Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG DAN MAJLIS

MOTIVASI
BACAAN DOA Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah

Dahan terikat tali perkasa

Sepuluh jari kami menadah

Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa. AL-FATIHAH

SALUTASI Yang berbahagia,
Dr. Suresh Kumar (Penceramah Motivasi)
Yang berusaha,
Encik ______________ (Pengetua Pusat Tuisyen Visi Berjaya)

Guru-guru Pusat Tuisyen Visi Berjaya
Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
UCAPAN ALU-ALUAN
MC
Hadirin sekalian,
Dari Dewan Bandar Baru Putra, mengalu-alukan kehadiran
hadirin sekalian ke
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI
TAHUN 2013.
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada
para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai
bidang akedemik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga
pendidik pusat tuisyen visi berjaya agar ianya menjadi tonggak
bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam
diri setiap pelajar.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara




Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-
aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha, En. _________ (Pengetua Pusat Tuisyen Visi
Berjaya) untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terim kasih.
UCAPAN PERASMIAN Hadirin sekalian,

Kalau tuan pikat kenari

Jangan patahkan batang jerami

Kepada tuan mandat diberi

Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.
Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk
itu, majis menjemput dan mempersilakan,
Yang berbahagia,
Dr. Suresh Kumar untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013.
Dipersilakan.

(ucapan tamat)
PENYAMPAIAN
ANUGERAH
KECEMERLANGAN
PELAJAR
KATEGORI UPSR

Melati kuntum rotan berhias,

Tumbuh melata di tepi kali

Anugerah cemerlang 2013

Murid cemerlang kita hargai



Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 2013 Pusat
Tuisyen Visi Berjaya pada hari ini akan kita mulakan dengan
Penyampaian Anugerah UPSR. Untuk itu, majlis sukacitanya
menjemput,
Penyampai : Dr Suresh Kumar

Diiringi oleh: En

(baca senarai nama)
ANUGERAH PMR Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Pelajar
Cemerlang PMR
(baca senarai nama)
ANUGERAH SPM Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Pelajar
Cemerlang SPM
(baca senarai nama)
JAMUAN & BERSURAI
Dengan berakhirnya __________, maka tibalah masanya
untuk SAYA selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya
Muhammad Adib Mohammad Isa menyusun jari sepuluh
memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang saya berbicara.

Terima kasih buat semua warga Pusat Tuisyen Visi Berjaya
, rakan guru, orang perseorangan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari
Anugerah kecemerlang Pelajar 2013.Sesungguhnya kerja
dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat
ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.

Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari saya


Pohon kenanga elok merimbun

Tersenyum si dara menyunting bunganya

Kami menghimpun maaf dan ampun

Wacana hidup berkat selamanya



Burung tekukur terbang rendah

Terbang bersama si burung murai

Saat ini saat penyudah

Tanda majlis melabuhkan tirai

Sekian wabillah hitaufik walhidayah wasalamualaikum
warahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai