Anda di halaman 1dari 34

Bahasa Melayu bahasa ilmu dalam zaman Kerajaan Melayu Campa dan Kerajaan

Sriwijaya (abad ke-4M hingga ke-13M)



Secara umumnya, keintelektualan membawa makna keadaan atau sifat penggunaan
fikiran yang mendalam dalam mencari sesuatu jawapan atau penyelesaian yang
menuju ke arah kesempurnaan, melalui proses berfikir yang bertahap-tahap, teratur,
dan tersusun. Ciri-ciri keintelektualan itu dapat dilihat pada proses berfikir secara
kreatifan juga pada kerasionalan idea dan hujah yang dapat pula
dipertanggungjawabkan alasannya, dalam mencari sesuatu jawapan atau
menyelesaikan sesuatu masalah. Keintelektualan dibezakan daripada proses merasa to
feel dengan pancaindera, dan proses berkehendak to will melalui keinginan nafsu.

Tradisi bahasa ilmu dan keintelektualan bahasa Melayu boleh dilihat pada hasil-hasil
kesusasteraan yang terdiri daripada bentuk lisan dan tulisan. Bentuk lisan dan tulisan
berkembang secara terus-menerus selaras dengan perkembangan tamadun Melayu.
Sastera lisan misalnya yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi
melalui proses sosialisasi anggota masyarakat merupakan satu unsur lokal genius
kebijaksanaan tempatan, yang memperlihatkan kekreatifan dan kebijaksanaan berfikir
anggota masyarakatnya yang bermula pada zaman praliterasi. Bentuk-bentuk sastera
lisan itu misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka, cerita nasihat, cerita binatang,
mitos, legenda, cerita asal-usul dan lain- lain. Bentuk-bentuk ucapan lisan yang lain
seperti pantun, peribahasa, simpulan bahasa, pepatah-petitith, seloka dan
seumpamanya (yang kemudiannya dirakam dalam bentuk tulisan), menampakkan ciri-
ciri akal budi dan kebijaksanaan orang Melayu menangam segala gelagat penghidupan
yang terhasil daripada proses pengintelektualan orang Melayu sepanjang zaman.
Sejarah keagungan perkembangan pusat-pusat keintelektualan dan kesusasteraan
Melayu yang bertulis bermula dengan kemunculan empayar Srivijaya sekitar tahun 650-
1200; Pasai sekitar tahun 1250-1524; Melaka sekitar tahun 1400-1511; diikuti
kesusasteraan zaman Johor 1528-1779; kesusasteraan zaman Palembang sekitar
tahun 1650-1824; kesusasteraan di Patani sekitar tahun 1500-1900; di Brunei bermula
dengan pemerintahan sultan ketiganya iaitu Sultan Sharif All (1425-1432); dan di Riau
sekitar tahun 1673 sehingga tahun 1911. Keagungan kerajaan-kerajaan Melayu
tradisional tersebut, secara langsung telah mencetuskan perkembangan hasil-hasil
kesusasteraan Melayu mengikut tahap perkembangan kerajaan dan kemampuan
pengarang-pengarangnya di istana-istana raja Melayu yang merupakan pusat kegiatan
keintelektualan dalam tamadun Melayu Islam.
Srivijaya merupakan pusat kebudayaan Melayu tertua yang memainkan peranan
penting dalam perkembangan keintelektualan dan kesusasteraan Melayu tradisional.
Walaupun karya-karya kesusasteraan zaman ini umumnya ditulis dalam bahasa
Sanskrit, namun terdapat juga bentuk penulisan dalam bahasa Melayu kuno seperti
yang tercatat di atas batu-batu bersurat. Walau bagaimanapun, hasil kesusasteraan
yang bertulis di atas bahan-bahan yang lain tidak kedapatan atau ditemui. Berdasar
pada tinggalan prasasti Sriwijaya yang mengikut Alinor ada 5 buah dalam
bahasa Kunlun dan 7 buah dalam bahasa Sanskrit, jelas sekali terbayangnya tentang
dwibahasanya sarjana Melayu pada zaman itu (bahasa Sanskrit dan bahasanya sendiri,
bahasa Kunlun) dalam penulisan ilmu dan sekaligus menunjukkan persaingan dua
bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa janapada berlaku hebat pada
zaman Tamadun Melayu Sriwijaya ini. Sedikitnya prasasti Sriwijaya ini berbanding
dengan prasasti pada zaman Campa itu sekali-kali tidak membuktikan kurangnya karya
(atau ilmu) pada zaman Sriwijaya ini sebagaimana yang sudah pun dibuktikan oleh
IChing itu. Ketiadaan prasasti Sriwijaya ini mungkin benar juga rasionalnya oleh
sesetengah sarjana sebagai akibat pemusnahan oleh golongan Islamis baru pada
zaman dahulu dalam gerakan pengIslaman mereka (Ini dibicarakan lagi secara
berasingan di bawah ini). Malah memang ada ulama masyhurMalayuwiyyah (nama
Alam Melayu mengikut istilah ulama besar Melayu Fatdany (Petani), ahli bahasa dan
pejuang bahasa Melayu awal abad ke-19M, Syaykh Ahmad al-Fatdany, dalam
bukunya Hadiqaht al-Azhar wa al-Rayahin: ms 135 ) dengan rumpun bangsanya
diistilahkannya sebagai Milayu (sedangkan rantau yang kini dikenali Jawa dinamai Arab
sebagai Jawah dan orangnya Jawi) yang tidak menggalakkan seseorang Islam
menyimpannya prasasti dan ilmu sebelum Islam. Contoh ulama itu ialah Abd al-Qadiy
al-Fatdany atau Abd al-Qadiyr Bukit Bayas atau Abd al-Qadiyr Duyung mengeluarkan
hukum haram terhadap seseorang yang menjual-beli atau membaca hikayat atau
dongeng-dongeng tempatan (seperti Hikayat Sri Rama, Surat Jawa dan Syair Ken
Tabuhan dan barang sebagainya), kitab-kitab yang tiada memberi manfaat, kitab
nujum, dan kitab orang kafir..dan katanya lagi larilah segala malaikat sebab busuk bau
yang keluar daripada mulut orang yang membaca akan segala hikayat dan syair itu.
(Hukum ini ada dalam karyanya sekitar 1820-an (dalam bahasa Melayu), al-Taghrib wa
al-Tarhdib li al-Baii Wa al-Syiray (Menggemari dan Menakuti bagi Berjual dan
Beli yang diperihalkan oleh Wan Mohd Shaghir (1421H/2000).
Kesimpulannya, sudah agak cukup buktinya untuk menyatakan bahawa bahasa
Melayu pada zaman Kerajaan Sriwijaya (abad ke-7 hingga ke-12M) sudah mencapai
taraf bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa (sekurang-kurangnya dunia Asia ini)
bersekali dengan bahasa ilmu semasa, iaitu bahasa Sanskrit. Sarjana Melayu pada
masa itu mahir dan berkarya dalam tiga bahasa, iaitu bahasanya sendiri
(Melayu/Kunlun), Sanskrit dan Tionghua. Tiada bukti bahwa bahasa Tionghua menjadi
bahasa antarabangsa setaraf dengan bahasa Sanskrit dan Melayu, tetapi demi
besarnya umat Tionghua itu agaknya maka sarjana Melayu juga mahir dalam bahasa
tersebut sehingga boleh menjadi penterjemah ikhtisas Sanskrit dan Melayu kepada
bahasa Tionghua.
Pada zaman Pasai kegiatan kesusasteraan pula lebih banyak dikaitkan dengan
kegiatan kerajaan ini sebagai kerajaan Melayu yang pertama menerima dan memeluk
agama Islam di Alam Melayu. Di sini muncul bahasa Melayu persuratan yang bertindak
sebagai wahana atau alat untuk penyebaran agama dan kesusasteraan Islam; dan
tulisan Jawi merupakan tulisan yang digunakan dalam kesusasteraan Melayu. Hasil-
hasil kesusasteraan dipenuhi dengan ciri kesusasteraan agama khususnya sastera
kitab, riwayat hidup Nabi Muhammad, cerita nabi-nabi, para sahabat, pahlawan dan
sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai. Namun sastera lisan dan hasil karya pada
zaman pengaruh Hindu masih dikekalkan.
Antara karya yang terhasil pada zaman ialah Hikayat Nur Muhamammad, Hikayat Bulan
Berbelah, Hikayat Nabi Mi'raj, Hikayat Nabi Wafat, dan juga cerita rekaan berkenaan
Nabi-nabi seperti Hikayat Nabi Yusuf dan lain-lain. Manakala cerita-cerita berkenaan
ketokohan pahlawan Islam turut tersebar di Pasai contohnya Hikayat Muhammad
Hanafiyah, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Muhammad Hanafiyah.
Apabila Islam bertapak di Alam Melayu mulai abad ke-13M, persaingan bahasa
Melayu dengan Sanskrit dalam merebut takhta bahasa ilmu rumpun Melayu dengan
pantasnya berubah kepada persaingan bahasa Melayu dengan bahasa Arab. Karya
dalam bahasa Sanskrit dalam bentuk prasasti di Malayuwiyah ini boleh dikatakan
lenyap sejak abad ke-15M lagi, malah saki-baki aksara Palava/Palawa dalam bahasa
Melayu yang terakhir nampaknya muncul di prasasti batu Nisan Ahmad Majanu di
Pangkalan Kempas Port Dickson bertarikh 1385S/1463M, dan tulisan Arab dengan
terjemahan dalam bahasa Melayu Campa berhuruf Palavi di prasasti Pandurangga
(Campa, atau Phan Rang di Vietnam sekarang) pada sekitar tarikh yang sama;
walaupun Mengikut Alinor, secara SMS) prasasti dalam bahasa Sanskrit di
Indonesia masih ada hingga ke abad ke-16M; dan warisan aksara Palawi yang dikenali
sebagai huruf Kawi hidup dalam bahasa Jawa hingga kini. Mengikut Alinor lagi (secara
SMS), prasasti Campa dalam bahasa Sanskrit yang terakhir yang ada dalam
pungutannya ialah yang bertarikh 1436, tetapi dalam bentuk manuskrip, Melayu Campa
(di Vietnam dan di Kemboja) masih ada yang tahu menulis dalam bahasa Sanskrit
hingga abad ke-19M.
Kegiatan keintelektualan dan kesusasteraan Melayu kemudiannya berpindah ke
Melaka. Perkembangannya merupakan lanjutan dari kesusasteraan Melayu Pasai.
Kegiatan penyebaran agama Islam diteruskan di Melaka dan pada zaman inilah, kisah
mengenai nabi-nabi dan pahlawan Islam telah 'dimelayukan'. Pada zaman Melaka ini,
sastera undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka) dan
Undang-undang Laut Melaka menjadi panduan kepada peraturan mentadbir negeri dan
dalam menegakkan keadilan masyarakat umum.
Era kegemilangan Tamadun Alam Melayu telah membuktikan kehebatan bahasa
Melayu yang menjadi lingua franca sebelum abad ke 15 lagi di seluruh kepulauan
Melayu (sebelum kedatangan Barat) dan ia menjadi kekuatan juga kepada bangsa
Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar kepada perkembangan
agama Islam dan Hindu yang memperlihatkan kemudiannya penerimaan pengaruh
bahasa Arab dan Sanskrit. Pedagang-pedagang yang terdiri daripada pelbagai kaum
yang datang ke alam Melayu untuk berdagang telah menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam aktiviti perdagangan mereka khususnya di Melaka.
Oleh itu, ia menjadi bahasa perdagangan, pendidikan, bahasa pentadbiran, bahasa
undang-undang, dan bahasa ketatanegaraan. Penggunaan bahasa Melayu yang
meluas adalah dalam bidang ilmiah dikatakan bermula sejak kurun ke-15 lagi iaitu
dengan terhasilnya penulisan dan penterjemahan kitab-kitab agama dalam bahasa
Melayu. Setelah kejatuhan Melaka, pusat pengembangan ilmu telah diambil alih oleh
Acheh. Pada zaman ini banyak kitab-kitab dan buku-buku agama dihasilkan oleh para
ilmuwan Islam. Antaranya ialah kitab Al-Aqaiid al-Nasafiyyah yang ditulis oleh seorang
alim ulama iaitu Umar Bin Muhammad Al-Nasafi pada kurun ke 54. (Al-Attas, 1988).
Selain itu, terdapat beberapa lagi tokoh ilmuan seperti Hamzah Fansuri, Syeikh
Nuruddin Al-Raniri, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari yang mengungkapkan karya
ilmiah dalam bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mencapai
puncak ketinggiannya sebagai bahasa pengantar ilmu sejak zaman kesultanan Melayu
di seluruh kepulauan Melayu sesudah kedatangan Islam dengan lahirnya tokoh-tokoh
sastera dan kesufian serta terhasilnya kitab-kitab ulung.

