Anda di halaman 1dari 19

1.

PENDAHULUAN

Program mentor mentee merupakan salah satu pendekatan yang boleh
digunakan untuk membantu murid dalam bidang akedamik dan memajukan diri
dalam pelajaran melalui bimbingan dan pemantauan guru yang dikenali sebagai
mentor. Oleh itu program ini boleh didefinisikan sebagai satu sistem yang melibatkan
guru untuk membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan
dalam memupuk potensi pelajar supaya berkembang dan meningkat, bukan sahaja
dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan JERI pelajar.

Sistem Mentor berfungsi sebagai satu saluran di mana para murid dapat
menyatakan kehendak dan keperluan masing-masing manakala guru-guru dapat
menyuarakan permintaan dan harapan mereka demi mencapai matlamat sekolah
dan pendidikan. Oleh itu, guru sebagai mentor dapat membantu dan membimbing
para pelajar di bawah jagaannya (mentee) dengan cara yang sistematik dan
berkesan melalui perjumpaan yang dirancang dan berobjektif.

Program Mento Menti ini juga merupakan program untuk meningkatkan
keyakinan murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR bagi sesi persekolahan 2010.
Murid-murid akan bertindak sebagai anak angkat kepada guru-guru di sekolah ini. Hal
ini membolehkan guru membimbing dan membantu murid dengan lebih telus serta
memberi tunjuk ajar dan motivasi agar murid berkenaan mencapai kecemerlangan
dalam UPSR.


2. RASIONAL

Program sebegini amat wajar dijalankan kerana murid perlu diberi pendedahan
dan bimbingan dalam mengetahui potensi diri untuk berjaya dalam bidang akademik.
Melalui cara ini, ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam
apa jua bidang yang diceburi kelak. Oleh sebab itu, dengan adanya program ini
dapat membantu mereka dalam meningkatkan motivasi, berfikiran positif, membuat
keputusan dan mengukuhkan kasih sayang dalam diri mereka dalam usaha
melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Selain itu, kejayaan yang diraih memerlukan pengorbanan. Justeru untuk berjaya
murid-murid perlu berusaha gigih dan cekal dalam menghadapi sebarang cabaran.
Ibu bapa dan keluarga merupakan orang paling dekat dengan murid-murid selain
guru-guru yang mampu membantu motivasi dan keyakinan diri murid dalam
mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.

3. OBJEKTIF

Pembentukan program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah:
Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara murid mentee tahun 6
dengan guru-guru yang menjadi mentor.
Memberi kesedaran kepada calon-calon dan Ibubapa/penjaga akan
pentingnya mencapai kejayaan dalam UPSR nanti.
Menaikkan semangat calon-calon untuk berusaha dengan gigih dan membaiki
kelemahan-kelemahan yang masih ada.
Membimbing calon-calon secara individu untuk membuat persediaan yang
betul dalam tempoh-tempoh tertentu sebelum menjelangnya UPSR.
Dapat membantu murid mencari kaedah-kaedah mengulangkaji yang sesuai
dengan diri mereka.
Membimbing murid menjadi insan yang berilmu, berpengalaman, berakhlak
mulia dan berwawasan
Membina keyakinan murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan, ia hasil
bimbingan mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pelajar.
Mengurangkan tekanan akibat sesuatu konflik(diri/rakan sebaya/guru/keluarga)
dengan wujudnya hubungan yang mesra antara guru dengan murid
Membina hubungan yang baik antara guru dan pelajar untuk mewujudkan
budaya sekolah yang sihat bagi meningkatkan pencapaian akademik.
Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada pelajar-pelajar, demi
kemajuan dalam bidang akademik.
Melatih pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin,
mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan pengikut yang baik.
mengenalpasti kelemahan dan dapat mengatasinya melalui ujian dan
peperiksaan dalaman.
Menyemai rasa kasih dan sayang kepada keluarga
Mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berusaha untuk berjaya.

4. MATLAMAT
i. Meningkatkan pencapaian peratusan setiap matapelajaran UPSR.
ii. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid dalam setiap matapelajaran.
iii. Melahirkan murid yang beriman dan beramal soleh.
iv. Memberi motivasi kepada murid agar mencapai kejayaan dalam UPSR.

5. PEMILIHAN MENTOR

Mentor terdiri daripada Pentadbir Sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan
guru-guru SK Kem Iskandar. Diharap mentor dapat bersikap positif, memahami latar
belakang mentee, bertolak ansur, bertimbang rasa, amanah, ikhlas, terbuka serta peka
terhadap masalah dan perasaan pelajar.

6. PENYESUAIAN MENTOR DAN MENTEE

Mentee diagihkan kepada mentor berdasarkan rawak mengikut kesesuaian.
Sekiranya selepas beberapa pertemuan, mentor dan mentee berkenaan tidak dapat
meneruskan perhubungan yang lebih mesra kerana konflik peribadi, pertukaran
bolehlah diuruskan dengan membincangkan hal berkenalan dengan Jawatan kuasa
Penyelaras Mentor.

7. PERJUMPAAN

Mentor boleh menentukan tarikh dan tempat pertemuan yang sesuai dengan
mentee. Dicadangkan perjumpaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau
sebulan dua kali. Kekerapan perjumpaan antara mentor dan mentee amat digalakkan
kerana semakin banyak sesi pertemuan dan perhubungan antara mentor dan mentee,
maka semakin erat kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Laporan
perjumpaan perlu diserahkan kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum
atau Guru Bimbingan dan kaunseling sebaik sahaja perjumpaan telah dijalankan. Ini
bertujuan untuk rekod perjalanan dan keberkesanan program ini.

8. CADANGAN TEMPAT /AKTIVITI KUMPULAN

Tempat untuk menjalankan akltiviti kumpulan perlulah selesa dan bersesuaian,
tiada gangguan bising oleh faktor luaran.
Mesti bersih, kemas dan tidak panas
Terang dan mempunyai edaran yanga baik
Etika kumpulan
Amanah dan menyimpan rahsia rakan mentee
Menerima rakan mentee tanpa syarat (bagi guru yang mempunyai lebih bagi
seorang mentee)
Mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli kumpulan
Ikhlas, tulen (tidak berpura-pura) dan bersikap terbuka.

9. CIRI-CIRI MENTOR YANG MENOLONG

Pendengar yang baik
Menerima tanpa syarat
Mesra dan peramah
Tidak melabel
Peka
Menyimpan rahsia
Model dari aspek kelakuan dan sikap







10. BIDANG TUGAS MENTOR

Antara bidang tugas seorang mentor kepada menteenya ialah :

a. Menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa angkat kepada mentee-
menteenya.
b. Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada perkongsian maklumat
semasa perjumpaan.
c. Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada mentee-mentee.
d. Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran mentee.
e. Bekerjasama dengan guru kelas dalam merancang, mengadakan dan
mengawasi kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani,
intelek dan sosial yang sihat di kalangan mentee-mentee.
f. Mengadakan perjumpaan rasmi sekurang-kurangnya sekali untuk setiap bulan
dan laporan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan.
g. Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee berhubung dengan sebarang
masalah yang serius mengenai mentee-mentee di bawah jagaannya
(berbincang dahulu dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan Kurikulum
sebelum berjumpa dengan ibu bapa)
h. Merekod perkembangan terkini dan pastikan tahap penglibatan mereka sesuai
dan wajar.
i. Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir mengenai
maklumat tertentu contohnya seperti kes-kes serius yang mungkin akan
membahayakan diri mentee dan orang lain.









11. TANGGUNGJAWAB MENTOR

Mentor akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada mentee-mentee di
bawah jagaannya semasa menjalankan sesi perbincangan. Antaranya ialah :

a. Susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap iaitu sebaik-baiknya
disempurnakan dengan sesi perkenalan diikuti dengan tujuan perbincangan
itu. Semasa mengendalikan perjumpaan kelompok, kedudukan mentee
berbentuk bulatan atau face to face.
b. Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan, perbincangan tajuk-tajuk
yang ditetapkan dan boleh dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman
semasa sesi berlangsung.
c. Membahagikan masa dengan terancang agar masa yang diperuntukkan
mencukupi. Anggapkan sebagai task oriented bagi mentor dan mentee, ini
penting bagi proses yang berterusan bagi sesi yang akan datang.
d. Wujudkan setting climate yang berbentuk keberanian, keterbukaan,
kemesraan sehingga dengan sendiri mereka ingin mencuba dan secara
langsung mendorong untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan
mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Lebih-lebih lagi
dalam kemahiran berkomunikasi.
e. Bertindak sebagai motivator yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai
(reliable & trustworthy), bertanggungjawab, berpengetahuan, berkemahiran
dan tepat masa.
f. Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang akan dipraktik dan
dibincangkan.
g. Sentiasa mengingatkan matlamat program dan perjumpaan, mengaitkan
teori/pengetahuan dan pengalaman mentor mentee.
h. Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara mentor dan mentee
supaya dengan ini, mentee jelas dan faham input-input yang dibincangkan
dan dapat sesuatu yang bermakna selepas perjumpaan.
i. Sentiasa sensitif dan peka terhadap wujudnya perbezaan di kalangan
mentee sama ada dari segi penyertaan, keperluan dan cara berfikir.
j. Seharusnya enjoy himself, di mana mentee mempelajari sesuatu dan
mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.
k. Menggalak dan mewujudkan situasi di mana mentee-mentee berinteraksi
secara dinamik dan elakkan mentor berperanan sebagai memberi taklimat.
l. Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan yang diadakan dan
memperjelaskannya dengan kata-kata perangsang yang berbentuk kontrak
diri.

12. PANDUAN MENTOR

Antara panduan yang boleh diikuti oleh mentor semasa perjumpaan ialah :

a. Membuat persediaan serapi mungkin supaya dengan ini mentee akan
merasai kepentingan perjumpaan dan agak selesa dengan program ini.
b. Ambil sedikit ruang waktu dalam sesi awal aktiviti untuk mengenali
mentee-mentee dan memberi ruang untuk mentee mengenali antara
satu sama lain. Wujudkan bentuk kelompok pembelajaran yang sangat
releks. Dengan harapan kelompok dapat diterokai, sebarang
permasalahan dapat dibincang dengan penuh keterbukaan oleh
mentee-mentee.
c. Wujudkan suasana agar mentee-mentee merasa sangat selesa dan rasa
selamat berkongsi perasaan, pengalaman dan pengetahuan masing-
masing.
d. Memaklumkan dengan jelas sesuatu topik perbincangan dan kawal
mentee yang cuba mendominasikan pengalaman/perbincangan dalam
kelompok.
e. Fleksible dengan aktiviti yang dirancang, wujudkan budaya kelompok
yang saling menerima dan memahami betapa setiap individu itu adalah
berbeza.
f. Perhatikan pergerakan non verbal/body language/clues mentee supaya
dapat memberi respon terhadap kefahaman dan persepsi mereka
terhadap kejadian dalam kelompok.
g. Wujudkan situasi agar mentee-mentee merasakan mereka dipunyai sense
of belongings dan mereka mempunyai kumpulan dan bukan klik.
h. Sentiasa memberi rangsangan dan semangat serta memberi tumpuan
kepada apa yang berlaku here and now.
i. Tunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan, sentiasa
bertanyakan pendapat/pandangan ahli kumpulan serta be yourself.
j. Mentor harus menjadi pendengar yang aktif.

13. PROSES PERJALANAN PERJUMPAAN

Berikut adalah etika perjumpaan yang menjadi panduan mentor dalam
menjamin keberkesanan sesi:

a. Bertanyakan khabar dan perasaan ahli-ahli.
b. Menyatakan perjalanan kelompok yang merangkumi;
- Tujuan sesi
- Perjumpaan untuk kepentingan ahli
- Perbincangan adalah rahsia terutama perkara-perkara yang terlalu
peribadi.
- Perlu kepada penglibatan ahli secara aktif, dinamik dan kolektif.
- Kehadiran mentor adalah sebagai pemangkin sahaja.
- Sumbangan idea sangat digalakkan
- Ketepatan masa sangat dititikberatkan
- Ahli perlu berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
- Beri peluang kepada semua ahli.
c. Proseskan maklumat dan idea yang dikemukakan kepada kelompok.
d. Dapatkan pandangan daripada mentee-mentee sebelum membuat
rumusan dan pandangan.
e. Isi kelompok hendaklah dibincang dengan mendapat persetujuan
bersama.
f. Perhubungan mentor mentee adalah perhubungan profesional.
g. Perkongsian idea dan perbincangan sesuatu tajuk perlu dimanfaatkan di
luar kelompok.
h. Rumuskan idea yang dibincangkan.
i. Ingatkan tarikh pertemuan yang akan datang kepada mentee-mentee.

