tidak sopan,
dan yang lebih penting, adalah bukan hasil didikan ibu bapa.


Secara lebih jelas lagi, penghidap SA mempunyai IQ yang normal dan kebanyakan mereka
memperlihatkan bakat di bidang tertentu kecuali matematik. Mereka mempunyai bakat dalam bidang
muzik, drama, politik dan lain-lain lagi. Walaupun perkembangan bahasa mereka kelihatan normal,
namun penghidap SA sering tidak pragmatik. Perbendaharaan kata mereka sangat kaya dan
kebanyakan mereka dianggap sebagai profesor kecil. Namun mereka dapat menguasai literatur tapi
sulit menggunakan bahasa dalam konteks sosial.

1.5. Sifat-Sifat Penghidap Asperger Sindrom

1. Asperger Sindrom (SA) merupakan suatu sifat khusus yang ditandakan dengan kelemahan
kualitatif dalam berinteraksi sosial. Seseorang penghidap SA dapat bergaul dengan oran lain, namun
dia tidak mempunyai kemampuan berkomunikasi dan mereka akan mendekati orang lain dengan cara
yang ganjil (Klin & Volkmar, 1997). Mereka tidak mengerti akan kebiasaan bersosial dan mereka
melihat bersosial secara aneh, pelik dan salah mentafsirkan gerakan-gerakan tubuh. Penghidap SA
sukar untuk mempelajari bersosial serta memerlukan suatu instruksi yang jelas untuk bersosial.


2. Walaupun kanak-kanak SA mampu berbicara dengan lancar pada usia lima tahun, namun mereka
sering mempunyai masalah dalam menggunakan bahasa dalam konteks sosial (pragmatik) dan tidak
mengerti makna ayat yang memiliki maksud yang berlainan (semantik) serta berbicara (tinggi, rendah
dan tekanan semasa berbicara) (Attwood, 1998). Kanak-kanak ini mempunyai perbendaharaan yang
lebih dan sangat menyukai berbicara tentang isu yang diminatinya secara berulang-ulang tanpa jemu.
Mereka berbicara secara tidak teratur dan mampu memotong perbicaraan orang lain, mengulangi
perbualan orang lain, atau memberi ulasan yang tidak relevan dengan topik yang dibicarakan.
Mengalami kesulitan untuk memulai perbualan dan mengakhiri perbualan. Kesukaran untuk
berkomunikasi dapat dilihat dengan jelas di mana kanak-kanak akan berdiri yang terlalu dekat
dengan seseorang.


3. Mereka mempunyai tahap akal yang cukup tinggi. Kebanyakan mereka sangat menyukai ilmu
pengetahuan dan akan berusaha untuk menguasai subjek yang diminatinya. Namun mereka lemah
dalam hal pengertian dan pemikiran abstrak dan pengenalan sosial. Sebagai akibatnya, mereka
mengalami kesulitan akademik, khususnya dalam kemampuan membaca dan mengerti apa yang
mereka baca, menyelesaikan masalah, pengembangan konsep, membuat kesimpulan dan menilai.
Mereka sering kesulitan untuk bertolak ansur atau fleksibel. Pemikiran mereka agak kaku. Mereka
sukar untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan, menerima kegagalan dan sukar untuk
mempelajari kegagalan yang lalu.

4. Dianggarkan bahawa 50% hingga 90% mempunyai kesulitan dalam koordinasi motor kasarnya.
(Attwood 1998) seperti kecekapan bermain bola, keseimbangan tubuh, mengerakkan tangan semasa
bercakap, menulis dengan cepat. Sendi tulang yang lemah dalam membuat gerakan-gerakan.

5. Kanak-kanak SA mempunyai persamaan dengan kanak-kanak autism iaitu dalam rangsangan
sensory, mereka mampu menjadi sangat sensitif terhadap beberapa rangsangan tertentu.

6. Kanak-kanak SA tidak akan memperhatikan lawan berbicara, mudah terganggu konsentrasinya.
Dan pernah dikategorikan sebagai penghidap ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)
sewaktu di diagnosis .


7. Rasa takut yang berlebihan merupakan salah satu sifat SA. Mereka sukar untuk bergaul dengan
rakan-rakan di sekolah. Pengajaran yang baik akan membantu mereka meringankan tekanan-
tekanan yang dialaminya.


1.7. Pusat-Pusat Pendidikan Asperger Syndrome


Di negara-negara barat. Pusat Pendidikan Kanak-kanak Asperger syndrome ini disediakan khusus
dalam memberi rawatan dan latihan. Manakala rawatan dan pendidikan kanak-kanak Asperger
dikendalikan bersama-sama dengan kanak-kanak autism. Di bawah ini dilampirkan alamat pusat
pendidikan kanak-kanak Asperger Syndrome:

1. Asperger Syndrome Education Network, Inc. (ASPEN)
P.O. Box 2577
Jacksonville, FL 32203-2577
(904) 745-6741.

2. Learning Disabilities Association of America
4156 Library Road
Pittsburgh, PA 15234-1349
(412) 341-1515
(412) 341-8077

3. Nat. Org. for Rare Disorders (NORD)
P.O. Box 8923
New Fairfield, CT 06812-1783
(203) 746-6518
(203) 999-6673

4. National Institute Mental Health
5600 Fishers Lane, Room 7C02
Rockville, MD20857-8030
(301) 443-4515

5. The National Autism Society of Malaysia
No 4, Jalan Chan Chin Mooi
Off Jalan Pahang
53200 Kuala Lumpur
03 40223744
e-mail: nasom@tm.net.my @ http://www.ron.net/nasom/

6. CHILD
P.O. Box 645
88858 Tanjung Aru, Sabah
e-mail: http://www.sabah.org.my/child/

7. Lions Resource Centre for Autistic Children Level 2-60, 60, Green Hall
10200 P. Pinang
Malaysia

8. Perak Autistic Resource Centre
2, Persiaran Cempaka Sari9, Taman Cempaka
31400 Ipoh
Malaysia
605- 583570


Bibliografi

Klin, A. & Volkmar, F.R. (1995). Autism and the pervasive development disorders. Journal of Child
and Psychiatric Clinic of North America, 4, 617-630.Asperger Neuropsychological
Article.file://F:as15.htm. 10/4/2006.
Gillberg, C. 1991. Clinical and neurobiological aspects of Asperger syndrome in six family studies. In
Uta Frith (Ed.), Autism and Asperger syndrome (pp 122 146). Cambridge. Cambridge University
Press.
Asperger, H. 1997. Problems of infantile autism. Journal of Child Psychology and Communication, 13,
45-52. Asperger Neuropsychological Article. file://F:as15.htm. 10/4/2006.
Ozonoff, S.,Rogers, S.J. & Pennington, B.F.1991. Aspergers syndrome: evidence of an empirical
distinction from high-functioning autism. Journal of Child Psychology and Psychiatry, 32,1107-1122.
Kanner, L. 1943. Autistic disturbances of affective contact. Nervous Child, 2, 217-250. Asperger
Neuropsychological Article.file://F:\as15.htm. 10/4/2006.
Attowood. 1998. Dalam Online Asperger Syndrome Information
(O.A.S.I.S).file://F:\Asperger%20Syndrome%20Apakah%201a.htm. 10/4/2006.
Posted by zulkiflizaimahat 8:37 AM
no comment s:

Anda mungkin juga menyukai