Sejarah menunjukkan bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada abad ke-15
dan 16 setelah kedatangan penjajah. Salah satu aspek penting yang dapat dilihat ialah
bahasa Melayu telah menjadi wahana penting dalam mengungkapkan ilmu
pengetahuan pada ketika itu. Kemajuan ilmu pengetahuan menyebabkan bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa persuratan dan juga bahasa untuk aktiviti dakwah.
Kepentingan bahasa Melayu pernah dianggap setanding dengan kedudukan bahasa
Latin dan Perancis di Eropah pada ketika itu (Vatikiotis, 1991). Kedudukan Melaka yang
berada di laluan paling strategik sebagai pusat perdagangan yang terbesar di rantau ini
meletakkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang mempunyai jumlah
penutur yang paling besar di samping menjadi bahasa antarabangsa di Timur Jauh
(Wan Hashim, 1996). Penemuan sebuah kamus dwibahasa Melayu-Cina yang terawal
iaitu Man La Jia Guo Yiyu (Senarai Perkataan Negeri Melaka). Kamus ini mengandungi
482 patah kata Melayu-Cina yang meliputi 17 subjek atau kategori, iaitu astronomi,
geografi,musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana,
alat perkakas, persanakan/kekerabatan, peri kelakuan, tubuh badan dan pakaian,
makanan dan minuman, barang kemas dan permata, kemasyarakatan dan sejarah,
warna hitungan dan kata umum (Liji, 1995). Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu
telah mencapai suatu tahap yang agak kompleks pada ketika itu; antara lain kamus itu
mengandung kata-kata yang berkaitan dengan agama Islam dan sains alam.

Jika disoroti lebih awal, terdapat catatan daripada sumber Cina yang membuktikan
bahasa Melayu yang pada ketika itu disebut sebagai Kunlun, sudah mula berkembang
dan merupakan bahasa kegunaan sehari-hari pada waktu muncul dan berkembangnya
kerajaan Melayu Srivijaya dari abad ke-7 hingga abad ke-13. Terdapat kemungkinan
bahasa Kunlun itu merupakan bahasa Melayu kuno yang telah digunakan sebagai
bahasa utama pada ketika itu. Perkembangan agama Islam di Alam Melayu juga turut
menyumbang kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Malahan, bahasa Melayu turut memainkan peranan yang utama dalam meluaskan
perkembangan Islam, manakala Islam pula telah memainkan peranan yang utama
dalam meningkatkan laras penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
(Muhammad Naquib, 1972). Usaha dakwah begitu giat dijalankan sekitar abad ke-17
hingga awal abad ke-20. Pada zaman ini bolehlah dianggap sebagai zaman cemerlang
dan Peningkatan hubungan antara Alam Melayu dengan Mekah serta dengan pusat
perkembangan tamadun Islam di Mesir melalui teknologi pelayaran berfungsi sebagai
pemangkin dalam revolusi tamadun Melayu-Islam pada zaman itu. Penerusan
hubungan ini sebenarnya adalah lanjutan daripada landasan yang diasaskan pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu-Riau.

Ismail (1981) menganggap kedatangan Islam sebagai ad-Din dalam abad ke-13 dan 14
turut mewarnai bahasa Melayu, terutama kepada khazanah kata-katanya. Syed
Muhammad Naquib (1996) berpendapat, proses pengislaman di Kepulauan Melayu
telah menjadikan bahasa Melayu bahasa Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan hujah
bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar Islam di seluruh Kepulauan
Melayu, sehingga abad ke-16 bahasa Melayu telah mencapai peringkat bahasa sastera
dan agama yang luhur. Menurut Amran (1976), bahawa akidah dan pandangan hidup
yang berlunaskan Islam telah diserapkan dalam kalangan orang Melayu dengan
pemahaman akan konsep dan falsafah tauhid dan syariat Islam tergambar melalui
istilah. Awang Sariyan (2006) pula berpandangan bahawa bahasa Melayu telah
mencapai tahap bahasa ilmiah, bahasa teknikal, bahasa pentadbiran, bahasa
perhubungan diplomatik dan bahasa sastera yang bertaraf epik dalam zaman gemilang
tamadun Melayu sejak abad ke-12 hingga abad ke-19.

Bahasa Melayu juga melalui kegiatan kesusasteraan turut berperanan sebagai
penyebar ilmu pengetahuan. Kegiatan penyebaran ilmu pengetahuan ini dirancakkan
lagi dengan kegiatan persuratan Melayu. Sastera diungkapkan melalui media lisan dan
juga tulisan. Pertumbuhan sastera bertulis memberi erti yang besar sekali kepada
pertumbuhan bahasa. Tulisan sebagai lambang ucapan mempunyai erti yang tersendiri
dalam kemajuan sesuatu bahasa dan kebudayaan dari sudut ilmu. Maka, bertitik-tolak
daripada situ, karya sastera seperti Sulatus Salatin, Tajus Salatin, Bustanus Salatin,
Hikyat Raja-Raja Pasai, Hikayat Aceh dan Hikayat Hang Tuah telah dihasilkan bagi
membuktikan tradisi keilmuan itu dapat disampaikan melalui bahasa Melayu. Farid
(1984) yang memetik pendapat A.Teeuw bahawa bahasa Melayu tinggi hanya wujud
ketika zaman perkembangan tamadun Melayu-Islam di Alam Melayu dengan yakin
menegaskan bahawa

"dalam zaman inilah bahasa Melayu mula mengecap kemuncak tradisi penulisan ilmu
dalam bahasa Melayu berlaku di acheh pada abad ke-16 dan 17.

Pusat kegiatan ilmiah Melayu-islam itu telah melahirkan barisan tokoh pemikir yang
berjaya menghasilkan deretan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Pada zaman
tersebut nama seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin Ar-Raniri, Samsuddin Pasai dan
Abdul Rauf Singkel sering kali disebut sebagai pemikir ulung berbangsa Melayu pada
zaman tersebut. Segala bidang ilmu sama ada ilmu agama atau ilmu duniawi dan
kesusasteraan Melayu, berkembang selari dengan perkembangan bahasa Melayu.
Keadaan ini berterusan sehingga abad 20-an dan 30-an kurun ini iaitu sebelum Perang
Dunia Kedua meletus. Kedaulatan bahasa Melayu tidak tergugat walaupun pada suatu
ketika Alam Melayu pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris sehingga tahun
1930-an. Walaupun penjajah mampu menguasai ekonomi Tanah Melayu, namun
mereka tidak berjaya meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan,
bahasa perdagangan serta bahasa agama dan persuratan (Wan Hashim, 1996).


Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 di tangan kuasa Portugis menyebabkan pusat
keintelektualan dan kesusasteraan Melayu telah berpindah ke kerajaan Johor yang
telah diasaskan sebagai kesinambungan tradisi Melaka, dan juga kerajaan Islam Aceh.
Walau bagaimanapun, ketika ini Johor masih lagi tidak dapat bersaing dengan Aceh
yang merupakan kuasa politik dan ketenteraan dan pusat perdagangan dan
kebudayaan Melayu terpenting di persisiran Selat Melaka. Alim ulama lebih
menumpukan kegiatan perkembangan agama Islam di Aceh berbanding di Johor.
Namun begitu, kesusasteraan zaman ini paling dominan ditandai dengan penulisan
hikayat klasik Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu dan Sejarah
Melayu atau Sulalat al-Salatin. Manakala kesusasteraan undang-undang seperti
Umlang-undangJohor diadaptasi dari Hukum Kanun Melaka.
Mengenai kerajaan Islam Aceh (1500-1900), ia merupakan salah satu pusat keagungan
tamadun Melayu tradisional untuk selama empat kurun lamanya. Aceh berkembang
pesat dengan penulisan kesusasteraan agama dan penulisan sejarah. Dikatakan Aceh
mengambil alih peranan yang sebelum ini dikembangkan oleh Pasai dan Melaka.
Kesusasteraan zaman Aceh mencapai zaman kemuncaknya pada kurun ke-17 dengan
kemunculan nama-nama seperti Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatra'l yang
membawa fahaman wahdatui al-wujud. Fahaman ini ditentang oleh Syeikh Nuruddin al-
Raniri yang berasal dari Gujerat tetapi telah menyerap dalam kebudayaan Melayu.
Selain Syeikh Nuruddin, ada juga tokoh yang mengambil jalan tengah dalam
perselisihan ini iaitu Abdul Rauf al-Singkeli. Keempat-empat orang tokoh ini banyak
menghasilkan karya agama iaitu Hamzah Fansuri dengan karya seperti Sya'ir Perahu,
Sya'ir Burung Pinggai dan Syarab al-Asyikin, Syamsuddin al-Sumatra'l dengan
karyanya berjudul Mir'atal-Mu'min; Syeikh Nuruddin al-Raniri dengan karyanya berjudul
Hujjah al-Siddiq li dafa 'al-'Zindiq dan Tihyanfi Ma 'rifat al-Adyan; dan Abdul Rauf al-
Singkeli dengan karyanya berjudul Mir'at al- Tullab. Di Palembang, Sumatera dalam
bidang karya agama muncullah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karyanya
berjudul Hidayat al-Salikin, Sair al-Salikin dan lain-lain. Di samping itu muncul tokoh-
tokoh seperti Syihabuddin bin Abdullah Muhammad, Kemas Fakhruddin, Muhammad
Muhyidin bin Syihabuddin dan Kemas Muhammad bin Ahmad.
Di Patani, Islam menjadi agama rasmi sesudah rajanya memeluk Islam pada awal
kurun ke-16 dan dengan itu bermulalah kegiatan keislaman yang kuat melalui sistem
pendidikan Islam secara sistem pondok yang telah melahirkan masyarakat Islam dan
para ulama Islam yang kukuh dan berpengaruh. Pondok- pondok di Patani pada kurun
ke-18 dan ke-19 mempunyai status yang tinggi kerana sumbangannya melahirkan
barisan ulama yang diiktirafdi seluruh Alam Melayu. Antara ulama Patani yang paling
terkenal ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1740-1847) yang mula-mula belajar
di Patani kemudian ke Aceh dan seterusnya ke Haramain (Makkah dan Madinah).
Karyanya yang berjumlah tidak kurang daripada 57 buah yang mencakupi hampir
semua bidang pengajian Islam, antaranya ialah Furu 'al-Masa 'il. Ulama lain yang
termasyhur ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani (1856-1906) yang telah
belajar di Patani kemudian ke Haramain dan juga pernah ke Baitui Muqaddis (untuk
belajar ilmu perubatan), kemudian ke Universiti al-Azhar di Kaherah sebagai anak
Melayu yang pertama belajar di universiti itu. Beliau juga telah menjadi penyelia
bahagian penerbitan Melayu bagi Percetakan Kerajaan Turki di Makkah pada tahun
1884. Seterusnya, Riau, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Johor- Riau-
Lingga, mulai meningkat sebagai pusat kebudayaan, keintelektualan dan
kesusasteraan Melayu pada masa pemerintahan Yang dipertuan Muda Ke-4 iaitu Raja
Haji Syahid fi Sabilillah (1778-1784). Pada masa Raja All bin RajaJaafar (1845-1857)
menjadi Yang Dipertuan Muda Ke-8, kebangkitan Riau sebagai pusat keintelektualan
dan keilmuan Melayu telah bertambah kukuh apabila golongan pembesarnya sendiri
termasuklah Yang Dipertuan Mudanya menjadi pendukung dan penggerak utama
kegiatan itu. Satu pusat keilmuan dan pengajian iaitu Bait al-Talahah di dalam kawasan
istana dan masjid di Pulau Penyengat telah menjadi pusat kegiatan itu, dan pengajian
tentang nahu dan morfologi bahasa Arab, usuluddin, fikah dan tasawuf diajar. Tokoh
karyawan yang paling menonjol di Riau pada kurun ke-19 ini ialah Raja All Haji (1808/9-
1872) melalui karya-karyanya yang pelbagai jenis berjumlah tidak kurang daripada 12
buah antaranya ialah Tuhfat al-Nafis. Selain daripada Raja All Haji, para bangsawan
Riau yang lain juga telah menghasilkan karya-karya mereka melalui satu pertubuhan
persuratan yang dinamakan 'Persekutuan Rusydiah (Rusydiah Kelab/ yang ditubuhkan
sekitar tahun 1892.


Abad ke-19 Era Penuh Cabaran Memerdekakan bangsa dan memperkukuhkan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu.

Bahasa Melayu sejak abad ke-19 mula mendokong aksara baru dari penjajahnya
aksara Rumi atau Latin, masing-masingnya dipengaruhi oleh sistem ejaan bahasa
Belanda di sebahagain besar rantau Malayunesia/Malayuwiyah di bawah Belanda yang
dikenali sebagai Hindia Timur Belanda, dan sebahagian lagi (Hindia Timur Inggeris)
dipengaruhi oleh sistem ejaan Inggeris. Sejarah perumian Jawi bermula pada aba ke-16
lagi apabila beberapa perkataan Melayu yang pertama kali ditulis dalam huruf Rumi
dilakukan oleh Pegafetta 1522 (pencatat pelayaran Magellan yang diikutsertanya dalam
ekspedisi yang bersejarah mulai 1519 itu) yang menjadi sebuah kamus Melayu (Rumi)
Sepanyol. Namun bahasa Melayu Rumi yang pertama muncul dalam bentuk
manuskrip dwibahasa Belanda-Melayu yang dulis oleh Albert Ruil (seorang pegawai
pentadbir Belanda di Hindia Timur) dalam tahun 1612 tetapi tulisan bahasa Melayu
dalam huruf Rumi yang agak komprehensif dilakukan pada tahun 1623 oleh Sebastian
Dankaerts (seorang lagi pegawai pentadbir Belanda di Hindia Timur). Pada awal abad
ke-19, pembesar Melayu sendiri mula mengambil hati Inggeris dengan menulis Rumi
seperti surat Sultan Abdul Kahar Abdul Nasar (Banten) kepada King Charles II England
1680 adalah dalam tulisan Melayu Jawi dan Rumi; dan Perjanjian Tg Hussin & Tmg
Abdul Rahman dengan Hindia Timur 1819 ditulis dalam bahasa Melayu Jawi dan Rumi.
Dalam usaha mempopularkan Melayu Rumi, Munsyi Abdullah (penterjemah Raffles dan
dianggap cendekiawan dan perintis sastrawan Melayu moden) menulis buku cerita
kanak-kanak dalam Melayu Rumi dalam 1840-an, dan Akhbar Melayu Rumi pertama,
Bintang Timor, diterbitkan pada 1894. Akhbar Utusan Malaysia sekarang asalnya
bernama Utusan Melayu terbitan Singapore Free Press mulai 1907 tetapi muflis pada
1921 adalah dalam Melayu Rumi sebelum muncul kembali sebagai Utusan Melayu
dalam Jawi mulai tahun 1939 hingga menjadi Rumi kembali pada tahun 1967-an
dengan nama Utusan Malaysia. Beberapa buah kamus Melayu Jawi-Rumi-
Inggeris/Perancis/Belanda muncul masing-masingnya dalam tahun 1812 (oleh
Marseden, Inggeris), tahun 1873 (oleh Fabre, Perancis) dan 1877 (Woordenboak,
Belanda). Tidak syak lagi warisan mereka inilah yang memperkuatkan azam penjajah
Belanda dan Inggerir yang kemudian disokong oleh para nasionalis Melayu yang
berpendidikan penjajah itu supaya menggantikan tulisan Jawi kepada tulisan Rumi
terutamanya setelah terbitnya kaedah peRumian van Ophusyen 1901 di Hindia Timur
Belanda dan Wilkinson 1904 di Hindia Timur Inggeris. Malah para pelajar rumpun
Melayu di Belanda yang berjiwa nasionalis pada awal kurun kedua puluh
lagi menggunakan huruf Rumi dalam komunikasi berpersatuan mereka seperti
himpunan mahasiswa yang bernama Poetra Hindia Timur (yang pada 1922 ditukar
kepada nama negara impiannya, Poetra Indonesia) di bawah pimpinan Muhammad
Hatta yang menjadi dwitunggal dengan Soekarno sebagai bapa kemerdekaan Hindia
Timur (menjadi Indonesia). Tidak hairanlah apabila para pemimpin muda pejuang
pembebasan Hindia Timur mengadakan pertemuan bersejarahnya pada 1928
melahirkan pengisytiharan wawasan perjuangannya yang diberi nama Soempah
Pemoeda itu antara lain menyatakan bahawa Hindia Timur yang dibebaskan nanti akan
diberi nama Indonesia dengan bahasa Melayu sebagai bahasa nasionalnya yang
diberinama bahasa Indonesia dalam ejaan Rumi. Apabila Indonesia berjaya diwujudkan
maka perisytiharan ini dilaksanakan dengan tegasnya bermula dengan teks
perisytiharan kemerdekaan Indonesia itu ditulis dalam bahasa Melayu Rumi, dan pada
tahun 1960-an tulisan Jawi menjadi gharib kepada jumhur rakyat Indonesia dan
sekaligus bahasa Melayu di wilayah Malayuwiyah/Malayonesia di bawah naungan
Inggeris yang sehingga 1960-an itu masih agak dominan dengan tulisan Jawi dan
perbendaharaan katanya tidak berubah itu sewajarnya mudah diterima umum sebagai
bahasa yang berbeza dengan bahasa Indonesia.

