Anda di halaman 1dari 5

Khidmat guru pendamping

Definisi

Guru pendamping ialah guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru biasa untuk menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan sesuai untuk murid

Guru pendamping khusus merupakan guru yang memiliki pengetahuan yang khusus dalam masalah yang
dihadapi oleh murid

Guru kelas biasa yang memiliki pengetahuan dan pengalaman untuk membantu kanak-kanak
mempelajari sesuatu

Peranan guru pendamping

Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincangan

Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas

Menjalankan program yang berpusatkan murid

Mendampingi guru kelas dlm menyiapkan kegiatan yg berkaitan dgn bahan unit mengajar

Mendampingi murid dlm menyelesaikan tugasan dan beri arahan yang tepat, jelas

Memilih dan melibatkan rakan sebaya untuk kegiatan sosialisasi

Menyusun aktiviti yg dapat dilakukan di dlm kelas dan luar

Menekankan keberhasilan dan pemberian ganjaran yg sesuai

Pemberian dendaan terhadap TL yang tidak sesuai

Menyediakan rekod pemerhatian bagi membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak

Kepentingan guru pendamping

Meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas KBSR, termasuklah murid-murid yang
telah diinklusifkan.

Memperkembangkan kebolehan murid-murid dalam aspek akademik, perkembangan sosial, komunikasi,


tingkah laku, psikomotor dan keterampilan diri

memastikan guru asas dapat memberi perhatian kepada tugas-tugas mengajar.


• jawatan ini juga penting apabila berlaku transformasi pendidikan termasuk apabila kerajaan
melaksanakan penilaian berdasarkan sekolah kelak.

•menjamin kualiti pengajaran guru asas dapat dipertingkatkan terutama apabila kerajaan kini mahu
memberi perhatian untuk memperkukuhkan beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar

Tugas

 Membantu guru merancang dan mengubahsuaikan aktiviti-aktiviti dalam pembelajaran.

•Membimbing dan berbincang mengenai proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid.

•Berperanan sebagai penilai pengajaran guru asas

kelayakan dan kewibawaan

•Sekurang-kurangnya mendapat kursus sijil khas di institut perguruan atau institut pengajian yang
diiktiraf.

•menjadi tenaga pengajar di sekolah.

•mempunyai pengalaman dalam mengajar.

•merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran (P&P).

•Memberi Komitmen yang menyeluruh

•Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.

•Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak berkaitan untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan.

•Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.

cara pelaksanaan

•Guru pendamping bersama guru asas akan mengajar samada di dalam kelas atau di luar kelas.

•Membantu menyediakan bahan, peralatan dan buku yang bersama guru asas sebelum sesi P&P.

•Mengurus pergerakan dan aktiviti murid pendidikan khas

Tindakan susulan
TINDAKAN SUSULAN, PENGAWASAN, PENYELIAAN
DAN KOMUNIKASI DALAM
MELAKSANAKAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

APAKAH YANG DIFAHAMI TENTANG TINDAKAN SUSULAN ?

TINDAKAN SUSULAN ADALAH TINDAKAN LANJUT YANG DILAKUKAN OLEH


GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN SETELAH UJIAN DIAGNOSTIK DILAKSANAKAN
KE ATAS MURID DAN SEBAGAI TINDAKAN LANJUTAN DALAM
MELAKSANAKAN PROGRAM PEMULIHAN, DAN TINDAKAN SUSULAN JUGA
PERLU SETELAH MURID DISARING SEKALI LAGI SETELAH MURID MENGIKUTI
P&P SEKURANG-KURANGNYA ENAM BULAN DAN GURU DAPATI MURID TELAH
MENGUASAI 3M DAN MURID BOLEH DIKEMBALIKAN KE KELAS ALIRAN BIASA
UNTUK MENGIKUTI KURIKULUM KSSR SEPERTI MURID-MURID LAIN.

GURU SENTIASA BERBINCANG DAN BERFIKIR BAGAIMANA TINDAKAN


SUSULAN DALAM PENGAJARAN YANG SESUAI DILAKSANAKAN UNTUK MURID
PEMULIHAN, SETELAH MURID DIKENALPASTI SEBAGAI CALON MURID
PEMULIHAN. GURU PEMULIHAN YANG PRIHATIN AKAN MENGAMBIL KIRA
PELBAGAI FAKTOR ANTARANYA:
- FAKTOR KEUPAYAAN KOGNITIF MURID
- KESEDIAAN MURID BELAJAR
- MENYUSUN JADUAL WAKTU BERDASARKAN JADUAL WAKTU INDUK,
SUPAYA SEMASA MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK
MURID AKAN MENGIKUTI KELAS PEMULIHAN SECARA WITHDRAWAL SYSTEM
Membuat penilaian

Tindakan susulan perlu melibatkan tindakan penilaian. Penting untuk guru membentuk
instrumen penilaian yang didasarkan kepada mutu kerja dan tahap perkembangan
kemahiran murid pemulihan. Bagi tujuan saringan dan pelepasan instrumen-instrumen
berikut boleh dicadangkan:

Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan


Menulis (IPP2M)
i. IPP2M merupakan instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji tahap
penguasaan kemahiran asas 2M
ii. ia digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran asas membaca dan
menulis (2M) murid yang mengikuti program pemulihan khas
iii. Berdasarkan rumusan yang dibuat, guru boleh membuat keputusan sama ada murid
ini perlu meneruskan program pemulihan khas atau mengikuti pemulihan dalam bilik
darjah atau mengikuti pembelajaran di kelas biasa

Indicator for Mastery in Arithmetic


i. Instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas
mengira
ii. Digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran mengira murid yang
mengikuti program pemulihan khas

Penyimpanan rekod
Bagi memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan berkesannya, penyimpanan
rekod kemajuan tiap-tiap murid adalah sangat penting. Merekod hendaklah sejajar
dengan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
Bentuk ujian Analisis Keputusan (terus mengikuti atau ke kelas perdana)
Guru pemulihan berkolaboratif dengan guru bahasa Melayu dan guru matematik, untuk
mengumpulkan maklumat murid pemulihan untuk dijadikan rujukan dalam menentukan
tindakan susulan yang boleh diambil mengikut kesesuaian tahap prestasi murid

Anda mungkin juga menyukai