Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL



1.0 Pengenalan

Kursus Etiket dan Protokol merupakan satu program yang dianjurkan oleh
Biro Akademik dan Kaunseling, JKM Kolej 10 UTM. Kursus ini bertujuan untuk
memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai kepentingan
etiket dan protokol dalam sesuatu majlis. Selain dari memberi pengetahuan dan
kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas etiket dan
protokol majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana
caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna.
Dengan adanya program seperti ini, Ahli JKM Kolej 10 akan lebih
berpengalaman dengan setiap protokol yang ada dalam sesuatu majlis di masa akan
datang. Disamping itu, ia direkabentuk agar dapat memupuk semangat kerjasama di
kalangan peserta supaya mereka dapat bergerak dalam satu organisasi yang dinamik.

2.0 Tujuan
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan dan perbelanjaan
daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & ALUMNI, UTM berhubung cadangan
mengadakan Kursus Etiket dan Protokol.

3.0 Objektif

Objektif kursus ini adalah untuk:
3.1 Memberi pengetahuan pentingnya etiket dan protokol dalam sesuatu majlis.
3.2 Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol, etiket
dan komunikasi.
3.3 Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal di
peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.
3.4 Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan
mengendalikan majlis serta yang sering dilakukan oleh seseorang individu.


4.0 Tema program
ETIKET DAN PROTOKOL YANG BERKESAN SIMBOL KEMATANGAN
MAHASISWA

5.0 Anjuran
Biro Akademik dan Kaunseling, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 10.

6.0 Tarikh
22 Januari 2011 ( Sabtu ).

7.0 Tempat
Bilik-bilik kuliah dan dewan di N24, Universiti Teknologi Malaysia.

8.0 Jawatankuasa Pelaksana
Jawatankuasa pengurusan program adalah seperti dalam LAMPIRAN A

9.0 Peserta
Seramai 50 orang peserta yang mengikuti program.

10.0 Tentatif program
Tentatif program sepanjang kursus ini seperti dalam LAMPIRAN B.

11.0 Perbelanjaan
Perbelanjaan bagi menjayakan program ini ditanggung sepenuhnya oleh pejabat Hal
Ehwal Mahasiswa & ALUMNI (HEMA). Butiran penuh seperti dalam LAMPIRAN
C.

12.0 Penutup
Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lancar supaya objektif yang
dirancang berjaya dicapai. Semoga dengan terlaksananya program ini dapat
meningkatkan maklumat mengenai etiket dan protokol setiap ahli Jawatankuasa
Mahasiswa Kolej 10, Insya-Allah.

Anda mungkin juga menyukai