Kehadiran pendatang Cina dan India turut membawa perubahan kepada sistem
pendidikan daripada yang berasaskan monolingual (satu bahasa) kepada berteraskan
multilingual (pelbagai bahasa). Perkembangan ini digalakkan oleh Inggeris kerana ini
dianggap sebagai sesuatu yang alamiah dan natural. Selain daripada itu, dalam tempoh
seratus tahun penjajahan British berbagai-bagai perubahan telah berlaku dari segi,
politik, sosial dan ekonomi (Raja Muhtaruddin, 1982). British turut membawa bersama
sistem pendidikan sekular moden ke Tanah Melayu.
Mereka mula membuka sekolah-sekolah Inggeris dengan menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar selain membuka sekolah-sekolah Melayu menggunakan
bahasa pengantar Melayu. Kedua-dua sekolah yang diperkenalkan Inggeris itu
mempunyai perbezaan yang tersendiri. Sekolah Melayu berakhir pada peringkat rendah
manakala sekolah Inggeris berakhir pada peringkat universiti. Pengenalan sistem
pendidikan sebegitu rupa menyebabkan wujudnya perbezaan dalam taraf pekerjaan
masyarakat. Golongan yang berpendidikan Inggeris akan menjawat jawatan profesional
umpamanya peguam, akauntan, doktor, jurutera dan sebagainya. Selebihnya,
masyarakat yang berpendidikan Melayu hanya mampu mengisi jawatan sebagai guru
pelatih dan juga jawatan lain yang tidak begitu penting pada ketika itu. Pengenalan
pendidikan moden menerusi bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa
ilmu baharu secara mendadak mengubah nilai terhadap bahasa Melayu. Secara tidak
langsung sedaya upaya mengutarakan permasalahan dan juga cabaran terhadap
bahasa Melayu dalam mendukung peranan sebagai bahasa ilmu. Zaman kegemilangan
dalam perkembangan usaha dakwah dan persuratan Melayu. Kemunculan tulisan Jawi
yang didasari daripada bahasa Arab dan Parsi merupakan suatu revolusi dalam
perkembangan ilmu tentang agama Islam dan persuratan Melayu (Wan Hashim, 1996).
Hal ini boleh dilihat apabila munculnya para ulama, pendeta, penyair, dan sasterawan
bagai cendawan selepas hujan. Ribuan karya dalam bentuk kitab Jawi dan sastera
lama dilahirkan di samping sekolah-sekolah pondok dan madrasah didirikan di merata-
rata tempat yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam khususnya di Pantai
Timur dan Utara Semenanjung. nikmat penghayatan tulisan melalui perkembangan
alam persuratannya."
Ciri-ciri bahasa ilmu, keintelektualan dan kesusasteraan Melayu kurun awal ke-19
dilihat dari satu sudut pandangan, dicetuskan oleh dua elemen yang utama iaitu
pertama, kedatangan Barat yang membawa pengaruh sekularisme, nasionalisme,
realisme dan humanisme dalam kaedah berfikir dan pengungkapan orang-orang
Melayu, dan kedua, pengaruh kebangkitan semula Islam yang dipelopori oleh Syeikh
Muhammad Abduh (1849-1905), Mufti Mesir (1888- 1889) yang bersama-sama dengan
Jamaluddin al-Afghani (1838-1897) telah mempelopori gerakan Islam yang terkenal
dengan nama Gerakan Salafiah dan menerbitkan majalah-majalah yang menganjurkan
fahaman itu. Pada tahun 1885, Syeikh Muhammad Abduh telah berpecah dengan
Jamaluddin al-Afghani. Gerakan kebangkitan semula Islam tiba ke rantau Alam Melayu
melalui tokoh- tokoh yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar seperti Syeikh
TahirJalaludin (Minangkabau), Syeikh Abdul Ghani dan Syeikh Ismail Abdul Mutalib
(Aceh) dan Syed Syeikh al-Hadi yang pernah mengunjungi Mesir dan tersepuh dengan
gerakan pembaharuan ini. Cetusan daripada pemikiran demikian telah melahirkan
sebarisan orang-orang Melayu Islam yang dikenali sebagai 'kaum muda' dengan idea
pembaharuan menentang amalan dan pemikiran Islam yang didukung oleh ulama-
ulama tradisional Islam dan badan-badan Islam kerajaan yang dinamakan sebagai
'kaum tua'.

Berikutan daripada perkembangan tersebut, Syed Syeikh al-Hadi yang banyak
dipengaruhi keintelektualan Mesir, telah menghasilkan novel pertamanya yang berjudul
Hikayat Fariclah Hanum (1925-1926). Melalui karya ini, beliau terpengaruh dengan
sifat-sifat romantis yang terdapat dalam novel-novel Mesir, malah menggunakan watak
dan latar Mesir. Ini diikuti oleh tokoh yang dianggap penting dalam genre ini, iaitu
Ahmad Rashid Talu dengan novel-novelnya berjudul Kawan Benar (1927), lakah
Salmah? ^1928), 12 Kali Sengsara (1929) dan Siapa Jahat (1929-1930) yang
membawa watak dan latar Tanah Melayu sendiri dan tidak lagi berlatarkan Timur
Tengah. Perkembangan ini seterusnya disambung oleh penulis-penulis dalam Angkatan
Sasterawan 50 (ASAS 50) seperti Keris Mas, Usman Awang, Awam il-Sarkam, Asraf,
Masuri S.N dan Hamzah. Mereka bergiat bukan sahaja dalam bidang penulisan novel
tetapi juga dalam bidang penulisan cerpen, sajak dan drama.
Sekitar tahun-tahun 1960-an hingga 1990-an pula menyaksikan penghasilan novel-
novel yang lebih mengarah kepada pengutaraan nilai-nilai falsafah atau pandangan
hidup tertentu, misalnya Senja Belum Berakhir (1971) oleh Azizi Haji Abdullah,/Maw
oleh S. Othman Kelantan dunHari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) oleh Anwar
Ridzuan. Manakala bagi tahun-tahun 1980- an diwakili oleh novel Saudagar BesarDari
Kuala Lumpur oleh Keris Mas. Novel- novel tahun 1990-an pula diwakili oleh Sidang
Serangga (1980) oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Iman (1995) oleh Abdullah
Hussein dan sebagainya. Antara sasterawan yang terkenal ialah Shahnon Ahmad.
Tema-tema novel beliau ialah pendedahan kepincangan ekonomi, sosial dan politik. Ini
terlihat dalam karyanya berjudul Rentong (1965), Terdedah (1965), Ranjau
SepanjangJalan (1966), Srengenge (1974), Shit (1999) dan sebagainya. Beliau juga
mengkritik tokoh- tokoh agama seperti terlihat dalam no\e\ny3iAl-SyaqaqI(\WS) dan Tok
Guru (1988).
Dalam meningkatkan kegiatan kesusasteraan, pelbagai persatuan penults muncul di
seluruh tanah air. Antaranya ialah PELITA (Terengganu); Persatuan Penults Kelantan
(PKK) dt Kelantan; Persatuan Penults Johor (PPJ^diJohor; ASASI di Kedah dan
sebagainya.
Gesaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa
pengantar di institusi pengajian tinggi pernah disuarakan sejak tahun 1930-an lagi oleh
Abdul Kadir Adabi seorang nasionalis Melayu dari Kota Bharu, Kelantan. Beberapa
orang lagi nasionalis Melayu lain turut menyuarakan pendapat yang sama. Walau
bagaimanapun, bahasa Melayu secara rasminya tetap diterima untuk memainkan
peranan sebagai bahasa perantaraan pelbagai suku bangsa di negara ini dan bahasa
yang memberi identiti atau jati diri kepada warga negara di dalam sebuah negara yang
sedang menuju kemerdekaan pada ketika itu. Bahasa Melayu ialah salah satu unsur
terpenting dalam kontrak sosial antara bangsa Melayu dengan bangsa lain menjelang
kemerdekaan Tanah Melayu. Sebelum memperoleh kemerdekaan, beberapa laporan
dan penyata yang dihasilkan telah menyebut tentang kepentingan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara. Laporan Barnes pada tahun 1950
umpamanya dianggap sebagai memihak kepada bangsa Melayu apabila menerima
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar daripada sekolah
rendah manakala bahasa Cina dan Tamil diajarkan sebagai mata pelajaran sahaja.
Selain itu, usul satu jenis sekolah rendah untuk semua kaum juga dinyatakan dalam
laporan tersebut. Ciri-ciri utama sekolah kebangsaan ini ialah:
i. Pendidikan percuma untuk kanak-kanak antara enam hingga dua belas tahun.
ii.Pendidikan disampaikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mula diajarkan
pada tahun tiga.
iii. Sekolah rendah ini akan menghasilkan murid-murid yang mahir dalam dwibahasa
dan mereka akan disalurkan ke sekolah aliran Inggeris selepas sekolah rendah.

Sehubungan dengan itu semua sekolah menjadi aliran Melayu. Selepas itu semua
pendidikan dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahawa bahasa
Melayu akan digunakan dalam hubungan sosial. Selepas tahun tiga, bahasa Inggeris
akan menggantikan bahasa Melayu. Murid-murid akan menjadi penutur dwibahasa
apabila mencapai umur dua belas tahun dan mampu bertutur dan menulis dalam
bahasa Inggeris dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah Laporan Barnes ini
menolak Rancangan Holgate pada tahun 1949 yang secara terbuka mencadangkan
bahasa Inggeris untuk dijadikan bahasa pengantar tunggal. Sungguh pun begitu,
Laporan Barnes ini tidak dapat diterima oleh bangsa Cina yang meluahkan hasrat
mereka melalui Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951. Antara lain yang diutarakan dalam
laporan itu ialah memperuntukkan dasar yang liberal terhadap pendidikan Cina dengan
Cina pada peringkat rendah dan menengah dikekalkan. Proses menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dilihat apabila bahasa tersebut digunakan dalam
sistem pendidikan negara kita. Namun gagasan ini hanya tinggal gagasan kerana tidak
mendapat sokongan yang menyeluruh. Gagasan ini tidak didukung oleh golongan
anglophile menengah Melayu baharu yang berkuasa kerana tidak meyakini
kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu menyampaikan ilmu
pengetahuan moden pada ketika itu. Berdasarkan Laporan Razak 1956, usaha untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan telah
dimulakan. Antara lain kandungan yang dicatatkan dalam laporan tersebut ialah:

"Tujuan dasar pelajaran di-dalam negeri ini ia-lah bermaksud hendak menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di-dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, walaupun perkara ini tiada dapat
dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendak-lah diperbuat dengan beransur-
ansur" (Laporan Razak, perenggan 12)

Laporan ini jelas menyatakan hasrat negara untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
pengantar ilmu pengetahuan dan ini memungkinkan bahasa itu membangun menjadi
bahasa yang berkesanggupan menjadi alat penyalur ilmu kebudayaan (Abdullah
Hassan, 1987). Sebelum laporan ini diwujudkan, penggunaan bahasa Melayu adalah
agak terbatas kerana tidak ada dasar dan strategi yang jelas dan tegas dalam
menjadikannya sebagai bahasa ilmu. Penyata Razak juga menjelaskan bahawa tujuan
dasar pendidikan negara ini ialah membawa kanak-kanak daripada berbilang kaum
untuk mempelajari perkara yang sama, dalam satu sistem pendidikan melalui satu
bahasa pengantar. Namun demikian, diakui untuk mencapai matlamat ini tidak boleh
dipaksakan tetapi mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat (Penyata Razak,
1956).










