Anda di halaman 1dari 18

PEMBENTUK TINGKAH LAKU

Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik


akan memberi kesan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku yang tidak terkawal akan menjadi
tingkah laku yang bermasalah.
Tingkah laku bermasalah merujuk kepada
sebarang tingkah laku positif atau negatif yang
menjejaskan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
FAKTOR TINGKAH LAKU NEGATIF
Persekitaran rumah yang seperti tidak
mendapat kasih sayang dan perhatian
secukupnya.
Persekitaran sekolah dengan kepadatan
kurikulum dan berfokus kepada peperiksaan.
Keadaan fizikal sekolah yang padat, panas dan
bising.
Pengaruh rakan sebaya.
TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Alat pengukuran personal (personal tools)
Teknik pencegahan (preventives technique)
Tindakan Pembetulan (correction measure)


Alat pengukuran personal
(personal tools)

Menggunakan kaedah kedekatan fizikal
(physical proximity)
Dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri
murid yang mempunyai masalah tingkah laku.
Mobiliti fizikal (physical mobility) dengan
berjalan kehadapan, kebelakang, ketepi atau
mengelilingi kelas sambil membuat
pengawasan

Teknik pencegahan
(preventives technique)

Meminta murid supaya mematuhi rutin bilik
darjah, membuat sistem mengutip buku serta
murid menerima bentuk peraturan yang
digubal.
Guru boleh memberitahu perlakuan yang
diterima atau tidak

Tindakan Pembetulan
(correction measure)

Dapat menagani masalah secara spontan.
Guru boleh menggunakan hukuman yang
diketahui murid yang relevan seperti ketuk-
ketampi.
Guru boleh menukar tempat pelajar atau
berjumpa dengan pelajar secara peribadi.

ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Peneguhan
Hukuman
Prompts
Kiu



PENEGUHAN
Merupakan satu bentuk objek, stimulasi atau
perbuatan
Bertujuan untuk menigkatkan kekuatan dan
kekerapan tingkah laku tersebut
HUKUMAN
Merupaka satu proses membentuk tingkah
laku yang diberikan selepas melakukan
sesuatu tingkah laku yang salah.
Hukuman merupakan pengawal tingkah laku
yang kuat.
Dua kategori hukuman hukuman positif dan
hukuman negatif.
PROMPTS
Prompts adalah rangsangan yang digunakan
untuk menigkatkan penglibatan individu
dalam melaksanakan tingkah laku yang betul.
Respon-tingkah laku individu lain yang
merangsang response yang diperlukan.
Prompts stimulus melibatkan perubahan,
penambahan atau penarikan pada stimulus.


KIU
Kiu adalah amalan yang membolehkan murid
membezakan objek atau konsep yang relevan
dengan objek atau konsep yang lain.
Contoh guru membezakan suku kata
pertama dengan suku kata kedua di samping
memudahkan proses bacaan.


TUGAS UTAMA GURU
Menguruskan rutin harian dan hal-hal yang
berkaitan dengan bilik darjah.
Mengurus murid-murid supaya mereka dapat
menjalankan tugas mengikut jadual.
Mengurus murid-murid supaya mematuhi
peraturan bilik darjah.
Menguruskan keadaan fizikal bilik darjah
supaya lebih kondusif.

Mengurus bahan-bahan pengajaran
pengajaran supaya dapat digunakan dengan
lebih berkesan.
Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat
dilaksanakan mengikut perancangan.
MASALAH YANG DIHADAPI
Kekurangan bahan bantu mengajar dan
belajar.
Memilih strategi dan aktiviti yang sesuai
berdasarkan kemahiran yang hendak diajar.
Masalah komunikasi dalam kalangan murid
dan guru.
Masalah kawalan kelas.
Clark dan cutler (1990) menyatakan
keberkesanan pengajaran bergantung
kepada perancangan, pelaksanaan,
penilaian terhadap proses dan
objektif pemebelajaran.
KESIMPULAN
Pendidikan merupakan pelaburan yang
penting dalam sesebuah negara. Kualiti
generasi masa hadapan sebahagian besarnya
terletak di tangan guru. Oleh yang demikian,
setiap guru perlu berusaha untuk
menyampaikan maklumat yang luas agar
murid akan berminat untuk mengikuti
pelajaran yang didedahkan kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai