Anda di halaman 1dari 21

OL E H:

RAS HI DAH BT . KHAPI D


S K( 2) S I MPANG L I MA, KL ANG
BERIMAN KEPADA
QADA DAN QADAR
Rasulullah bersabda:

Iman itu ialah engkau percaya pada Allah,
para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-
Nya, hari akhirat dan engkau percaya kepada
qadar yang baiknya atau yang buruk. (H.R.
Muslim)

PENGERTIAN
Percaya bahawa segala apa yang terjadi di alam
semesta ini, seperti adanya siang dan malam,
adanya tanah yang subur dan tandus, hidup dan
mati, rezeki dan jodoh seseorang merupakan
kehendak dan ketentuan Alah SWT

BAHASA: menentukan kadar sesuatu perkara
mengikut kadar tertentu.
ISTILAH SYARAK: perlaksanaan sesuatu perkara
mengikut ketentuan Allah swt yang azali.
Contohnya, Allah swt mencipta Nabi Adam AS dan
dihidupkan di muka bumi dan melahirkan zuriatnya.
Qada berarti hukum atau keputusan, perintah,
kehendak, dan mewujudkan atau menjadikan.

Qadar bererti kekuasaan atau kemampuan,
ketentuan atau kepastian, ukuran, dan mengatur
serta menentukan sesuatu menurut batas-
batasnya.

HUKUM BERIMAN KEPADA QADA
DAN QADAR
Fardu ain.

Seseorang yang mengaku islam namun tidak
beriman pada qada dan qadar dianggap murtad.

QADA MUBRAM
bermaksud ketentuan Allah yang tetap dan tidak
berubah.
contohnya, kematian seseorang akibat
kemalangan jalan raya walaupun ia berusaha
untuk menjauhinya namun ketetapan tetatp
berlaku keatas dirinya.
QADA MUALLAQ
bermaksud seseorang yang pada ketentuan
asalnya akan berlaku kemalangan jalan raya tetapi
dengan doa dan ikhtiarnya dia ditentukan Allah
selamat dari kemalangan jalan raya.
KESIMPULAN
oleh sebab qada dan qadar adalah
ketentuanNya, manusia tidak boleh campur
tangan urusan Allah. Manusia hanya ditugaskan
untuk berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan
kebaikan
KONSEP IKHTIAR,
TAWAKKAL DAN
PERBUATAN MANUSIA
(AFALUL IBAD)
IKHTIAR
bermaksud usaha manusia untuk melakukan
sesuatu mengikut kehendaknya bagi mencapai
matlamat.
didorang oleh kekuatan fizikal dan mental.
TAWAKKAL

bermaksud menyerah kepada ketentuan Allah
setelah berusaha dan berikhtiar untuk mencapai
matlamat
FirmanNya dalam surah Ali Imran: 159. Maksudnya:
maka apabila kamu telah berazam,
bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya allah
mengasihi arang yang bertawakkal kepada-Nya.
PERBUATAN MANUSIA (AFALUL IBAD)
terbahagi kepada dua
Afal Ikhtiyariyyah
Afal Idhtirariyyah

AFAL IKHTIYARIYYAH
iaitu perbuatan yang berlaku daripada kehendak
dan usaha manusia sendiri. Contohnya makan,
baca buku, berjalan, berjalan dan sebagainya.
perbuatan yang dipertanggungjawabkan adalah
Afal ikhtiyariyyah. Hal ini kerana ianya adalah
pilihan manusia sendiri.
AFAL IDHTIRARIYYAH
iaitu perbuatan yang berlaku bukan dengan
kehendak dan usaha manusia. Contohnya
menggigil kerana sejuk, pergerakan urat nadi dan
lain-lain.

TANDA-TANDA KEIMANAN PADA
QADA DAN QADAR
Menyedari dan meyakini bahwa segala apa yang
diperoleh dan dialami manusia sama ada nikmat
ataupun musibah pada hakikatnya merupakan
ketentuan dan kehendak Allah, yang telah tertulis
dalam lauh mahfuz.
Orang yang beriman pada qada dan qadar
menyedari bahawa ia tidak mengetahui apapun
yang akan menimpa dirinya. Manusia hanya
mampu berikhtiar dan tawakal.

KEKELIRUAN BERKAITAN QADA DAN
QADAR
Disebabkan oleh:
Kejahilan
Terpengaruh kepada serangan musuh- musuh Islam
yang sengaja menimbulkan kekeliruan untuk
memesongkan kepercayaan umat Islam

KEKELIRUAN PERTAMA
Anggapan bahawa kepercayaan kepada qada
dan qadar itu menghalang kemajuan.
Ditimbulkan oleh para orientalis ( sarjana- sarjana
barat yang mengkaji agama Islam.
KEKELIRUAN KEDUA
Timbul salah faham di kalangan manusia mengenai
kepercayaan ini.
Kepercayaan JABARIYYAH yang beranggapan
bahawa manusia tidak perlu berusaha dan
berikhtiar kerana semuanya ditentukan oleh Allah
KEKELIRUAN KETIGA
Aliran pemikiran AL-QADARIYYAH iaitu aliran yang
berfahaman bahawa manusia itu bebas sebebas
bebasnya, dan dialah yang menentukan nasibnya
HIKMAH
Menjadikan akidah tauhid seseorang lebih
mantap.
Melahirkan orang yang bersabar, redha dan
bersyukur dengan segala ketentuan Allah.
Melakukan setiap pekerjaan dengan tekun dan
bersungguh- sungguh.
Menjauhi diri dari perkara yang haram.
Berusaha mencegah kemungkaran.
Tidak bersikap sombong dan takbur walaupun
memiliki kelebihan.
Melahirkan orang yang bersifat berani menyatakan
kebenaran.

Anda mungkin juga menyukai