Selepas Negara Mencapai Kemerdekaan-Satu Sinar Baharu dalam Pembikinan

Rentetan daripada Laporan Barnes 1950 dan Laporan Razak 1956 serta Ordinan
Pelajaran 1957 telah menjadi asas kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Inti sari
Dasar Pendidikan Kebangsaan di Malaysia ialah mewujudkan suatu masyarakat yang
bersatu padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Sistem persekolahan yang dicadangkan dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran kebangsaan dan aliran jenis
kebangsaan. Dalam sistem persekolahan aliran kebangsaan, sekolah tersebut
berbahasa Melayu dan sistem persekolahan jenis kebangsaan pula berbahasa sama
ada bahasa Inggeris, bahasa Cina ataupun bahasa Tamil. Sekolah aliran jenis
kebangsaan diwajibkan mengajar bahasa Melayu sebagai suatu mata pelajaran dan
mengikuti suatu kurikulum atau sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. Dalam
pemelajaran dan pengajaran bahasa Melayu, Dasar Pendidikan Kebangsaan
mencadangkan supaya tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk
pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid Islam.
Bagi memperoleh hasil yang baik dalam pembelajaran bahasa Melayu, guru yang
terlatih diperlukan untuk tujuan tersebut. Selaras dengan itu, Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah mencadangkan supaya sebuah maktab perguruan yang dipanggil
Maktab Perguruan Bahasa perlu ditubuhkan. Maktab ini berfungsi sebagai berfungsi
sebagai tempat melatih guru mengajarkan bahasa Melayu dan juga menjalankan
penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Kedua-dua peranan ini amat penting bagi
memastikan bahasa Melayu itu mampu menjadi wahana penyampai ilmu pada ketika
itu. Usaha untuk mewujudkan sebuah Institusi Pendidikan Kebangsaan dipertegas
melalui Laporan Rahman Talib pada 1960 apabila laporan itu diterima sebagai undang-
undang menerusi Akta Pendidikan 1961. Perkembangan dalam proses perundangan ini
menerima hakikat bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa pengantar manakala
ciri kemelayuan akan dijadikan sebagai unsur penting dalam melahirkan identiti
kebangsaan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahasa Melayu telah memainkan peranan yang
cukup penting dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. Tradisi penulisan ilmu
pengetahuan telah berlangsung sejak berabad-abad yang lalu. Menurut Syed
Muhammad Naquib (1972) fenomena kesan kedatangan Islam itu sebagai penampilan
dan pemupukan konsep intelektualisme dan rasionalisme. Kedua-dua konsep ini
menjadi landasan pertumbuhan tradisi ilmu dalam bahasa Melayu, termasuk penulisan
bahan ilmu (Awang, 2006). Ekonomi dan politik sesuai untuk warganegara dan kedua
ialah perkembangan secara progresif satu pendidikan nasional dengan bahasa Melayu
yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi dijadikan sebagai bahasa pengantar utama (Wan
Hashim, 1996). Laporan Razak yang dijadikan sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan
adalah untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu melalui sistem
persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya yang
utama (Raja Muhtaruddin, 1982).
Setelah negara mencapai kemerdekaan, peranan dan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu semakin jelas. Untuk tujuan itu, bahasa Melayu telah digiatkan
penggunaanya dalam pelbagai bidang bagi memperkaya khazanah ilmu. Dengan itu,
pengayaan khazanah ilmu itu sebenarnya menjadi syarat utama dalam perkembangan
tamadun berasaskan ilmu. Menurut Nik Safiah (1986) perkembangan bahasa Melayu
moden meliputi tiga tahap. Tahap pertama ialah memperkenalkan bahasa Melayu
kepada masyarakat sebagai bahasa kebangsaan melalui kempen minggu dan bulan
bahasa kebangsaan. Tahap ini berlaku pada tahun 1960-an. Tahap kedua yang
berlangsung sekitar tahun 1970-an dikenali sebagai zaman pembinaan, iaitu
pembakuan ejaan, peristilahan, tatabahasa dan kosa kota. Tahap ketiga ialah proses
pemantapan yang menekankan keintelektualan dan kesempurnaan. Pada tahap ini
keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu sudah terbukti apabila mampu
mengungkapkan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Seterusnya,
kemuncak kepada tahap ini ialah penggunaan laras saintifik dan ilmiah yang
menghasilkan bentuk bahasa yang tepat, yang mencerminkan kejelasan pemikiran
tentang konsep-konsep dan proses-proses saintifik. Sehubungan itu, konsep
pengilmuan bahasa ilmu sebenarnya ialah proses pengayaan bahasa Melayu dengan
berbagai-bagai laras yang menandai tamadun yang maju (Awang Sariyan, 2006).
Menurut Nik Safiah (1986) bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu memiliki
ciri-ciri yang tersendiri. Beliau membahagi bahasa kepada dua variasi utama iaitu
bahasa terhad dan bahasa terbina. Bahasa terhad ialah variasi bahasa yang digunakan
dalam situasi biasa seperti perbualan dan komunikasi asas seperti dalam keluarga dan
berjual beli di pasar. Bahasa terbina pula ialah variasi yang mempunyai ciri-ciri
kompleks, tersusun rapi dan tidak bergantung kepada latar belakang yang saling
difahami oleh penutur-pendengar atau penulis-pembaca. Bagi tujuan penulisan ilmu,
variasi bahasa terbina ini menjadi asasnya. Ilmu tidak mungkin dapat diungkapkan
dengan bahasa basahan atau yang digunakan dalam suasana tidak formal.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah melebarkan sayapnya ke menara
gading selepas beberapa tahun negara memperoleh kemerdekaan. Penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga melibatkan institusi pengajian tinggi
seperti kolej dan universiti. Pada peringkat kolej, perubahan bahasa pengantar bermula
pada tahun 1959 apabila Maktab Perguruan Bahasa mengambil tindakan mengubah
bahasa setelah berlaku satu demonstrasi. Pada peringkat universiti, Jabatan Pengajian
Melayu di Kuala Lumpur dari awal lagi telah mengajarkan kursusnya dalam bahasa
Melayu. Walau bagaimanapun, pada tahun 1965, apabila ada mahasiswa daripada
aliran sekolah kebangsaan memasuki universiti beberapa kursus lain di jabatan lain
yang menggunakan bahasa Inggeris telah ditukarkan dengan bahasa Melayu. Sekolah
Menengah aliran bahasa Melayu Malaysia hanya bermula pada tahun 1958 dan secara
perlahan-lahan sistem pendidikan sekolah aliran Inggeris terhapus (dirancang
demikian) sehingga 1970 universiti dalam bahasa Melayu yang pertama di Malaysia,
UKM, ditubuhkan diikuti oleh universiti-universiti lain kerana mulai 1983 tiada lagi
pelajar Sekolah Menengah dalam aliran bukan berbahasa Melayu. Penubuhan
universiti dalam bahasa Melayu Malaysia ternyata menjadi mangkin dalam pengaryaan
ilmu oleh anak watan Malaysia dalam bahasa Melayu. Sebelum 1970, Malaysia hanya
ada sebuah universiti, iaitu Universti Malaya (terjemahan rasmi tahun 1970-an kepada
nama Inggerisnya University of Malaya 1959 yang asalnya menjadi cawangan
kepada University of Malaya berpusat di Singapura yang dimulai pada 1949; setengah
pihak menganggap universiti ini ditubuhkan pada 1905 lagi atas namaStraits and
Federated Malay States Government Medical School, yang menjadi asas University of
Malaya itu hasil percantumannya dengan Raffles College yang menawarkan bidang
sastera dan sains sosial) yang berbahasa pengantarnya bahasa Inggeris sahaja.
Pada tahun 1975, Universiti Malaya buat pertama kalinya mengambil langkah tegas
dengan melatih bakal pensyarah dalam lapangan sains untuk mengambil ijazah tinggi
dalam bidang masing-masing. Apabila menamatkan pengajian, mereka yang rata-rata
berkebolehan dalam bahasa Melayu diharap dapat mengajar dalam bahasa itu. Syarat
baharu diperkenalkan bagi mengambil pensyarah iaitu memberi keutamaan kepada
calon yang mempunyai kebolehan mengajar dalam bahasa Melayu. Kenaikan pangkat
juga diberi keutamaan kepada pensyarah yang berkebolehan dalam bahasa Melayu.
Universiti lain seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan
Universiti Teknologi Malaysia juga turut merancang untuk melatih kakitangan
akademiknya di luar negara. Apabila pulang golongan ini dapat mengajar dalam bahasa
Melayu. Kedudukan ini berterusan sehingga pihak universiti terpaksa menyediakan
kemudahan untuk mempelajari bahasa Melayu memandangkan situasi pertukaran
bahasa pengantar. Kursus-kursus kecekapan bahasa Melayu diadakan melalui pusat
bahasa yang ditubuhkan di tiap-tiap universiti. Tahun 1967 merupakan tahun permulaan
yang telah dipersetujui bahawa semua aliran pendidikan akan ditukar menjadi
pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bagi
menggantikan bahasa Inggeris. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
pada 18 Mei 1970 ialah manifestasi kepada gesaan dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pada
peringkat universiti. Walaupun timbul banyak keraguan tentang kemampuan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi namun
setelah hampir 30 tahun lebih, UKM telah berjaya menghasilkan graduan dalam
pelbagai bidang yang setanding dengan universiti lain.