14. ETIKA PERJUMPAAN

a. Penerimaan tanpa syarat
b. Kerahsiaan
c. Bersama-sama mentee semasa dan sepanjang sesi berlangsung
d. Ketepatan masa
e. Tidak menghukum
f. Kepercayaan
g. Kejelasan komunikasi
h. Membantu menyelesaikan persoalan-persoalan kelompok dan mentee
i. Sekiranya didapati mentee yang benar-benar bermasalah, sila rujukkan
kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan
perkhidmatan kaunseling individu.
j. Sebagai model setiap aspek.

15. AKTIVITI
Antara cadangan aktiviti ialah:
Pertemuan pertama
Suai Mesra
Mengenali dan menyediakan maklumat diri mentee
Beramah mesra
Perbincangan masalah pembelajaran di sekolah
Perbincangan masalah pembelajaran di rumah
Perbincangan pembentukan nilai-nilai murni dan sikap positif
Membuat sambutan perayaan dan kelahiran
Perbincangan matlamat/sasaran peperiksaan




Pertemuan kedua
Bimbingan sahsiah
Perlakuan positif (teruskan)
Perlakuan negatif (bimbingan)
Perjumpaan dengan ibu bapa
Perbincangan mengenai persiapan menghadapi peperiksaan.

Pertemuan ketiga
Akedemik/matapelajaran
Masalah pembelajaran
Pengurusan masa/jadual waktu
Sasaran/target UPSR
Persiapan menghadapi peperiksaan
Memberi idola (role model)

16. ISU-ISU PERBINCANGAN
a. Isu-isu perbincangan hanya dicadangkan kepada mentor. Mentor boleh
menggunakan isu-isu yang dicadangkan ataupun memilih sendiri isu-isu semasa
yang difikirkan relevan untuk dibincangkan bersama mentee. Jangan terlalu
terikat dengan isu-isu yang dicadangkan.
b. Galakkan mentee menyuarakan pendapat. Mentor berperanan sebagai
fasilitator/pemangkin/pemudahcara dalam sesi perbincangan. Perbincangan
perlu diakhiri dengan rumusan yang dilakukan oleh mentor atau pun mentee
agar perkara penting yang dicapai bersama dikenalpasti dan penamatan tidak
tergantung.
c. Contoh isu adalah seperti berikut :

ISU
PERBINCANGAN
INPUT DAN KAEDAH
Penerokaan kendiri Dimulakan dengan berkongsi maklumat diri
mentor (ice breaking).

ISU
PERBINCANGAN
INPUT DAN KAEDAH
Mendapat maklumat tentang diri mentee
seperti latar belakang.
Wujudkan kemesraan
Wujudkan kejelekitan
Wujudkan sense of belongings di kalangan
mentee
Potensi diri Kekuatan/keistimewaan dan kelemahan ahli
Kejayaan/anugerah dan pencapaian yang
telah diperolehi
Ciri-ciri positif dan negatif
Pengurusan masa Kemahiran dalam pengurusan masa seharian di
sekolah/rumah.
Bijak menggunakan masa untuk program
kendiri
Programkan masa untuk akademik
Agihkan masa dengan penjadualan yang
mantap bagi pelajaran, kegiatan ko kurikulum
tugas-tugas lain.
Peruntukkan masa untuk beribadat.
Perkembangan
sahsiah
Kenapa perlunya penyuburan akhlak dan
sahsiah
Minta mentee senarai ciri-ciri penyuburan
sahsiah. Bincangkan.
Kaitkan dengan tokoh-tokoh
Pastikan kelompok beroperasi secara dinamik
Kongsikan program yang boleh membantu
dalam perkembangan sahsiah
Pertanyaan secara dinamik perlu digalakkan di
kalangan ahli

ISU
PERBINCANGAN
INPUT DAN KAEDAH
Teknik-teknik Belajar Kepentingannya
Cara belajar berkesan
Teknik menjawab soalan mengikut format UPSR
Kemahiran membuat nota/cara membaca
cepat
Cara memahami fakta dengan cepat
Cara mengingat fakta
Cara memahami soalan-soalan
Pengaruh Kelompok Kesan negatif/pengaruh rakan sebaya yang
boleh mendorong kepada unsur negatif
dielakkan
Meniru budaya negatif
Menganggotai klik
Anti establishment
Engkari disiplin sekolah
Bincangkan bagaimana untuk mengatasi
Contohi sikap yang positif
Perhubungan
Kemanusiaan
Cara-cara dan etika untuk untuk berhubung
dengan rakan sebaya, guru dll.
Cara bergaul/komunikasi untuk acara
rasmi/tidak rasmi dan prosedurnya
Cara saling hormat menghormati antara satu
sama lain.








Carta aliran perlaksanaan Program















.
















Senaraikan nama murid
Menyenaraikan pentadbir, guru
SK Kem Iskandar sebagai mentor
Menyusun mentor-mentee berdasarkan
keperluan
Menyediakan Buku Panduan Mentor , senarai
nama, borang laporan pertemuan
Membuat penerangan kepada guru berkaitan
program
Membuat persiapan majlis pelancaran
Perlaksanaan pelancaran dan perjumpaan pertama
Pemantauan pertemuan mentor-mentee
Memungut laporan perjumpaan untuk mengetahui
keberkesanan program

17. CADANGAN PELAKSANAAN
Hari : Rabu
Tarikh : 21 April 2010
Masa : 11.00 pg 1.10 ptg
Tempat : Dewan Sri Perkasa,
Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar
SASARAN
Semua murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR 2010 seramai 36 orang.

PENYERAHAN
Penyerahan akan dilakukan oleh Puan kamariah binti Jaid, Guru Besar SK Kem
Iskandar dan YDP PIBG (mengikut kesesuaian).




PENASIHAT
PN KAMARIAH BINTI JAID
(GURU BESAR)

PEN.PENASIHAT
EN. MOHD SHAARI BIN EMBONG
(GPK I)

PENGERUSI
EN. MOHD BAKRI BIN
(GPK HEM)

NAIB PENGERUSI
EN. AHMAD TASHIM BIN
(GPK KO-KU)

AJK
PN. HASANIAH BINTI OMAR
PN. YUSNIZA BINTI JAAFAR
PN. FARIDAH BINTI
PN. DIANA A/K ROBERT ULIE
(KETUA PANITIA MATAPELAJARAN TERAS)

PENYELARAS
PN. NORHAIZA BINTI ABD RAZAK

SETIAUSAHA
PN. LILY PREEMALA MICHAEL

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU SK KEM ISKANDAR

JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM MENTOR
MENTEE MENTOR 2010
JAWATANKUASA PELAKSANAAN
AHLI
JAWATANKUASA
GURU BIDANG TUGAS
Pengerusi Majlis Guru Bertugas
PA Sistem Ustaz Mohd Sallehuddin bin Ramli
Disiplin murid Semua guru
Bacaan Doa Ustaz Mohd Haza bin Hamsi
Pemplet Pn. Norhaiza binti Abd Razak
Dokumentasi Pn. Lily Preemala Michael
Jurugambar En. Khairulnasyarudie bin Mohd Wazir
En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar

Backdrop Pn. Wan Suhaibah binti Wan Omar
Pn. Sabaria binti Sarponen

Jamuan Pn. Rusmawati binti Ahmad



RANCANGAN PERBELANJAAN
Peralatan - RM 30.00
Fail RM 0.60 x 36 Mentor) - RM 21.60
Jamuan ( RM 2.50 x 6 orang VIP) - RM 15.00
_________
RM 66.60
SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling







ATUR CARA MAJLIS

11.00 pagi - Semua murid tahun 6 & guru berhimpun di dewan
11.10 pagi - Bacaan Doa
11.15 pagi - Aluan Pengerusi Majlis
Guru Bertugas
11.20 pagi - Ucaptama & Perasmian
Pn. Kamariah binti Jaid
Guru Besar SK Kem Iskandar
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Unit Ajar Kem Iskandar
11.40 pagi - Taklimat Penyerahan mentee
Pn. Norhaiza binti Abd Razak
12.00 pagi - Majlis Penyerahan Mentee
12.30 pagi - Perjumpaan Mentor Mentee
(Perlasanaan Isu Pertama)
1.10 pagi - Majlis Tamat


PENUTUP

Program mentor mentee merupakan satu sistem sokongan dan bimbingan yang
baik, diharapkan agar para murid akan dapat mempertingkatkan kecemerlangan
akademik, sahsiah dan perkembangan kendiri selaras dengan Misi SK Kem Iskandar
untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2010. Di samping itu, mentor
dapat mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan dan profesionalismanya dalam pengurusan
personalia pelajar.






SENARAI MENTOR MENTEE SK KEM ISKANDAR SESI 2010

BIL MENTOR MENTEE
Pn. Kamariah binti Jaid
En. Mohd Shaari bin Embong
En. Mohd Bakri bin Hj. Md Nor
En. Ahmad Tashim bin Salleh
1. Pn. Hasaniah binti Omar Justina ak Wales
Robertho Carloss Apui Lukas
Nur Amirah binti Mohd Radi
2. Pn. Norhaiza binti Abd Razak Nurfatin Nabilah binti Osman
3. Pn. Noormala binti Hamzah Nurizzati Syahida binti Amran
4. Pn. Siti Nor Hanim binti Ismail Amy Natasha ak Roysion Endit
5. Pn. Norsusilawati binti Jamaluddin Nur Syazwani Alia binti Abd Rani
6. En. Muhammad Elmi bin Abu Bakar Abu Khairi bin Ahmad Shaoumaruddin
7. En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar Muhd Hasmal Azim bin Mahmud
8. Cik Annaha binti Ibrahim Anas Safwan bin Mohamad Zaki
Nur Ain Nabila binti Mohd Dahalan
9. Cik Salbiah binti Ibrahim Galebert Lee ak Lugom
10. Cik Safiah binti Mahat DD Rich Veron b. Robert
11. Pn. Siti Sara binti Mustafa Muhammad Yusof Izzudin bin Yaakob
12. Pn. Rusmawati binti Ahmad Nuratiqa binti Duharis
13. Cik Wan Suhaibah binti Wan Omar Muhammad Afiq Danial bin Mohd Ridhuan
14. Pn/ Lily Premala Michael Muhammad Khairul Azwa bin Ammajud
15. Pn. Faridah binti M Yusof Lauryn Sue Anak Jerlanie
16. Pn. Maizatulakmal binti Mustapha Nurul Nazirah binti Shamsudin
17. En. Mohd. Khairulnasryarudie bin Mohd Wazir Valerie Alex Majjihil
18. En. Mohd Haza bin Hamsi Zulhelmi bin Zulkefli
19. Cik Nuradibah binti Mispani Nur Atilea Fatia binti Ahmad Asairi
20. Pn. Yusniza binti Jaafar Awang Nuraim Sufi b. Awang Sulaiman
Siti Umairah binti Jasni
21. Pn. Siti Fatimah binti Mahmud Muhammad Nur Azri bin Anuar
22. Pn. Azita binti Aziz Muhammad Syukri bin Mohd Yazid
23. Pn. Nor Akmar binti Abdul Talib Muhamed Zuheel bin Zaid
24. Pn. Zalinah binti Yunos
25. Pn. Rhona ak Piji Siti Fatimah binti Ahmad
26. Pn. Rohani binti Salleh Nurmastika binti Khalizman
27. En. Mohd Sallehuddin bin Ramli Mohd Norhaffis bin Rathuwan
28. Pn. Hellendi ak Ridi Maria Natasha binti Jamri
29. Pn. Siti Nujum @ Siti Masniah binti Talib Wendy ak Jais
BIL MENTOR MENTEE
30. Pn. Bibian ak Nicholas Siti Nur Afiqah binti Mohd Satar
31. Pn. Diana Robert Ulie Siti Roziana binti Burhanuddin
32. Pn. Sabaria binti Sarponen Nur Atifah binti Che Nor

Anda mungkin juga menyukai