Anda di halaman 1dari 31

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.

com


Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

"33 Rahsia Merakam Gambar
Menarik Dengan Hanya
Mengetahui Asas Fotografi"
Oleh: Noorizam Sabran



Pengenalan tentang diri saya.

Saya adalah peminat fotografi yang sentiasa belajar untuk menambah
ilmu dalam bidang ini.

Kepakaran saya adalah dalam bidang Prototype. Ijazah saya pula
dalam bidang senireka!

Dan hobi saya adalah Photography.

Dengan minat yang mendalam dalam fotografi, saya melaburkan wang
sendiri untuk menuntut ilmu fotografi. Saya menghadiri kelas fotografi,
berjumpa dengan jurugambar yang berpengalaman, banyak membaca
buku fotografi dan banyak bertanya dengan yang pakar dalam industri.

Di dalam e-book ini, saya sebenarnya berkongsi asas ilmu dan
pengetahuan saya dalam bidang fotografi.

Ya! E-book ini untuk anda yang masih baru (beginner) dan ingin
memahami asas-asas dalam fotografi.

Saya adalah Noorizam Sabran.




Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

1. Fahami Apa itu shutter speed

Rahsia pertama untuk merakamkan gambar yang menarik adalah

memahami apa itu "shutter speed". Shutter Speed adalah berapa lama

kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan

sesuatu imej.

J ika dalam keadaan cahaya yang kurang,lagi lama masa yang

diperlukan oleh kamera untuk menggumpul cahaya bagi mendapatkan

gambar yang baik.

Bagi mengetahui bagaimana pergerakan dirakamkan, gunakan kelajuan

(speed) yang berbeza. Sebagai satu contoh, jika kita menggunakan 1/30

sesaat, ia akan merakamkan gambar biasa bagi subjek yang bergerak.

J ika menggunakan 1/500, subjek bergerak akan terhenti serta merta.

Untuk merakamkam gambar aksi sukan, gunakan kelajuan yang tinggi

melainkan anda ingin merakamkan imej dengan pergerakan.


Shutter speed 1/20 Shutter Speed 1/500




Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

2. Fahami apa itu 'aperture'

Aperture adalah berapa luas iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya

dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.



Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4.

Aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16.

Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian sahaja.

Berbeza dengan aperture kecil seperti f/16 akan fokus pada semua. J arak

di dalam fokus dipanggil 'depth of field.


Aperture F22 Aperture F 5.6




Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

3. Apa pula ISO?

Ini perlu difahami bagi mendapatkan gambar yang menarik. ISO juga

dahulunya dikenali sebagai ASA. ISO adalah berapa sensitif filem atau

digital kamera pada cahaya. Pada zaman digital ini, ISO amat mudah

dilaras dan diubah.


Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'shutter

speed' yang diperlukan. Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan

'shutter speed' yang laju. ISO yang laju seperti ISO 800, 1600.


Contoh penggunaan ISO 100 Contoh penggunaan ISO 6400

Manakala ISO yang perlahan biasanya ISO 100 atau ISO 200. Sebab

utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk

menggurangkan noise atau 'grain'(bintik-bintik pada gambar).

Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain, berbanding dengan ISO

yang perlahan.
Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

4. Lihat subjek pada bahagian matanya.

J ika merakam gambar potret, cuba letakkan kamera anda satu aras

dengan mata subjek (eye level). Ini akan menghasilkan gambar yang

lebih beremosi dan mendapatkan watak sebenar seperti senyuman dan

reaksi wajah subjek.


Untuk gambar kanak-kanak, anda harus berada sama paras dengan

subjek (eye level). Pastikan subjek melihat pada kamera anda. Ini akan

mendapatkan interaksi dari subjek dan anda.


Interaksi dengan mata subjek memberi kesan pada gambar anda. Lihat contoh
perbezaan gambar subjek yang melihat kamera dan tidak melihat pada kamera.


Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

5. Latar belakang yang bersih (tidak serabut)


Latar belakang yang bersih akan menonjolkan lagi subjek anda. Lihat pada perbezaan
gambar.

Latar belakang yang bersih akan menonjolkan lagi subjek yang anda

rakam. Cuba belajar melihat latar belakang subjek dengan

menggunakan 'view finder' camera anda.


J ika anda merakam sesuatu subjek, pastikan tiada objek lain yang

menggangu subjek utama anda.


















Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

6. Alih posisi subjek anda

J ika terlalu banyak gangguan pada latar belakang subjek anda, cuba

alihkan posisi subjek. Contohnya dalam merakam gambar potret,

arahkan subjek untuk bergerak setapak ke hadapan atau ke belakang

atau ke kiri dan ke kanan.


Sensitif dengan persekitaran semasa membuat framing












Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

7. Sudut (angle) anda merakam gambar.

Satu lagi tip jika terdapat gangguan dalam frame gambar anda, cuba

ubah sudut anda merakam gambar. Cari sudut yang baru, bergerak dari

tempat asal anda. Sama ada berpusing di keliling subjek atau anda juga

boleh turun ke sudut bawah; contoh dengan menjadikan awan sebagai

latar belakang anda.




Dua gambar dari sudut yang berbeza.
Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

8. Gunakan flash untuk gambar 'outdoor'
Cahaya matahari yang terik biasanya akan menghasilkan bayang yang

kuat pada wajah subjek. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan flash

kamera anda. Anda boleh mengawal berapa kuat cahaya yang anda

ingin dengan kamera anda.


Anda dapat lihat perbezaan setelah subjek diisi dengan sedikit cahaya.


Kadangkala cahaya matahari itu sendiri sudah membuatkan subjek

kelihatan menarik dan jelas, tidak perlulah lagi anda menggunakan flash.







Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

9. Rapatkan jarak anda dengan subjek

J ika subjek anda terlalu kecil atau jauh, anda sebaiknya pergi lebih rapat

dengan subjek itu. Merakam gambar secara dekat dengan subjek akan

mendapatkan lagi gambar yang 'detail' atau lebih jelas.


Tetapi ingat jangan pula terlalu rapat dengan subjek kerana ia akan

membuatkan gambar anda menjadi kabur. J arakkan kamera anda

dengan subjek lebih kurang tiga meter.



Subjek yang jelas.






Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

10. Cuba elak dari meletakkan subjek anda di
tengah frame

Ini adalah sesuatu yang biasa jika kita merakam gambar. Kebiasaannya

kita akan meletakkan subjek ditengah-tengah. Apa kata anda cuba

sesuatu yang baru.


Subjek yang berada di tengah Komposisi subjek di tepi frame

Bayangkan 'viewfinder' anda mempunyai garisan grid seperti permainan

Tic-Tac-Teo. Cuba bermain dengan meletakkan subjek anda pada satu

pertemuan garisan tersebut. Ini juga dikenali sebagai Rules of third. Pasti

anda akan dapat lihat perbezaannya.


Rules of Third; subjek diletak pada tanda merah.

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

11. Kunci (lock) fokus subjek anda
J ika subjek anda tidak berada di tengah, anda perlu mengunci fokus

anda supaya anda dapat gambar yang tajam dan jelas.


Kebanyakkan kamera yang mempunyai 'auto' fokus hanya memfokuskan

subjek yang berada di tengah sahaja. Tetapi untuk mendapatkan

gambar yang menarik, anda harus cuba lari dari meletakkan subjek di

tengah.


Anda boleh mengunci (lock) subjek dengan tiga langkah.

Pertama, letakkan subjek anda di tengah dan tekan separuh butang

'shutter' kamera anda.


Kedua, ubah arahkan kamera anda (sementara anda masih menekan

separuh butang ' shutter'), dengan cara ini subjek akan berubah posisi

dari tengah.


Langkah ketiga adalah tekan terus butang 'shutter' anda untuk merakam

gambar. Mudah kan?









Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

12. Fahami kemampuan flash kamera anda

Gambar yang dirakam dengan melangkau kemampuan flash kita akan

menjadi gelap. Ini antara satu masalah jika tidak memahami

kemampuan flash anda. Kebanyakan kamera biasa, kemampuan

maksima flash adalah kurang dari 8 meter.

Penggunaan flash yang betul akan menonjolkan subjek anda.


Untuk mengetahui kemampuan flash, sila rujuk manual kamera anda.


Pastikan jarak anda dengan subjek tidak terlalu jauh hingga cahaya flash

anda tidak sampai pada subjek anda. cara lain anda juga boleh

tambahkan ISO pada kamera anda.


Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

13. Sensitif pada pencahayaan

Selain subjek,apa yang paling penting dalam fotografi adalah cahaya.

J ika tiada cahaya, imej tidak akan dapat dirakamkan. Lihat cahaya

semulajadi pada subjek.


Contoh penggunaan cahaya yang sedia ada dari tingkap


Kadangkala cahaya matahari atau cahaya semulajadi adalah cahaya

terbaik untuk merakamkan subjek anda.


J ika anda tidak kehendaki cahaya yang sedia ada pada subjek, anda

haruslah mengubah arah atau subjek anda.




Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

14. Cuba ambil pada posisi menegak (vertical)

Satu lagi cara yang sering kita lakukan semasa merakam gambar iaitu

posisi mendatar (horizontal).