UKM berjaya melahirkan 43,000 yang sebahagian kecilnya dihantar melanjutkan
pelajaran ke luar negara sehingga memperoleh ijazah lanjutan peringkat Sarjana dan
Doktor Falsafah. Kejayaan UKM ini disusuli oleh kesemua universiti yang lain secara
berperingkat-peringkat. Ini selaras dengan Akta Pendidikan 1970 yang meletakkan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal bagi semua universiti awam di
negara ini untuk semua mata pelajaran. Seiring dengan itu, kegiatan penyelidikan dan
penerbitan turut digiatkan. Penyelidikan yang dijalankan bertujuan mencari dan
menjana ilmu baharu serta memperkukuh ilmu yang sedia ada. Penerbitan ilmiah dalam
bentuk jurnal, monograf, penerbitan bersiri, buku teks, kertas kerja persidangan dan
sebagainya diusahakan penerbitannya penerbit-penerbit universiti. Sebahagian besar
daripada buku, kertas kerja persidangan serta makalah dalam jurnal
Daripada pengalaman UKM ini yang mengasaskan pendidikan tinggi dalam bahasa
Melayu dengan disusuli oleh universit-universiti lain membuktikan kemampuan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa untuk menyebarkan sebarang jenis
ilmu, termasuk ilmu sains, teknologi, komputer, astronomi dan sebagainya (Wan
Hashim, 1996). Bahasa Melayu sebenarnya berada setaraf dengan bahasa lain seperti
bahasa Perancis, Jerman, Swedish, Rusia, China, Jepun, Korea dan sebagainya dari
segi fungsinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa pendidikan tinggi. Perkara ini juga
menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi pengganti kepada bahasa
Inggeris dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. Dalam beberapa dekad ini sebenarnya
bahasa Melayu telah mengharungi pelbagai onak dan dugaan sesuai dengan statusnya
sebagai bahasa rasmi dan juga bahasa kebangsaan. Cabaran yang mendatang telah
memberi kekuatan dan pengalaman kepada bahasa Melayu untuk terus
mengharunginya. Jika dilihat terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kedudukan
bahasa Melayu yang sudah utuh suatu ketika dahulu tetapi kini semakin dipersoalkan
peranannya.
Jeniri Amir (2009) berpendapat bahawa bahasa Melayu sedang berhadapan dengan
tantangan yang paling hebat sejak tahun-tahun terakhir kurun lalu sehingga membawa
ke tahun-tahun awal alaf baharu ini dan menyaksikan bagaimana tercabarnya
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan. Senario ini mengakibatkan pertembungan perang bahasa antara ahli
politik dengan pencinta bahasa, perancang dan aktivis bahasa. Perang bahasa itu
tercetus kerana ahli bahasa sentiasa mencuba untuk mengubah situasi bahasa.
Sebagai contoh, pelaksanaan Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 telah menimbulkan banyak konflik antara
golongan yang disebutkan di atas dengan sang penguasa iaitu orang memegang kuasa
politik. PPSMI sebenarnya telah ditentang pada peringkat awal oleh golongan yang
mencintai bahasa Melayu. Kesan yang dibawa oleh PPSMI bukan sedikit kepada para
pelajar yang berhadapan dengan dasar itu. Walaupun mendapat pelbagai tentangan,
namun pihak kerajaan tetap bertegas meneruskan dasar tersebut. Sehinggalah
kemuncaknya, satu demonstrasi yang dipimpin oleh Sasterawan Negara, A. Samad
Said diadakan di Kuala Lumpur. Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) telah berjaya
menghimpunkan rakyat daripada pelbagai golongan yang membantah dasar tersebut
walaupun
Bahasa Inggeris semakin mencabar kedudukan bahasa Melayu dalam hampir semua
bidang (Hassan Ahmad, 1996). Bahasa Inggeris telah hilang tarafnya sebagai bahasa
rasmi negara sejak tahun 1967 dan tidak lagi menjadi bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan kebangsaan. Walaupun begitu, pengaruh bahasa Inggeris tidak
hilang. Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa utama dalam sektor swasta. Dalam
sistem pendidikan kebangsaan bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua yang wajib
dipelajari di sekolah. Dari satu sudut, walaupun penjajahan sudah berlalu, namun
pensejagatan imperialisme bahasa Inggeris semakin mencengkam ke dalam akar
budaya dan minda bangsa (Jeniri Amir, 2009). Situasi ini seakan-akan bahasa Melayu
tidak mampu mengambil tempat bahasa Inggeris sehingga pengguna bahasa Melayu
berasa seolah-olah tidak penting untuk mempelajari bahasa itu. Bahasa Melayu
dianggap tidak intelek, tidak sempurna kerana korpus ilmunya terbatas, tidak bersifat
antarabangsa, tidak standard dan berprestij serta hanya sesuai digunakan di rantau ini,
meskipun jumlah penuturnya melebihi 250 juta orang.
Pengisytiharan tentang kepentingan bahasa Inggeris memberi kesan yang besar dan
mendalam terhadap politik, sosial, budaya, psikologi dan ekonomi (Jeniri Amir, 2009).
Sejak akhir-akhir ini wujud kesan rendah diri yang amat hebat terhadap bahasa Melayu
akibat sikap golongan itu. Perubahan bahasa pengantar kembali kepada bahasa
Inggeris dalam bidang sains dan teknologi dapat ditafsirkan sebagai langkah
menematkan usaha semua pihak yang terlibat dalam memupuk bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu pengetahuan tinggi.
Dari tahun 1990 sehingga 1995, universiti awam yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai pengantar berjaya melahirkan 35 0000 siswazah dalam bidang sains dan
teknologi, 55 peratus daripada mereka bumiputera dan 45 peratus lagi bukan
bumiputera. Senario ini memberi kesan yang mendalam dari segi pengambilan pekerja,
terutama sektor swasta, lebih-lebih lagi ada sesetengah pihak yang menyatakan salah
satu faktor utama yang menyebabkan hampir 30 000 siswazah menganggur kerana
disebabkan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris, walhal banyak lagi faktor lain
yang menyumbang kepada keadaan itu.
Langkah penggunaan bahasa Inggeris di IPTA turut memberi kesan terhadap usaha
pensyarah di institusi tersebut dalam penulisan buku. Golongan akademik menjadi
keliru kerana pihak pengurusan universiti menyarankan agar penerbitan buku dalam
bahasa Inggeris ditingkatkan dan hasil sesuatu penyelidikan ditulis dalam bahasa
Inggeris. Menurut Jeniri Amir (2009) kesan
Sikap segolongan birokrat terhadap bahasa Melayu juga turut menjejaskan peluang
bahasa itu sebagai bahasa ilmu. Golongan ini tidak mempuyai keyakinan terhadap
bahasa Melayu mampu menyampaikan ilmu dengan berkesan. Segelintir profesional
umpamanya yang mendapat pendidikan tinggi di luar negara khususnya di barat sering
kali dilihat sebagai golongan yang tidak memandang tinggi kemampuan bahasa
Melayu. Mengapa hal ini terjadi? Mungkin kerana golongan ini terpengaruh dengan
budaya pemikiran ilmu barat dalam diri masing-masing. Cara pemikiran mereka masih
dibelenggu oleh budaya berfikir barat yang meliputi tindakan yang diambil. Golongan ini
menganggap bahawa bahasa Melayu tidak akan mungkin menjadi wahana untuk
membina kehidupan nasional dan negara yang moden dan maju.
Satu lagi cabaran yang dilihat mampu memberi kesan kepada bahasa Melayu ialah
globalisasi. Menurut UNESCO, globalisasi sebagai set struktur dan proses ekonomi,
sosial, teknologi, politik dan budaya yang terhasil daripada perubahan ciri-ciri dalam
pengeluaran, penggunaan dan perdagangan barangan serta aset yang merangkumi
asas ekonomi politik antarabangsa.Menurut Water (1995) globalisasi dari segi
sosiobudaya ialah proses sosial yang memperlihatkan kekangan geografi yang semakin
berkurang terhadap hal ehwal kemasyarakatan dan budaya, serta manusia sedar
bahawa kekangan tersebut semakin berkurang.
Ekoran daripada globalisasi dalam bidang ekonomi, kewangan, politik dan sebagainya,
globalisasi bahasa juga turut terjadi memandangkan bahasa Inggeris mengambil alih
peranan yang semakin dominan merentasi sempadan geografi dan bidang (Teo Kok
Seong, 1998). Keadaan ini dilihat akan menghakiskan kedudukan bahasa kebangsaan
negara melalui pengagungan yang diberikan terhadap bahasa itu melalui pelbagai label
seperti bahasa dunia, bahasa antarabangsa par exellence,bahasa intelektual dan lain-
lain lagi.
Kemunculan pelbagai teknologi komunikasi dan media yang canggih telah mewujudkan
budaya global melalui limpahan dan asakan maklumat sehingga berupaya mengubah
dan membentuk pemikiran global masyarakat, termasuk perancangan bahasa (Jeniri
Amir, 2009). Senario ini turut menentukan kedudukan bahasa Melayu dan Inggeris,
walhal bahasa kebangsaan itu telah mendapat pengiktirafan dan penerimaan yang baik
oleh rakyat.
Persoalan yang timbul terhadap bahasa Melayu ialah berkaitan aspek taraf dan
korpusnya sehingga melahirkan kebimbangan dalam kalangan perancang dan aktivis
bahasa. Pada peringkat pascasiswazah, sebahagian besar tesis Sarjana dan Doktor
Falsafah dihasilkan dalam bahasa Melayu juga. mendapat amaran dan ancaman
daripada pihak berkuasa. Masih terngiang-ngiang kata Pak Samad iaitu "Hendak
mempertahankan bahasa sendiri terpaksa berhadapan dengan semburan air yang
cukup memedihkan mata". Pertembungan sebeginilah yang membuktikan roh cinta
akan bahasa masih kuat dalam kalangan pencinta bahasa Melayu itu sendiri. terhadap
penerbitan dalam bahasa Melayu akan dapat dilihat dalam tempoh lima tahun akan
datang. Sehingga kini, jumlah buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu hanya
sekitar 6000 judul sahaja setahun. Jumlah ini masih dikira amat kurang jika
dibandingkan dengan populasi penduduk negara kita. Kemampuan dan keberkesanan
bahasa Melayu dalam pelbagai bidang termasuk bidang ilmu sudah terbukti. Namun
begitu, sepanjang sedekad bahasa itu menjalankan fungsinya pelbagai cabaran
sentiasa menantinya. Cabaran ini kadang-kadang mampu memberi kesan kepada
bahasa tersebut secara serta-merta ataupun perlahan-lahan. Sekiranya ingin melihat
bahasa Melayu masih relevan, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.
Pihak kerajaan semestinya memastikan kedudukan bahasa Melayu itu jelas-sejelasnya
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang dasar yang ingin diperkenalkan
perlulah dikaji dengan lebih teliti sebelum diputuskan. Tidak dinafikan, kedudukan
bahasa Melayu hari ini sudah terjejas, namun masih belum terlambat rasanya untuk
pihak kerajaan mengukuhkannya kembali. Antara lain kerajaan haruslah memberi
peluang kepada bahasa Melayu menjalankan fungsinya sebagai bahasa ilmu secara
holistik. Tidak ada rugi sekiranya bahasa Melayu digunakan secara sepenuhnya dalam
bidang ilmu di negara kita. Sejarah lampau membuktikan bahasa Melayu mampu
menjadi bahasa ilmu dengan melahirkan pelbagai teknokrat dalam pelbagai bidang.
Golongan sasaran lain ialah para intelek yang dilihat mampu mengangkat kembali
martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Para pensyarah dalam pelbagai bidang
perlulah mengambil peluang untuk menghasilkan karya mereka dalam bahasa Melayu
sebagai menyahut saranan ini. Penghasilan karya dalam bahasa Melayu sudah pasti
dapat menyemarakkan lagi industri penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Perkara ini
penting kerana sejak kebelakangan ini, kebanyakan karya yang dihasilkan oleh tenaga
akademik adalah dalam bahasa Melayu. Keadaan ini sungguh mendukacitakan kita
semua. Tiada salahnya sesuatu karya tidak kira apa sekali bidangnya dihasilkan dalam
bahasa Melayu. Hal ini juga dapat menyuburkan minat membaca terutama kepada
bangsa Melayu khususnya yang dilihat kurang membaca karya bersifat ilmu jika
dibandingkan buku-buku hiburan yang mungkin salah satu disebabkan kebanyakan
karya mempunyai nilai ilmu yang tinggi dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Kreativiti dan
kebijaksanaan golongan cendekiawan mengungkapkan ilmu dan dalam bahasa Melayu
jugalah yang akan menentukan kejayaan bangsa Malaysia pada masa akan datang.
Golongan intelektual yang mahir dalam bahasa Inggeris dan tidak kreatif untuk
berkomunikasi dalam bahasa Melayu tidak boleh disandarkan harapan terhadap
mereka untuk membina tradisi intelektual dengan menghasilkan buku dalam bahasa
Melayu. Golongan ini sering mendakwa dan memberi alasan tentang ketidakupayaan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Yang anehnya, pada masa yang sama golongan
ini tidak pula produktif menghasilkan buku dalam bahasa Inggeris.Mereka gagal
mengetegahkan fikiran dan sumbangan yang bererti terhadap masyarakat.
Setiap individu juga mesti sedar bahawa tiada negara yang maju Sikap dan interpretasi
terhadap bahasa Melayu perlu diubah. Ini bukan bermakna bahasa Inggeris harus
ditolak ke tepi. Sewajarnya bahasa kedua itu perlu juga giat dipelajari, namun janganlah
sehingga menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan terus bahasa Melayu menjadi
wahana ilmu pengetahuan yang tinggi dan berwibawa.





























Kesimpulan.

Apabila kita membincangkan perihal bahasa Melayu, hala tuju bahasa Melayu,
masa depan bahasa Melayu, kita tidak terlepas daripada membincangkan soal cabaran
bahasa Melayu terutamanya dalam mengharungi arus perubahan globalisasi.
Walaupun perbincangan demi perbincangan, seminar demi seminar dilaksanakan nasib
bahasa Melayu masih berada ditakuk yang sama. Adakah perbincangan dan
perbahasan-perbahasan selama ini gagal mencapai kata sepakat atau hanya
perbincangan mencukupkan waktu atau sasaran kerja yang perlu
dilaksanakan. Kadang kala kita harus dan perlu berbangga dengan sejarah bahasa
Melayu yang megah terukir dan tidak akan berubah untuk sekian lamanya. Walaupun
sesetengah pihak mendakwa bahawa sejarah yang berlaku jangan dilihat kembali.
Namun, bagi penulis sejarah yang tercipta perlu dibanggakan dan perlu dilihat semula
kerana dengan sejarah kita mampu melihat kekuatan dan kelemahan yang kita ada.
Manifestasi ini jugalah penulis sandarkan terhadap perkembangan bahasa Melayu
ketika ini. Kita boleh melihat kekuatan bahasa Melayu yang mampu menjadi
bahasa lingua franca di persisiran Selat Melaka sejak kurun pertama Masihi
lagi. Malah, bahasa Melayu juga dipercayai menjadi bahasa rasmi kerajaan Srivijaya
pada abad ke-7 hingga abad ke-13. Menurut Allahyarham Hassan Ahmad dalam
pidatonya Cabaran Dunia Bahasa Melayu 1995 telah menyatakan bahawa 84 bahasa
digunakan di pelabuhan Melaka dan bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca.
Seiring itu juga bahasa Melayu turut menjadi wahana penyebaran pelbagai ilmu
pengetahuan dan falsafah dengan wujudnya pusat-pusat intelektual terkemuka
seperti di Pasai, Melaka, Acheh, Patani,Palembang, Banjar, Betam dan Riau. Namun,
kehadiran penjajah yang silih berganti bermula Portugis yang menakluki Melaka,
seterusnya Belanda sehingga British telah mematikan sama sekali perkembangan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi serta bahasa persuratan
Melayu. Bermodalkan kuasa politik yang ada bahasa Inggeris secara sinis telah diguna
pakai untuk menggantikan fungsi bahasa Melayu daripada segenap sudut. Hal ini
dilakukan oleh penjajah British adalah disebabkan tidak mahu menggalakkan orang
Melayu menuntut ilmu bukan sahaja di dalam bahasa Melayu malah di dalam bahasa
Inggeris sekalipun. Hal ini disebabkan, British bimbang sekiranya orang Melayu terlalu
pandai dalam segenap ilmu pengetahuan dikhuatiri orang Melayu akan bangkit
memberontak dan menentang penjajah British, seterusnya menggugat potensi British
menguasai ekonomi Tanah Melayu dengan lebih lama. Penulis yakin kegemilangan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa persuratan Melayu pasti akan kembali
memihak kepada bahasa Melayu. Walaupun bahasa Melayu ketika ini menerima
hambatan begitu hebat dalam bentuk nasional dan supernasional. Kita sebagai
pengguna, penutur, dan pencinta bahasa Melayu perlu bersiap siaga dan berusaha
lebih gigih untuk meletakan bahasa Melayu mampu duduk sama rendah, dan berdiri
sama tinggi dengan bahasa-bahasa terutama dunia lebih-lebih lagi bahasa Inggeris
sebagai bahasa antarabangsa.
Kita tidak menafikan bahawa globalisasi adalah salah satu fenomena dunia
tanpa sempadan yang menghambat negara-negara di dunia dan Malaysia tidak
terkecuali daripada menerima hambatan yang begitu hebat ini. Hal ini, menyebabkan
bahasa Melayu tutur mengharungi satu cabaran getir dalam bentuk dimensi baru yang
memerlukan perhatian semua pihak terutamanya golongan pejuang-pejuang dan
aktivis-aktivis bahasa. Cabaran dimensi baru ini menurut pandangan penulis bukanlah
mudah untuk ditangkis, jika strategi berkesan tidak dilakukan
sewajarnya. Ditambahkan lagi, saban waktu kita sering dihujani dengan pelbagai
persoalan yang dikira menguji tahap kesabaran kita sebagai pencinta bahasa Melayu.
Mampukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Jika dilihat kepada kegusaran ini
bukanlah sesuatu yang baru. Ketidakyakinan ini berlaku disebabkan serangan-
serangan dan momokan-momokan yang mana melihat bahasa Inggeris adalah satu-
satunya bahasa yang mampu membawa kemodenan dan kemajuan sesuatu bangsa
dan negara. Hal ini sangat sukar untuk diyakini kerana kemajuan yang dicapai bukan
terletak secara mutlak kepada bahasa sesuatu bangsa tetapi terlatak kepada tahap
kesungguhan dan strategi yang berkesan. Apabila kita melihat negara-negara yang
sudah sememangnya maju dari segi sains dan teknologi seperti Jepun, Korea, dan
Perancis. Mereka membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka
sendiri sebagai bahasa ilmu. Malah negara-negara berkenaan tetap mempertahankan
bahasa ibunda mereka dan menjadikan bahasa berkenaan sebagai bahasa wahana
ilmu pengetahuan dan bahasa sains teknologi. Hal ini berlain pula apabila di Malaysia,
yang mana ramai dalam kalangan kita tidak yakin dengan keupayaan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu dan bahasa sains teknologi. Menurut, Asiah Idris dalam
makalahnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu Pelita Bahasa 1995, petikan
syarahan Prof.Dr.Abdul Hamid Mahmood menyatakan bahasa Inggeris bukanlah faktor
yang menentukan sama ada sesebuah negara akan menjadi maju atau rakyatnya akan
menjadi kaya. Yang menjadi faktor penentu dalam hal ini bukanlah bahasa tetapi orang
yang menggunakan bahasa itu. Malah, beliau menambah lagi yang penting jika kita
benar-benar mahu menjadikan bahas Melayu sebagai bahasa ilmu, kita perlu
mengubah sikap negatif dan keraguan kita terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi. Ternyata daripada pandangan
yang diberikan oleh beliau mengenai keraguan segelintir pihak yang tidak yakin dengan
keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah sesuatu masalah besar
kepada perkembangan bahasa Melayu ketika ini. Ramai melihat potensi bahasa Melayu
sebagai bahasa peneraju dunia keilmuan, bahasa sains teknologi adalah masih lagi
jauh. Menurut Hassan Ahmad masalah kita sebenarnya bukan cabaran bahasa Inggeris
tetapi masalah orang kita yang tidak mengetahui ketidakupayaan kita setelah sekian
lama kita merdeka untuk memajukan bangsa dengan menggunakan bahasa sendiri
sebagai alatnya yang utama.
Hal ini terbukti apabila, bahasa pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi
beransur-ansur ditukar daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Adakah kita
perlu menyalahkan bahasa Inggeris yang membawa bencana kepada bahasa Melayu.
Penulis melihat kita tidak perlu menyalahkan bahasa asing tersebut seperti yang
dinyatakan oleh Hassan Ahmad kerana bahasa itu tidak harus dipersalahkan, namun
diri kita sendiri yang perlu dipersalahkan kerana mengangkat bahasa itu lebih tinggi
sehingga bahasa Melayu tenggelam daripada kedudukan sebenarnya. Tindakan
institusi-institusi pengajian tinggi yang meminggirkan bahasa Melayu secara tidak
langsung telah menyekat kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu itu sendiri.
Bagaimana mungkin istilah-istilah yang sedia ada dapat digunakan secara meluas jika
buku tidak ditulis di dalam bahasa Melayu dan penerbitan buku bahasa Melayu kian
mengecil di sebab semua ilmu tersebut telah diajar di dalam bahasa Inggeris.

Kemuncak kepada keraguan bahasa Melayu ini direalisasikan dengan
terlaksananya sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Pelaksanaan dasar ini yang mula dilaksanakan pada 2003 adalah
sesuatu peristiwa yang cukup mengguris hati-hati para pejuang bahasa. Pelaksanaan
PPSMI adalah output daripada polemik-polemik yang sekian lama membelenggu yang
mana perasaan ketidakyakinan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa keilmuan dan
bahasa sains teknologi tercerna melalui pelaksanaan PPSMI. Namun, pandangan ini
lantas disanggah oleh Prof. Dr James T. Collins dengan memberi penegasan bahawa
kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah digunakan berpuluh tahun
di Malaysia dan juga Indonesia tidak perlu dipersoalkan lagi. Malah beliau menambah,
sejak 140 tahun bahasa Melayu sudah digunakan sebagai bahasa ilmu bukan sahaja
orang Melayu malah orang asing. Jangan menganggap bahasa Inggeris itu sebagai
mantera atau azimat yang dapat melindungi kejayaan yang telah dicapai selama ini,
tetapi kemajuan itu lebih bergantung pada azam dan kesungguhan. Bagi menyatakan
bahawa bahasa Melayu mampu atau tidak mampu bersaing dengan bahasa-bahasa
lain dari sudut keilmuan penulis nyatakan bahawa bahasa Melayu lebih cukup mampu
dan hebat untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Ha ini terbukti dengan
kelahiran beberapa tokoh ilmuwan seperti Syeikh Nuruddin al-Raniri, Hamzah Fansuri,
Samsudin ai-Sumatrani, Tun Sri Lanang dan Raja Ali Haji, yang mana kesemua hasil
karya mereka di jana melalui bahasa Melayu. Sekiranya Sejarah Melayu kitab yang
tulisan oleh Tun Sri Lanang lahir di England dalam bahasa Inggeris, saya kira ia akan
menjadi karya terkenal seluruh dunia (Hassan Ahmad, 1995).
Dalam usaha kita untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai ilmu pengetahuan,
kita tidak menafikan bahawa cabaran bahasa Melayu pada masa kini tidak terhenti
setakat di situ sahaja tetapi semakin mencabar terutama dalam usaha kita untuk
membentes penggunaan bahasa Melayu bukan standard dan bahasa Inggeris
dalam urusan-urusan rasmi khasnya urusan melibatkan jabatan-jabatan kerajaan. Kita
tidak menolak bahawa sikap yang masih menebal dalam kalangan sebilangan kecil
kita yang acuh tidak acuh dalam menggunakan bahasa Melayu standard dan lebih
parah lagi menggunakan bahasa Inggeris. Mungkin berbangga bertutur dalam
berbahasa Inggeris sepatah dua atau ingin menunjuk yang kita lebih pandai dalam
bahasa tersebut perlulah dirujuk pada diri masing-masing. Kita bukan bersikap rasis
terhadap bahasa Inggeris atau anti bahasa Inggeris. Namun bagi mendukung bahasa
Melayu sebagai rasmi negara yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Justeru,
wajar untuk kita mengambil semangat ini dan meletakan bahasa Melayu pada
kedudukan tertinggi. Usaha ini perlulah diterjemahkan di dalam urusan seharian kita.
Kita tidak menghalang sesiapa pun untuk bertutur atau menggunakan bahasa tersebut,
tetapi perlulah bijak untuk melihat kepada suasana atau situasi wajar atau tidak untuk
kita menggunakannya.
Bagi menterjemahkan hasrat negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) komited di bawah pimpinan Prof.Dr.
Awang Sarian telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan audit bahasa bagi
kesuma agensi kerajaan. Pendekatan ini diambil oleh DBP adalah untuk memastikan
agensi-agensi yang terlibat menggunakan bahasa Melayu dengan betul terutama dalam
urusan rasmi. Langkah ini diambil oleh DBP disebabkan menyedari akan krisis serta
cabaran bahasa Melayu yang kini semakin hebat dihambat dengan arus globalisasi.
Jika elemen ini tidak dibendung dengan segara dengan langkah menyedarkan rakyat
akan kepentingan penggunaan bahasa Melayu standard dengan baik dan betul. Hal ini,
adalah seiring dalam usaha kita untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara dalam kerangka 152 perlembagaan Malaysia.
Ditambahkan lagi, menurut Rozali Rejab dalam makalahnya Cabaran Bahasa
Melayu Dalam Menghadapi Abad 21, beliau telah menyenaraikan beberapa elemen
yang membawa cabaran getir kepada bahasa Melayu. Salah satunya elemen tersebut
ialah sikap penutur bahasa Melayu itu sendiri. Penulis amati tetarik dengan huraian
yang diberikan oleh beliau yang mana kita tidak menafikan bahawa ramai dalam
kalangan penutur bahasa Melayu sendiri tidak mahu bertutur di dalam bahasa Melayu
dan berbangga pula apabila bertutur di dalam bahasa Inggeris, walaupun bahasa
Inggeris yang dituturkan itu tidak sebaik yang diharapkan. Mungkin situasi
menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi ini sudah sebati di dalam kalangan
penutur bahasa Melayu itu sendiri. Tidak hairan jika di dalam sesuatu majlis kalau
terdapat seorang sekali pun warga asing kita sanggup menukar ucapan kita daripada
bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, walhal lingkungan tetamu majlis tersebut
majoritinya memahami bahasa Melayu. Persoalannya, di manakah ketegasan kita
dalam berbahasa? Tiadanya sifat kasih, ambil kisah dan prihatin dengan bahasa ibunda
(bahasa kebangsaan) adalah sikap yang harus dikikis dalam jiwa dalam setiap
kalangan kita. Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan falsafah Islam
pernah menyatakan bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa lain
lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu, mereka gemar
meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki
mereka. Mereka menyangka bangsa yang mengalahkan mereka ialah bangsa yang
agung. Akibatnya mereka tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh
faktor-faktor yang biasa sahaja. Oleh sebab itu, kita tidak berasa hairan apabila ada
dalam kalangan kita yang terus mengagumi kuasa Inggeris. Mereka terus terkesima
dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat melihat kejayaan bahasa Melayu dalam
memandaikan rakyat kerana minda mereka sudah terjajah oleh Inggeris. Bagi mereka,
bahasa Inggeris dapat digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Minda sudah lama
terjajah. Itulah yang membelenggu masyarakat kita hari ini. Mengikis minda yang telah
lama terpaku bak sekian lama bukanya sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan
masa dan juga kerjasama semua pihak.
Ditambahkan lagi, cabaran bahasa Melayu terus menerima persaingan dan
hambatan daripada pelbagai sudut, kehadiran berpuluh-puluh universiti, kolej swasta
sejajar dengan Akta Institusi Pengajian Tinggi swasta (IPTS) 1996 yang lebih
cenderung menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar menghimpitkan
lagi peranan bahasa Melayu. Mahu tidak mahu, suka atau tidak bahasa Melayu
terpaksa bersaing dalam situasi sebegini. Persoalannya mampukan bahasa Melayu
bersaing? Mampu atau tidak ia terletak di bahu kita semua sebagai pengguna bahasa
Melayu itu sendiri. Kita sedar bahawa bahasa Melayu dijamin di dalam perlembagaan
152. Namun, status quo bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
bukanlah satu jamin yang kukuh. Menurut Abang Patdeli Abng Muhi dalam
makalahnya Bahasa Melayu Menyongsong Era Cabaran menyatakan nilai sosial dan
nilai ekonomi bahasa Melayu tidak dapat dielakkan dengan bayangan dengan bahasa
Inggeris. Hal ini disebabkan, suasana dan juga persepsi masyarakat Malaysia yang
masih cenderung menanggap sesuatu yang berbau Inggeris dan barat itu
lebih superior. Tidak mustahil tiba satu tahap lulusan bahasa Melayu juga dianggap
sebagai lulusan kelas kedua berbanding mereka yang memperoleh lulusan berbahasa
Inggeris. Fenomena ini bukan asing tatkala pasaran pekerjaan yang mana menekankan
kepada penguasaan bahasa Inggeris sebagai ciri utama temu duga. Hal ini berlainan
pula pendapat daripada Kamal Shukri Abdullah Sani yang mana berpendapat krisis
siswazah tidak mendapat pekerjaan pada hari ini bukanlah disebabkan masalah
penguasaan bahasa Inggeris secara mutlak, tetapi faktor lain yang memerlukan kajian
fakta yang lebih jelas seperti masalah ekonomi negara, syarat khusus pekerjaan,
dominasi syarikat tertentu, dan penutupan serta perpindahan industri tertentu ke negara
lain. Di tambahan pula kebanyakan masyarakat korporat dan elit tidak begitu berminat
dalam soal kebahasaan dan juga sastera kerana mereka lebih menumpukan kepada
kemajuan ekonomi, sains, dan teknologi.
Menurut A. Azizi Deraman dalam makalahnya Bahasa Melayu Dan Cabaran
Globalisasi, Dewan Bahasa 2007 menegaskan bahawa cabaran utama bahasa Melayu
sebagai bahasa nasional adalah lemahnya sokongan, jagaan, kawalan, peneguhan dan
penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Tambah
beliau lagi, wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan atau cara sesebuah
negara memilih bahasa dan bahasa Inggeris dianggap mampu membawa kemajuan
negara telah memusnahkan kemajuan dan keupayaan bahasa kebangsaan. Bahasa
Melayu agung dengan sejarah yang dilakarnya bak sekian lama sehinggakan penjajah
yang datang mengaut segala keuntungan tanah Melayu telah mematikan kagungan
bahasa Melayu dengan membawa bahasanya. Untuk mengembalikan maruah bahasa
Melayu yang kini semakin diheyak-henyak dari pelbagai penjuru. Justeru penulis
tinggalkan sidang pembaca sekalian dengan beberapa persoalan
berdasarkan pandangan Aziz Deraman:
(1) Orang Melayu sendiri kurang yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu.
(2) Rakyat bukan Melayu belum semunya menjiwai bahasa Melayu.
(3) Bahasa Inggeris terus dianggap superior.
(4) Penekanan terhadap sains dan teknologi serta perindustrian yang mencetuskan
tanggapan bahawa kemajuan hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris yang
dianggap bahasa sangat unggul itu.
Justeru, hala tuju, nasib, dan masa depan bahasa Melayu terletak di tangan kita
semua sebagai penutur dan pencinta bahasa Melayu. Kita tidak boleh menyalahkan
orang lain jika kita gagal memartabatkan bahasa kita, kerana kita sendiri menggagalkan
usaha tersebut. Justeru bahasa Melayu milik kita semua wadah sendi pusaka bangsa.

Anda mungkin juga menyukai