Apa kata kali ini cuba rakamkan gambar secara menegak. Pusingkan

kamera anda ke arah menegak. Pasti anda dapat melihat satu kelainan

dari biasa.


Rakamkan subjek anda menggikut kesesuaian sama ada menegak atau

mendatar.


Kesesuaian gambar dalam frame menegak atau mendatar












Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

15. Jadi pengarah (director) untuk gambar anda

J adilah pengarah yang bagus kepada subjek anda, bukan hanya

'penangkap gambar' yang duduk diam.


Pengarah memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan

gambar yang menarik.


Pengarah gambar, menambahkan rencah untuk gambar anda menjadi

lebih menarik dan lebih hidup!



Arahkan dan berkomunikasi dengan subjek anda




Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

16. Pegang kamera anda dengan setabil
(steady)

Elakkan getaran semasa menekan butang 'shutter'. J ika anda bergetar

semasa menekan butang 'shutter', gambar anda akan menjadi kabur.


Pastikan juga jari anda tidak menutupi bahagian hadapan lensa kamera

anda. J ika kamera anda mempunyai 'live viewfinder', cuba gunakan

optical 'viewfinder'.


Ini bukan sahaja dapat membantu anda melihat subjek sebenar, tetapi

dapat membantu menstabilkan kamera dari gegaran.

























Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

17. Masukkan elemen garisan untuk merakam
gambar

Anda tentu masih ingat asas bentuk geometri yang diajar di alam

persekolahan.


Cuba aplikasikan segala elemen-elemen sepertibulatan, segi empat, segi

tiga, garisan lurus dan garisan 's-curve' pada subjek anda.

Masukkan elemen-elemen garisan









Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

18. Penuhkan frame anda.

Pastikan anda penuhkan frameanda. Cara terbaik adalah dengan

rapat ke subjek anda.


Sebelum anda menekan butang shutter anda, pastikan anda

memerhati setiap penjuru framedan latar belakang subjek anda.

Pastikan tiada benda yang tidak diperlukan menggangu dalam frame

anda.


Penuhkan subjek di dalam frame anda
Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

19. Tentukan tema untuk gambar anda.

Cari tema untuk gambar anda


Anda tidak sepatutnya merakam gambar tanpa tahu apakah yang

anda inginkan. Walaupun anda melihat sesuatu subjek yang menarik, jika

anda tidak tahu apa yang anda ingin rakamkan, gambar anda tidak

akan kelihatan menarik!


Tanya diri anda adakah gambar yang anda frame menerangkan tema

yang anda pilih? Adakah orang lain yang melihat gambar kita itu boleh

rasai tema yang anda pilih? J adi pilih tema untuk gambar yang anda

mahu rakam.



Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

20. Gunakan tripod anda.

Tip ini sesuai untuk merakam gambar di dalam situasi yang kurang

cahaya. Gunakan shutter yang perlahan untuk mendapatkan cahaya

yang cukup ke dalam kamera anda. Contoh shutter yang perlahan

seperti; 1/15, 1/10.


Penggunaan tripod dapat membantu menggurangkan gegaran.



Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

21. Alat kawalan jauh, pemasa (timer) atau
shutter release kabel.

J ika anda menggunakan shutter yang perlahan, kamera akan bergetar

semasa anda menekan butang shutter. J ika bergetar, gambar anda

akan kabur. Bagaimana untuk mengelakkan perkara ini?


Cuba gunakan pemasa timer kamera anda atau anda boleh

menggunakan alat kawalan jauh untuk kamera anda. Ada kamera yang

boleh digunakan dengan shutter release kabel.


Contoh alat kawalan jauh kamera.







Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

22. Gunakan ISO tinggi.

Sama dengan situasi di atas. Dalam situasi yang kurang cahaya juga

anda boleh manambah ISO kamera anda. Contohnya untuk kamera

digital, anda boleh memilih ISO sehingga 800, 1600 atau 6400.


Tambahkan ISO dalam situasi kurang cahaya


Ini berpandukan jenis kamera yang anda gunakan. Tetapi awas,

pengawalan ISO yang tidak betul akan menyebabkan gambar anda

menpunyai bintik merah kekuningan ynag dipanggil noise.








Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

23.Reflector sebagai pengisi cahaya tambahan.

Anda boleh menggunakan reflector untuk menambahkan

pencahayaan pada subjek anda. Kadangkala menggunakan cahaya

flash kamera anda boleh membuatkan subjek anda hilang karektor asli.


Dengan reflector, anda boleh memantulkan cahaya semulajadi pada

subjek anda. Biasanya reflector sesuai digunakan semasa merakam

gambar potret.


Gambar yang dirakam menggunakan reflector cahaya.








Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

24. Banyak melihat gambar yang menarik

Saya percaya anda memang suka melihat gambar-gambar yang

menarik. Ambil kriteria yang membuatkan gambar itu menarik.

Contohnya komposisinya, sudut pandang dan latar belakang. Cuba

aplikasi pada gambar anda.


25. Rakam beberapa keping gambar

Untuk merakamkan gambar potret berkumpulan, lebih baik rakam lebih

dari satu gambar dalam satu masa.


J ika anda hanya merakam satu gambar, tentu akan ada subjek yang

tidak bersedia, terpejam mata atau sedang membetulkan baju! Untuk

lebih selamat, rakamlah lebih dari satu gambar.


26. Hormati dan fahami subjek anda

Hormat, respect pada subjek anda. Sebagai satu contoh, jika anda ingin

merakam potret seseorang dan individu itu tidak mahu potretnya

dirakamkan, anda perlu mnghormati keputusan itu.


Menghormati subjek anda amat penting jika anda juga mahu dihormati.






Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

27. Senyum!

Ya! Sebagai jurugambar, terlalu penting untuk ANDA senyum selalu

semasa merakam gambar. Gembira dan enjoi, pasti subjek anda juga

akan senang dengan anda. Ini akan memudahkan anda mendapatkan

gambar yang menarik!


28. Ikhlas semasa merakam gambar.

Tahukah anda, keikhlasan anda dalam merakam gambar akan dapat

dilihat pada hasil rakaman gambar anda! Percayakah anda,

kebanyakkan gambar-gambar menarik dari jurugambar bertaraf dunia

adalah kerana keikhlasan mereka dalam merakam gambar. J ika anda

tidak percaya, cuba praktikkan perkara ini, keikhlasan dalam berkarya!


29. Bawa pembantu.

Sedarkah anda, pembantu memainkan peranan yang amat penting

dalam sesuatu sesi fotografi! Ramai jurugambar tidak menyedari perkara

ini. Adanya pembantu akan memudahkan banyak kerja anda.


Pembantu boleh membantu membawa beg, kamera, tripod, lampu dan

jika situasi tidak terkawal, pembantu amat diperlukan. Ia memudahkan

kerja anda sebanyak 90%! Bawa pembantu!



Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

30. Belajar dari golongan professional.

Saya percaya, ramai dikalangan anda malu, takut atau tidak mahu

berjumpa jurugambar professional. Mungkin kerana anda takut tidak

dilayan, takut dikritik atau bermacam-macam sebab bermain di kepala

anda.


Tidak rugi jika anda berjumpa dengan golongan ini. Sebenarnya

kebanyakkan mereka tidak sombong atau kedekut ilmu. Banyak tip

yang mereka boleh berikan. Ini satu bonus untuk anda! Boleh dikatakan

80% ilmu fotografi saya secara praktikal saya perolehi dari jurugambar-

jurugambar professional Malaysia!
















Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

31. Beli dan baca buku fotografi.

J angan kedekut mengeluarkan duit untuk membeli buku. Ini adalah

pelaburan ilmu yang tidak rugi untuk anda. Pelajari cara-cara terbaik dari

jurugambar-jurugambar luar melalui buku atau majalah.

Selalu membaca dan melihat gambar tentang fotografi


Dedahkan diri anda dengan dunia luar. Anda akan mendapat banyak

idea dapat merakam gambar dengan lebih baik.










Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

32. Gunakan internet untuk belajar.

Zaman berteknologi tinggi ini, internet adalah salah satu media yang

digunakan berleluasa untuk mendapatkan informasi. Salah satu cara

yang berkesan adalah menggunakan forum! Dari forum, banyak ilmu

fotografi yang boleh kita pelajari. Yang penting kita ambil yang baik dan

jangan amalkan yang tidak baik.


33. Praktikan apa yang anda pelajari.

Keseluruhannya, jika anda sudah membaca, melihat,mempelajari cara-

cara merakam gambar yang menarik, jangan lupa untuk praktikan ilmu

itu! Sia-sia sahaja jika ilmu yang anda dapat tidak diamalkan!


Gilap segala ilmu yang anda perolehi! Praktikkan!




















Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

Penutup


Saya berharap dengan perkongsian e-book 33 Rahsia Merakam Gambar

Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi ini, anda akan

mendapat sedikit pengetahuan dan tip dalam merakam gambar.

Selamat berkarya!

Terima Kasih.
Noorizam Sabran.



Untuk mendapatkan tip fotografi digital terbaru, sila lawati blog saya :
www.noorizamsabran.com

Anda mungkin juga menyukai